GILA tak gila, aku
bancuh kopi untuk Fendy di depan rumah. Minum
petang. Biasalah, tukang bancuh kopi
macam aku ni, tipulah kalau tak ada coffee maker dekat rumah. Aku tarik meja kopi dan dua buah bangku
plastik ke depan rumah. Nak ajak masuk
memang tidaklah. Setidak-tidaknya di
depan ni, jiran sebelah rumah aku sedang basuh kereta. Bersiul senang hati sambil tersenyum
memandang aku dan Fendy.
Bibir Fendy lebar
dengan senyuman saat aku mengukir latte di atas kopinya. Senyuman meleret yang penuh makna. Dia angkat kaki kanan menindih peha kirinya. Jari-jemari kasar Fendy bersulam sesama
sendiri.
“Nah…” Aku tolak mug tertera tulisan Old Town itu
pada dia. Gelas percuma masa aku beli
kopi tu dulu.
Fendy menyambut dengan
senyuman. “Thanks…”
Aku hanya senyum tawar
menyambut ucapakan terima kasih dia.
Melihat Fendy mendekatkan birai mug pada bibirnya, aku ralit
memerhati. Dia pernah cakap pelik,
kenapa orang suka kopi. Dan pelik,
kenapa wanita pun jadi pembancuh kopi.
“Kenapa tiba-tiba rasa
nak minum kopi kita bancuh?” soal
aku.
Fendy tidak menjawab,
sebaliknya dia sisip lagi kopi dia yang panas berasap. Aku pandang tubuh dia, santai dengan jeans lusuh juga baju T berkolar. Macam bukan nak pergi kerja aje.
“By the way, you tak kerja hari ni eh?”
Fendy geleng. “You tak ada.
Refresho rasa tak fresh manalah,
Tuah…” Dia mencebek sedikit.
Aku pun sama. Mencebek dalam hati. “Kan ada seorang lagi barista setakat you nak
minum kopi tu…”
“Yeah…” Fendy kalih.
“But not a killer like yours.”
Killer? Heh…
macam-macam dia. “Haa… better you jangan minum, Encik Fendy. Terbunuh nanti, naya.” Aku gelak kecil dan Fendy juga sama.
“I suka kopi yang you
bancuh sebab you bancuh dengan senyuman.
Instead of rasa pahit kopi,
rasa manis tu tetap ada. Even without sugar. You know why…” Kening Fendy naik, bertanya pada aku.
Aku jeling dia sedikit
dan juga angkat kening.
“…because you put your sweet killer smile in the coffee…”
“Yuck…” Aku buat muka geli.
Fendy ledakkan
tawa. Dia punya sebab suka minum kopi
yang aku bancuh tu boleh buat aku kena penyakit kulit. Nak ketawa kuat-kuat perut masih terasa
sakit. Bila aku tekan bahagian perut,
mata Fendy tajam merenung.
“You sakit?” Mug dia letak di atas meja.
“Tell me. You sakit,
kan? Sebab tu you ke hospital lately.
Cuti sebulan.”
Tu dia… Fendy punya terjah. Tapi, aku hanya tenang. Tak cepat nak melatah. Aku tahu Fendy tak akan bertindak lebih
dengan aku biarpun dengan perempuan lain aku berkali-kali nampak dia pegang
tangan perempuan tu. Siap peluk pinggang
ada masanya. Yang lain itu, hanya dia
dan Allah mengetahui.
“I memang sakit tapi
tak teruk. Cuma perlu rehat. Lagipun, I temankan ma I sepanjang cuti
ni. Dah lama tak dok sama. Lepas balik dari Itali, I terus kerja. Ma mana boleh pindah. Dia dah selesa mengajar dekat Port Klang,”
jelas aku pada dia.
Ya, aku tahu sedikit
berselindung. Erm… padahal banyak
kot. Bukan apa, aku rasa dia tak perlu
tahu kot. Pentingnya dia tahu aku dah
sihat dan boleh masuk kerja beberapa
hari lagi. Kerja bukan berat
pun. Cuma perlu berdiri.
