LETIH!
Memang dia
letih. Letih jiwa, letih lagi
jasad. Baru aje selesai kenduri adik
tersayang. Sedaya-upaya diuruskan agar
berjalan lancar. Segalanya. Demi janji dan kasih sayang yang
dikhianati.
Wajah Lai basah
dengan wudhuk. Baru saja nak melangkah
naik ke atas, kakinya terpaku pada anak tangga kayu yang pertama. Dia melangut memandang wajah adik iparnya di
depan mata. Perlahan-lahan, Zarul turun
dan berdiri tegak di depan Lai. Direnung
lama wajah wanita yang menjadi kakak iparnya.
“Nak solat
ke?”
Lai angguk. Dia telan liur. Tak biasa pula rasanya ada lelaki di dalam
rumah ni setelah ayah tiada.
“Errr… boleh
kita cakap sikit?” Zarul beranikan diri
sambil mengerling ke depan. Kotlah
isterinya, adik pada Lai – Liza muncul.
“Apa dia?” Mata Lai jatuh pada tubuh Zarul yang masih
dibaluti baju kahwin berwarna putih mutiara itu. Kacak adik ipar dia. Memang pandai Liza memilih. Padanlah, Liza pun cantik. Mewarisi kecantikan, kelembutan dan keayuan
mak. Tapi dia, segalanya mengikut
ayah. Hanya rambut mengikut rambut
mak. Lurus panjang. Muka memang ikut ayah. Chinese
look!
“Lai marah?”
“Marah
siapa?” Wajah Lai berkerut. Entah apa yang Zarul maksudkan. “Saya uruskan majlis korang berdua dengan
ikhlas. Kalau kata penat, agaklah
penat. Tapi, marah tu tak ada…” Tanpa menanti Zarul menjawab, Lai ketawa
halus. “Dan saya cukup puas hati…” Dia menyambung.
Senyuman Zarul
tergaris kelat. Dia garu belakang kepala. Rasanya wajah dia dah merah wajah rasa bersalah pada Lai. “Saya minta maaf kalau-kalau…” Beratnya lidah nak bercakap. Zarul hela nafas dalam seketika. “…perkahwinan ni buat Lai rasa…”
“Saya bahagia
bila awak dapat bahagiakan adik saya…”
Lai mencantas. Tapi, hati tetap
rasa pedih. Berkali-kali digilis tapi
dia masih cuba bertahan.
“Saya minta
maaf, Lai,” ucap Zarul bila Lai melangkah naik ke atas tanpa menoleh lagi.
Prolog ii
APA nak jadi
ni?
Soalan itu sejak
daripada tadi berlegar dalam kepala. Dia
pandang wajah di sisi. Wajah yang tunjuk
riak tak bersalah. Menggeleng Qadr. Pening kepala aku. Kenapalah ramai-ramai manusia dalam dunia,
masalah ni hinggap pada dia? Apa dia nak
jawab pada mama dan abah nanti? Mahu
dibuang keluarga ni.
“Apa kita nak
buat?”
Baru nak tanya,
soalan dah diterima dulu. Qadr terus
alihkan pandangan. Mengurut janggut yang
dah mula tumbuh meliar.
“No idea…” Senang dia menjawab.
Lai garu
kepala. “Aku tak harap kau tolong aku…”
Memang dia tak boleh salahkan lelaki ni sepenuhnya. Mereka bukan saling kenal. Cuma ada di tempat dan pada waktu yang
salah.
“Baguslah…” Qadr
masih tayang wajah tenang tapi dalam kepala cukup serabut memikirkan.
Hati Lai
terbersit. Tapi, apa nak hairan. Dia bukan kenal sangat dengan Qadr. Tak sempat declare jadi kawan lagi pun. Dia mampu tanggung segalanya sendiri. Katalah apa saja. Dia dah tak nak ambil peduli setelah yang
tersayang terus mengkhianati. Cumanya…
“Aku tak nak
duduk sini…” Lai pandang kawasan
sekitar. Memang tak ada suara menakutkan
tapi dia berasa kecut. Pertama kali dia
jejakkan kaki ke sini. “Tapi, aku tak
ada duit…” Jujur Lai akui.
