Thursday, April 16, 2015

Seseorang Untuk Aku 8

"Genggam!  Dan, jangan kau lepaskan..."  

BAB 8

BIDAI yang menutup tingkap dapur diselak sikit.  Hujan lagi.  Masih lebat.  Sejak petang tadi lagi.  Sedih juga bila terjadi macam ni.  Memang hujan bawa rahmat dan rezeki.  Memikirkan susu getah yang tentunya tak sempat nak beku rasa penat lelah tak berbaloi.  Tapi, dia tetap senyum.  Kata Nek Leha, “Tak apalah hujan.  Bukan tiap-tiap hari.  Sebulan lepas tak hujan.  Tuhan bagi rezeki melimpah.  Susu getah banyak.  Sesekali hujan, hasil menoreh tak menjadi, DIA nak suruh kita rehatlah tu...” 

Dia ketap bibir.  Bersetuju dengan kata-kata Nek Leha.  Dia akur, dia cetek ilmu dunia, ilmu agama dan sebagainya.  Dia perlu berguru dan rajin membaca.  Ini... jiwa dia kosong.  Hanya mengenal aksara sampai pertengahan umur 14 tahun dan lepas tu hanya kenal batang getah yang kesat.  Semak yang tumbuh meliar yang ditebas dengan sebilah sabit tajam berkilau. 
Dia hanya tahu bau getah buku yang terperap dan berbau busuk tak terkata.  Dia dah lupa macam mana wanginya buku, pensel, pemadam dan juga ilmu itu sendiri.  Sungguh!  Penat dipanggil memori itu tapi tiada  yang tersisa.  Mujurlah Tuhan tak tarik ilmu pandai membaca ni. 
Patutnya masa ni dia dah balik rumah.  Dah rehat untuk urusan akhirat pulak.  Ini hujan.  Dahlah datang jalan kaki.  Basikal rosak lagi.  Basikal tua  yang banyak berjasa tu.  Bukan tak mampu beli yang lain tapi ini kenangan arwah ayah untuk dia.  Basikal inilah dia dengan gigih mengayuh untuk menghantar Liza ke sekolah biarpun masa tu adiknya merengek nak ikut kawan-kawan naik bas sekolah.  Mana dia mampu nak bayar sewa bulanan? 
Kalau dengan basikal, boleh juga pecut.  Jalan kaki ni, nak  berlari dalam hujan... dia bukan buat drama swasta.  Lebih teruk, esok dia demam.  Langsung tak mampu buat kerja.  Nak makan apa nanti?  Lagipun, dia dah dibayar. 
Lai usap dada bila guruh berdentum kuat.  “Nak luruh jantung aku...”  Lai menggumam.  Dia tutup semula bidai.  Risau pulak tengok kilat memancar garang di langit.  Topi kuning lusuh itu dibetulkan.  Rambut yang jatuh ke pipi ditolak masuk ke dalam. 
Baju T dan berlapik kemeja kotak-kotak di luarnya dibetulkan juga.  Dia basuh tangan tapi tak lama bila dirasakan ada yang memerhati.  Lai telan liur berkali-kali.  Dahlah rumah jarang orang duduk.  Tak kanlah penyewa tu pulak.  Lai berkalih dan nyata, ada satu bayang hitam makhluk yang sedang berdiri di ambang pintu dapur. 
Mata sepetnya cuba dibulatkan.  Peluh kecil merenik pada dahi.  Dia nak menjerit tapi suaranya padam terus.  Kelopak mata juga tak berkelip langsung.  Hinggalah bayangan itu mendekati dan berdiri di bawah lampu  yang cerah. 
Mata sepet Lai berkedip sekali.  Rasa terkejut membendung rasa takut sebentar tadi.  Liur ditelan terasa kelat. 
“Errr... kau ni siapa?”  soal Lai kasar. 
“Patutnya aku yang tanya kau soalan tu?” 
Berkerut dahi Lai.  Sahlah penyewa rumah ni.  Mati aku!  Kalaulah dia berlari aje balik dalam hujan ni, tak terserempak macam ni.  Pesanan Nek Leha bergema dalam kepala.  dia perlu segera keluar. 
“Maaf... aku.. eh, saya!”  Ya, saya.  Barulah sopan sikit.  Ini majikan.  Lai melangkah ke depan setapak.  Dia rendahkan muncung topinya.  “Saya minta maaf.  Saya ni orang bayar upah kerja dekat sini.  Biasanya penyewa tu tak balik lagi atau saya lambat keluar sikit sebab hujan...”  Satu-persatu dia terangkan pada Qadr. 