“You tak nak cerita
dekat I you sakit apa?” soal Fendy
lagi. “You pucat sangat sekarang…”
Aku senyum tawar. Tiba-tiba, hati aku terasa sakit. Rasa sedih dan sepi. Aku pandang Fendy. Airnya dah separuh diteguk.
“I’m getting better, Encik Fendy.
Terima kasih sudi datang tanya khabar as a colleague but true, I’m fine.
Positive…” Aku angkat ibu
jari pada Fendy.
Riak dia tetap macam
tu. Tak nak percaya langsung apa aku
cakap.
“Nanti I masuk kerja
esok lusa, I put some make-up, tak
ada pale dah la. You ni risau terlebihlah, bos. Kalau kata orang lain tahu, dia cakap you
dekat syok dekat I pulak…” Saja aku buat
lawak kering.
Memang kering sebab
keringlah anak tekak aku gelak yang tertahan-tahan tapi Fendy macam gurun
sahara aje wajah dia. Tak ada riak. Hanya mata hitamnya bergerak-gerak merenung
seluruh wajah aku.
“I dah cakap, I suka
you, kan?”
Aku angguk. “Kita akan cari separuh lagi hati kita, Encik
Fendy…”
Tenang dan tak aku
rancang tapi itulah yang terluncur daripada celah bibir aku. Aku tak sedar tapi bila Fendy kerut kening,
barulah aku sedar ayat apa yang aku cakapkan.
“Then, let me have half of your heart, ermm?” Wajah Fendy jelas
lembut dan matang. Kejantanan dia
terserlah.
Setelah sekian lama dok
main bahasa tubuh aje dia akhirnya mengaku. Menipulah kalau aku cakap, aku tak pernah
tertarik dengan Fendy. Bukan apa, dia ni
jenis happy go lucky. Setiap bicara dia boleh buat orang lain gelak
dan aku hanya senyum saja. Cumanya, tak pernah terlintas untuk sesuatu
perasaan yang lebih jauh dan
mendalam. Sebagai kawan, ya dia memang
menarik. Sebagai seorang bakal imam, aku
tak percaya aku mampu menjadi makmum yang sesuai untuk dia.
“I hanya ada separuh
saja hati I, Encik Fendy. Kalau I bagi you separuh, macam mana I nak
hidup?” Aku sengih bentuk usikan.
Fendy kerut
kening. Aku tahu dia mesti ingat aku
bergurau dan menolak dia. In fact aku memang tolak dia pun
sekarang ni. Secara begitu baik dan
berhemah.
“Just wonder… kenapa you tiba-tiba nak separuh hati I? Sebelum ni, biasa aje kita kerja sama. Tak ada apa tanda pun…”
Bibir Fendy terjongket
ke kiri. “I dah tunjuk. You yang pejam
mata dan kenapa I tiba-tiba macam ni? Sebabnya…” Fendy bangkit. Dia menggeliat sedikit.
“…I akan rasa sakit
bila orang yang I sayang sakit. Like mom,
dad, sisters… and you. Itu dah cukup
membuktikan I suka you…”
“Suka tak semestinya
cinta, kan?”
Fendy terangguk-angguk
beberapa kali. “Yeah… itu betul.” Dia senyum
nampak tewas. Tapi, tak.
“Devo ammettere, Ti amo,” sambung Fendy.
Aku buat muka blur
padahal rahang rasanya dah jatuh di atas riba.
“Jangan cakap you tak
faham sedangkan you sangat faham apa yang I cakap, Tuah.” Senyuman dia terukir lagi dan dia terus
berlalu keluar daripada pagar rumah yang
sedari tadi ternganga lebar.
Jiran aku yang sedang
basuh kereta ini hanya pandang terkebil-kebil.
Mesti dia cakap aku putus cinta. Aku
pandang Fendy yang dah masuk ke dalam perut keretanya. Adeh, apa aku nak jawab ni. Seketika aku kaku tapi bila dia hilang
daripada pandangan, bibir aku bergerak…
“Ma non lo faccio. mi dispiace…”
“KHALIFH dah keluar
hospital banyak hari.”
