Tuesday, April 14, 2015

Seseorang Untuk Aku 5

"Dia amanah.  Dan, aku penjaganya..."

BAB 5

LETIHNYA.  Macam aku pulak kahwin.  Qadr mengurut pangkal leher.  Lenguhnya.  Lepas Ziyad balik, dia pulak macam tuan rumah.  Melayan tetamu.  Zarul punya pasal.  Tapi, puas hati.  Kawan baik punya pasal.  Dua dah selamat.  Ziyad dan Zarul.  Dua-dua dah jumpa matlamat hidup.  Tinggal aku sekor.  Qadr bangkit menarik tuala di atas katil dan berlalu ke jendela yang terkuak lebar.  Cantik jugak rumah ni.  Tak apalah terkedalam sikit pun.  Janji selesa dan udara pun segar. 

Zarul baru balik lepas hantar dia ke sini.  Lengkap segalanya tapi peti kosong. Perut dah lapar.  Apa nak makan?  Terpaksalah keluar kejap lagi.  Nak dikacau Zarul macam tak kena.  Orang nak memadu kasih.  Tapi...
Fikiran Qadr terbang ke belakang beberapa tahun.  Seingat dia, Zarul pernah kata kekasih hati menolak tapi dah terima ke?  Cepat.  Dah jodoh.  Malas nak semakkan fikiran.  Dia perlukan rehat yang cukup.  Fikizal dan emosi sebelum naik bertugas.  Tugas yang sedikit getir kalau dikira.  Tak apalah.  Dia dah sedia. 
Qadr lompat atas bingkai jendela.  Bertenggek tenang.  Melihat pada pokok durian yang nampak lebat berbuah.  Rumput hijau dan bunyi burung serta unggas yang tak berhenti.  Rasa nyaman.  Sesekali lari daripada kesibukan kota, tenang sikit jiwa.  Tapi, di sini bukan jiwa dia.  Sesekali bolehlah.  Tak bising, tak kecoh – tak ada hidup katanya. 
Angin petang hari berpuput sedikit garang.  Tubuh yang terdedah dibiarkan saja begitu.  Terasa sejuk kulit.  Rambut yang kemas tercacak diraup beberapa kali.  Baru hendak turun daripada bingkai pintu, mata Qadr ternampak susuk tubuh yang sedang menolak sebuah basikal di jalan denai sana.  Berbaju kurung tapi memakai topi.  Yang pasti perempuan.  Wajah je tak nampak.  Boleh jadi basikal rosak.  Kesian. 
Dia panjangkan leher memandang ke arah yang dituju.  Adalah rumah lain.  Boleh jadi orang kampung yang juga datang ke kenduri Zarul dan Liza.  Setelah kelibat itu hilang daripada pandangan, Qadr terus berlalu ke bilik air.  Tubuh yang lekit, perlu disegarkan. 