Qadr gelak. Beberapa orang terus menjeling. Dah buat salah boleh gelak, ya? Dah tu, apa lagi yang mampu dia lakukan. Percutian dia hancur. Ranap masa depan.
“Kita ni tak
perlu duit. Sign aje kejap lagi…”
“Sign?” Kening Lai berkerut. Tak lama, ada suara menegur.
“Kamu berdua
sini.”
Mereka bangkit
dan saling berpandangan. Qadr nyata
tenang. Lai juga tapi jiwa dia menangis
hiba. Telinga dia bakal menerima
caci-maki lagi lepas ni.
“Sign
sini…”
Qadr
menurut. Lai macam nak membantah. Dia tak salah. Tapi rasanya itu dah diberitahu berjuta kali
tadi. Dia pandang Qadr. “Aku tak salah…”
“Kau ingat aku
sign tu sebab aku rasa aku salah ke?”
Sinis. Pedih. “Hey, aku sign tu
sebab nak keluar daripada sini, kau tahu?”
Lai ketap
bibir. Dia angguk. Kalau tak keluar duit, sign pun tak apa. Terus dia turunkan tandatangan. “Dah boleh balik?” soal Lai tak sabar.
Salah seorang
pegawai mengangguk. “Tapi jangan lupa
tarikh dalam surat tu pulak…” Bengis.
Lai sambut surat
yang dihulur. Mata dia bulat melihat
barisan tengah isi surat itu. Apa nak
jadi ni? Dia hanya angguk dan melangkah
lemah. Setidak-tidaknya dia boleh tidur
dekat rumah malam ni.
Langkahnya
terhenti bila ada tangan menyentuh bahunya.
Terus Lai berpaling tanpa ada rasa terkejut. Tak ada apa lagi yang mampu mengejutkan
dia.
“Ada apa
lagi?” soal Lai lemah.
“Nama kau
siapa?”
“Lai…”
“Lai je ke?”
Lai diam tak
beri reaksi. “Kau?”
“Qadr…” Sepatah juga.
Ringkas.
“Itu je?”
Giliran Qadr
pula tak menjawab. “Nak balik dengan apa
dah malam?” Qadr dongak. Tak ada bintang di langit. Angin pun seram sejuk aje. “Nak hujan kot ni…” Kemudian dia pandang semula Lai. “Nak aku hantarkan?”
Laju Lai
menggeleng. “Aku balik sendiri…”
“Berani?”
Tanpa jawapan,
Lai angguk. Terus dia berpaling dan
melangkah lemah. Qadr tak berkata
apa. Apa yang terjadi hari ini
benar-benar menguji kesabaran dan kejantanan.
Surat yang ada dalam poket dilipat kecik-kecik. Diselit dalam wallet moga tiada siapa
tahu.
Dia pandang pada
susuk tubuh kurus Lai. Nak marah pun,
bukan salah Lai. Nak salahkan diri
sendiri pun, rasanya dia pun tak salah.
Dia buka cap yang sejak daripada tadi menutup kepala. Membahang!
Kesiannya
dia… Tak tahu kenapa, rasa itu muncul
dalam diri. Nak dikira, dia pun kesian
juga. Aku pun mangsa! Qadr terus berlalu ke arah keretanya. Skyline royal blue dibuka pintunya tapi tak
jadi nak masuk.
Dia berpaling
semula ke pintu. Macam mana kalu Lai tak
sampai rumah dengan selamat? Hati dia
berbolak-balik. Akhirnya jawapan
ditemui.
