MAJLIS berlangsung dalam serba-sederhana. Hanya kawan rapat Buya yang hadir dan juga
pekerja syarikat. Dan dia, bahagia
melihat senyuman Naz, Rizqi dan mak su yang setia menemani daripada majlis akad
nikah pagi tadi dan hingga majlis mala mini.
Airmata Sera meniti pada alis yang panjang dan lentik. Dia pandang Naz.
“Aku tahu segalanya tak akan sama seperti sebelum ni,
Naz. Aku harap aku boleh jalankan
tanggungjawab aku pada Buya sebaik mungkin dan aku juga pada mak su…”
“Insyaallah, Sera. Kau
akan dapat buat yang terbaik. Lagipun,
kalau kau tak sempat, aku dengan Riz boleh aje jenguk mak su. Tapi, kau tak cuba ajak mak su tinggal sini
ke?” Iyalah, rumah Buya ni besar
kot. Tak jejas apa pun kalau mak su
datang tinggal sini.
“Aku dah cakap. Buya
pun dah ajak. Tapi, kau tahulah… mak su
selesa dekat rumah kami tu. Dia kata dia
akan okey. Tapi, aku yang risau terlebih…” Airmata Sera terus menitis.
Entah kenapa, saat ini rasa seperti mahu meraung. Padahal saat dia sah diangkat menjadi isteri
pada seorang Bunyamin, dia hanya tersenyum.
Tak seperti pengantin lain yang menitiskan airmata tanda syukur. Bukan dia tak bersyukur, tapi saat itu dia
lebih mahu tersenyum.
Tapi, kala ini… segalanya seperti berbeza.
“Jangan macam ni, Sera…”
Tangan Naz laju mengelap airmata Sera.
Tak mahu merosakkan wajah indah terletak itu di hari bahagia Sera.
“Mak su akan okey, kan Naz?”
“Mestilah. Dia orang
tua, Sera. Dia tahu jaga diri…”
“Tapi, selama ni aku ada dengan dia. Malam ni, lepas ni… dia akan
sorang-sorang. Aku takut mak su sunyi…”
“Siapa cakap mak su sunyi?”
Entah daripada mana, mak su muncul.
Tersenyum tipis. Baru dapat lepas
daripada tetamu. Malah ada yang dah lama
dia kenal. Yang dah lama kerja dengan
arwah Bakri dulu.
Kepala Sera yang berbalut selendang dan viel diusap
mesra.
“Mak su sayang, Sera. Mak
su akan jaga diri mak su. Mak su tak akan buat Sera risau. Senang-senang, baliklah jenguk mak su. Lagipun, Sera kan ada kedai bunga tu
lagi. Tak akanlah dah dapat bunga tahi
ayam, bunga lain nak lupa?” gurau mak
su. Saja gelarkan Buya tu bunga tahi
ayam.
Sera ketawa. Naz
juga.
“Bila sebut pasal bunga tahi ayam ni, Sera pun rasa Buya tu
jenis tu…”
“Tapi, bunga tahi ayam yang tak wangi itulah yang Sera nak,
kan?” Mak su mencebek.
Sera juga sama.
Buat-buat nak menangis. Pelukan
bertaut. Mak su hela nafas lega. Syukurlah… semuanya dipermudahkan biarpun
dalam masa yang singkat.
“Sera Nur… mak su doakan yang terbaik buat Sera dan Buya. Daripada saat ini, sampai syurga. Dan andai satu hari Sera luka, baliklah. Mak su ada.” Airmata mak su juga mengalir kali ini.
Tak dapat lagi dia tahan.
Andai Sera rasa resah, dia lebih lagi. Bagaimana penerimaan orang dalam rumah ni
pada Sera? Dia benar-benar bimbang. Dia tolak bahu Sera. Air jernih yang masih mengalir itu
diseka. Dia senyum lebar.
“Sera dah sah jadi isteri Buya. Sera milik dia. Tapi, selamanya Sera anak mak su. Sera jangan sedih macam ni. Berat hati mak su nak lepaskan Sera
nanti…”
Sera angguk berkali-kali.
Diseka airmata sendiri. Apatah
lagi bila wajah Buya muncul bersama Zul dan juga Uncle Malik. Senyuman Buya nampak manis lebih daripada
biasa.
Mak su lepaskan tangan Sera.
Dihulurkan pada Buya yang segak berbaju Melayu putih senada dengan anak
buahnya. Naz memeluk bahu mak su
erat. Mengusap perlahan.
