"Dia amanah. Dan, aku penjaganya..."
BAB 6
HANYA tubuh yang tak
ada. Pakaian masih ada dalam
biliknya. Dah dikemas tapi beratnya hati
nak melangkah. Hari ni kerja seperti
biasa dan subuh hari dah keluar. Lai
duduk di bangsal memandang pada Nek Leha yang sedang membersihkan tangan
selesai kerja menoreh.
“Nek...”
“Hrm...”
“Saya nak pindah ke
bandarlah, nek. Boleh tak?” Lai dongak ke langit. Matahari dah terik. Mata dia rasa sembab dan tubuh dia rasa tak
bermaya langsung.
“Dah kenapa
pulak?” Suara tak puas hati.
“Sebab Zarul dengan Liza?”
Lai hanya angguk. Tak diceritakan akan apa yang dah
terjadi. Malas nak ungkit kisah pedih
malam tadi. Kerana cinta, semua orang
hampir jadi gila. Dia pun mangsa tapi
kenapa Liza tak mengerti?
“Alaa... sakit kejap je
tu. Lama-lama nanti kamu eloklah tu. Apa nak risau sangat. Bukan diorang duduk rumah kamu pun...”
“Diorang ada dekat
rumah. Balik malam tadi...”
Nek Leha panggung
kepala. “Nak dok situ selamanya
ke?”
Bahu Lai naik. “Tapi,semalam pun saya ni jadi sesak nafas
dah, nek. Kalau kata selamanya, tak
bernyawa saya...”
“Eleh... cakap macamlah
udara ni Liza dengan Zarul yang bagi dekat kamu, Laila. Cuba mengucap sikit. Ingat Tuhan.
Tak adanya dia nak duduk lama dalam rumah yang tak ada apa tu. Adik
kamu tu dah ada keluarga sendiri, kamu kena rela lepaskan dia pergi...”
Sakit dahi. Dibidas dengan kata-kata lebih menyakitkan
daripada dipukul dengan tangan. Ayat Nek
Leha sentiasa berbisa. Lai angguk. Dia salah.
Dia beristighfar berkali-kali.
Tapi, Nek Leha tak tahu permintaan Liza buat jiwa dia luluh.
“Betul tu, nek. Saya kena rela Liza jauh daripada
saya...” Rendah perlahan dia
bersuara.
Perasan dengan keadaan
lemah Lai, Nek Leha tak bersuara lagi.
Dia dapat menebak yang sesuatu dah jadi.
Tak pernah Lailatul ni sebegini sedih.
Dulu, masa gaduh dengan Zarul pun, dia boleh lagi senyum. Bila di tanya sebab putus, katanya dah nak
putus. Tak boleh buat apa. Senang Laila jawab tapi hari ni... hati Nek
Leha pula terasa pilu.
“Dahlah tu, Laila. Mari balik.
Singgah rumah aku. Ada lauk aku
nak bagi. Yang dah masak. Kamu balik panaskan je. Jangan pandai-pandai nak tinggalkan rumah
pusaka tu,” pesan Nek Leha keras.
Dia bangkit dan Lai
membontoti. Topi di atas kepala
dibetulkan. Basikal ditunda
perlahan. Tiba di rumah Nek Leha, dia
singgah seketika melepaskan lelah.
Setelah bekal bertukar tangan, Lai terus mengayuh basikal di tengah
panas terik. Peluh meleleh laju. Dan, basikal pulak buat hal. Rantai basikal putus pulak dah.
Lai mengeluh tanpa
sedar. Hari tu pancit, hari ni putus
rantai. Dia garu kepala. Dahlah depan rumah keluarga Zarul ni. Rumah kosong yang dibuat homestay. Ngeri,
menakutkan. Mujurlah siang hari. Andai malam, dia dah buka langkah
seribu. Takut pada jembalang berkepala
hitam.
Jari-jemari dah hitam
legam. Wajah juga dah comot dek minyak
rantai basikal. Sedaya upaya dia cuba
betulkan tapi nyata tak berjaya. Lai mengeluh
lagi. Dia hampir menangis. Diuji tak sudah-sudah. Sampaikan kaki dia dah terlalu lemah nak
melangkah dan dia harap, bila tiba di rumah pasangan pengantin baru itu dah tak
ada.
MATA Qadr sekali lagi
terpandang pada seseorang yang sedang membongkok di jalan denai sana. Eh, perempuan semalam ke? Tengok pada basikal nampak sama. Topi pun sama tapi pakaian kali ini lagilah
comot dan kotor. Dia kecilkan
pandangan. Nampak jari-jemari runcing
itu hitam legam.
