Friday, September 13, 2013

Hati Yang Kau Pinjamkan 6

BIBIR aku menguntum senyum tipis.  Letihnya badan.  Rasa tak bermaya.  Memang letih sangat sampaikan hampir nak terkatup biji mata.  Kalaulah aku boleh rehat sekejap tapi tak boleh sekarang.  Khalifh sedang berlari-lari anak menuju ke arah aku.  Di tangannya ada sejambak bunga lili putih.  Cantik.  Bunga yang aku suka dan sejak bila aku suka bunga?

Aku pun tak tahu tapi pada aku lili itu sangat cantik biarpun orang cakap itu bunga orang mati.  Eh?  Bukan carnation ke?  Apa-apa pun bunga itu adalah tanda keagungan Allah.  Kalau aku nak buat bunga jangan harap.  Khiamat pun tetap tak menjadi.  Nak lukis pun tak lepas.  Yang aku tahu, kopi dan seangkatan dengannya. 
“Letih…”  Khalif hela nafasnya tenang. 
Aku kerut kening memandang dia yang sedang mengelap peluh yang merenik pada dahi. 
“Kenapa berlari?  Nak kejar apa?”  soal aku pelik. 
Dah sihat ke Khalifh ni.  Bukan tadi masih terlantar ke?  Karang rebah dekat sini, aku memang tak bertanggungjawab. 
“Nak bagi ni…”  Dia suakan sejambak bunga lili itu pada aku. 
Tanpa keberatan aku menyambutnya.  Ala bunga tanda persahabatan.  Apa salahnya.  Dia duduk di hujung bangku panjang.  Berjarak hampir satu meter dengan aku.  Bersandar lelah menengadah langit yang cerah. 
Are you okay?” 
Khalifh pandang aku.  “With you by my side, I will always okay… insya-Allah…” 
“Jaga-jaga, awak nak operate nanti.  Rebah tersungkur karang, asyik berlari aje.  Kita tak tahu…”  Aku ingatkan dia.  Jangan lasak sangat.  Dia tak sihat.
Kening hitam Khalifh berkerut.  Mata sepet dia makin kecil memandang aku.  Dia pusing 45 darjah, angkat sebelah kaki ke atas bangku. 
Are you dreaming, Tuah?” 
Day-dreamingNever…”  Aku geleng kepala dengan tawa kecil.  Mana aku pernah berangan.  Ini siang buta siapa nak mimpi.  Aku ni jarang sangat mimpi.  Boleh bilang. 
Khalifh lebarkan senyum.  Dia gelak kemudiannya hingga menepuk peha sendiri.  Entah apa yang lucu aku tak tahu. 
You’re dreaming, sayang…” 
“Hah?”  Hampir nak jatuh ke tanah biji mata aku.  “Sayang?”  Rasa jengek tiba-tiba.  Dia jangan buat pasal.  Aku tarik balik niat baik aku ni. 
“Saya dah okey… lepas awak bagi pinjam hati tu alhamdulillah, saya okey sepenuhnya.  Awak tu haa… yang tak sihat…”  Dia juihkan pada baju yang tersarung pada tubuh aku.
Terus aku tunduk dan mata aku membulat tak percaya.  Rahang aku rasa jatuh ke riba sendiri.  Kenapa aku yang pakai pakaian pesakit.  Yang buat aku rasa nak menangis ni baju err… pinkOwh… kenot.  Aku geleng kepala. 
“You’re kidding me.”  Aku bangkit dan menapak mengundur. 