Setidak-tidaknya…
~~> bersambung
RM says : Hai guys. Salam. Hope you guys doing good. Lamanya tak update blog, kan? Tup-tup update, cerita lain. Tak apalah. Cerita tu dalam proses manuskrip. Harap idea tak terkekang. Harap Allah masih berbelas kasihan untuk limpahkan idea dalam kepala saya. Tahu you guys kecewa saya diam lama. Ada beberapa sebab. Mula-mula external hard disk rosak. Biasalah kalau dah rosak. Mood down sampai kaki. Lepas dah okey, negara kita dilanda musibah bermacam-macam.
Allah... sedih tak terkata. Ya, keluarga saya tak ada yang terlibat tapi kesannnya Tuhan ajelah tahu. Sampai sekarang saya masih yakin mereka masih selamat. Jerebu, air, kemarau - moga Allah berbelas kasihan pada kita - hamba2NYA.
Dengan kerja luar aje manjang. Keluarga, kenduri dan macam2 lagi. Apapun insyaALLAH lepas ni berhias blog ni walaupun selang dua tiga hari. Sungguh. Saya nampak last post saya tu 3 Mac sedangkan ianya Februari. Dah 2 bulan. Tuhan... lekanya saya. Tak apalah. Terima kasih masih sudi kill time di blog ni eh.
Ini pun update dalam kereta je. Otw balik daripada Utara. So, till we meet again.
#TErusBerharapMogaMH370PulangDenganSelamat #ALLAHbless
lamanya x lawat blog rm..rindu pulk dngn kayra2x rm..sambung lg ya.. :)
ReplyDeleteLai Lai..... Ada citer br. Wow lama blog bsawang jom tlg kemas blik. Kasi cantik cam dulu hihi. X sbr tgu n3 br.. ;-)
ReplyDeleteLai Lai..... Ada citer br. Wow lama blog bsawang jom tlg kemas blik. Kasi cantik cam dulu hihi. X sbr tgu n3 br.. ;-)
ReplyDeletewaaa best kak rehan , cter baru pon ok je ...sy setia menunggu cter kak rehan..hihihi
ReplyDeleteWawaw best2
ReplyDeletepayedpiya sebelum ni saya xdan nk flollow sampai latest, xkuat nk follow online terus rasanya.. tp lama sgt k rehan menghilang, rasa skill penulisan kena asah balik by reading ur new story nih. mmg prolog pun dah terkesan d hati dah. :') keep on writing yah kak.
ReplyDeletewah, kak rehan is coming back. i miss u a lot sis. saya setia menunggu akak update blog. x sabaq nk tgu entry baru
ReplyDeleteMiss u rehan
ReplyDeleteBkn leka.ada benda lain yg lagi penting menuntut perhatian n jd tanggungjawab kita.teruskan menulis.
ReplyDeleteTq rm...rindunya nak baca nukilan rm. Moga Allah berikan banyakkkkkkkkkk idea untuk diluahkan jd novel...;)
ReplyDeletebest kak rehan. saya doakan semoga kak rehan tidak berhenti berkarya.
ReplyDeletemish #payed & #fiya a LOT....
ReplyDeletehuwaaaa.. anyhow i got my coacaine again! thank you!!!
Insya'ALLAH... masih ada ruang utk pengubat jiwa yg menanti...
satu Malaysia mendua'kan....
segala yg berlaku.. ada hikmahNYA...
moga bersama kita ketemu jawapan PASTI...
sbg cth.. terhasil #qadr & #lai kan? is it Laila? hehehe
semoga akan terus berkarya...
keep faith k dear..
XoXo FH
oh my... dah ada story bru... QADR n LAI..
ReplyDeletemiss ur word
ReplyDeleteMoga terus usaha dik non..
ReplyDeletelama dan masih merindui....
ReplyDeletexpe, ke"diam"an itu direstui, moga dapat mencari kekuatan diri.
best dah terasa dengan prolog. walaupun rindu payed palee dan fina
kehadiran qadr~lai~zarul tetap dirai...
nampak segala segi ada di situ. adakah qadr dan lai kena tangkap basah? hrmmmm... zarul bercinta ngan kakak tp kawen ngan adik kah?
sangat byk persoalan. therefore, jiayo RM. moga anda bertambah kuat dalam segala segi hidup ini.
faradina azlin azahar
memang rindu kat tulisan RM, tapi akan kan daya ... menyokong saja lah, apa yg ada.