“Basikal rosak ke?”
Qadr menyoal diri sendiri.
Setelah dua minit, wanita itu tetap mengcangkung di depan basikal. Qadr ambil peluang untuk menolong.
Laju dia menyarung baju
T putih dan mahu turun ke jalan. Baru
saja dia nak dekati, wanita itu bangkit dan menunda basikal tersebut
pergi. Daripada sisi, dia nampak wajah
comot dan hitam kesan minyak rantai.
Qadr senyum sendiri.
Siapalah yang asyik
lalu depan ni? Perasaan ini tahu
membuak. Nak diharapkan Zarul, orang
tengah angau bulan madu. Jahanam dia
datang bercuti masa kawan kahwin.
Terkontang-kanting sendiri.
Qadr tak jadi naik ke
rumah. Dia masuk ke dalam perut Cruze
biru garang itu dan terus memecut ke rumah Zarul. Tak boleh jadi ni. Kena minta Zarul sediakan pembantu rumah
untuk dia selama seminggu dua ni.
Lai terus menunda
basikal yang rosak. Letih berjalan, dia
menunda basikal ke arah sungai. Sungai
Jelai yang luas. Air kuning dan
keruh. Tapi deruan air itu cukup
menenangkan. Fikirannya melayang pada
Zarul. Tak sedarkan Zarul dosa yang
sedang dibuat. Sampaikan dia turut rasa
berdosa.
Dia adalah seseorang
yang haram untuk Zarul nikahi
sekarang. Seseorang yang haram untuk
Zarul cintai malah ingati. Zarul tak
sedar ke semua tu? Mana didikan agama
yang Haji Saad curahkan selama ni? Dia
tahu Zarul baik. Dulu, mereka tak pernah
bersentuhan. Zarul menjaga adab. Dia juga sama. Tapi, kenapa mesti jadi begini. Salah dia ke kerana menolak Zarul? Tapi, Zarul yang tak sabar. Jodoh Zarul dan Liza adalah atas permintaan
Zarul dan ketentuan Tuhan.
Lai peluk lutut. Dia pandang ke langit. Bibirnya terukir senyum. Nampak senyuman asing yang memujuk. Langit sedang tersenyum jadi untuk apa dia
mahu menangis lagi. Tidak hari, nanti
pun dia akan pergi daripada kampung ni demi masa depan dia. Dia tahu.
Cuma bukan sekarang. Kesian dekat
Nek Leha. Rumah peninggalan arwah ayah
dan mak. Dia sayang.
Lama di situ hinggakan
dia terlena bersandar pada sebatang pokok besar. Biarlah hati dan fikiran damai seketika
kerana setelah ini pasti akan ada dugaan
lebih besar.
LIZA senyum pada
Qadr. Mendengarkan luahan hati Qadr
tentang makanan, Liza terdetik akan sesuatu.
Jika dimiliki orang, tak mungkin Zarul mampu dekati.
“Kalau gitu, Liza boleh
minta kawan Liza sediakan makan pakai
untuk kawan abang dalam seminggu dua ni.
Dia pun tak kerja...”
“Siapa?” Dahi Zarul kerut. Wajah Qadr teruja. Risau pulak Zarul. Jangan kata Lai sudah. Dahlah keluar rumah pagi tadi Lai
hilang. Pasti ke kebun getah.
“Adalah. Kawan.
Bukan abang kenal pun semua kawan Liza...” Senyuman Liza melebar. Mata Qadr bulat.
“Deal.” Dia teruja.
Lega. Tak adalah malam-malam
kebulur lagi. “Patutnya kau kena
sediakan semua tu untuk aku weh. Homestay tu milik family kau, Rul. Kesian aku
nak harapkan kau yang baru dapat madu
ni, aku kau lupa...” usik Qadr.
Wajah Liza
memerah. Zarul hanya tersenyum senget. Kepalanya terbayang pada Lai. Betapa tak matangnya dia selama ni dan masih
cuba susahkan Lai. Kesiannya wanita
kesayangan dia tu.
“Weh, Rul!” Qadr siku Zarul. “Bini dekat sebelah, berangan pulak kau, ya?” usik Qadr tanpa tahu apa-apa.
Liza hanya senyum dan
berlalu ke dalam. Zarul hanya jongket
kening tak berkata apa. Sirap bandung
diteguk perlahan. Beratnya bebanan dalam
diri. Dia, Lai dan Liza – menderita. Semua angkara jahilnya dia.
Allah... tunjukkan aku
jalan... Zarul meraup muka. Birai matanya
basah. Dia bagaikan hidup tak
bertuhan. Tak sedar yang dicintainya itu
adalah dosa besar. Qadr kerut
kening. Bahu Zarul dicuit.
