Wednesday, January 31, 2018

Kau Bicara Tentang Cinta 6


BANYAK dah missed call.  Kali ini baru Sera jawab telefon mak su.  Sedia untuk dimarahi.  Padahal janji kejap aje.  Ini, sampai ke malam.  Memanglah dia naik komuter siang tadi.  Malam-malam ni nak naik teksi, ngeri jugak rasanya. 
Daripada Seksyen 2 Shah Alam, nak sampai ke Taman Jasa Mulia ni, menangis jugaklah kalau naik teksi.  Berapa harga tambang.  KTM dah sah-sah tak ada dah.  Tak sedar dia akan masa yang berlalu. 
Haih.  Salah sendiri. 
“Sera tahu jam pukul berapa sekarang?” 
“Ya, mak su…” 
“Kalau tahu, kenapa tak jawab call mak su?  Sengaja?  Atau keluarga Bakri tu dah bomohkan Sera biar Sera duduk situ jadi hamba abdi diorang?  Gitu?”  tempelak mak su.  Kasar.

“Mak su…”  Suara Sera sayu.   Terkejut sangat.  Tak pernah mak sumarah dia macam ni.  Ya, dia tahu salah dia.  Tapi, bagilah ruang dia jelaskan dulu. 
“Sera balik sekarang!  Sekarang jugak!”  jerit mak su nyaring dalam talian.
Sera jauhkan telefon.  Kemudian melekap kembali ke telinga. 
“Sera dah keluar daripada rumah tu.  Sera dalam perjalanan balik.  Sampai nanti, Sera jelas semua benda dekat mak su, ya?”  Seboleh-bolehnya Sera mahu memujuk hati mak su yang mungkin luka.
Pertama kali dalam hidup, dia buat mak su macam ni. 
“Nak naik teksi?  Oh jangan, Sera Nur… bahaya.  Tunggu situ.  Call Riz.  Mak sudah mintak dia pergi sana.  Tunggu situ sampai dia sampai dan lepas ni, jangan harap Sera boleh pijak kaki lagi dekat rumah tu!  Mak su tak izinkan!” 
Talian mati. 
Bahu Sera jatuh.  Lelah jasadnya.  Rasa bersalah pun ya.  Tapi, tadi masa nak jawab call, ada tetamu sampai di rumah Buya.  Bila lelaki itu hanya pandang kosong tanpa berkata apa, dia ditolak oleh pembantu rumah untuk melayan tetamu. 
Serba-salah! 
Dia menapak bila pintu pagar automatik itu terbuka lebar.   Mungkin dikawal daripada dalam rumah.  Argh… malas nak fikir.  Tak ada kaitan!  Baru dua langkah, pagar itu tertutup semula. 
Terkejut bukan kepalang.  Buatnya terkepit tadi.  Jadi cicak kering dia dekat sini.  Sera menoleh dan sebaik saja batang tubuh itu mendekati dia, Sera tegakkan bahu.
Bunyamin!  Apa lagilah lelaki ini nak?  Tubuh tu macam nak tumbang dah tengok.  Pergi rehat ajelah!    
“Awak patut rehat, Encik Bunyamin…”  komen Sera pada Buya yang dah berdiri tegak depan dia.
“Patutnya.  Tapi, saya lupa dah tengah malam.  Awak nak balik macam mana.  Itu yang saya keluar…”
“Terima kasih risaukan saya.  Tapi, tadi tu saya memang dah nak keluar.  Tiba-tiba pulak pagar ni tertutup.  Dekat nak tersepit dah saya…”  Saja Sera buat lawak kering. 
Buya senyum pada hujung bibir.  Reti jugak buat kelakar mak tiri dia ni. 
“Saya nampak.  Masa saya tekan tu, saya nampak awak dok cakap dekat telefon.  Tak kanlah sampai nak tersepit pulak.  Lagipun, saya nak hantar awak balik ni.”  Buya jujur.
“Eh, jangan…”  Tangan Sera menggawang di udara.  Menolak niat baik Buya. 
Sudahlah mak su tengah mendidih, menahan marah.  Buatnya Buya hantar dia depan rumah nanti, terus meletup. 
“Kenapa?  Tak sudi?  Atau takut?”  Yalah, mana tahu.  Kesan serbuan dia semalam buat Sera kecut.  Kalau dia pun, takut. 
“Eh, bukan tak sudi.  Bukan jugak takut…”  nafi Sera.  Hakikatnya, memang ada rasa seram jugak dengan Buya ni.  Macam manalah manusia boleh berubah sikap dalam sehari.  Aneh.  Adakah kerana kehilangan?  Boleh jadi. 
“Habis tu?”
“Err…”  Dahi Sera berkerut.  Apa dia nak jawab ni.  Tak kan nak jawab mak su benci Buya dan seluruh keluarga ni? 
“…kawan saya datang.  Kejap lagi sampai…”  Fuh… lega. 
Dahi Buya berkerut.  Diseluk kedua belah tangan dalam poket sweat-pant.  Tertanya pulak dia siapa kawan Sera ni.  Adakah lelaki?  Dan kalau lelaki, secepat itukah Sera melupakan daddy?  Sedangkan tadi, Sera hanya tenang.  Macam tak ada rasa kehilangan langsung.
“Lelaki?”
Dah sudah.  Ramah pulak mulut Buya menyoal itu-ini. 
“Ya…”  Sudahnya Sera angguk.  Dah memang lelaki.  Kalau dia kata perempuan pun, kejap nanti yang tiba itu adalah Rizqi, pecah tembelang jugak.
“Boleh bukak pintu?”  pinta Sera perlahan.
Buya hanya memandang gadis di depannya.  Dalam  cahaya putih Kalimantan, nampak baju putih Sera sedikit kotor.  Mungkin kerana menyediakan makanan untuk semua orang tadi. 
“Baju awak kotor…” komen Buya mengalih perhatian Sera.
