BIBIR
aku menguntum senyum tipis. Letihnya
badan. Rasa tak bermaya. Memang letih sangat sampaikan hampir nak
terkatup biji mata. Kalaulah aku boleh
rehat sekejap tapi tak boleh sekarang.
Khalifh sedang berlari-lari anak menuju ke arah aku. Di tangannya ada sejambak bunga lili
putih. Cantik. Bunga yang aku suka dan sejak bila aku suka
bunga?
Aku pun
tak tahu tapi pada aku lili itu sangat cantik biarpun oran g
cakap itu bunga oran g
mati. Eh? Bukan carnation ke? Apa-apa pun bunga itu adalah tanda keagungan
Allah. Kalau aku nak buat bunga jangan
harap. Khiamat pun tetap tak menjadi. Nak lukis pun tak lepas. Yang aku tahu, kopi dan seangkatan
dengannya.
“Letih…” Khalif hela nafasnya tenang.
Aku
kerut kening memandang dia yang sedang mengelap peluh yang merenik pada
dahi.
“Kenapa
berlari? Nak kejar apa?” soal aku pelik.
Dah
sihat ke Khalifh ni. Bukan tadi masih
terlantar ke? Karang rebah dekat sini,
aku memang tak bertanggungjawab.
“Nak
bagi ni…” Dia suakan sejambak bunga lili
itu pada aku.
Tanpa
keberatan aku menyambutnya. Ala bunga tanda
persahabatan. Apa salahnya. Dia duduk di hujung bangku panjang. Berjarak hampir satu meter dengan aku. Bersandar lelah menengadah langit yang cerah.
“Are you okay?”
Khalifh
pandang aku. “With you by my side, I will always okay… insya-Allah…”
“Jaga-jaga,
awak nak operate nanti. Rebah tersungkur karang, asyik berlari
aje. Kita tak tahu…” Aku ingatkan dia. Jangan lasak sangat. Dia tak sihat.
Kening
hitam Khalifh berkerut. Mata sepet dia
makin kecil memandang aku. Dia pusing 45
darjah, angkat sebelah kaki ke atas bangku.
“Are you dreaming, Tuah?”
“Day-dreaming? Never…” Aku geleng kepala dengan tawa kecil. Mana aku pernah berangan. Ini siang buta siapa nak mimpi. Aku ni jarang sangat mimpi. Boleh bilang.
Khalifh
lebarkan senyum. Dia gela k kemudiannya hingga menepuk peha
sendiri. Entah apa yang lucu aku tak
tahu.
“You’re dreaming, sayang…”
“Hah?” Hampir nak jatuh ke tanah biji mata aku. “Sayang?”
Rasa jengek tiba-tiba. Dia jangan
buat pasal. Aku tarik balik niat baik
aku ni.
“Saya
dah okey… lepas awak bagi pinjam hati tu alhamdulillah, saya okey
sepenuhnya. Awak tu haa… yang tak
sihat…” Dia juihkan pada baju yang
tersarung pada tubuh aku.
Terus
aku tunduk dan mata aku membulat tak percaya.
Rahang aku rasa jatuh ke riba sendiri.
Kenapa aku yang pakai pakaian pesakit.
Yang buat aku rasa nak menangis ni baju err… pink? Owh… kenot. Aku geleng
kepala.
“You’re
kidding me.” Aku bangkit dan menapak
mengundur.
Khalifh
juga sama. Cuba mendekati aku. “Mana ada saya gurau. Awak tu hati-hati sikit. Jaga sikit peru t tu. Jatuh nanti jadi apa-apa dekat awak dan anak
saya tu… saya tak boleh nak terima.”
Serius wajah Khalifh raih tangan aku.
Hah? Anak dia?
Dalam peru t
aku? Bilakah? Aku raba peru t yang kembong. Membusung.
Adakah? Dia buat bukan-bukan
dekat aku ke?
“Awak
tipu kita…”
“Tak…” Wajah Khalifh sini. “Awak yang tipu kita dulu!” Matanya
mencerun.
Aku
berdebar sendiri. Dia dah tahu aku donor
untuk dia. Dia dah tahu aku yakin
tu. Allah… mana dia tahu. Siapa langgar amanah?
Mata
aku terasa hangat. Airmata mengalir
melalui juring mata. Allah. Aku tak nak.