“Kau kenapa, Rul?” Macam ada masalah besar ni. Dia pandang ke dalam takut-takut Liza muncul. Tak kan kahwin paksa kot.
“Tak ada apalah...” Zarul gelak.
“Aku macam baru pijak lantai... marmar rupanya lantai rumah aku. Ingatkan batu...”
Makin berkerut kening
Qadr. Apa dah jadi ni? Dia pandang Zarul penuh syak.
Qadr memikir
sendiri. Apa masalah Zarul ni
sebenarnya? Nampak kusut betul. Nak ditanya, dia tahu Zarul masih belum sedia
untuk berkongsi jadi dia biarkan saja. Dia
terus memandu tenang. Bila masuk ke
kawasan homestay, Qadr tak terus
naik. Dia berjalan ke sekitar. Bunyi aliran sungai laju memecah sepi malam
hari. Teringin nak tengok. Langkahnya mati bila terlihat seorang
perempuan sedang bersandar pada sebatang pokok.
Qadr peluk tubuh dengan mata yang makin tajam memerhati.
“Siapalah minah ni? Kenapa kerap sangat terserempak dengan aku?” Kening Qadr berkerut. Mahu didekati tapi takut menimbulkan fitnah pulak. Sudahnya dia hanya berdiri di situ hinggalah
wanita itu bangkit dan menolak basikal hendak berlalu.
Seperti biasanya juga,
wajah itu tak nampak. Qadr
mencebek. Dia terus berpatah balik. Petang ni dia nak mandi sungai dengan
Zarul. Bayangan wanita itu hilang begitu
saja. Kerutan wajah Zarul muncul
mengganti.
DARIPADA jauh Lai
memerhati. Toyota Hilux tu dah tak
ada. Cepat-cepat dia letak basikal di
bawah rumah dan terus naik ke atas.
Sepi.
Hening.
Tapi, dia lega. Untuk hari ini biarlah masalah itu berlalu
pergi dan dia yakin, Zarul tak gila mana
untuk datang sendiri dan rasanya Liza dah cukup bencikan dia. Lai capai tuala dan terus menuju ke bilik
mandi. Bekal makanan yang Nek Leha bagi
diletak atas meja makan di dapur. Saat air
menyentuh kulit, nikmatnya tak terkata. Kesan
getah kering dibersihkan biarpun bau tak pernah mahu hilang.
Tapi, dengan budi tumbuhan
alam itulah dia jaga Liza dan diri sendiri.
Mengingatkan permintaan Liza, airmatanya
merembes bersama jirusan air yang
tak putus-putus. Kata-kata Nek Yah
bergengung. Tak guna nak salahkan
sesiapa. Benda dah nak jadi. Dia tak mampu nak sedarkan Zarul dan biarlah
dia elak buat sementara jika tak mampu untuk hadapinya. Lai terlena usai menunaikan solat Zohor tapi
tak lama bila dia dengar suara sayup-sayup menyeru nama dia.
Bagai mimpi. Lai buka mata dan Liza sedang tersenyum
lebar. Terus dia bangkit dan memeluk
Liza. Tuhan... dia hampir menangis tapi
ditahan.
“Liza...” Suara Lai serak. Sungguh tak sangka.
Liza membalas pelukan
kakaknya. “Kakak baru balik dari kebun?”
Lai geleng. “Sebelum zohor lagi. Kakak terlena lepas solat. Liza balik dengan siapa ni?” Lai pandang ke ruang rumah. Tak ada Zarul. Dia lega.
Tapi, tidak pada
Liza. Soalan itu diterima dengan hati
yang benci. Kakak memang suka Abang
Zarul. Sampaikan kakak tercari wajah
dia! Jiwa Liza memberontak hebat. Tapi dia terus maniskan wajah.
“Liza balik kejap je
ni. Saja sebab pagi tadi tak jumpa
kakak...”
Lai angguk. “Liza dah tak marah kakak?”
Liza geleng. Dia ketap bibir. “Liza tak patut minta kakak pergi. Ini rumah kita. Sekarang rumah kakak...”
“Tak...” Laju Lai menafi. “Ini rumah kita. Bila-bila masa Liza nak balik, kakak sedia
terima. Selamanya. Kalau kata Liza nak pindah duduk sini dengan
Zarul pun, kakak rela pindah dok tempat lain.
Apa saja untuk Liza...” Sekali
lagi dia memaut tubuh Liza tapi pelukan Liza tak lagi hangat seperti dulu.
Lai tak kisah.
Yang pasti, kemarahan Liza dah surut.