Khalifh juga sama.  Cuba mendekati aku.  “Mana ada saya gurau.  Awak tu hati-hati sikit.  Jaga sikit perut tu.  Jatuh nanti jadi apa-apa dekat awak dan anak saya tu… saya tak boleh nak terima.”  Serius wajah Khalifh raih tangan aku.
Hah?  Anak dia?  Dalam perut aku?  Bilakah?  Aku raba perut yang kembong.  Membusung.  Adakah?  Dia buat bukan-bukan dekat aku ke? 
“Awak tipu kita…” 
“Tak…”  Wajah Khalifh sini.  “Awak yang tipu kita dulu!”  Matanya  mencerun. 
Aku berdebar sendiri.  Dia dah tahu aku donor untuk dia.  Dia dah tahu aku yakin tu.  Allah… mana dia tahu.  Siapa langgar amanah?
Mata aku terasa hangat.  Airmata mengalir melalui juring mata.  Allah.  Aku tak nak.  Aku tak sedia dan bila aku nikah dengan Khalifh.  Rasanya kali terakhir aku jumpa dia masa aku temankan dia keluar jalan-jalan ambik angin.
Dia cakap, “Tuah… saya tahu lepas ni awak tak akan jumpa saya lagi sebab ibu dah cerita penuh macam mana awak boleh ada temankan saya dan ibu.  What a coincidence, huh?”  Nada dia sedih masa tu. 
“Itu semua takdir…”
“Harap takdir pertemukan kita lagi…”  Khalifh senyum kelat.  Dia pun tahu itu pertemuan terakhir kami.  Tup-tup perut aku bulat ada isi dan ianya milik Khalifh?
Terus airmata aku.  Bukan apa.  Terkejut.  Tiba-tiba aku rasa ada tangan menyapu juring mata aku.  Bahagian perut terasa sakit.  Sangat.  Aku pegang perut.  Khalifh masih pandang aku dengan riak marah.  Aku geleng kepala.  Entah kenapa, aku cengkam perut aku kuat.  Allah.  Sakit.  Tak boleh bergerak langsung.  Macam mana ni.  Khalifh pulak diam memandang. 
“Khalifh… perut kita sakit…”  Wajah aku menyeringai.  Tapi, Khalifh pandang aku tak beriak.  Bila aku rasakan, perut aku bagai tersiat dan aku hampir jatuh, barulah dia sambut kepala aku daripada terhantuk dengan bucu bangku. 
“Allah!”  Nafas aku mengah.  Aku buka mata. 
Wajah ma di sisi.  Tenang mengelap peluh di dahi aku.  Aku pandang ma dan melingas ke kiri dan kanan. 
“Tuah dekat mana?”  soal aku dengan nafas yang tersangkut-sangkut. 
Bila aku raba perut, ternyata kempis tapi rasa sakit itu masih ada.  Sedikit kebas sebenarnya.  Nak bergerak pun terbatas. 
Ma senyum.  “Mimpi ngeri?”  soal ma tanpa menjawab soalan aku. 
Mimpi?  Allah.  Apa punya mimpi lagu tu?  Aku seka peluh di dahi dan mengangguk.  Gila.  Memang aku tak nak dah mimpi macam tu.  Menakutkan.  Aku pandang ma. 
“Tuah mimpi pasal dia…” 
Ma senyum dan angguk.  “Ma tahu.  Tuah sebut nama dia tadi.  Itu yang ma ada ni. Ingatkan Tuah meracau.” 
Aku raup wajah mengucapkan nama Allah.  Bila aku ingat, sebenarnya dah dua seminggu aku balik ke rumah.  Seminggu lepas pembedahan aku terus minta balik.  Risau Khalifh mencari.  Setelah itu, aku telah tukar semua alat komunikasi aku.  Nombor telefon segala.  Maklumat diri memang hospital rahsiakan.  Malah, aku rasa Aunty As dan Uncle Khalid pun tak tahu nama penuh aku.  Kalau tahu pun mungkin dah lupa dan Rozie pasti menjaga amanah kerana itu etika kerja dia. 