Sebaris ayat Rozie aku
dengar dengan tenang. Masuk telinga
kanan tapi tak keluar telinga kiri. Bibir
aku mengoyak senyum. Maknanya, dia dah
sihatlah tu bila dah boleh keluar hospital, kan?
“Congrate to him…”
“Dia asyik tanya kau
aje, Tuah. Kasihan aku tengok muka ibu
dia. Serba-salah.”
“Promise is a promise, right?”
Aku pandang mata Rozie dua saat sebelum kembali memandang skrin TV.
Dok rumah ni memanglah
aku bina badan. Mujurlah makan masih
pantang. Ma tak bagi aku makan
bukan-bukan. Takut luka lambat
baik. Kalau aku main tibai aje, boleh
jadi terlantar balik dekat hospital. Bukan
sebab hati tapi sebab obesiti. Makan,
tidur, tengok TV.
Rozie angguk bersetuju
dengan aku. Dia pun tak boleh buat apa
sebab etika hospital memang macam tu.
“Awak kerja malam lagi
ke?”
Rozie angguk. Nampak dah kematian idea nak dibawa
berborak.
“Awal bangkit…”
Dia mencebek. “Letih sangat sampai tak boleh nak lena lama…”
Pulak? Aku senyum pada hujung bibir. “Awak uruskan Khalifh keluar ke apa?”
“Tak…” Rozie geleng.
“Orang lain. Aku ada hal urgent semalam. Dia dah nampak okey. Kejap aje badan dia naik. Yalah, dulu tak boleh nak makan
langsung. Sekarang ni, dah makan sikit
nampak lainlah. Kalau kau tengok mesti…”
“Rozie…” Aku mencantas suara Rozie. Tak sudah-sudah dia. Aku tahu apa
yang Rozie cuba nak sampaikan tu.
“…kan kita dah cakap,
kita tak nak jumpa dia lagi. Kita tak
nak dia soal kita macam-macam dan ada niat macam-macam…”
Ya, niat
macam-macam. Macam macam tu macam
mana? Macam ibu dia pinang aku. Macam dia nak cari aku. Macam dia nak aku jaga makan pakai dia. Mana boleh.
Aku tak sedia lagi. Lebih menyedihkan,
kalau macam dia dia terima aku sebab terhutang budi? Apa macam?
Macam-macam boleh jadi dekat aku masa tu. Aku rasa lidah aku pun terbelit dengan quote tongue twister aku ni. Serius.
Telinga aku menyapa
keluhan tipis Rozie. Dia bangkit sambil
menahan kuap. Mata dia terkebil-kebil
lantas di bawa kakinya melangkah ke bilik.
“Apa pun, kalau kata
kau tengok dia mesti kau tak rasa dia Khalifh.
Lagipun, rasanya dia dah tak cam kau.
Dia kata dia kabur sikit dengan raut wajah kau, Tuah…”
Pintu terkatup
rapat. Sempat Rozie berbicara menyambung
ayat dia yang tak habis tadi. Aku terdiam. Hati aku rasa sakit lagi.
Kan dah cakap. Keputusan aku tepat. Memang Khalifh akan lupa aku setelah dia
sihat. Sama seperti yang aku cakap dekat dia. Betul, kan?
Dia memang lupa siapa Tuah? Macam
mana rupa aku, kan?
Aku rebahkan tubuh di
atas sofa panjang. Memandang siling
putih. Entah apa aku nak cakap
sekarang. Kenapa hati aku sakit? Terluka ke mendengarkan Rozie cakap macam
tu? Kalau betul rasa terluka, apa rasa
ni?
Pening. Sudahnya aku terlena sendiri. Bila sedar aje dah petang. Allah.
Tidur tak ingat dunia. Ingat dunia
ni aku yang punya ke. Aku bangkit
perlahan-lahan menuju ke bilik sendiri. Nak
bersihkan badan dan tunaikan solat.
Kat luar nampak
mendung. Boleh jadi nak hujan. Rozie rasanya kerja malam lagi ni. Aku terus masuk ke bilik air. Setelah lima belas minit berlalu, aku keluar
menunaikan solat Zohor. Tak berapa lama,
azan Asar berkumandang.