Aku tak sedia dan bila aku nikah dengan Khalifh. Rasanya kali terakhir aku jumpa dia masa aku
temankan dia keluar jalan-jalan ambik angin.
Dia
cakap, “Tuah… saya tahu lepas ni awak tak akan jumpa saya lagi sebab ibu dah
cerita penuh macam mana awak boleh ada temankan saya dan ibu. What a coincidence, huh?” Nada dia sedih masa tu.
“Itu
semua takdir…”
“Harap
takdir pertemukan kita lagi…” Khalifh
senyum kelat. Dia pun tahu itu pertemuan
terakhir kami. Tup-tup peru t aku bulat
ada isi dan ianya milik Khalifh?
Terus
airmata aku. Bukan apa. Terkejut.
Tiba-tiba aku rasa ada tangan menyapu juring mata aku. Bahagian peru t terasa sakit. Sangat.
Aku pegang peru t. Khalifh masih pandang aku dengan riak
marah. Aku geleng kepala. Entah kenapa, aku cengkam peru t aku
kuat. Allah. Sakit.
Tak boleh bergerak langsung.
Macam mana ni. Khalifh pulak diam
memandang.
“Khalifh…
peru t
kita sakit…” Wajah aku menyeringai. Tapi, Khalifh pandang aku tak beriak. Bila aku rasakan, peru t aku bagai tersiat dan aku
hampir jatuh, barulah dia sambut kepala aku daripada terhantuk dengan bucu
bangku.
“Allah!” Nafas aku mengah. Aku buka mata.
Wajah
ma di sisi. Tenang mengelap peluh di dahi
aku. Aku pandang ma dan melingas ke kiri
dan kan an.
“Tuah
dekat mana?” soal aku dengan nafas yang
tersangkut-sangkut.
Bila
aku raba peru t,
ternyata kempis tapi rasa sakit itu masih ada.
Sedikit kebas sebenarnya. Nak
bergerak pun terbatas.
Ma senyum. “Mimpi ngeri?” soal ma tanpa menjawab soalan aku.
Mimpi? Allah.
Apa punya mimpi lagu tu? Aku seka
peluh di dahi dan mengangguk. Gila. Memang aku tak nak dah mimpi macam tu. Menakutkan.
Aku pandang ma.
“Tuah
mimpi pasal dia…”
Ma
senyum dan angguk. “Ma tahu. Tuah sebut nama dia tadi. Itu yang ma ada ni. Ingatkan Tuah
meracau.”
Aku
raup wajah mengucapkan nama Allah. Bila
aku ingat, sebenarnya dah dua seminggu aku balik ke rumah. Seminggu lepas pembedahan aku terus minta
balik. Risau Khalifh mencari. Setelah itu, aku telah tukar semua alat
komunikasi aku. Nombor telefon
segala. Maklumat diri memang hospital
rahsiakan. Malah, aku rasa Aunty As dan
Uncle Khalid pun tak tahu nama penuh aku.
Kalau tahu pun mungkin dah lupa dan Rozie pasti menjaga amanah kerana
itu etika kerja dia.
“Ma
okey?” tanya aku.
Ma
hanya sekali jumpa Aunty As. Pada hari
kejadian. Lepas tu aku tak nak ma jumpa
Aunty As lagi. Lebih baik macam tu. Cukuplah kami mendoakan mereka sekeluarga
bahagia dan sihat sejahtera.
“Patutnya
ma tanya Tuah. Okey dah?”
Aku
raba peru t
dan mengangguk. “Tapi, rasa sakit sikit
dekat sini…” Ya, kesan pembedahan itu
tak akan hilang. Akan kekal parut
selamanya. Kulit yang selama ini mulus
dan tak tercela kini ada kesannya.
Dada
aku masih berdebar. Bila ma suakan air
putih, aku teguk sedikit sebelum aku sua gela s
itu pada ma. “Tuah mimpi kami kahwin,”
cerita aku pada ma, jujur.
Ma
senyum. Dia bangkit hendak keluar. Selama aku bercuti ni, aku balik ke rumah ma
di Taman Andalas.
“Ma
rasa doktor tu toreh nama Khalifh tak pada separuh hati Tuah yang tinggal tu,”
ujar ma dengan senyuman meleret.
