Tuesday, April 14, 2015

Seseorang Untuk Aku 4

"Dia amanah.  Dan, aku penjaganya..."

BAB 4

SETELAH apa yang jadi, Lai lena.  Semuanya dah selamat.  Dia hela nafas lega berkali-kali bila dengan dua kali lafaz, Zarul dan Liza sah menjadi suami isteri.  Makna kata, setelah ini dia bolehlah fikirkan masa depan sendiri yang masih tak tahu di mana titik mula dan hujungnya. 

Lai dekati Nek Leha.  “Lai nak baliklah, nek...” 
Tapi, Nek Leha bantah.  “Eh, kamu ni.  Tidur jelah sini.  Esok kenduri.  Bukan rumah orang lain tapi rumah keluarga mertua adik kamu...”  Seperti biasa, Nek Leha dah mula membebel. 
Lai tunduk.  Dia tak betahlah.  Nak-nak mata Zarul tu.  “Nek bukan tak tahu...”
“Aku tahu, Laila.  Aku perati...”  Tanpa berkata apa lagi, Nek Leha menyambung makan.  “Masa inilah nak uji ketahanan jiwa kamu,” sambung Nek Leha sikit lagi. 
Berkerut dahi Lai.  Tapi, dia tak bersuara.  Hanya memerhati Nek Leha yang sedang makan.  Kejap lagi semua tetamu akan balik.  Esok kenduri besar-besaran dan tak tahulah apa akan jadi lepas ni. 

 
SEMUA tetamu dah balik.  Nek Leha pun.  Lai benar-benar terasa asing dalam rumah ini.  Pandangan Liza pun nampak pelik dah.  Tapi, dia sedaya-upaya cuba buat biasa.  Lai dekati isteri Haji Saad yang sedang sibuk didapur. 
“Boleh saya bantu?”  Dia sengih tapi isteri Haji Saad menggeleng.  Dia hanya pandang wajah Lai dan tersenyum tipis.  Dia juga tahu anak tunggalnya pernah ada hubungan dengan Lai.  Nak diikutkan dia lagi berkenan pada Liza.  Lembut, cantik dan ada pendidikan.  Lai?  Apalah yang ada.  Tapi, dia tak membenci. 
“Pergi rehat jelah.  Sikit je lagi ni.” 
Lai akur.  Dia pandang isteri Haji Saad dua saat.  “Err... saya ingat nak balik rumah ni, Puan Hajjah.  Tak bawa baju pulak ni...”  Lai sengih.  Escapism.  Tak tahu dah macam mana lagi. 
Isteri Haji Saad – Hajjah Zakiah memandangnya.  “Dah malam ni.  Bahaya.  Lagipun, nak balik dengan apa?” 
“Kalau kakak nak balik, Liza boleh minta Abang Zarul hantarkan, mak...”  Entah daripada mana, Liza muncul bagai menyelamatkan keadaan. 
Lai nampak terkedu tapi cepat-cepat dia sengih.  “Itu  ada yang sudi hantarkan...”  Suara separuh bergurau. 
Tak dapat tidak, Hajjah Zakiah hanya senyum dan angguk.  “Liza pergilah ajak Zarul.  Tapi, kamu berdua jangan tidur sana pulak.  Esok kenduri ni...” 
Liza angguk dan ketawa.  “Kalau kami tidur sana pun, esok subuh-subuh kami baliklah, mak...” 
Lai sekadar memerhati kemesraan mereka berdua.  Lega bila Liza akhirnya dapat seorang mak yang baik.  Dia pandang Liza.  Liza menggamit. 
“Kejap ya, kak.  Liza panggil Abang Zarul.  Terlena kot dia...” 
Lai angguk dan terus berlalu ke pintu besar  yang masih ternganga lebar.  Malam makin larut.  Dia pandang ke langit.  Kelam.  Bulan sabit yang cantik tapi tak ada bintang.  Angin malam berpuput lembut macam nak hujan.  Bibirnya mengukir senyum.  Suara Nek Leha bergema.  Saat sampai jodoh tu, bersediakah dia?  Dia menggeleng perlahan.  Jawapannya yang pasti.  Dia tak sedia lagi.  Masa depan dia sedang melambai.  Sedang memanggil. 
“Jomlah...”  Suara Zarul bergema.  Terus dia dekati kereta dan diikuti oleh Liza.  Lai duduk di belakang.  Masing merenung langit.  Bagai nampak bibir yang tersenyum seperti siang itu. 
Nama Zarul tak lagi bergema dalam kepala.  Tanggungjawabnya lepas.  Amanah dijaga dengan baik.  Pasti ayah bangga.
“Kenapa nak balik?”  Soalan Zarul mematikan lamunan. 
“Hah?”  Lai terpinga-pinga. 
“Abang Zarul tanya, kenapa kakak nak balik malam ni?”  ulang Liza keras. 
Lai sengih.  “Manalah kakak bawak baju.  Esok ajelah kakak datang...”  Alasan sebenarnya tapi dia masih tak kuat untuk lihat daun pintu bilik yang dihuni Zarul dan Liza terkatup rapat.  Dia tak pernah reda sebenarnya.  Terlalu payah.  Bila rasa reda itu mahu tiba, rasa pedih itu menyekat. 
“Kan dah janji nak bermalam dekat rumah...”  Zarul jelas suara tak puas hati.  Menjeling Lai daripada dalam cermin pandang belakang. 
“Eh, tak apalah, bang.  Kan kakak dah cakap, esok dia datang...”  sampuk Liza.  Nyata tak puas hati.  Syakwasangka dia semakin menebal.  Payah nak hakis dah. 