MALAM yang terasa bahang.  Lai rasa tak sedap hati.  Zarul dan Liza dah sampai usai Isyak tadi.  Petang tadi sempat dia singgah di rumah Nek Leha.  Letih.  Sudahlah kaki pun penat.  Terpaksa menolak basikal yang pancit.  Siapalah dajalkan dia?  Haih...
Hidangan dah sedia di atas meja.  Lai memanggil Liza tapi adiknya terlena.  Dia tercari kelibat Zarul dan nyata Zarul ada di depan.  Sedang duduk di tangga.  Perlahan-lahan Lai dekati. 
“Jom kita makan...”
Zarul kalih.  Dia ukir senyuman tawar dan penat.  “Liza mana?” 
“Tadi jenguk dalam, dia tidur...” 
Kepala Zarul terangguk-angguk.  Dia gamit Lai.  “Duduk sini jap.  Nak sembang...”  Alang-alang Liza lena, dia ada perkara yang nak dibincangkan.  Kisah mereka masih belum tamat.  Masih tak ada titik.  Masih koma dan tergantung. 
Liza pandang pintu bilik yang sedikit terbuka.  Risau kalau Liza terlihat mereka dalam keadaan begini.  Memang tak buat apa tapi boleh mengundang curiga.  Dahlah, dia nampak pandangan adik dia dah lain. 
“Err... kita cakap sambil makanlah.  Ajak Liza sekali...”  Lai memang dah serik.  Cukuplah sekali terkena masa Zarul temankan dia ambil baju nikah Liza.  Tak nak dah dia.  Apatah lagi sekarang Zarul dah sah jadi adik iparnya. 
“Hal ni kita je, Lai.  Liza akan tahu tapi bukan sekarang...”  Kewarasan Zarul kian tercabar bila melihat Lai.  Berat hati dia mahu balik bermalam di sini tapi Liza mendesak.  Tak ada pilihan lain.  Dia takut kehendak dirinya menewaskan kewarasan.  Ini pun dah hampir kalah. 
“Okeylah.  Kejap aje...”  Lai duduk di atas kerusi rotan.  Zarul bangkit dan duduk di sebelah.  Dia kalih ke pintu seketika sebelum bersuara. 
“Saya dengar awak cakap dengan Nek Leha...”
Lai diam.  Dalam hati, dia dah mengagak. 
“Awak kecewa, kan?  Awak derita?”  soal Zarul tapi Lai hanya diam tak beri reaksi.  “Saya pun, awak.  Saya kecewa.  Saya salah sebab tuduh dan desak awak.  Saya silap minta ayah pinangkan Liza sedangkan saya cinta awak.  Awak tahu, kan?”
Lai angguk.  Masih tak menjawab.  Suara Zarul cukup perlahan.  Bimbang mengejutkan Liza barangkali. 
“Kita kahwin...”  Sekali lagi.
Lai geleng.  “Tak boleh!”  Tegas.  “Haram tahu ke tidak...”
“Saya lepaskan Liza...”
Mata sepet Lai tajam.  “Sekali lagi awak cakap macam ni, saya akan hilang daripada pandangan korang berdua, selamanya...”  Ugutan dan dia yakin ugutan ini akan buat Zarul diam tapi Lai silap.  Memang Zarul yang dulu, bukanlah yang sekarang. 
“Kita derita, awak.  Kalau kita teruskan, Liza lagilah derita.  Saya sayang awak.  Tolonglah faham.  Kita lari.  Awak pergi kemas beg.  Kita lari malam ni jugak.  Biarlah apa nak jadi depan hari. Tak kisah.  Diorang akan terima kenyataan lama-kelamaan.  Tapi saya tak boleh kehilangan awak...”  pinta Zarul merayu.