“Sera okey?” soal Buya
perlahan.
Isteri yang baru dia nikahi siang tadi hanya angguk namun
airmata itu masih jatuh.
“Saya sayang Sera…”
Serentak itu, bahu Sera ditarik lalu membawa wanita itu ke dalam pelukan
yang erat tanpa menghiraukan mata memandang.
“Saya sayang awak, Buya,” bisik Sera perlahan buat pertama
kalinya.
Nafas Buya beralun tenang.
Wanita ini milik dia akhirnya setelah penat dia susun kata hati yang
bercelaru antara cinta dan nafsu.
WAJAH resah Uncle Malik dipandang. Dokumen itu sudah bertukar tangan. Dia akan sign di depan Buya kejap lagi. Ini adalah hadiah untuk suaminya sebagai
tanda keikhlasan dia dalam mencintai Buya.
Ya, cinta pandang pertama yang dia rasa ianya dongengan semata tapi Buya
minta jadikan ianya kenyataan.
Hari ini, segala yang Buya mahu telah dia tunaikan. Kisah dongeng itu menjadi kisah realiti. Bibir Sera pecah dengan senyuman. Baju nikah masih bersalut pada tubuh. Berada dalam bilik baca milik arwah Dato’
Bakri.
“Sera yakin?” Sekali
lagi, Uncle Malik menyoal.
“Erm… ini keputusan saya, uncle. Mak su tak pernah kisahkan semua ni. Jadinya, saya berhak tentukan
semuanya…”
Riak Uncle Malik sedikit bimbang. Tapi, apa nak kata. Andai ini kehendak Sera, dia hanya sediakan
apa yang patut seperti yang Sera pinta tempoh hari.
“Sera tak kesal?”
Hanya gelengan menjadi jawapan pada soalan Uncle Malik.
“Kalau gitu, uncle doakan moga Sera sentiasa dalam lindungan
Allah, nak. Dahlah. Pergi rehat, ya. Sera dah penat sangat daripada pagi membawa
ke malam layan tetamu. Mak su dah balik
ke?”
“Belum lagi. Ada dekat
bawah. Sera pun nak turun kejap lagi,
ambik beg baju.”
“Nanti uncle minta Man hantarkan mak su dengan Naz, ya?”
“Hrm… terima kasih, uncle…”
Riz awal-awal dah balik sebab esok kena out-station ke Singapore. Itupun, jenuh dia pujuk hati bila Buya tak
sudah-sudah mengerling Riz sejak di masjid pagi tadi lagi.
Risau dia. Bertumbuk
karang, satu hal pulak.
“Sera akan baik-baik aje.
Percayalah cakap uncle…”
Dahi Sera berkerut dengan kata-kata Uncle Malik. Tak berapa faham.
“Sera masih simpan surat arwah yang uncle bagi bersama dengan
salinan wasiat tu?”
Sera angguk.
“Sebelum ni, arwah pernah cakap. Tapi, masa tu Sera hanya rasa dia
main-main. Tapi itulah… doa dan harapan
orang tua… Tuhan perkenankan. Rasanya nak
cakap dekat Buya tentang surat tu nanti bersama dengan dokumen ni…” Sera goyang sampul warna coklat itu di depan
Uncle Malik.
Lelaki itu ketawa perlahan.
Memang tak salah pilihan Dato’ Bakri.
Sera Nur memang baik. Tak ubah
seperti arwah orang tuanya. Tapi,
kebaikan orang tua Sera pernah dikhianati dan harapnya, Buya tak ulangi silap
itu.
“Kalau gitu, uncle keluar dulu. Selamat pengantin baru, Sera Nur. Moga yang terbaik saja buat Sera dan Buya…” Perlahan-lahan, Uncle Malik bangkit. Berlalu ke pintu yang sedikit terbuka dan
meninggalkan Sera sendiri.
Andai mampu, dia nak pujuk Sera ubah keputusan tapi dia tak
boleh bertindak lebih daripada itu biarpun dia tahu sesuatu. Sesuatu yang boleh jadi hanya kerisauan dia
semata.
Dokumen itu dibaca.
Sera peluk ke dada.
Ini bukan tanda cinta aku kerana cinta aku padamu tak
ternilai harganya, wahai suami. Aku
pulangkan kerana ini adalah asal kepunyaanmu.
Aku kembalikan sebagai hadiah pernikahan kita kerana aku tiada apa lagi
yang mampu dipersembahkan buatmu melainkan keikhlasan dan kasih sayangku
semata-mata.