Terus Sera tunduk.  Dia senyum dan kembali memandang Buya.  “Sikit aje ni.  Lagipun, dah nak balik.”  Ditenyeh sedikit kesan kotoran tersebut.  Ni kena masa dia cuci pinggan tadilah ni. 
“Nak tukar baju?”
“Hah?”  Sera buat wajah terkejut.  Dah, merepek apa pulak Buya ni.  Tanpa sedar, Sera ketawa kecil. 
“Encik Bunyamin yang semalam dengan hari ni, beza sangat.  Macam dua orang yang berlainan.  Tertanya saya, adakah orang yang sama?”  Terluah akhirnya apa yang bermain dalam kepala Sera sejak awal tadi.
Giliran Buya pula senyum.  Disulam dengan tawa kecil. 
“Saya takutkan awak semalam?” 
Dua tiga kali, Sera angguk.  Siapalah yang tak takut.  Itu pun dia cuba beranikan diri.  Kalau tak, mahu pengsan terus. 
“Saya mintak maaf…”  ucap Buya. 
Mata Sera mengerdip.  Dia dah maafkan.  Mungkin cara Buya itu salah.  Tapi, dia tahu kenapa Buya datang ke kedai bunga dia.  Rasanya, boleh agak. 
“Saya tahu, awak mesti risau dekat arwah daddy awak, kan?  Sebab tu, awak kalut-kalut datang cari saya sebaik aje awak sampai Malaysia.  Ya, mula-mula saya salahkan awak.  Tapi, bila tahu yang daddy awak tak sihat, saya agak fikiran awak bercelaru.  Tambah pulak awak tak kenal saya.  Jadi, saya memang tak simpan di hati.  Mungkin semalam tu, awak nak suruh saya datang ziarah daddy awak.  Cuma, salah cara.  Saya faham tu…” 
Mendengar jawapan Sera, Buya tunduk lama.  Telahan Sera jauh meleset dengan niat sebenar dia dan niat itu masih lagi ada malah kian subur setelah dia cambah semalam.  Cepat sungguh bertunas.  Bila dia angkat wajah, Sera masih senyum biarpun riak itu jelas bercerita tentang jasad yang lelah. 
“Saya hantar?”  pelawanya sekali lagi.
“Tak apa.  Awak pun tak sihat.  Pergilah rehat.  Bukak pagar.  Kejap lagi kawan saya sampailah tu…” 
“Iyalah…”  Tidak dapat terus menahan, pagar itu terbuka perlahan.  Sebab dia memang sangat letih.  Kalau tak, dia memang dah heret Sera masuk dalam kereta. 
Sera senyum menghantar ucapan terima kasih.  “Saya balik dulu.  Rehatlah.  Apapun, salam takziah…” 
“Boleh saya tanya…”  Belum sempat Sera lepasi pagar, Buya menahan langkah Sera dengan soalan.   
Sera toleh. 
“Jujurnya, daddy tak pernah cerita pasal awak.  Saya pun tertanya.  Daddy ada cerita tentang saya dekat awak?”
“Sikit…”
“Sikit tu, pasal apa?”  Rasa nak tahu menggebu.
“Entahlah, Encik Bunyamin.”  Sera pandang langit yang nampak cerah. 
“Saya tak simpan cerita tu.  Uncle cerita dulu tu, mungkin masa tu dia rindu awak sangat.  Itu aje…”  Banyak jugak yang arwah Uncle Bakri cerita tentang Buya tapi hanya masuk telinga kanan keluar telinga kiri. 
Hanya nama itu melekat dalam kepala.  Yang dia tak pernah impi pun untuk tatap wajah ini sekarang.  Wajah yang buat seluruh jasad dia bergoncang kerana ketakutan pada asalnya.  Tapi saat ini, lain pula sebab goncangan itu terjadi.  Aneh!
“Itu aje?” 
“Ya… itu aje.” 
“Kalau gitu, awak mesti lagi kenal arwah daddy, kan?” 
“Kenal…”
“Sejauh mana?”  Kaki Buya ke depan selangkah.  Mendekati Sera. 
“Tak sejauh awak.  Tapi, saya tahu arwah baik.  Dia sayang saya…”
“Sebagai isteri?”  Terlanjur soalan itu keluar daripada mulut Buya.
Mata bundar Sera terbuntang.  Apa yang Buya fikir tentang hubungan dia dan Uncle Bakri ni?  Tak kanlah… sampai tahap tu?  Mak aih… extreme sungguh pemikiran Buya tentang hubungan dia dengan Uncle Bakri. 
“Awak ni… ibu tiri saya, kan Sera?”
“Hah?  Ibu tiri?”  Tawa Sera lepas.  Dah agak dah.  Memang Buya ingat dia ni jadi isteri pada Uncle Bakri dan lebih sadis ibu tiri muda pada anak tiri yang lebih tua daripada dia? 
“Habis tu, Encik Bunyamin sudi ke panggil saya mak cik?  Atau mak?  Auntie Sera… mungkin?”  usik Sera.
Wajah Buya nampak kaget.  Telahan dia betul ke?  “Jadinya…” 
Tak sempat Buya bersuara, sebuah kereta berhenti tepat di depan rumahnya.  Dia dan Sera memandang serentak pada Honda Civic tersebut. 
“Kawan saya dah sampai…”  beritahu Sera sebaik saja Rizqi keluar daripada perut kereta dan melambai padanya.
“Rehatlah.  Jangan fikir bukan-bukan.  Saya balik dulu…”  Tanpa berkata panjang, Sera terus mendekati kereta dan kereta terus saya bergerak meninggalkan banglo mewah itu. 
Buya yang gamam, kaku di situ.  Dia harap, telahan dia meleset tapi sungguh gamaknya bila Sera tak menafi langsung.  Dan, melihat pada lelaki yang datang jemput Sera itu, dia rasa seperti perempuan itu sedang curang!  Bermain kayu tiga.
Dengan arwah daddy? 
Tak! 
Dengan dia? 
Damn! 