SEMALAM Zarul dan Liza tak naik pun.  Tak apalah.  Dia pun dah letih.  Biarlah mereka balik berehat dan dia juga mahu lelapkan mata dengan aman tanpa apa-apa beban yang perlu digalas lagi.  Dalam mimpi, hanya tergambar cita-cita yang bakal dikejar dan dicapai. 
Hari ini kenduri pulak.  Dialah yang paling letih.  Dialah ibu dan dialah bapa pada pengantin perempuan.  Ramai tetamu yang datang hendak bersua mata dengannya.  Tak boleh nak menolak.  Hati orang perlu dijaga.  Lagipun, ini sekali dalam seumur hidup.  Lai pandang Liza yang sedang melayan tetamu.  Juga Zarul yang sibuk melayan kawan-kawan. 
Bibir lai terukir senyum.  Rambut yang diikat ringkas dibetulkan.  Wajah yang tetap pucat dan pakaian yang dah sedikit comot kesan buat kerja dapur membantu pihak catering.  Bukan apa, tak betah bila hanya duduk saja.  Dah biasa buat kerja. 
Tanpa sedar, Liza dekati dia.  “Kak...” 
Lai sengih.  Dia renung Liza tak berkelip.  Ditariknya Liza dan dipeluk erat.  “Cantiknya adik, kakak.  Macam puteri...” 
Liza ketawa.  Pelukan terlepas.  Tangan Lai dipegang.  “Malam ni Abang Zarul ajak balik rumah...”
“Hah?”  Mata Lai terbuka lebar.  “Tak penat ke?”  Dia bukan nak larang, tapi penatlah.  “Tapi, kalau itu korang nak, kakak sudi terima.  Kan rumah tu kakak rias untuk korang berdua...”  Dipeluk Liza sekali lagi.  Bahagia!
“Nanti lepas Isyak kirorang balik, ya?” 
Lai angguk berkali-kali.  “Kakak masak sedap-sedap...” 
Giliran Liza pula angguk.  Bibir tersenyum tapi hati membekam pedih.  Dia kerling suaminya.  Nyata, pandangan Zarul seringkali mencuri pandang pada kakak ipar sendiri.  Memang ada yang tak kena.  Pasti! 