Lai bangun.  Dia ukir senyuman tipis.  Dah cukup buat jiwa Zarul bergelora dan mencucuk sakitnya.  Tak mampu dia fikirkan kalau senyuman itu menjadi milik lelaki lain sedangkan pada mulanya senyuman itu terukir untuk dia saja. 
“Awak ni letih.  Sebab tu fikir bukan-bukan.  Pergilah rehat dulu.  Nanti kejut Liza makan.  Saya nak masuk rehat.  Letih dah,” putus Lai tenang dan terus bangkit menuju ke bilik. 
Daun pintu ditutup rapat.  Airmatanya jatuh.  Rasanya, dah sampai masa dia pergi jauh.  Tak sesuai dah tempat ini dengan dia.  Tak mampu dah nak hadapi.  Dah terlalu goyah.  Rupanya cinta pada Zarul masih subur.  Dicantas pun makin bercambah. 
Zarul bangkit dalam kecewa.  Dia masuk ke bilik dan nampak isterinya yang sedang lena.  Dipandang wajah Liza lama.  Salah abang, Liza.  Abang tak cinta Liza.  Abang cintakan kakak Liza... hati Zarul menjerit tapi lidahnya terpasung terus pada lelangit. 
Tak lama, mata Liza terbuka.  Senyuman terukir.  Mata dipisat berkali-kali.  “Sorry, Liza terlena...”  Liza bangkit dan terus memeluk tubuh Zarul tapi nyata, pelukannya berbalas tapi tiada ghairahnya. 
Hatinya sebal.  Suami  yang baru dia nikahi mencintai kakak sendiri.  Rasa dikhianati, rasa ditipu.  Rasa mahu ditoreh wajah kedua-duanya.  Dia tak tidur.  Dia hanya rehatkan tubuh.  Dia dengar setiap patah kata Zarul.  Dia dengar juga pengakuan kakaknya dan dia tahu kakak cintakan suami adik sendiri. 
Melihatkan keghairahan Liza memeluknya, Zarul akhirnya membalas.  Bayangan Lai menerpa.  Dia pernah impikan untuk memeluk Lai.  Membelai dan mencintai segala apa yang ada pada gadis itu tapi kini lain pula.  Penolakan Lai membuatkan hatinya sakit. 
Dia ukir senyuman payah.  Bahu Liza ditolak.  Zarul sengih.  Niat jahat muncul lagi.  Dia ucap pipi Liza lembut.  Terus ditarik tangan Liza keluar dan saat melalui bilik Lai, sengaja dia bersuara kuat.
“Sayang, jom makan.  Kak Lai dah masak untuk kita.  Lepas makan bolehlah kita bercinta...”  Zarul gelak.  Liza juga. 
Lai ketap bibir di dalam bilik.  Ditepuk dada kirinya berkali-kali.  Di situ – terasa sakit tak terkata.  Tuhan... hebatnya dugaan.  Dia manusia biasa yang tahu sakit bila terluka.  Dia manusia yang sedang belajar apa itu erti reda.  Dia manusia yang sesekali menafi kenyataan untuk melindungi hati daripada disakiti.  Dia manusia yang sedang menitiskan airmata. 
Lai terlelap.  Bila tersedar, dirasakan rumah sepi.  Dia terus keluar dan menuju ke dapur.  Dapur dah bersih dan kemas.  Bibirnya senyum.  Liza ringan tulang.  Sejak dulu lagi.  Lai ke bilik air dan mengambil wuduk.  Meratap tak menutup masalah tapi solatlah yang akan menenangkan jiwa biarpun dia seringkali berperang antara takdir dan ketentuan. 
Baru hendak memanjat tangga untuk naik ke bilik, wajah adik ipar muncul.  Tersenyum bagai tak ada apa terjadi.  Dan, Lai tahu setiap ayat yang keluar pastilah akan menyakitkan  hatinya. 