Sera bangkit. Menuju
ke bilik. Pintu yang tak rapat itu mahu
ditolak tapi tangannya mati bila terdengar suara berpadu. Entah suara siapa.
“Ini bilik abang, Qish.
Tak sesuai nak cakap. Kejap lagi
Sera masuk. Buatnya dia dengar…”
Sekujur tubuh Sera mula terasa kejang. Pembuka kata yang dia dengar itu, sepertinya
ada petanda tak baik. Ya, Buya dah cakap
padanya, Balqish sukar nak terima pernikahan mereka dan Buya harap dia
sabar. Balqish anak yang manja.
Sera senyum. Dia dah
janji dengan Buya untuk layan Balqish sebaik mungkin. Dia akan anggap Balqish sebagai adik
sendiri. Bukan adik ipar.
“Betul tu, Qish. Mari
kita keluar dulu.”
Suara Zul. Sera masih
tenang.
“Dia pergi mana?”
“Dia hantar mak su dia balik.
Ada dekat bawah. Kejap lagi dia
naik. Baik Qish keluar. Zul, kau pun…”
“Yalah…” Zul menyahut.
Senyuman Sera kian lebar.
Zul dengan Buya, memang macam isi dengan kuku. Seperti yang Uncle Bakri ceritakan. Dua-dua tak boleh percaya. Mereka saling menyembunyikan silap
masing-masing satu waktu dulu.
Kelakar. Lepas ni, mesti Zul rasa
sunyi.
“Qish tak nak keluar.
Qish nak jawapan sekarang. Sebab
apa abang buat semua ni? Dan kenapa
daddy bagi semua dekat bini abang tu? Apa
hubungan dia dengan daddy? Dan macam
mana abang boleh terima bulat-bulat semua tu?”
Alunan nafas Sera bertukar rentak. Dia dah tahu Balqish masih tak terima
dia. Tapi, dia langsung tak terfikir
harta itu menjadi salah satu sebabnya.
Kerana ini… dokumen dalam pelukan dia sekarang.
Bibir Sera koyak dengan senyuman. Dia dah bersedia nak pulangkan semuanya. Andai Balqish persoalkan, dia tak pernah
ralat untuk serahkan semua ni. Janji
semua orang senang hati dan mereka akan hidup bahagia sebagai satu
keluarga.
Ini milik Buya dan Balqish.
Dia tak pernah punya hak. Dia
hanya mahu menumpang kasih Buya.
Cintanya pada lelaki itu luhur.
“Okey.” Buya mengalah
dengan kedegilan Balqish sekarang. Dia
rendahkan suaranya.
“Qish jangan macam ni.
Abang tak nak Sera dengar nanti.
Qish ingat senang ke abang nak pujuk Sera kahwin dengan abang? Dengan mak su dia tak suka kita. Tak suka abang. Abang dah begitu tebalkan muka tau untuk
jumpa Sera. Abang sabar sebab abang
yakin semuanya akan baik-baik aje. Abang
ni, nak bernafas pun tak lepas lagi.
Qish dah desak abang macam ni.
Tak boleh ke Qish sabar sikit lagi?”
Kesal sungguh Buya dengan Balqish sekarang.
“Qish kata Qish percayakan abang? Macam ni ke cara Qish tunjuk percaya Qish
tu? Dengan syak abang macam-macam? Soal abang macam ni? Malam nikah abang pulak tu?” Buya menggeleng kesal.
“Qish nak percaya.
Tapi, Qish tak yakin bila Qish nampak cara abang pandang dia…”
“Apa yang Qish nak tahu sekarang?” soal Buya tenang.
“Kenapa abang nikah dengan dia?”
“Apa yang Qish rasa?” Buya
pulangkan soalan.
“Abang yang Qish kenal tak akan tewas macam ni sebab seorang
perempuan. Qish tak boleh terima kalau
sebab cinta abang terima dia…”
“Kenapa Qish boleh cakap macam tu? Tak percaya yang abang pun boleh jatuh cinta?”
Senyuman Sera mekar bila dengar suara Buya menyoal Balqish. Rasa lega bila lelaki bergelar suami it
uterus membela dirinya.
“Qish tak percaya.
Qish kenal abang…”
“Kalau kenal, Qish tak akan buat benda ni. Soal abang macam-macam…”
“Ya, Qish minta maaf.