Qadr hanya berpeluk tubuh mendengar penjelasan Lai.  Wajah itu nampak jelas hari ni.  Biarpun basikal tak ada di depan – boleh jadi perempuan ni datang jalan kaki.  Tapi, dia cam topi kuning tu.  Cam sangat! 
“Basikal mana?”  soal Qadr.  Entah kenapa, dalam keadaan yang dikira tak terjangka ni, basikal pulak dia tanya. 
“Hah?  Basikal?”  Lai kerut kening.  “Err... basikal rosak... biasalah basikal lama...”  Nak tak nak dia jawab juga.  Macam mana dia tahu aku ada basikal?  Tapi, basikal?  Budak darjah satu pun dah ada sekarang ni. 
“Oh...”  Mulut Qadr bulat sikit.  Dia dekati meja makan.  Haruman manakan yang cukup mampu buat dia kebuluran.  Tapi yang peliknya, dia dah cakap tak payah datang hari ni?  Apa yang merasuk perempuan ni datang sini?  Dahlah dekat luar macam malam dah.  Risau pun ada tapi Qadr begitulah.  Riak tenang tak sudah.  “Ini, dah siap semua kerja ke?”  Dia malas nak beritahu hal sebenar.  Alang-alang dah ada, kerja dah siap pun. 
Lai angguk.  “Nak baliklah ni...”
“Hujan lagi ni...” 
Lai tahu.  Begitu garang hujan memamah bumbung.  Siap dengan petir, kilat dan guruh lagi.  Rumah dia pun agak jauh.  Tapi, apa pilihan yang dia ada sekarang melainkan keluar je kalau tak nak perkara buruk terjadi. 
“Tak apalah.  Saya balik dulu...”  Lai nak berlalu tapi Qadr seperti dirasuk.  Lengan Lai dilelar sedikit kasar saat Lai tepat melalui sisinya. 
“Err...”  Lai telan liur.  Wajahnya cuak.  Janganlah dia diapa-apakan.  Dia masih banyak impian nak dikejar ni.  “Saya minta diri dululah.  Dah lewat ni...”  Lai cuba berbahasa tapi renungan Qadr hanya tenang.  Tak menyatakan apa-apa reaksi.
“Tunggulah kejap bagi hujan reda dulu.  Lebat sangat ni.”  Memang pun.  Dia nak hantar pun rasa macam malas.  Payung pun tak ada. 
“Eh, tak apa...”  Lai pandang tangan dia yang masih dalam genggaman lelaki ini.  Kemudian naik membalas renungan.  “Saya dah biasa hujan panas pun.”  Lai sengih. 
Qadr simpan senyum dalam hati.  Boleh tahan senyuman.  Ada gigi taring lagi.  Mata sepet.  Sekali pandang macam anak Cina.  Dia pandang topi di atas kepala Lai.  Mencacatkan wajah sungguh. 
“Duduk jelah dekat luar dulu...”  suruh Qadr dan kali ini berbentuk arah.  Ketegasan sama seperti waktu bertugas terluah dalam tak sedar. 
Lai masih menggeleng.  “Tak apalah.  Lepaslah lengan saya.  Saya balik dulu.”  Dia tarik tangannya kasar daripada genggaman Qadr dan terus berlalu. 
Tanpa sengaja, tangan kasar Qadr tersentak pada muncung topi Lai.  Terus saja rambutnya lepas bebas dan terbang meliar dihembus angin garang.  Qadr telan liur.  Tubuhnya yang dingin bagai direnjat elektrik.  Terasa darah sedang menongkah arus.  Dalam pada tubuh yang dibalut kedinginan ni, dirasakan bagai sangat memerlukan haba. 
Bila Lai mahu tunduk mengutip topinya, terdengar ketukan kasar pada pintu.  Tanpa menanti Lai terus meluru ke pintu dengan rambut yang sedikit tidak terurus.  Sebaik saja pintu dibuka, salam diberi dan Lai tak mampu menyambutnya. 
Apatah lagi muncul seorang lelaki di belakangnya.  Tenang.  Tanpa baju T lagi.  Yang ada  hanyalah singlet tipis dan juga tuala yang disangkut pada bahu.  Lai rasa putaran dunia terhenti di situ.  Dia pandang wajah lelaki di belakangnya. 
Tenang!
Dia pandang pula beberapa wajah di depannya.  Garang dan bengis.  Lai pejamkan mata.  Kerisauan Nek Leha menjadi nyata.  Dia hampir rebah tapi pinggangnya dipaut pantas.  Matanya dan mata lelaki itu bertentangan dengan tubuh yang melekap rapat.  Juring mata Lai basah sedangkah wajah di depannya tenang bagai tak berperasaan.