Rasanya kejap lagi nak
keluarlah pergi lepak Refresho. Fendy
bukannya kerja pun. Daripada biarkan
kawan-kawan risau, baik tunjuk rupa sikit.
Setelah hampir sejam,
aku dah siap. Aku jenguk ke luar
tingkap. Redup. Okeylah.
Kejap aje keluar. Baru nak tutup pintu
bilik, Rozie muncul dari dalam bilik dia.
“Eh, nak ke mana?”
Aku senyum dan
merapatkan daun pintu. “Nak pergi kafe
kejap. Melepak…”
“Lor, kalau nak
melepak, baik pergi tempat lain.” Rozie
buat muka.
Mesti dia rasa aku ni
tak berkembang pesat mana. Balik-balik
kafe tempat aku kerja.
“Kita nak jumpa
kawan-kawan. Diorang semua risau. Sambil-sambil ambil angin.” Setelah itu, aku terus keluar rumah. Enjin kereta dihidupkan dan aku pandu kereta
perlahan menuju ke Refresho.
Jalan lengang. Tiba aje aku di depan kafe, aku nampak kereta
Fendy ada. Tapi, tak sempat nak patah
balik, Rico dah nampak aku. Nak tak nak
kenalah keluar. Mereka bersorak
sama-sama melihat kemunculan aku dan ada beberapa orang pelanggan tetap juga
tersenyum manis.
Aku duduk di ruang
terbuka kafe. Tak nampak Fendy. Nanti dia cakap aku datang cari dia pulak,
parah.
“Hey, how are you?” Soalan pertama.
“Dengar you tak
sihat. Sakit apa?” Soalan kedua.
“Sekarang dah sihat
betul ke ni?” Soalan ketiga.
Aku senyum dan
angguk.
“Nak jumpa Fendy ke?” tanya Rico dan kali ini aku menggeleng. Kami baru aje jumpa pagi tadi. Malas dah nak jumpa.
“Dia ada dekat dalam
tapi dengan kawan dia. Tak nak diganggu
tapi rasanya kalau kata you datang mesti dia tak kisah kena ganggu,” ujar Rico.
“Eh, tak apa. Kita datang nak jumpa korang semua aje. Nak tunjuk kita dah sihat…” Aku sengih.
Semua mengangguk.
Rasanya kosong kafe. “Dalam kedai
kosong. Pergilah kerja. Kita duduk-duduk sini aje.”
Mereka masing-masing
berlalu. Hanya ada Rico saja. “You tak ada, Fendy macam kucing jatuh anak.”
“Really?” Aku buat muka terkejut padahal dah tahu.
“Dia cari alamat you daripada
HR. dia ada jumpa you tak?”
Aku senyum. Malas nak jawab. Nanti panjang cerita.
“Dia dengan kawan dia…”
“Awak dah cakap dekat
kita tadi…”
“Ha’ah la…” Rico tepuk dahi. Aku tertawa kecil.
“Haa… itu dia.” Rico kalih belakang. “Bos… sini…”
Rico melambai tangan ke belakang dan aku rasa nak luku budak Rico ni
bagi terbenam dua meter dalam tanah.
Nak tak nak aku
terpaksa kalih. Dan, mata aku tertancap
pada kawan Fendy tu. Pucat, bibir dia
sedikit ungu tapi senyuman dia…
Entah kenapa, hati aku
terasa pilu kembali.
..bersambung
kawan fendy tu,
ReplyDeletekhalifh kn?
Getting interesting...mmg style RM kan.
ReplyDeleteGetting interesting...mmg style RM kan.
ReplyDeleteakak, agak2lh.......pastinya kawan fendi si KHALIFH yer
ReplyDeletemesti kawan dia tu khalif... kan kan kan
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteDapat rasekan kawan fendi tuh khalifh hehehehe
ReplyDeleteKhalif here he come, OmG..
ReplyDeletekak RM next entry please..:(
Emmm ...tentu khLifkan????...tp khalif x kenal wajah tuah...
