SEJAK akhir-akhir ni, hati
aku rasa sensitif sangat. Ada masan ya tu, airmata mengalir sendiri tanpa aku sedar. Hati bagai tersiat-siat sedangkan perkara
hidup mati itu dah lama berlalu. Bukan
sehari atau seminggu. Tak juga sebulan
tapi dah setahun. Tak pernah rasa nak
ambil tahu tentang dia. Tapi sekarang,
bagai dia sedang menyeru-nyeru.
Mug
berisi milo panas aku bawa ke mulut.
Sendiri lagi malam ni. Di luar
pulak hujan mencurah. Habis saja air,
baru hendak berlalu ke dapur, telinga menangkap ada suara memberi salam di luar
pagar. Sayup-sayup melawan bunyi hujan.
Pandangan mata mengecil. Malam-malam ni menakutkan pulak lelaki datang
rumah sewa anak dara. Bahaya. Tapi, nampa k
macam perlukan bantuan.
Macam nak mintak tolong
aje. Terus aku menapak keluar beberapa
tapak. “Ya, encik… boleh saya
bantu?”
“Saya nak mintak tolong
sikit…” Dia raup wajahnya yang basah
disimbah hujan. Aku patah balik dan
capai sekaki payung untuk dia.
“Apa pun, ambik dulu payung
ni buat teduh…”
Tak banyak soal, dia
ambik payung tu. Dalam kesamaran nampak
dia hela nafas lega. Cuma nampa k kesejukan.
“Boleh saya pinjam
telefon?”
Kening aku
berkerut. “Boleh…” Malas nak banyak soal sebenarnya. Nampak sangat dia ni sedang darurat.
Selang beberapa minit
aku bawa telefon bimbit aku untuk dia.
Hulur pun pakai hujung jari aje.
Lepas tu cepat-cepat aku berundur ke belakang. Nampak dia senyum sinis melihat pada reaksi
aku. Takut weh. Niat dah baik ni tapi
kalau oran g
niat serong, naya aku.
Dia bercakap-cakap
dalam lima
minit. Lepas tu dia hulur telefon pada
aku dengan senyuman tipis. “Thanks… sebenarnya saya terkunci kereta
depan taman tu. Tiba-tiba hujan, nak
masuk kereta tak boleh. Ni rumah ke
empat dah saya bagi salam, barulah oran g
bukak.”
Alkisahnya. Kesian.
“Apa-apa pun terima
kasih, eh. Payung ni…”
“Eh… tak apa-tak
apa.” Aku sengih. “Hujan lebat lagi ni. Pakai dulu.
Nanti kalau rasa lalu sini lagi, boleh pulang. Sangkut pada pagar. Tak pulang pun tak apa. Kira saya sedekahkan…”
Dia senyum tawar. Pandangan jatuh ke bawah. “Saya selalu terima
kebaikan oran g
tapi selalu tak sempat nak balas. Saya
pernah terima hati seseorang,” akui dia.
“Hati?” Aku kerut kening. Awek dia la kot. Kemain... jiwang dalam hujan.
Dia angguk. “Sekarang saya usaha cari dia.”
Kilat memancar. Wajah dia kian jelas. Nampak pucat.
Bibir dia sedikit membiru. Saat
memandang dia, hati aku rasa sedikit damai.
Hilang sakit serta-merta.
“Dah setahun,” sambungnya. Sekali lagi kilat memancar, wajah dia jelas
dan sangat ketara. Bibir aku bergetar
hendak mengatakan sesuatu tapi…
Dum… guruh berdentum
buatkan aku menyebut nama Allah yang maha mengetahui segalanya. Dia senyum lantas berlalu usa i
mengucapkan salam.
Aku kaku tak terkata
apa.
Khalifh?
...bersambung
RM says : Yeah... prolog mmg pendek. >_<
alah.... pendek.. baru nak dup dap dup dap... hehehe....