AIRMATA Zarul hampir menitis.  Sungguhlah dugaan membadai hati dia.  Baru nak rasa lega, begini pulak nasib yang menimpa wanita yang masih dan tetap utuh menguasai hati.  Dapat saja panggilan telefon daripada Qadr, dia terus bergegas ke homestay milik keluarganya dalam keadaan hujan lebat.  Panggilan Liza pun tak sempat dijawab dengan baik.  Dia terlalu takut dan kaget.  Bila sampai di rumah itu, dia hampir terduduk.  Birai mata Lai bengkak.  Sembab.  Boleh jadi baru lepas menangis. 
Dia dekati Qadr.  “Macam mana boleh jadi?”  Payah dia nak percaya macam mana Lai boleh ada dekat sini.  Dia tak tahu.  Sedangkan kata  isterinya orang lain yang dia tak kenal.  Ini Lai. 
Lailatul!
Perempuan yang dia kenal dengan baik. Perempuan yang tak akan buat perkara tak betul macam ni.  Yang tak sepatutnya ditangkap berdua dengan lelaki asing.  Sedangkan dulu, kalau di kebun – Nek Leha tak ada, Lai tak bagi Zarul datang.  Dah berubah ke Lailatul yang dia kenal? 
“Aku tak tahu...”  Qadr angkat bahu.  Berwajah tenang tanpa perasaan.  Dalam kepala  hanya ada nama mama dan abah.  Mahu kena basuh setahun ni.  Lepas tu, kredibiliti dan air muka dia dengan majikan.  Tapi, apa lagi yang mampu dia lalukan selain menerima.  Tak ada bukti pun nak kata mereka berdua tak salah.  “Aku pun pergi bukak baju...”
“Hah?”  Zarul tak mampu membendung rasa terkejutnya.  “Kau buka baju siapa?”  Serius Qadr dah gila!  Dia menggeleng berwajah tak puas hati. 
“Eh, Rul... relaks la.  Aku tak habis cakap lagi.  Aku ni memang gila tapi tak gila lagi nak rosakkan anak orang.  Kan balik basah, aku bukak baju.  Tak tahu pulak ada orang datang...”  Sempat Qadr menjeling pada tiga orang jemaah masjid yang datang menyerbu.  Dekat remang Maghrib pulak tu.  Boleh pulak diorang tahu.  Pelik ni.  “Lagipun, kan aku dah cakap aku nak balik awal.  Itu pun dah lewat petang.  Yang dia boleh ada dalam rumah ni, itu yang buat aku tertanya...”  luah Qadr agar Zarul mengerti yang dia tak salah. 
Zarul garu kepala.  Dia buntu.  Macam mana dia nak tolong Lai.  Ini rasanya tak ada siapa lagi  yang tahu.  Dia dah minta pada Pak Imam dan bilal serta seorang lagi jemaah surau jangan bersuara.  Mujurlah dia anak Haji Saad yang disegani.  Tapi, dia dah janji untuk maklumkan pada ayahnya nanti.  Tapi, tak sekarang. 
“Aku pun tak tahulah, Qadr...”  Dia lepaskan nafas berat.  Dia pandang Lai yang sedang ditazkirahkan oleh imam dan bilal.  Dia tahu Lai sangat takut sekarang.  Tengok pada bahunya yang kerap kali terhinggut, Zarul tahu Lai menangis.  Jari-jemari itu juga menggeletar.  “Kau duduk sini kejap.  Aku pergi tengok dia...”  Zarul bangkit. 
Salam diberi dan dijawab sopan.  Masing-masing diam memandang Zarul dan memberi ruang untuk Zarul bersuara. 
“Awak okey?” 
Lai diam.  Bibirnya bergetar.  Rasanya nak dipeluk Zarul tapi Zarul bukan milik dia.  Bukan suaminya.  Zarul lelaki yang haram untuk dia selamanya. 
“Cuba cerita, macam mana boleh jadi?”  tanya Zarul dengan rasa nak tahu.
Lai masih diam.  Dia buntu.  Mana dia nak mula sedangkan pengakhiran begini.  Dada dia bergetak tak sudah.  Pandangan orang dia tak kisah.  Dia dah biasa diherdik sejak dulu kerana kemiskinan.  Dan diherdik sekarang kerana bukan salah dia ni, pun dia tak kisah.  Tapi, malunya pada Tuhan.  Nek Leha dan diri sendiri. 