ReplyDeleteTiba2 meremang jek....cam bc cite hantu le plak...hihihi bestttt
ReplyDeleteMsti khalif kn? Sbb tu tuah trkjut je
ReplyDeletePasti khalif...
ReplyDeletewah susah ni , 2 jejaki berebut 1 wanita, eager nak tahu next n3, syabas RM buat kami ternanti-nanti-KH
ReplyDeletekwn fendy tu khalifh ke?....
ReplyDeleteohmaiii...
kawan fendy tu Khalifh ke???....
ReplyDeleteatau Khalifh cari pemilik hati yang separuh lagi...
Tuah yang berTuah tahu ja kemana perginya hati yang separuh lagi.... hehehe
nasib la fendy... tuah x nak kat awak..
ReplyDeletekawan fendy tu sape? khalifh ke?
sblm ni dua saat.. kali ni dua meter... pertembungan satu hati yg terpisah dua.. Eh! dua lagi...
ReplyDeletetime to learn italliano.
ReplyDeleteRM memang menarik jln cerita nie.... best
ReplyDeleteKhalifh la tu. Pucat bibir, x sihat lg
ReplyDeletePenulis y brbkt... pnya cra tsndri.. rsa2 klu x tulis nm penulis pn blh knl spe penulisnyr.. rsa dh jatuh cnta dgn rm.. muah.. syg kamu
ReplyDeletenyummmmmmm... eh?
ReplyDeletentah nape rs lazat lak cekelat italiano ni.. ;p
more n3 lg RM... pelish.. *blinking eyes*
hati tu pandai jer g carik patner dia kan..
ReplyDeleteJeng jeng jeng
ReplyDeletenk lagi RM...
ReplyDeletehati yg merasa....cewahhhh..heh..
ReplyDeleteRM your are really good in making us wonder and wanting more and more. Congrats
ReplyDeleteKhalif kan ? Best nye x sabar nk tnggu next en3... Cpt2 ye RM ....
ReplyDeleteRM ni mmg suke kasi suspend...aduhai...
ReplyDeletethe other half :-D
ReplyDeleteRM.... more n3 plzzze! ya pastinya khalif.
ReplyDeleteKhalifh ke?...please next2....
ReplyDeleteTerbaikkkkk
ReplyDeleteKak rehan.bila nak ade n3 baru..tak sabar nak tau ni :)
ReplyDeleteRM...dkt seminggu saya tunggu!haha...fighting(berusaha)RM!!
ReplyDeleteRM... where are you! !!! Balik KG ke???... terseksa jiwa akk
ReplyDeletema non lo faccio, mi dispiace
ReplyDeletemksdnya....ialah...
But I do not do, I am sorry...kan???
RM i x sabar nk bc selanjut nye ok.. adehh
ReplyDeletelamernya adik rehan menghilang......
ReplyDeletesetiap hari menanti email kot2 ada n3 baru masuk.......
pi'u per favoure...:)
ReplyDeleteLAMANYA RM BERCUTI! BILA NAK ADA N3 BARU?
ReplyDeleteBila n3 br nk msk....
ReplyDeleteKak rehan...lma lgi ka nk kna tggu...
ReplyDeleteRM sakit ke...?????
ReplyDeletelamenye tunggu...RM..bila lg?...
ReplyDelete(noors)
Where hv u been dear?ape2 yg sdg di buat dmudahkn..miss u!
ReplyDeletelmenye nk smbung..tiap2 hari bkk still xde new entry...sedihnye..
ReplyDeleteKomen je bertambah.. entry still the same. where are u RM...
ReplyDeletesalam...
ReplyDeletehuhu... dah byk kali menjengah skodeng for new entry. tp sedeynye blm ada lg. doa moga RM sihat & ok ye utk terus berkarya.
doa moga RM sentiasa ok.
Rm,knpa lmbt update new n3,tertngu tngu. Semoga terus kuat untk bkarya.
ReplyDeletesambung sambung sambung sambung
ReplyDeleteLamanya tunggu RM..
ReplyDeleteassalamulaikum RM.... nape sunyi sepi hari hari akak jengok blog u.
ReplyDelete