MELIHATKAN pelukan mesra dua beradik itu bertaut lama, hati Zarul menangis.  Sepatutnya tak begini.  Payahnya dia nak terima takdir atas kejahilan sendiri.  Dia pernah syak.  Dia pernah curiga bila kerap kali pinangannya ditolak oleh yang tersayang.  Tuduhan dia pada gadis kesayangannya itu bergema dalam kepala.  Teringat hal lalu, terasa macam nak patah balik.  Tapi tak ada guna.  Mesin masa itu hanya dongeng Nobita dan Doremon saja. 
“Dah bertahun!  Kenapa awak masih nak tolak?”  Tengkingan dia satu hari itu bergema memenuhi ruang kebun.  Nek Leha pun kerut kening.  Dia dah tak kisah.  Hati dah terlalu sakit.  Rasa dipermainkan. 
Mata sepet gadis itu dipandang.  Nampak merayu dan difahami tapi hati lelaki Zarul payah nak faham saat itu. 
“Saya ada adik.  Sikit masa lagi.  Tunggu dia dah kerja dan stabil... masa tu kita kahwin...”
Zarul membentak.  Buat pertama kali setelah bertahun-tahun.  Sabar dia memang hilang.  Sakitnya hati.  “Saya sayang awak.  Payah sangat ke nak faham?  Kita jaga dia sama-sama.  Apa masalah awak ni?  Awak saja nak main-mainkan saya, kan?”  tuduh Zarul bertubi-tubi. 
Gadis yang sedang muram itu menggeleng.  “Saya pun sayang awak, Zarul.  Sungguh.  Tapi, saya minta sikit masa lagi.  Saya tak nak awak terbeban dengan tanggungjawab saya.  Sebab bila kita kahwin, awak akan kahwin dengan beban dan masalah saya segala.  Saya nak kita kahwin dengan tenang.  Sikit masa lagi, awak.  Awak sabar ya?”  Pujukan gadis itu dipandang sepi. 
Zarul berpaling dan hendak melangkah tapi terhenti.  Dia berpaling pada gadis itu.  “Atau awak banyak sangat alasan ni sebab ada jantan lain?  Selama saya kerja dekat luar sana, awak ada hubungan lain?” 
“Zarul!”  Keras suara gadis.  “Awak merepek.  Saya susah payah cari rezeki.  Tak ada masa nak ada hubungan lain...”
Bibir Zarul terukir dengan senyuman sinis.  Direnung gadis itu penuh dengan kemarahan.  “Saya tak caya.  Kalau tak, mana mungkin sebab tu je daripada bertahun dulu yang buatkan awak tolak cinta saya...”
Gadis kesayangannya menggeleng menafi.  Bagai hilang kata. 
“Rasanya lepas ni, saya tak nak pinang awak lagi.  Saya dah penat menanti.  Awak permainkan saya.  Awak tak setia.  Awak tipu saya.  Tapi, lepas ni kalau saya buat apa-apa yang sakitkan mata dan hati awak, jangan kata apa.  Biar awak rasa macam mana sakit hati saya selama bertahun dengar alasan awak tu!”  Dia terus berlalu pergi dan sejak itulah, keputusan gila dibuat.  Keputusan  yang telah terlestari hari ni. 
Airmata lelakinya hampir jatuh.  Kasihnya pada gadis itu tak pernah hilang.  Hanya ego dan kejahilan yang menafi. 
“Wei...” 
Zarul terkujat.  Dia kalih.  Matanya bulat.  Dua orang kawan lama muncul tiba-tiba.  Terus sedihnya pergi.  Ditarik kedua-duanya dalam pelukan.  Erat.  Dua-dua dalam bidang yang sama tapi berlainan warna.  Hanya dia bidang yang nyata jauh berbeza. 
“Aku sampai pun tak sedar ni...”  Qadr memulakan bicara.  Payah gila nak cari alamat Zarul.  Berkali-kali tanya orang.  Ingat nak datang semalam sebab Zarul akad nikah malam tadi tapi ada beberapa hal tak selesai. 
“Kata nak datang semalam?”  soal Zarul.  Kecewa. 
Qadr jeling orang di sebelah.  “Kau tanya mamat lembab ni.  Nak datang pun nak kena tanya bini.  Gila tak?  Sakit hati aku!”  Semuanya sebab seorang senior ni tapi dah macam kawan sebaya.