Aiyark…
ma ni buat lawak. Sejak bila? Sejak bila dia tahu ayat melankolik bahasa
melayu melainkan saja-sajak Sonet 18 dia aje.
“Ma…” Aku memberi amaran dan ma hanya gela k.
“Sebelum
kita balik, ma ada jumpa Aunty As lagi sekali.
Terserempak. Masa tu, Khalifh dah
sedar. Tuah pun. Aunty As cakap, tak kira apa terjadi, dia
akan cari donor tu nak ucap terima kasih.
Kalau mampu dia nak bagi hadiah.
Tak tahulah apa. Dan dia akan
cari Tuah. Macam mana tu? Tuah tak kesian buat dia kerja kuat mencari
dua oran g berbeza pada dia tapi hakikatnya oran g yang sama? Hrmm?”
Kening ma naik. Dia senyum mesra
dan terus keluar.
Pintu bilik
terkatup rapat.
Ma
pun. Ayat dia buat aku rasa bersalah
pulak. Tapi keputusan aku muktamad. Apa pun terjadi, Khalifh tak akan jumpa ‘dua oran g’ yang dia nak cari
tu. Aku selak sedikit baju T. Bergaris kesan scalpel di situ. Masih rasa peritnya dan kenapa naluri aku
mengatakan yang aku mula rasakan kata-kata ma betul.
Mimpi
aku tu buat aku mula syak memang doktor tu toreh nama Khalifh pada separuh lagi
hati aku. Hehh… mengarut tu. Jangan percaya. Tapi…
“You
miss him, Tuah Nur Khalifa,” tegur ma yang entah bila tercegat depan pintu
mengelap tangan. Dia senyum senget dan
berlalu semula.
Ma…
Lepas
otak tak boleh nak jana, aku dah tak berani nak lena. Sekadar berehat. Esok lusa kalau luka baik, aku dah boleh
masuk kerja dan yang sadisnya, Fendy sampai hari ni tak tahu. Biarlah kekal rahsia aku, doktor, ma, Aunty
As dan Allah aje. Tiba-tiba, tak sengaja
mata aku tertutup kembali dan wajah Khalifh hadir lagi.
HARI ni
aku dah balik rumah sewa.
Alhamdulillah. Semuanya berjalan
lancar. Luka aku pun dah baik. Yang dalam aje kena terus buat check-up dan
tak boleh nak lasak sangat. Rozie
pandang aku. Dia sedang bersiap nak masuk
kerja petang.
“Kau
dah sihat betul ke nak masuk kerja ni?”
tanya dia.
Aku
angguk sekali. Mata memandang TV. Beberapa channel bertukar tapi singgah pada
NickelOdeon. Jimmy Neutron si kepala
besar dan bijak.
“Kau
tak ada ada oran g
cari kau?”
Aku
senyum senget. “Siapa?” Kalau dia kata Khalifh, boleh jadi. Atau oran g
lain, pun boleh jadi. Tapi, aku ni manalah
ada kawan sangat.
“Khalifh…” Sepatah jawapan Rozie tu tak berjaya buat aku
pandang dia.
Masih
lagi melekat pada kartun. Asyik bergaduh
ajelah Si Jimmy dengan Cindy ni. Cindy
pun, berlagak. Haih…
“Aku
tak cakap apa…”
“Thanks…”
Sebenarnya
aku malas nak dengar nama Khalifh dah.
Hati aku yang dah hampir sembuh ni rasa sakit. Bukan sakit kerana luka tapi sakit kerana
sesuatu yang aku tak tahu nak ungkapkan dengan kata.
“Dia
cari kau…”
“Siapa?”
Tak mungkinlah Khalifh, kan ?
Kali
ini aku pandang Rozie. Biar ajelah Jimmy
tu gaduh dengan Cindy. Aku tak minta
sangat kartun ni. Sekadar isi
waktu.
Rozie
tak jawab. Dia mendekati cermin yang ada
di ruang tamu. Menilik penampilan dia
dalam uniform yang putih bersih itu. Dia
betulkan sanggul rambut dia kemas. Dah
sedia nak gera k. “Dia tak kata apa sebab katanya, dia akan
datang nanti.”
“Err… by the way, kita nak tahu Khalifh
dah okey ke?”
Rozie
senyum tipis. Dia angguk. “He’s recovering very fast. Kalau kau tengok
dia sekarang, macam dah lain.”