“Ma okey?”  tanya aku. 
Ma hanya sekali jumpa Aunty As.  Pada hari kejadian.  Lepas tu aku tak nak ma jumpa Aunty As lagi.  Lebih baik macam tu.  Cukuplah kami mendoakan mereka sekeluarga bahagia dan sihat sejahtera.
“Patutnya ma tanya Tuah. Okey dah?”
Aku raba perut dan mengangguk.  “Tapi, rasa sakit sikit dekat sini…”  Ya, kesan pembedahan itu tak akan hilang.  Akan kekal parut selamanya.  Kulit yang selama ini mulus dan tak tercela kini ada kesannya.  
Dada aku masih berdebar.  Bila ma suakan air putih, aku teguk sedikit sebelum aku sua gelas itu pada ma.  “Tuah mimpi kami kahwin,” cerita aku pada ma, jujur.
Ma senyum.  Dia bangkit hendak keluar.  Selama aku bercuti ni, aku balik ke rumah ma di Taman Andalas. 
“Ma rasa doktor tu toreh nama Khalifh tak pada separuh hati Tuah yang tinggal tu,” ujar ma dengan senyuman meleret. 
Aiyark… ma ni buat lawak.  Sejak bila?  Sejak bila dia tahu ayat melankolik bahasa melayu melainkan saja-sajak Sonet 18 dia aje. 
“Ma…”  Aku memberi amaran dan ma hanya gelak.
“Sebelum kita balik, ma ada jumpa Aunty As lagi sekali.  Terserempak.  Masa tu, Khalifh dah sedar.  Tuah pun.  Aunty As cakap, tak kira apa terjadi, dia akan cari donor tu nak ucap terima kasih.  Kalau mampu dia nak bagi hadiah.  Tak tahulah apa.  Dan dia akan cari Tuah.  Macam mana tu?  Tuah tak kesian buat dia kerja kuat mencari dua orang berbeza pada dia tapi hakikatnya orang yang sama?  Hrmm?”  Kening ma naik.  Dia senyum mesra dan terus keluar. 
Pintu bilik terkatup rapat. 
Ma pun.  Ayat dia buat aku rasa bersalah pulak.  Tapi keputusan aku muktamad.  Apa pun terjadi, Khalifh tak akan jumpa ‘dua orang’ yang dia nak cari tu.  Aku selak sedikit baju T.  Bergaris kesan scalpel di situ.  Masih rasa peritnya dan kenapa naluri aku mengatakan yang aku mula rasakan kata-kata ma betul. 
Mimpi aku tu buat aku mula syak memang doktor tu toreh nama Khalifh pada separuh lagi hati aku.  Hehh… mengarut tu.  Jangan percaya.  Tapi…
“You miss him, Tuah Nur Khalifa,” tegur ma yang entah bila tercegat depan pintu mengelap tangan.  Dia senyum senget dan berlalu semula.
Ma…
Lepas otak tak boleh nak jana, aku dah tak berani nak lena.  Sekadar berehat.  Esok lusa kalau luka baik, aku dah boleh masuk kerja dan yang sadisnya, Fendy sampai hari ni tak tahu.  Biarlah kekal rahsia aku, doktor, ma, Aunty As dan Allah aje.  Tiba-tiba, tak sengaja mata aku tertutup kembali dan wajah Khalifh hadir lagi. 