Zarul jongket kening pada kawan yang seorang lagi.  Senior yang dia kenal melalui Qadr sewaktu Qadr menuntut di kolej tapi menjadi rapat bila kerap luang masa bersama bila lapang. 
“Tabik, kapten...”  Zarul berdiri tegak. 
Ziyad gelak dah menumbuk perut Zarul.  Qadr juga.  “Tunggu Ziyad buat keputusan, sampai ke pagi weh.  Risau nak tinggal Puan Teratai dia.  Gila sakit hati aku.  Rugi cuti aku...”  Qadr masih tak lepas membebel. 
Sorrylah... Nur tak sihat sikit.  Ini pun tak datang...” Jauh juga sampai ke Kuala Lipis ni.  “Ini pun aku terus nak balik ni, Rul.  Sorrylah, ya... by the way, Nur kirim salam...”  Bibir Ziyad sengih lebar. 
“Hah?  Salam je?”  seloroh Zarul. 
“Habis tu nak kirim apa?  Kalau hati dia, kau bakal aku campak dalam lautan Hindilah...”  balas Ziyad. 
Tawa mereka bersatu.  Ziyad – kisah hidup tragis juga pada playboy ni.  Jatuh cinta pada bekas penagih dadah.  Tersungkur, tergolek cintakan isteri sendiri.  Setia tapi hampir kalah kerana ego dan jahilnya pemikiran.  Seperti jugak dia.  Zarul kalih pada Lai dan isterinya dah hilang entah ke mana.
“Weh, mana bini kau?”  soal Qadr. 
Zarul mencebek pada Lai.  Qadr kerut kening.  Baju biasa je.  Nampak comot je.  “Itu ke?  Macam pelik...” 
Zarul gelak.  “Itu kakak dia...”
“Laa... gila!”  kutuk Ziyad terus.
“Dia masuk dalam kot.  Kejap aku panggil.  Korang duduk dulu.  Makan bagi kenyang.  Kalau perlu tapau untuk Teratai Nur, aku suruh orang tapaukan,” usik Zarul pada Ziyad.  Penumbuk Ziyad terangkat.  Mereka gelak dan Zarul terus berlalu mencari isterinya.
Saat melalui Lai, dia berhenti seketika.  “Kawan-kawan saya datang.  Awak pergi layan kejap, boleh?” 
Lai angguk tanpa membantah. Malas nak panjang cerita.  Biarlah comot pun. Dia tahu muka dia pun macam zombie dah.  Biarlah.  Kaki Lai menapak pada meja yang Zarul tunjuk.  Padahalnya, layan diri.  Tapi, tak apalah.  Dia pun  boleh dikira tuan rumah bagi pihak perempuan. 
“Err... kawan Zarul, ya?”  Lai menegur sopan.
“Ya...”  Ziyad memandang tepat pada Lai.  Berkerut kening.  Nampak wajah isteri dia masa mula-mula dia nampak Teratai Nur dulu.  Comotnya... tapi dia senyum juga.  Biasa yang comot ni kalau bersiap, macam puteri kayangan.  Terus disiku Qadr yang rakus meneguk air. 
“Saya Ziyad... ini Qadr...” 
Lai angguk.  “Saya kakak ipar Zarul.  Liza masuk ke dalam.  Kejap lagi dia keluar.  Makanlah, ya?  Saya nak ke belakang kejap...”  Tanpa menanti, Lai terus berlalu.  Jelingan dan renungan kawan-kawan Zarul menakutkan. 
Dia pandang dirinya.  Hantu pun takut tengok aku!  Dia senyum sinis pada diri.  Padanlah dia tak berjodoh dengan Zarul.  Tengok pada kawan-kawan Zarul pun, kemain.  Yang seorang tu tak angkat kepala langsung dan dia juga tak kisah.  Langsung tidak!  Tapi, kenapa airmata dia asyik mahu menitis?
Pandangan dia dan Nek Leha bersabung.  Lai senyum tawar.  Nek Leha pegang tangan Lai.  Erat.  “Paksa diri tu reda, Laila,” tegur Nek Leha.
Dia tahu Lai cakap aje di mulut tak apa.  Tapi hati boleh nampak daripada pandangan mata.  “Paksa diri, cakap banyak hikmah didepan hari.  Cakap pada diri sendiri macam tu,” tambah Nek Leha lagi. 
Lai angguk.  Birai mata yang hampir basah, kering semula.  Hikmah ada.  Dia hanya perlu mencari dan menanti.  Bila dia masuk melalui pintu belakang, sekali lagi matanya bertembung dengan Zarul.  Nampak halkum Zarul bergerak menelan liur. 