ReplyDeletebaru prolog pun dah rasa ke hati...:)
ReplyDeleteterubat rindulah rm......teruskan kami menanti
ReplyDeletewah......best nyerrrrr....Dum...kami pun ter'suka ' dgn cerita nie..hik hik hik
ReplyDeletesob sob baru nk menjiwai habis dh
ReplyDeleteohh....dah jumpa pemilik hati ya? dalam hujan pulak tu....ala2 kuch kuch hota hei je. :-)
ReplyDeleteok besttttt...can't wait the next entry sis :D
ReplyDeleteRM memang tak pernah menghampakan...cepat masuk N3 ehh...kosong semacam hidup tanpa n3 RM
ReplyDeleteBest ar RM ni.....day Ada novel baru....
ReplyDeletedgn sabar yg meninggi, tggu n3 seterusnya... aku n khalifh..
ReplyDeleteCepat RM taip laju2...ramai duk menanti next N3 ni... >_______<
ReplyDeleteBest..RM tq ingat kan lambat lagi nak dapat cita baru........
ReplyDeleteKak rehan.. Saye baru je tangkap feeling, tetibe 'feeling' tu da terbang tinggi bile kak rehan ckp prolog mmg pendek T.T
ReplyDeleteomg...adakah dia yang telah menerima hatiku??????
ReplyDeletelove you la RM. dah jatuh cinta gan cerita ni.hehe
ReplyDeleteYezzzz...cite baru....xjadik pindah...dok mghuni blog nie lgk....tqvm RM
ReplyDelete~iNDAzAHAR~
yeaahhh!!! aku sangat2 suka dgn prolog ini...oh! tolong kembalikan RM aku...ceh! ayat tak blh blah! minta menyepak pun iya juga...tp aku sukaaaa...aahahahahah
ReplyDelete5*
ReplyDeletehati rsa dup dap dup dap je baca prolog ni...apakah??! hehe
ReplyDeleteHoreyyy..da cita baru
ReplyDeleteTerubat rindu kt cerita RM
ReplyDeletebesttt
wahh...ni mesti best ni...
ReplyDeletebaca prolog pun dah rasa menarik..
ReplyDeleteadoi..br sempat nak baca... ofis de function lak...
ReplyDeletebz nk on9...
i loikee nama #Khalif !!!! :-)
nie boleh buat hati saya libang libu lagi la nanti...baru jer lepas sesak nafas dgn KuQais...tp apa pun karya Rehan tetap menjadi pojaan hatiku...ngeeeee....
ReplyDeletesygg sis ... alhamdulillah idea sis melimpah luah .. <3 .. sya mmg adore dengan krya sis rehan .. sayang kamu <3
ReplyDeleteHoyeh...cerita baru yg akan di follow..(wajib follow sume crita RM sebenarnya)
ReplyDeletebest citer gini. belum tergerak hati lagi untuk jadi penderma organ, hnya derma darah sj. semoga cite ini memberikan sinar harapan kepada penerima organ kelak. all the best!!!!
ReplyDeletenext n3........
Laju nyer RM buat cite br..x pe.. i follow je
ReplyDeleteala........... prolog pon da best..... kli nie cter psal donate organ plak.... enjoy in the sme time gain knowledge :D
ReplyDelete"kita x nak pulang,kita nak buat harta."
ReplyDeleteAlolo...apesal sweet sangat...haha^_^
RM..DAH ADA N3 BARU...THNAKS...INGAT NAK REHAT LAMA SKT..HE..HE..HE..
ReplyDeleteHati hati dgn hati. Dah bagi mana panggil pinjam melainkan MATI sahaja. Cerita biasa tp nk tggu ape luar biasanya.
ReplyDeleteYuk Merapat Best Betting Online Hanya Di AREATOTO
ReplyDeleteDalam 1 Userid Dapat Bermain Semua Permainan
Yang Ada :
TARUHAN BOLA - LIVE CASINO - SABUNG AYAM - TOGEL ONLINE ( Tanpa Batas Invest )
Sekedar Nonton Bola ,
Jika Tidak Pasang Taruhan , Mana Seru , Pasangkan Taruhan Anda Di areatoto
Minimal Deposit Rp 20.000 Dan Withdraw Rp.50.000
Proses Deposit Dan Withdraw ( EXPRES ) Super Cepat
Anda Akan Di Layani Dengan Customer Service Yang Ramah
Website Online 24Jam/Setiap Hariny