HARI ni aku dah balik rumah sewa.  Alhamdulillah.  Semuanya berjalan lancar.  Luka aku pun dah baik.  Yang dalam aje kena terus buat check-up dan tak boleh nak lasak sangat.  Rozie pandang aku.  Dia sedang bersiap nak masuk kerja petang. 
“Kau dah sihat betul ke nak masuk kerja ni?”  tanya dia.
Aku angguk sekali.  Mata memandang TV.  Beberapa channel bertukar tapi singgah pada NickelOdeon.  Jimmy Neutron si kepala besar dan bijak. 
“Kau tak ada ada orang cari kau?” 
Aku senyum senget.  “Siapa?”  Kalau dia kata Khalifh, boleh jadi.  Atau orang lain, pun boleh jadi.  Tapi, aku ni manalah ada kawan sangat. 
“Khalifh…”  Sepatah jawapan Rozie tu tak berjaya buat aku pandang dia. 
Masih lagi melekat pada kartun.  Asyik bergaduh ajelah Si Jimmy dengan Cindy ni.  Cindy pun, berlagak.  Haih…
“Aku tak cakap apa…” 
Thanks…” 
Sebenarnya aku malas nak dengar nama Khalifh dah.  Hati aku yang dah hampir sembuh ni rasa sakit.  Bukan sakit kerana luka tapi sakit kerana sesuatu yang aku tak tahu nak ungkapkan dengan kata. 
“Dia cari kau…” 
“Siapa?” Tak mungkinlah Khalifh, kan?  
Kali ini aku pandang Rozie.  Biar ajelah Jimmy tu gaduh dengan Cindy.  Aku tak minta sangat kartun ni.  Sekadar isi waktu. 
Rozie tak jawab.  Dia mendekati cermin yang ada di ruang tamu.  Menilik penampilan dia dalam uniform yang putih bersih itu.  Dia betulkan sanggul rambut dia kemas.  Dah sedia nak gerak.  “Dia tak kata apa sebab katanya, dia akan datang nanti.” 
Err… by the way, kita nak tahu Khalifh dah okey ke?” 
Rozie senyum tipis.  Dia angguk.  “He’s recovering very fast.  Kalau kau tengok dia sekarang, macam dah lain.” 
Alhamdulillah… aku hanya mengucap syukur sendiri.  Teringat pada dia kejap, sampailah aku dengar ada suara memberi salam di depan pagar.  Aku kembali kalih pada TV sedangkan Rozie menjenguk melalui tingkap.  Cerita dah bertukar.  Spongebob pulak.  Ini aku suka. 
“So, macam mana?”  Kening Rozie naik.
Tiba-tiba dia tanya aku macam mana.  macam mana apa.  “Macam tu ajelah...”  Senang aku jawab. 
Mata memandang skrin leper TV di depan.  Aiseh... Spongebob kena koyak dengan gorilla?  Eh? 
“Tuah...”
“Iyea, kita dengar... cakaplah.”  Senada aku menuturkan kata. Dengan Sandy dan Patrick sekali kena koyak dengan gorilla? 
“Dia kat luar tu...” 
Terus aku kalih lipat. 
Rozie hela nafas tipis.  Tahan sabar.  “Daripada semalam dia dok tunggu kau depan pagar tu.  Pergi ajelah jumpa dia kejap,” suruh Rozie. 
“Siapa?”  Kening aku berkerut. 
“Jantung hati kau...” 
Terus aku tekap tangan ke dada.  Berdebar.  Jantung atau hati?  Siapa.  Perlahan-lahan aku balut tuala pada kepala dan jenguk ke pintu.  Ada wajah resah menanti di depan pagar.  Dia memberi salam lagi dan terjenguk-jenguk ke dalam. 
Aku terus capai tudung di atas bahu sofa, menyarungkan cardigan pada tubuh dan terus keluar.  Melemparkan senyuman sambil menjawab salam tapi sayang tak bersambut. 
“Mana you pergi, Tuah?  Kenapa lama sangat you cuti sakit?  You tak okey ke?”  soal Fendy bertalu-talu. 
Amboi dia…  aku hanya senyum menerima tembakan soalan berdas-das daripada Fendy.  “Kot ya pun jawab dulu soalan kita, Encik Fendy…” 
Dia geleng.  “I tak sabar nak tahu apa jadi dengan you…  I risau sampai tak boleh nak buat kerja.” 
Dahi aku kerut.  Tak pernah pulak Fendy ni macam ni.  “Kenapa nak risau?  Kita okey ajelah…”  Aku pusing badan di depan Fendy.  Memang aku okey. 
“You buat I risau, Tuah…”
Sorry.  Didn’t mean it…”  Bibir aku tersengih. 
Thanks God…” Fendy lepaskan lelah.  Dia raup wajah dia. 
“Tapi, rasanya you tak payah nak carik kita sampai rumah sewa kot.  MC kita dah sampai dekat ofis bos, kan?” 
Fendy angguk.  “Sorry sebab I selongkar detail you dekat HR tapi I tak boleh duduk diam.  You kerja dengan I dan I kena tahu kenapa you MC dekat sebulan.  Lagipun, I tak boleh tak tengok you, Tuah.  Tak bau kopi yang you bakar.  Tak tengok kelembutan tangan you bancuh kopi, cara you ukir latte… buat hati I kosong,” akui Fendy.
Okey… ini luahan perasaan ke apa?  “Are you confessing to me?” 
“I suka you, Tuah…”  akui Fendy.
Allah… dah kenapa dengan semua orang ni.  Aku ketap bibir memandang Fendy yang berwajah serius. 
‘Tuah…’ 
Aku pandang jauh berbelas meter di hadapan melangkaui Fendy bila ada rasa yang menyeru aku.  Entah kenapa, airmata aku jatuh. 

