Thursday, April 16, 2015

Encik Sederhana 6

BAB 6

KAKINYA mendekati mak dan abah yang sedang bersembang di ruang rehat.  Terus dilabuhkan duduk dekat dengan mak.  Dilentokkan kepala pada bahu mak.  Argh… selesanya.  Mata terpejam rapat. 

Hajjah Sabrah pandang anak teruna seorang ini.  “Ingatkan Fateh tidur lepas Isyak tadi.  Senyap aje.”
“Tak pun.  Baru lepas telefon Yuyu.”  Dengan mak, pengakuan sentiasa jujur.  Betapa dia sorok pun, mak pasti dapat menghidu. 
“Sihat ke dia?  Bila nak balik sini?” 
“Sihat kot.”  Fateh senyum.  Teringat Yuyu kata nak balik sehari sebelum akad nikah.  Apa-apa ajelah Yuyu.  Jangan tak ada sudahlah.
“Dia kata nak balik sehari sebelum akad nikah.”
“Hah?”  Wajah Haji Murad dan isteri sama-sama terkejut.  Apa pulak ni? 
“Bukan patut balik seminggu awal ke?”  tanya Hajjah Sabrah.  Risau dah dia!
“Ke Fateh marah dia sampai dia tak nak balik awal tu?”  Kerisauan Haji Murad juga mencanak. 
Eh.  Abah dengan mak ni.  “Fateh gurau ajelah.  Tapi, itu memang dia cakap.  Rasanya dia balik awal lagi tu.  Ni, mak dah tanya umi dia, Yuyu nak apa hadiah kahwin?” 
“Umi dah bagitahu.  Tapi, kan tadi Fateh telefon dia.  Kenapa tak tanya dia sendiri?”  soal Hajjah Sabrah kembali.  Kelakar pulak budak seorang ni.  Padahal tadi telefon Yuyu.  Patut tanya jelah empunya badan. 
“Malaslah tanya.  Dia tu memang pelik.  Soalan dia semua pelik-pelik.”  Syarat dia lagilah pelik.  Hati Fateh menyambung.  Macam manalah nak hidup dengan syarat Yuyu tu.  Tapi, nasib baik jugalah Yuyu jauh.  Tak sebumbung.  Kalau sebumbung, dia yakin syarat tu akan tinggal syarat ajelah.  Dia pasti buat muka tak malu rosakkan syarat Yuyu. 
“Umi dia SMS mak tadi.  Dia kata Yuyu tak kisah apapun.”
“Kalau gitu bagi rantai besilah,” sampuk Fateh dengan ketawa halus biarpun kelopak mata masih tak dibuka.
“Eh budak ni.  Main-main pulak.  Fateh nak bagi dia apa?”  Haji Murad sesekali menggeleng juga dengan perangai Fateh ni.  Ada masa macam kebudakan sangat.  Dengan perempuan tak pernah nak cakap elok-elok.  Melainkan mak dia ajelah yang dilayan persis permaisuri. 
Fateh diam tak menjawab.  Berfikir apa yang patut dihadiahkan pada Yuyu nanti.  Dia ada duit.  Malah segalanya dia dah persiapkan untuk seorang wanita yang hadir lantas menjadi isteri.  Biar siapa pun dia tapi sekarang wanita itu adalah Yuyu. 
“Mak rasa apa yang sesuai?”  Kepala diangkat.  Direnung wajah mak dan abah silih berganti. 
“Entahlah.  Kalau pada mak, elok bagi cincin.”
“Kan tunang hari tu bagi cincin,” sangkal Fateh. 
“Bagi ajelah sepersalinan…”  Meleret suara abah menyampuk.
“Mak aih… mana nak cekau duit, bah?”  Garu kepala dibuat abah.  Terus abah gelak.  Mak hanya senyum. 
“Fateh tu banyak duit.  Jangan berkira sangat dengan bakal isteri.”
“Bukan berkira, bah.  Cukuplah seadanya.  Fateh tak nak didik dia dengan pujian dan harta segala.  Biar cukup sederhana tapi iman dalam dada berlebih,” bantah Fateh lembut.
Abah dan mak tahu kehendak dia macam mana.  Cuma, untuk hadiah Yuyu ni dia sendiri tak tahu nak bagi apa.  Cincin sebentuk lagi ke?  Eh, tak boleh.  Berapa banyak cincin daa?  Dia tak suka nak pandang barang kemas banyak sangat pada jari isteri dia. 
“Mak pergilah beli esok yang jenis tak kisah macam kata Yuyu tu.  Fateh lagilah tak kisah.”  Sampul berwarna coklat diletak di depan mak. 
Bulat mata Hajjah Sabrah.  Banyak sangat ni.  Ni mahu dekat 10 ribu.  Nak buat apa banyak sangat.
“Ni banyak ni, Fateh.”
“Mak beli hadiah untuk Yuyu.  Yang lebih untuk bayar duit mak untuk persiapan doa selamat.  Lepas tu lebih lagi, mak simpan ajelah,” pesan Fateh.  Dia bangkit dan menggeliat ke kiri kanan. 
“Fateh mengantuk dah.”  Dia tahan kuap.  Memang letih.  Sejak akhir-akhir ni terlalu banyak menara yang dipanjat.  Nak diharap pada anak buah, ramai freshies.  Itu yang kena panjat sendiri tu. 
Tapi, tak sempat dia melangkah teringat gambar yang mak hantar.  Gambar hari di mana Yuyu menjadi tunangan dia. 
“Hari tunang tu, Yuyu pakai apa mak?”  Saja tanya sebab dalam gambar hanya nampak tiga wajah saja. 
“Pakai baju kurung biasa aje.  Tapi, masyaALLAH.  Cantik betul dia, Fateh,” puji Hajjah Sabrah. 
Bibirnya tersungging senyuman sinis.  Amboi mak.  Melambung puji bakal menantu.  Tapi diakui.  Yuyu memang cantik asli. 
“Sebab tu tak bagi dia make-up hari nikah.  Cuma dia masih tak faham agaknya,” sahut Fateh rendah perlahan. 
Dia koyakkan senyuman lagi.  Syarat itu syariat.  Dan, dia nak Yuyu faham sendiri semua tu. 
“Fateh masuk dulu, mak… abah.”  Tangan mak dan abah disalam.  “Assalamualaikum.” 
Tubuhnya menghilang di balik pintu.  Direbahkan tubuh di atas katil.  Melihat pada kipas yang kaku.  Terasa kedinginan penghawa dingin yang mula mencucuk kulit.  Dipusing ke kanan.  Baru saja mata nak terlelap, telefonnya bergetar daripada bawah bantal.  Ditarik dan satu pesanan masuk. 