Alhamdulillah…
aku hanya mengucap syukur sendiri. Teringat
pada dia kejap, sampailah aku dengar ada suara memberi salam di depan
pagar. Aku kembali kalih pada TV
sedangkan Rozie menjenguk melalui tingkap.
Cerita dah bertukar. Spongebob
pulak. Ini aku suka.
“So,
macam mana?” Kening Rozie naik.
Tiba-tiba
dia tanya aku macam mana. macam mana
apa. “Macam tu ajelah...” Senang aku jawab.
Mata
memandang skrin leper TV di depan.
Aiseh... Spongebob kena koyak dengan gorilla? Eh?
“Tuah...”
“Iyea,
kita dengar... cakaplah.” Senada aku
menuturkan kata. Dengan Sandy dan Patrick sekali kena koyak dengan
gorilla?
“Dia
kat luar tu...”
Terus
aku kalih lipat.
Rozie
hela nafas tipis. Tahan sabar. “Daripada semalam dia dok tunggu kau depan pagar
tu. Pergi ajelah jumpa dia kejap,” suruh
Rozie.
“Siapa?” Kening aku berkerut.
“Jantung
hati kau...”
Terus
aku tekap tangan ke dada. Berdebar. Jantung atau hati? Siapa.
Perlahan-lahan aku balut tuala pada kepala dan jenguk ke pintu. Ada
wajah resah menanti di depan pagar. Dia
memberi salam lagi dan terjenguk-jenguk ke dalam.
Aku
terus capai tudung di atas bahu sofa, menyarungkan cardigan pada tubuh dan
terus keluar. Melemparkan senyuman
sambil menjawab salam tapi sayang tak bersambut.
“Mana
you pergi, Tuah? Kenapa lama sangat you
cuti sakit? You tak okey ke?” soal Fendy bertalu-talu.
Amboi
dia… aku hanya senyum menerima tembakan
soalan berdas-das daripada Fendy. “Kot
ya pun jawab dulu soalan kita, Encik Fendy…”
Dia
geleng. “I tak sabar nak tahu apa jadi
dengan you… I risau sampai tak boleh nak
buat kerja.”
Dahi
aku kerut. Tak pernah pulak Fendy ni
macam ni. “Kenapa nak risau? Kita okey ajelah…” Aku pusing badan di depan Fendy. Memang aku okey.
“You
buat I risau, Tuah…”
“Sorry.
Didn’t mean it…” Bibir aku
tersengih.
“Thanks God…” Fendy lepaskan lelah. Dia raup wajah dia.
“Tapi,
rasanya you tak payah nak carik kita sampai rumah sewa kot. MC kita dah sampai dekat ofis bos, kan ?”
Fendy
angguk. “Sorry sebab I selongkar detail
you dekat HR tapi I tak boleh duduk diam.
You kerja dengan I dan I kena tahu kenapa you MC dekat sebulan. Lagipun, I tak boleh tak tengok you, Tuah. Tak bau kopi yang you bakar. Tak tengok kelembutan tangan you bancuh kopi,
cara you uk ir
latte… buat hati I kosong,” akui Fendy.
Okey…
ini luahan perasaan ke apa? “Are you
confessing to me?”
“I suka
you, Tuah…” akui Fendy.
Allah…
dah kenapa dengan semua oran g
ni. Aku ketap bibir memandang Fendy yang
berwajah serius.
‘Tuah…’
Aku
pandang jauh berbelas meter di hadapan melangkaui Fendy bila ada rasa yang
menyeru aku. Entah kenapa, airmata aku
jatuh.
Bagaikan
hati aku sakit. Sakit bertahan demi
rindu.
...bersambung
RM says : Tetiba internet okey plk malam neh... hehh... Esok RM tak ada tahu. Nak masak nasik dagang gitew.. resepi mak.. psttt rahsia ni. Selain menulis, RM boleh masak (megi), tahu... LOL... ayat bajet. Happy weekend guys. Have a bless moment. Sayang kamu.
dugaan buat tuah.. (fendy vs khalifh)
ReplyDeleteepisod cerita RM makin HOT!!!
xsabr next episod...
Saya pun pandai masak megi ngan telur Rm huhuhu
ReplyDeleteImah
Haih... Fendy dah confess kat tuah..
ReplyDeleteAdakah yang jauh melangkau disana ygmenyeru Tuah tu, Khalif?