AIRMATA Liza merembes melihatkan kakak dan suaminya.  Terlukanya hati.  Rasa dikhianati.  Sungguh.  Sedangkan dia tak tahu, Lai adalah mangsa yang telah dikhianati cintanya kerana rasa tak sabar dan curiga seorang lelaki. 
Dia sabar menanti Zarul lena.  Dipandang mata Zarul yang dah terkatup rapat.  Padanlah tiba-tiba saja datang pinangan Haji Saad.  Dia gembira tak terkata.  Dan waktu itu Kak Lai juga bahagia.  Namun, bahagia yang dibuat-buat. 
Mata Zarul sering mencuri pandang pada Lai.  Pandangan Zarul pada Lai berbeza bila Zarul menatapnya.  Pandangan seorang lelaki  yang cintakan perempuan dan pandangan pada perempuan yang tidak dicintai berbeza.  Dia tak bodoh hendak menilai. 
Bila dia yakin Zarul telah terlena, Liza menapak keluar menuju ke bilik kakaknya.  Nyata, Lai masih belum lena.  Tersenyum menerima kehadiran adik tersayang.  Lai menggamit Liza menghampiri.  Ditarik tangan Liza mesra. 
“Kenapa?  Tak boleh tidur?”  tanya Lai. 
Liza angguk.  Wajahnya masam.  Lama suasana antara mereka ditelan sepi.  Lai dengan cahaya lampu yang samar-samar.  Buku bank dan juga pakaian yang terlipat kemas.  Liza nampak baki yang simpanan kakaknya yang tak seberapa.  Memikirkan pengorbanan Lai, dia rasa bersalah tapi hati dia sakit amat dengan rahsia kakaknya dan Zarul.
“Kakak sayang Liza?”
“Eh, dah tentulah...” 
“Kalau gitu, buktikan...” 
Dahi Lai berkerut.  Apa lagi yang nak dibuktikan.  Segalanya.  Masa depan, pelajaran, duit, kudrat, malah lelaki yang dicintai.  “Kak Lai tak faham...” 
“Kakak sorok rahsia yang kakak ada hubungan dengan Abang Zarul...” 
Mata Lai bulat.  Dia terkejut besar.  Nafasnya sesak tiba-tiba.  Mesti Liza dengar perbualan dia dan Zarul.  Tuhan... “Liza, jangan salah faham...”
“Tak, kak...”  Liza mencantas.  “Liza tak salah faham tapi benda berlaku depan mata.  Sampaikan Abang Zarul sanggup nak lepaskan Liza yang baru sehari jadi isteri dia lepas tu ajak kakak lari!”  Airmata Liza jatuh ke pipi.
Lai kaget.  Sah, Liza dengar.  Tangan Liza cuba dicapai tapi Liza menepis kasar.  Lai terkesima.  Dan, dia perlu akui salah dia. 
“Kakak minta maaf, Liza tapi benda tak macam yang Liza fikir.  Kakak dengan dia dah lama putus.  Kami dah tak ada apa-apa.  Dia suami Liza.  Liza jangan macam ni.  kakak sedih...”
“Dan kakaklah penyebab Liza sedih!” 
Lai terkedu.  Beratnya tuduhan yang Liza berikan.  Dia penyebabnya?  Lai tunduk.  Kalah, menyerah.  Matanya basah.  Tak mampu nak pertahankan diri lagi bila Liza dah tahu segalanya. 
“Liza nak kakak pergi daripada sini, kak.  Tinggalkan Liza bahagia dengan Abang Zarul.  Liza tak perlukan kakak lagi...”
Makin terkedu Lai dibuatnya.  Adik yang disayangi separuh mati berkata begini kerana seorang suami.  Tak apa.  Lai pujuk diri.  Tugas Liza untuk taat pada suami.  Kalau kata dia dah tak diperlukan, dia juga lega. 
Tanpa berkata panjang, Lai angkat wajah.  Pandangannya kabur merenung Liza.  Airmatanya jatuh bila dia membuka mulut.  “Kakak boleh pergi...”  Dia jeling pada buku bank dan pakaiannya.  Bagai dah tahu apa nak jadi.  “Dan terima kasih sebab dah tak perlukan kakak lagi, Liza.  Setidak-tidaknya, kakak dah tunaikan janji pada arwah ayah nak jaga Liza.  Liza dah ada penjaga.  Sampai masa kakak fikirkan hidup sendiri pulak...” 
Lai bangkit.  Beg galas dicapai.  Tak apalah.  Dia akan cari rezeki di tempat lain.  Sebelum tu, dia akan ke rumah Nek Leha untuk berbual dengan wanita itu seketika.  Setidak-tidaknya, telinga Nek Leha masih sudi menerima luahan hatinya. 
Liza bangkit.  Direnung kakaknya tanpa perasaan.  Dia sayangkan Zarul dan dia tak nak perpisahan antara mereka hanya kerana kakaknya sendiri.  Bila Lai menerima cadangannya, Liza bagai mampu hela nafas lega. 
“Tapi, esok pagi, ya?”  pinta Lai bila Liza nak keluar.  “Dah tengah malam ni.  Esok pagi-pagi kakak keluar sebelum korang jaga...”  Lai senyum dengan airmata yang mengalir lesu.  Bahagia bila akhirnya adik yang disayangi sudah mampu menjaga diri sendiri. 
Pengorbanannya dirasakan berbalas.  Liza tak berkata apa.  Hanya melangkah keluar dan terus masuk ke dalam bilik.  Merebahkan tubuh di sisi Zarul dan memeluk tubuh lelaki itu erat. 
Sebaik saja Liza hilang dan daun pintu tertutup rapat, Lai jatuh terduduk di sisi almari usang.  Dia tarik kaki dan merapatkan lutut ke dada.  Dipeluk lututnya erat.  Mengalirlah airmata tanpa sebarang tangisan.  Tangisan bisu yang akhirnya berakhir dengan esakan. 