Zarul terdengar bicara antara Lai dan Nek Leha.  Dia tahu Lai derita dengan semua ni dan dia juga.  Apa nak jadi, dia perlu ambil kata dua.  Lai atau derita?  Dia mahu pilih bahagia!

~> bersambung 

30 comments:

  1. Sakitnya...walaupun bukan saya yg jadi lai. Baru sy faham kenapa zarul buat macam tu...tapi sekalipun nak menduga janganla derita yang dicari...sekarang...padan muka zarul. Sekarang masa untuk laila dan qadr pula...tq rm.

    ReplyDelete
  2. Itu la buat keputusan x fikir panjang...tanggung sendiri Zarul....harap Lai lebih tabah....

    ReplyDelete
  3. Rasanya zarul nak wat keje bodoh lg ke..

    ReplyDelete
  4. kisah lailatul dan qadr.... nampak RM dh dapat balik idea dan dia datang dgn bertalu-talu. :-) yang untung.....KAMI! tq RM and keep writing.

    ReplyDelete
  5. Dua jempol buat RM..lagii donk..

    ReplyDelete
  6. Syabas RM... Jln cite yg menarik wlpun br bab 4

    ReplyDelete
  7. redha jer lh lai. insyaa allah, jodoh lai pasti dgn yg lebih baik drpd si zarul. bertabahlah

    ReplyDelete
  8. kalau sudah salah menduga, bebannya sendiri galaslah.

    ReplyDelete
  9. kalau sudah salah menduga, bebannya sendiri galaslah.

    ReplyDelete
  10. hahahha..x tau knp...rse mcm nk zarul dgn lai jgk..kot2 bole bt citer kejam sikit ker...liza mati accident...kikikiki...sorry...gurau...tp klau sy jd lai x taulh apa nk buat..msty buntu...huuuuuu...sdeyhnyaa...

    royal pahang

    ReplyDelete
  11. matikn citer psl zarul tu terus lg bagus...kembangkn citer lai & qadr...hahaha mesti best

    ReplyDelete
  12. Syabas Rehan...as usual...garapan yang tak pernah menghampakan

    ReplyDelete
  13. Uish...payah2,ni la kalo bt kputusan kalo x pk pnjg.derita lai,derita la kami yg membaca ni.haip,,sabar lai..

    ReplyDelete
  14. kenapa ku rasakn n3 ni pendek sngt..nk lg rm hehe.best sngt best

    ReplyDelete
  15. mesti payah lai nak lalui semua ni ..tu la zarul tak bole nak bersabar lgsg ,, kalo bersabar lebih msti terasa nikmat bahagia tu nati ..sabar lai ...

    ReplyDelete
  16. Hwa.. Baru hari ni.. Saya jumpa post baru akak.. Tahniah.. 👍

    ReplyDelete
  17. HAA BARU PERASAN. LAILATUL QADR!

    #saja tak off caps lock.

    ReplyDelete
  18. ikot rasa binasa lah... kesian kat lai.. tp mmg bangga gile ngan lai lah... tabah btl dia...

    ReplyDelete
  19. you deserve that zarul.. jagalah lizahani elok2. jgn smpi dia bergaduh ngan kakak dia sbb ko plak.

    Okeh skrg Lailatul dh bertemu Qadr nya..

    ReplyDelete
  20. Kak RM rindu ngan ziyad, teratai .....

    ReplyDelete
  21. eh ada ziyadd!!!!! haaaaaaaaa happy :D

    ReplyDelete
  22. sedihny larst part tu.“Paksa diri, cakap banyak hikmah didepan hari. Cakap pada diri sendiri macam tu,”

    ReplyDelete