Bagaikan hati aku sakit.  Sakit bertahan demi rindu.  

...bersambung

RM says : Tetiba internet okey plk malam neh... hehh... Esok RM tak ada tahu.  Nak masak nasik dagang gitew.. resepi mak.. psttt rahsia ni.  Selain menulis, RM boleh masak (megi), tahu... LOL... ayat bajet.  Happy weekend guys.  Have a bless moment.  Sayang kamu.  

33 comments:

  1. dugaan buat tuah.. (fendy vs khalifh)
    episod cerita RM makin HOT!!!
    xsabr next episod...

    ReplyDelete
  2. Saya pun pandai masak megi ngan telur Rm huhuhu


    Imah

    ReplyDelete
  3. Haih... Fendy dah confess kat tuah..
    Adakah yang jauh melangkau disana ygmenyeru Tuah tu, Khalif?
    Sehati...

    ReplyDelete
  4. Kite syg awk juga rm..
    Thanks for the entry..

    Ada satu pkataan "covering" rm mgkin ttinggal 're' kat dpn die

    ReplyDelete
  5. luv u RM..hehe..nak resepi nasi dagang boleh:)

    ReplyDelete
  6. Khalifh dah nyeru la tu... sakit rindu dia dah datang :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. #Khalifh nyeru dlm hati...

      hati #Khalifa kn dh terukir nama #Khalifh :-)

      Delete
  7. Cuti2 ni kita pula rasa nak meroti... Cuti hjg mggu utk makan2... Syg RM jgk..

    ReplyDelete
  8. mesti Khalif yang menyeru tu..kita masih tertanya2 sape "Mi" tu cik writer?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni msti x bca hbs.. kn dh bg tau bab sblm ni.. khalifh ad cll.. so .. mi tu.. ce bca blk.. hi hi jgn mare

      Delete
    2. haah... kn #khalifh ckp dpt no dr Rozie..
      pastu terkantoi mengaku ckp die mtk Rozie sbb teringat... missing #you sangat! :-p

      Delete
  9. Kena tunggu 2 hari lagi ke? Lamanya.

    ReplyDelete
  10. haha..xrugi tido lewat mlam ni.. dpat gak entry baru..

    ReplyDelete
  11. hadoi.... ayat suspen tu.. saper kat belakang tu.. RM...RM.. suka mendera tau...
    pstt... kami pun terro jugak masak megi... blh buat duet berirama lagu ni..

    ReplyDelete
  12. ala meggi. nyam nyam! kite pun pandai gak masak meggi tuh. RM adakah khalif dh tau umah tuah? alahaiii fendi lak confest kt tuah. next n3 plzze!

    ReplyDelete
  13. Omai...fendy vs khalif....getting hotter than before

    ReplyDelete
  14. OMG... Hati Tuah tetap menyeru pemilik separuh hatinya...aka Khalif...

    ReplyDelete
  15. Alamak. fendi dh confess dulu dh...eh tp khalifh dh ajak kawen pon kan.. bakal mak mertua pon dh lamar..hmmm kira fendi lmbt la...sorry fendy..she is single but not available..

    ReplyDelete
  16. Alololo....sian kat khalifh... mesti dia cr tuah

    ReplyDelete
  17. sukenya.....bila khalift nak muncul?...

    ReplyDelete
  18. hew hew hew br berkesempatan nk baca...
    tenet ok yer? hr ni se lg eh RM? pelishhh...

    kita pun teror masak megi or usually i called it ramen!! huhuhu... menangis member klu xdpt rasa ramen homemade kita tau!! RM nak rasa? :-) kita surf lm periuk trus..hot from the stove.. :-p

    happy weekend too!
    psst.. kita, nasi dage xleh nk makang.. pulut.. angin.. huk huk tp sbb RM bile leh rasa skit? :-p

    XoXo FH@DPC

    ReplyDelete
    Replies
    1. typo lak tuh... *serve dlm periuk
      :-p *peach!*

      Delete
  19. kena buat nvl nih cite ni..kasi tebal2 skt..best sgat..kalau nak buat mini nvl syang sbb cite ni selayaknya dijdkn nvl yang tebal2..eeee rasa x sbar nak baca tau..superb betul RM ni..best sangat2

    ReplyDelete
  20. fendy,, sila tarik diri ok? Pliss ..

    ReplyDelete
  21. Khalif msti dh rindu kt Tuah sbb tu la Tuah tdngar namanye d seru...

    ReplyDelete
  22. fendy jgn kacau tuah, hati dia dh di bahagi 2 kt khalifh, dh xda dh tuk awak fendy. awak dgn rozie jelah ye..

    ReplyDelete
  23. Karya RM xpenh mengecewakn..

    ReplyDelete
  24. Lamernya menyepi dik.....setiap hari akak buka blog kot ada n3 baru. Bz agaknya yer......saboooooo

    ReplyDelete
  25. lmnya wat ns daging..

    ReplyDelete
  26. Tuah yang bertuah.... hehehe...
    Seorang ibu boleh tahu apa yg ada dalam hati tuah ... mama pun dapat rasa yang khalifh ada dalam hati Tuah... dan hati Khalifh pun ada pada Tuah...
    Fendy hati Tuah dah diberi pada orang lain 1/2 lagi... harap maklum...

    ReplyDelete
  27. RM PLS NEW N3....BUKAK BUKAK TAK DO...

    ReplyDelete