Lai tumbuk dadanya sekuat hati.  Tuhan... sakitnya!  Dan, dia terlena dalam tangisan setelah sekian lama airmatanya tak menitis.  

~> bersambung

37 comments:

  1. sampainya hati liza...

    ReplyDelete
  2. eeeee...adik x kenang budiii...

    ReplyDelete
  3. ohh liza mengong mangang. kalau tentu dgr perbualan tu pun xkan xada nilai hubungan adik kakak antara dorang. T_T

    ReplyDelete
  4. sedihnya... Kerana cinta manusia sanggup lupa makna pengorbanan Dan penting kan diri... kesian Laila..

    ReplyDelete
  5. sengal punya liza. eee geramnyaa. kesian Lai

    ReplyDelete
  6. Adik yg tak kenang budi liza ni..tq RM for n3..

    ReplyDelete
  7. Aiyoooo.... huaaaarggg!! Sambung2 pleaseeee :')

    ReplyDelete
  8. kejam nye si adik... kuat Lai... RM... nak lagi :p

    ReplyDelete
  9. pandang langit laila, akan ada senyuman buatmu...

    ReplyDelete
  10. Sampai hati liza menghalau kakak yg sanggup besusah payah demi dia..adus pedih ulu hati.

    ReplyDelete
  11. eeeeiiii jahatnyaaa liza..sampaikan kakak yang berkorban utk dia selama ini, dia buat cmtu...what goes around comes around

    ReplyDelete
  12. rm, lai kena tangkap basah ngan qadr kn? buat jer citer lai khwin ngan qadr..tentu best,,zarul lak ceraikn liza bila dia tau isterinya tu tak kenang budi...ha padan sgt la ngan muka zarul & liza

    ReplyDelete
  13. Sabarnya lai...bila liza tega membuang kakak demi lelaki yang tak pernah berjasa apa padanya. Teganya liza melupakan pengorbanan lai ...liza kejam.

    ReplyDelete
  14. Adik yg x mengenang budi....pergi la Lai....bahagia menanti di luar sana....

    ReplyDelete
  15. Pengorbanan kakak yang dibalas dgn pengkhianatan oleh adik adalah amat sakit untuk dibendung. Menangis baca chapter ni. Teringat dgn diri sendiri tapi Tuhan akan tetap bersama dgn kita...

    ReplyDelete
  16. sedih ka rehan. tapi best.. cerita yang lain dr y lain. tiada yang kedua...

    ReplyDelete
  17. Seyes rase cam nak kasi penampor buaya kat liza....si zarul pon satu..cam bangang..adoii emosi pulak....

    ReplyDelete
  18. adu....sakitnya dadaku......

    ReplyDelete
  19. seorang adik yang lupa dgn segala pengorbanan seorang kakak hanya kerana cinta pd seorg lelaki.....x suka dgn liza

    ReplyDelete
  20. Alhamdulillah sbb RM is back on d blog... As usual dgn cerita2 beliau yg always membuat saya berfikir jauh.. Thx for cmg back RM :)

    ReplyDelete
  21. Cis! Tak guna punya adik.

    ReplyDelete
  22. perangai adik mcm ni...xpayah ada adik la
    stresss

    ReplyDelete
  23. hurmmm.. x d nafikan mmg wjud adik bradik yg mcm ni dlm realiti kehidupan.. mmg x brhati perut btul c Liza tu.. x pe lah.. dah ada takdir yg lbih baik utk Lai.. :'(

    ReplyDelete
  24. mengong lh liza ni...tgmk halau kakak dia mcm tuh...

    ReplyDelete
  25. maunya ku ganyang budak liza ni.. tak pikir panjang tul

    ReplyDelete
  26. xsangka plop. mcm ni cara si liza, balas jasa kakak nya, si lai. lai sanggup berhabis duit dan kudrat semata2 untuk kesenangan hidup si adik.

    ReplyDelete
  27. Kejamnya seorang adik yg bernama Liza nih.

    ReplyDelete
  28. apa punya adik la yang lelaki pun sama juga geram saya .

    ReplyDelete
  29. kesiannya laiii...... lari jauh2 tinggal dorg....hidup baru

    ReplyDelete
  30. sedihnya...sampai hati Liza buat Lai mcm tu.

    ReplyDelete
  31. Ya.Allah....sedihnyaaaa.....

    ReplyDelete
  32. Sedihnyer segala pengorbanan seorg kakak tak diperlukan.

    ReplyDelete
  33. Kenapa Liza sanggup berbuat demikian terhadap kakaknya yang selama ini sudah bersusah payah terhadap dia? Liza.. Lai! Kenapa? Huwaaa

    ReplyDelete