ReplyDeleteRindu dengan bisikan jari jemari RM.... cerita apa pun kita layan semuanya terbaik....
ReplyDeleteAkhirnya ade gak yg baru....
ReplyDeleteits ok..xpa...take your time...kmi readers sntiasa menyokong setiap karya RM...xkesah la lmbt pon jnji ada....dont give up...:)
ReplyDeleteYeay...entry baru..harap update everyday...
ReplyDeleteRindu kt RM...rindu gak kt ur stories tp bila RM kata banyak benda yg jadi...kena la respect kan?
ReplyDeleteAnyway, seronok dpt baca kisah hati dr RM
RM kemana menghilang... apa2 pun best kembali dengan buah tangan baru.
ReplyDeletewah ada cter baru rindunyaaa :D entry baru dah buat org curious gila nk tau ap jadi sebenarnya between Qadr n Lai... @_@
ReplyDeleteterhapus jua rindu ku pada mu, RM...
ReplyDeleteRM mesti byr 'hutang' new 3 k!
ReplyDeleteAlhamdulillah
ReplyDeleteprolog yg penuh tanda tanya....xsabar nak tahu kisah seterusnya....good job RM!!!!
ReplyDeleteManuscript. Maksudnya akan di buku kan kisah Payed n Luth rite?
ReplyDeleteSuka suka. Tak sabar tunggu nya. Anyway intro citer baru ni best.
Mcm biasa idea RM mmg fresh selalu.
lama dh lama lawat blog RM asyik bz memanjang...btul nk dibukukan kisah payed n luth wow bestnya tak sbr tgu...
ReplyDeleteBlog ni mmg pilihan saya..rindu rehan..
ReplyDeleteBaru stat follow cte ni... macam best... tajuk pon best
ReplyDeleteSy pasti akan dptkn novel # fiya & payed # bl dh d trbitkn nnt...suka suka...
ReplyDeleteBest cite ni..thanks RM hasilkn cite yg best2, menarik.. x mcm novel ' Seseorang Untuk Di Nikahi ' x best lngsung , boring yg amat !!! Nyesal bli..so klu anda2 smua brhajat utk bli novel tu sy nasihatkn X Usah bli...buat rugi je.. Lainla klu novel2 RM ..smua best2 meletup !!!
ReplyDeleteKak rehan~ bila tau akan dihabiskan kat blog, terus rasa nak lompat2 :) rindu dgn penulisan akak. InshaAllah, saya doakan idea akak melimpah ruah. All the best!!
ReplyDeleteLama x lwt blog kat rehan..selalu baca,tapi jrg benor komen sbb xtaw nk tulis pe..yg penting semua citer kak rehan memang awesome!!!!! Baru prolog dh best..thanz sbb buat pembaca citer yg best selalu,hope you fine and bahagia dgn org2 tersayang..insyaAllah
ReplyDeleteRM mmg the best writer...love it
ReplyDeletebest..
ReplyDeleteTahniah dan terima kasih akhirnya penantian berhasil. Moga Allah sentiasa melimpahi kita semua dengan rahmatnya. Aamiin.
ReplyDeleteHari2 lawat blog kak rehan.. nnt pesta buku kt kl tringin sgt nk jmpa kak.. snggup fly dr perlis pi kl.. tp dgn kekangan krja rasa sedih plak bila pikir blik..
ReplyDeletesaya sentiasa jenguk blog akak!
ReplyDeleteAkk.. Macam penah bace pasal qadr n lai ni tp xingt.. Huhuuu..
ReplyDeleteassalamualaikum. trima kash byk2 pd blogger sbb up cerita novl ni.
ReplyDelete