            Pasal hadiah akad nikah tu, awak tak rasa ke awak adalah hadiah terbaik
            untuk Yuyu lepas dah jawab akad tu?  Mimpi indah.  J

Mata Fateh terbuka luas.  Terus hilang mengantuk.  Ini dikira bonus ni.  Tapi, sungguh ke ayat ni dikarang oleh Yuyu?  Serius.  Sukar betul nak percaya.  Kenapa Yuyu jadi sebegini jinak? 
Waa… betullah kata Syuk.  Perempuan ni jinak-jinak merpati.  Makan di tangan nak tangkap lari.  Jadinya, biarlah kita statik menghulur makanan di telapak tangan.  Merpati itu akan hingga dengan sendiri. 
Tapi dia, berat jari pula nak membalas.  Bukan apa, seluruh jasadnya mengalami kekejungan secara mendadak.  Semua angkara gadis bernama Ayuni.
Yuyuuuu…

Keluhan tipis terlepas daripada mulut.  Dia… semakin resah daripada dalamnya.  

12 comments:

  1. Hilang rs ngantuk dh fateh tu....💕

    ReplyDelete
  2. pendek sangat...tak hilang rasa ngantuk...hehehe

    ReplyDelete
  3. apalah Fateh balas sms tu"Yuyuuuuuuuuu.... " tentu Yuyu pulak keras kt sana...hihihi

    ReplyDelete
  4. txs for the update walaupun tak panjang as always..

    ReplyDelete
  5. Tak sabarnya nk dptkan limited edition..hrp2 sempat la...

    ReplyDelete
  6. hilang rindu walau secoet.....

    ReplyDelete
  7. Kak rehan..sambung la sikit lagi..kekekee

    ReplyDelete
  8. RM ni saje je tau.... ni yg buat saya x sabar nak baca ni.... bila la novel nak sampai huhuhuhu....

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah. Dot juga copy ni walaupun lmbt..

    ReplyDelete