“Kalau tak nak cakap dulu, tak apalah.  Saya tolong awak, ya?”  pujuk Zarul memutuskan.  Tanya sekarang, tak jadi apa.  Dia akan tanya Qadr kejap lagi. 
Zarul bangkit mendekati imam.  Rasa nak ditanya macam mana imam boleh datang sini tapi berat pulak lidah.  Takut dikatakan dia tak amanah dengan tugas.  Tak menjaga airmuka Haji Saad. 
“Macam mana ni, imam?”  Lemah suara dia menyoal. 
Imam dan bilal berpandangan.  Mereka berdua pun pelik bila ada yang beritahu Lai datang ke rumah penginapan milik Haji Saad, temankan penyewa di sini malam ni.  Mula-mula was-was sebab dia kenal siapa Lailatul tapi bila terbukti depan mata, rasa nak dikorek bola mata ni. 
“Aku tak boleh buat apa, Zarul.  Kalau tahu dek Haji Saad pun, aku rasa dia tak boleh nak bela orang yang terang salah.  Dia cakap tak buat apa, tapi berdua-duaan tu dah cukup salah.  Kita bawah jelah diorang berdua ni ke balai.  Kat sana kita selesaikan.  Kalau kata kamu tak nak orang tahu, kita boleh rahsiakan tapi hukum tak boleh nak ketepikan...” 
Usai mendengar patah bicara imam, Zarul angguk lemah.  Dia pun tak ada kuasa.  Dia dekati Lai.  Duduk mencangkung di depan Lai.  “Awak dengar kan imam cakap apa?” 
Lai ketap bibir dan angguk. 
“Jangan risau.  Apa pun jadi, saya akan tolong awak,” janji Zarul.  Mata sepet dan merah wanita kesayangannya ditatap lama sebelum dia bangkit menghampiri semula pada Qadr.
“Kau siapa dengan dia Rul?”  Memang dia nampak pelik layanan Zarul.  Mula nak prasangka.  Kotlah Zarul perangkap dia. 
“Kakak ipar aku...” 
Kening lebat Qadr berkerut.  Padanlah.  Tak hairan bila dia tahu perempuan ni kakak ipar Zarul.  Dan, dia tak tahu pun orang yang datang masak dan kemas rumah serta basuh pakaian dia adalah kakak ipar Zarul.
“Tak tahu pulak aku kakak ipar kau yang datang...”  sela Qadr.  Sungguhlah dia buntu saat ni.  Andai ditanya macam mana boleh jadi, dia tak boleh nak jawab biarpun perkara itu terang terentang dalam kepala. 
“Qadr, macam mana...”
“Rul...”  Qadr angkat tangan menahan Zarul daripada terus bersuara.  “Tolonglah jangan tanya sekarang.  Aku buntu.  Ni imam nak bawa aku dengan dia ke balai.  Aku tak kisah sebab memang kitorang tak salah.  Tapi, adalah yang perlu aku risaukan.  Kau bukan tak tahu, kan?” 
Tidak dapat tidak, Zarul  hanya angguk.  Dia bangkit bersama Qadr bila imam memanggil.  Mujurlah tak ada orang lalu-lalang memandangkan hari masih hujan.  Maruah Lai menjadi keutamaan sekarang. 
“Aku balik rumah dulu.  Kena bagitahu Liza dengan ayah aku.  Harap ayah aku boleh tolong korang.  Kau tengok-tengokkan dia, ya?”  pinta Zarul pada Qadr.  
Hanya anggukan menjadi jawapan pada permintaan Zarul.  Qadr akur.  Ini tempat orang dan silapnya dia datang bercuti.  Lepas ni, dia tak akan jejak lagi kampung Zarul atau mana-mana kampung.  Tak akan! 
“Kau nak pergi dengan aku ke?” 
Lai hanya melangkah keluar.  Topi lusuh kuning itu dicapai.  Diletak atas kepala.  Imam dan yang lain membontoti.  Lai masuk ke dalam perut kereta Qadr.  Qadr senyum sendiri.  Kena tangkap basah, lepas tu bawa kereta sendiri menyerah diri ke balai polis?  Memang mengarut!  Tapi, diturutkan juga arahan imam. 