Sehati...
Kite syg awk juga rm..
ReplyDeleteThanks for the entry..
Ada satu pkataan "covering" rm mgkin ttinggal 're' kat dpn die
luv u RM..hehe..nak resepi nasi dagang boleh:)
ReplyDeleteKhalifh dah nyeru la tu... sakit rindu dia dah datang :)
ReplyDelete#Khalifh nyeru dlm hati...
Deletehati #Khalifa kn dh terukir nama #Khalifh :-)
Cuti2 ni kita pula rasa nak meroti... Cuti hjg mggu utk makan2... Syg RM jgk..
ReplyDeletemesti Khalif yang menyeru tu..kita masih tertanya2 sape "Mi" tu cik writer?
ReplyDeleteNi msti x bca hbs.. kn dh bg tau bab sblm ni.. khalifh ad cll.. so .. mi tu.. ce bca blk.. hi hi jgn mare
Deletehaah... kn #khalifh ckp dpt no dr Rozie..
Deletepastu terkantoi mengaku ckp die mtk Rozie sbb teringat... missing #you sangat! :-p
Kena tunggu 2 hari lagi ke? Lamanya.
ReplyDeletehaha..xrugi tido lewat mlam ni.. dpat gak entry baru..
ReplyDeletehadoi.... ayat suspen tu.. saper kat belakang tu.. RM...RM.. suka mendera tau...
ReplyDeletepstt... kami pun terro jugak masak megi... blh buat duet berirama lagu ni..
ala meggi. nyam nyam! kite pun pandai gak masak meggi tuh. RM adakah khalif dh tau umah tuah? alahaiii fendi lak confest kt tuah. next n3 plzze!
ReplyDeleteOmai...fendy vs khalif....getting hotter than before
ReplyDeleteOMG... Hati Tuah tetap menyeru pemilik separuh hatinya...aka Khalif...
ReplyDeleteAlamak. fendi dh confess dulu dh...eh tp khalifh dh ajak kawen pon kan.. bakal mak mertua pon dh lamar..hmmm kira fendi lmbt la...sorry fendy..she is single but not available..
ReplyDeleteAlololo....sian kat khalifh... mesti dia cr tuah
ReplyDeletesukenya.....bila khalift nak muncul?...
ReplyDeleteSayang kamu
ReplyDeletehew hew hew br berkesempatan nk baca...
ReplyDeletetenet ok yer? hr ni se lg eh RM? pelishhh...
kita pun teror masak megi or usually i called it ramen!! huhuhu... menangis member klu xdpt rasa ramen homemade kita tau!! RM nak rasa? :-) kita surf lm periuk trus..hot from the stove.. :-p
happy weekend too!
psst.. kita, nasi dage xleh nk makang.. pulut.. angin.. huk huk tp sbb RM bile leh rasa skit? :-p
XoXo FH@DPC
typo lak tuh... *serve dlm periuk
Delete:-p *peach!*
kena buat nvl nih cite ni..kasi tebal2 skt..best sgat..kalau nak buat mini nvl syang sbb cite ni selayaknya dijdkn nvl yang tebal2..eeee rasa x sbar nak baca tau..superb betul RM ni..best sangat2
ReplyDelete=)
ReplyDelete-Hana-
fendy,, sila tarik diri ok? Pliss ..
ReplyDeleteKhalif msti dh rindu kt Tuah sbb tu la Tuah tdngar namanye d seru...
ReplyDeletefendy jgn kacau tuah, hati dia dh di bahagi 2 kt khalifh, dh xda dh tuk awak fendy. awak dgn rozie jelah ye..
ReplyDeleteKarya RM xpenh mengecewakn..
ReplyDeleteLamernya menyepi dik.....setiap hari akak buka blog kot ada n3 baru. Bz agaknya yer......saboooooo
ReplyDeletelmnya wat ns daging..
ReplyDeleteTuah yang bertuah.... hehehe...
ReplyDeleteSeorang ibu boleh tahu apa yg ada dalam hati tuah ... mama pun dapat rasa yang khalifh ada dalam hati Tuah... dan hati Khalifh pun ada pada Tuah...
Fendy hati Tuah dah diberi pada orang lain 1/2 lagi... harap maklum...
RM PLS NEW N3....BUKAK BUKAK TAK DO...
ReplyDelete