Tapi, Qish tahu sebabnya…”
“Kalau dah tahu sebabnya, kenapa Qish nak persoalkan lagi?”
“Sebab Qish nak dengar daripada mulut abang…”
“Yang abang jadikan dia bini abang untuk dapatkan balik hak
kita. Hak Qish. Nak dapatkan balik semua duit kita tu?” caras Buya.
“Itu jawapan yang Qish nak dengar, kan? Sekarang, puas hati dengan jawapan tu? Qish nak dengar apa yang Qish nak dengar,
kan? Jadinya, sekarang…”
Belum sempat Buya menyuruh Balqish berlalu, pintu biliknya
terkuak lebar.
Zul kejung.
Balqish gamam.
Buya tercengang.
Sera! Hanya hatinya
menyebut nama itu. Lidah sudah tidak
mampu bekerja apatah lagi melihat pandangan mata Sera yang berkaca-kaca
merenung dia, mencari jawapan. Mata
basah itu tunduk ke lantai beberapa ketika sebelum kembali memandang dia.
Tak kumenduga, kau berlalu pergi.
Tinggalkan semua mimpi dan janji.
Terluka... aku menangis
Tersedar... kau hilang di hati.
Tinggalkan semua mimpi dan janji.
Terluka... aku menangis
Tersedar... kau hilang di hati.
Bibir Sera koyak dengan senyuman. Sekelip mata, sepertinya Buya telah hilang daripada hatinya namun dia masih tercari-cari.
Tapi, kenapa senyuman itu tak ubah seperti belati tumpul yang sedang menoreh hati?
Adoiiiii...x sbar nk tgu next n3..plz abiskan kt sini je RM..
ReplyDelete😭😭😭 nak lagi...
ReplyDelete😭😭😭 nak lagi...
ReplyDelete😭😭😭 nak lagi...
ReplyDelete😭😭😭 nak lagi...
ReplyDeleteXguna kau buya!!!!!!!...p jauh bwk diri srra..bru buya n qish tu menyesal xsudah 😤😤😤😤😤😤
ReplyDeleteWow..malam pertama..apa agaknya sera nak buat
ReplyDeletePeargh...berdebar baca
ReplyDelete>>k<<
Mak aiiii.... suspen nihhh.
ReplyDeleteHaishhh...
ReplyDeleteTak tau nk kesian atau nk padankan muka si sera ni..
Noriatul
Woho..balqishh, hmmm, insyaAllah sera kuat kan . Ok ja
ReplyDeletehuwaaaaaaaa....... ishhh kenapa kene ada sesi ni, sesi dimana akan terbongkar dan sera akan berjauh hati atau?????
ReplyDeleteHuwaa....x sabar nak tau....sabar sera, buya x sekejam tu rasanya
ReplyDeleteSedih...kesian sera...
ReplyDeleteTeringat lagu que sera sera
Alahai.. Sedihnya.. Bkn senang la buya nk explain dan menangi hati sera balik... Balqis pun...
ReplyDeletekenapaaaaaa..😭😭😭😭
ReplyDeleteUwaaaaa 😭😭😭😭
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletenext kak. ��������
ReplyDeleteagaknya apa yang sera buat lepas tu??
ReplyDeleteMngkn sera nk mnta buyaa lepaskan dia.. 😅
DeleteTp tu buya kata, apa yg qish nk dgr.. buya X kata itu yg lahir dr hati dia.. blh X nk simpan sikit percaya pd buya.. siannya sera 😓😢 Xsabar nk tau sambungan.. tabahla sera.. thx RM for the update 🌹🌷
ReplyDeleteBuyaaa . Sampai hati buat sera gitu . Pada hari pertama perkahwinan pula tu . Tq update kak ❤
ReplyDeleteAyuh tinggalkan dia Sera ��
ReplyDeleteTercalar kepercayaan sera buat buya.
ReplyDeleteBawalah hatimu sejauh mungkin duhai sera😢
Kak rehan.. Please update next chapter..please2
ReplyDeletekak rehan pls update nxt cerpen.. xsbar nk bce ni.😍😍😍
ReplyDeleteMore update pliss..
ReplyDeletekak rehan. mana bab seterusnya? ataupun this story akan di publish kan?
ReplyDeleteKnp buya hancurkan hati sera..eeeeeee..😭😭😭😭
ReplyDeletesis, plzz smbng ������
ReplyDeleteRehan...bila nak sambung niii...hukhukhuk.
ReplyDelete