Itu yang penting. Dan dia akan
pastikan Zarul dan dia terus berjarak dan perasaan Zarul padanya akan padam
terus nanti.
“Kak...” Liza tolak bahu kakaknya perlahan. “Ni ada nak bagitahu. Kan homestay keluarga Abang Zarul tu ada
kawan dia duduk. Dia nak pakai orang
kemaskan rumah dan masak. Masa dia
keluar kakak masak dan kemas-kemas. Dalam
dua minggu gitu lebih kurang...”
“Errr...” Lai bagai tak mengerti. “Ini nak suruh kakak terima kerja tu ke?”
“Kalau kakak nak?” provok Liza.
Lama Lai memikir tapi
ini juga rezeki. Apa saja dia boleh
buat. Basuh pinggan tempat kenduri pun dia
pernah. Janji mendatangkan rezeki yang
halal. Lai angguk akhirnya. “Kalau gitu, kakak setujulah...”
Liza tersengih
lebar.
“Liza nanti ikut Zarul
balik Kuala Lumpur ke?”
Liza angguk. “Liza ingat nak sambung belajar balik
nanti. Tak adalah sunyi bila Abang Zarul
keluar kerja...”
“Itu yang kakak
harapkan, Liza. Buatlah apa saja janji
Zarul izinkan. Tentang hal lama tu, Liza
percayalah. Itu kisah dongeng cinta
monyet je. Tak terkesan apa pun. Zarul memang suka Liza, sebab tu dia pinang
Liza. Kalau dia suka kakak, dia dah
pinang kakak. Liza kena faham tu. Jangan risau... kakak sedar lagi mana haram
halal untuk kakak. Kakak minta
maaf. Silap kakak tapi ini kan jodoh
Liza. Liza bertuah tahu. Keluarga mertua Liza baik. Suami pun baik...”
Ya, Zarul memang
baik. Harap sangat Zarul layan Liza
dengan baik juga. “Liza pasti bahagia,
dik. Pasti!” bisik Lai.
Mereka berbalas
senyuman tapi senyuman si adik tak ikhlas mana.
Liza minta maaf, kakak! Dia dah
berada pada jalan buntu!
~> bersambung
cepat entry baru masuk...
ReplyDelete~su~
nak lagi......
ReplyDeleteterlihat2 bayangan akal jahat liza... buat jahat lah, jahat juga balasannya nanti!..
ReplyDeletebetul tu.. buat jahat.. jahat jugalah balasannya.. tak sekarang mungkin pada masa hadapan... kita tunggu je en3 seterusnya..
Deletekejamnya.. ni semua mesti plan Liza..
ReplyDeleteliza nak buat Lai kena tangkap basah ngan Qadr tu!
ReplyDeleteBetul tak, RM??
ReplyDeleteTq 4 new n3.Jahat betul... nanti xnaklah ending dia(liza) insaf je. Buat yg lain ckit ye RM
ReplyDeletebest, best...sambung cecepat ehh....
ReplyDeleteliza nak wat kakak dia kena tangkap khalwat ngn qadr eh
ReplyDeleteaduh..liza ni mcm ada niat tak baik jer ni.. nk perangkap kakak dia ke ni.. minta dijauhkan la..kesian Lai. biar la cinta antara Lailatul-Qadr datang dengan cara yg elok..huhu
ReplyDeletemmm...agak2 liza yg plan lai kene tangkap dgn qadr.kalau dah berpunya..msti zarul tak berani nak kacau
ReplyDeleteOh ... Pertemuan Lai ngan Qadr akan bermula
ReplyDeleteWahai adik.. Bagai habia madu sepah dibuang..
Bagai kacang lupa kulit..
Ngee...
Bgus gak liza perangkap lai dgn qadr, blhla lai kluar dr kmlut mslah dgn zarul!!!
ReplyDeleteSayang liza tak cukup kuat tak cukup utuh. Kesian lai. Moga cepatla jodoh lai yang dapat menggantikan kasih sayang palsu liza itu...adik yang tak sedar diuntung.
ReplyDeleteAlamakkk..! Cepat laaa n3 baru,uhuhuuu ;)
ReplyDeleteTerima kasih untuk new n3 ni...appreciate it
ReplyDeleteKerana cinta sanggup liza lukakan hati kakak sendiri...sedih nya menjadi seorang Lailatul...
mesti si liza tu ada plan yg buruk2 kat si lai. kesiannnya
ReplyDeletehope this story absolutely ended in the blog
ReplyDeletedia nk buat ap nie? jg kata nk buat plan tangkap basah dgn Qadr sudah... otk Liza bukan boleh tentu..
ReplyDelete