16 comments:

  1. Tq akk update lg😘hahahaha...buya...buya.....berdoa la byk2 buya moga Sera bukn bunda tiri hihi

    ReplyDelete
  2. Hahahaha..eh eh apesal plak susah aty konon sera men kayu 3 eh eh..dh ada rasa ke buya..eh eh...kikikiki..tq sis rehan...

    ReplyDelete
  3. Haa...buya sudah ada 'sesuatu' dlm hati...suka..suka..suka...

    ReplyDelete
  4. Buya ni dh jatuh hati ke..? Mcm ada bau2 jeles je tuh..hahaha

    ReplyDelete
  5. Hahaha.. Buya.. Dah falling in love

    ReplyDelete
  6. Hahaha.. eh? Terfeeling ke?
    Haih la Buya!

    ReplyDelete
  7. Buya...dah jatuh cinta

    ReplyDelete
  8. Ehem...ehemm.. cemburu ke Buya

    ReplyDelete
  9. Kenapa ye maksu Sera marah sangat.. hemm pasal harta ke😅😅

    ReplyDelete
  10. Buya&Sera,,akan adakah jiwa yg lara,,,?

    ReplyDelete
  11. Ya Allah , lawak gula buya ni wei..takleh blah doh😂😂😂😂😂

    ReplyDelete
  12. Wow best2...kipidap karehan

    ReplyDelete
  13. Hahaha dh apasal ko pulak yg terasa nk marah,buya? Hehe ni la padahnya bila Xreti nk tanya awal2. Sera pulak Xmo jawab betul2.. hadoila smpai bila buya nk salah fhm ni 😅😆😂 thx RM for the update 🌹🌷

    ReplyDelete
  14. Buya...Buya..bukan mak tiri la, kan Sera panggil uncle tu tak perasan pulak dia.

    ReplyDelete