“MACAM MANA nanti, ya?”  Soalan itu terluncur juga.  Setelah lama diam.  Terkejut melihat notis  yang diberikan oleh pihak polis.  Tarikh bicara dan jika didapati bersalah, denda beribu perlu dibayar dan jika tak mampu juga, dia akan dipenjarakan. 
Airmata macam nak menitis laju.  Masa depan yang dia rangka.  Baru dirangka tak dipaku dan diletak konkrit lagi.  Dah musnah macam tu saja. 
“Macam mana apa?”  Qadr hanya menjeling sekilas.  Ingatkan dah tak nak bersuara.  Lepas bagi keterangan di balai polis tadi, Lai berkeras nak balik sendiri tapi hari masih hujan.  Dia tak jahat pun.  Sekadar nak hantar terus ke rumah.  Tak melencong ke lain.  Lai juga tak menolak akhirnya.  Hanya masuk ke dalam perut kereta dan diam.  Baru sekarang bersuara. 
“Aku tak salah...”  Ayat yang sama. 
Qadr ukir senyuman sinis.  “Kau ingat aku salah ke?  Lagipun, orang nak ke percaya bila kau cakap kau tak salah?  Sebab memang orang kena tangkap ni, selalu mengaku dia tak salah.  Orang gila tak mengaku dia gila.  Orang bodoh tak mengaku dia bodoh!”  Keras dia menyindir. 
Payah sangat nak buat Lai faham.  Dia pun tak salah tapi bukti apa yang dia ada.  Patutnya tadi, dia heret aje Lai ke katil.  Buat terus.  Biar tertangkap memang atas perkara yang salah.  Biar tak timbul fitnah.  Tapi dah jadi.  Dia pun buntu ni. 
“Aku ni lagilah... nak jawab dekat mak bapak aku lagi.  Dekat tempat kerja lagi...”
Terus Lai kalih.  Rasa belas pula pada Qadr.  Masih ada mak ayah dan ada majikan lagi.  Waktu ni rasa bersyukur pula bila ayah tak perlu lihat semua ni tapi menderitanya ayah bila jadi macam ni.  Sedihnya hati.
“Kau untung ada mak ayah lagi.  Ada kerja bagus.”
“Untung menda kalau diorang nak kena tadah telinga dengan cerita buruk macam ni,” bentak Qadr.  Biarpun suaranya perlahan, tapi Lai tetap rasa Qadr marah pada dia atas semua yang jadi. 
“Aku tak minta semua ni jadi...”
“Tak ada orang minta yang buruk jadi dalam hidup dia, Lai...”  sela Qadr kembali tenang.  Tak ada guna nak salahkan sama sendiri.  “Ni, kau macam mana nanti hari bicara?” 
Lai geleng kepala.  tak tahulah.  Rasanya macam tu Zarul dan Liza dah jauh.  Nak harapkan Nek Leha, tak sanggup nak bebani orang tua itu lagi.  Dia pandang Qadr dan Qadr pandang Lai bila sedar gadis itu merenung dia lama.  Fikiran Lai cuba dibaca. 
“Jangan nak cakap kau ada aku je temankan?”  Dia dah bincang baik dengan pegawai polis itu tadi.  Dia ada hal lain masa tu. 
Tanpa menanti, Lai angguk.  “Aku memang tak ada sesiapa dalam dunia ni selain kau...” 
Dup!!! Jantung Qadr bagai luruh ke kaki.  Ayat gadis ni boleh buat jantung dia bergolek jauh.  “Err... aku tak ada masa tu.  Aku akan bayar denda.”
“Tapi, aku tak ada duit sebanyak tu sekarang...”  Nada suara Lai serak.  Rasa tak terkata lagi beban dalam dada.  Liza dah awal-awal menolak, tak mampu menolong dan dia faham. 
“Itu tak ada kaitan dengan aku,” jawab Qadr menggeleng. 
Diam!  Lai terdiam.  Memang mereka tak ada kaitan.  Apa nak kata.  Dia perlu rela dan sedia ke penjara kerana jelas tak mampu bayar denda.  Dia kesat birai matanya.  Topi dibuka.  Rambutnya jatuh bebas dan menutup seluruh wajah.  Saat ini, airmata dia mengalir. 

Qadr telan liur.  Tangannya ringan menggenggam jari-jemari Lai yang sejuk.  Tubuh Lai kaku.  Dia renung Qadr dengan wajah basah.  Bibir Qadr senyum tapi dia faham maksudnya.  

~> bersambung

64 comments:

  1. aiyoyoyo apakajh yang jadi...kerja si liza laaa nie...eee gerammmm

    ReplyDelete
  2. Balik je kl qadr...bawak menantu buat mama awak...takyah telan liur bagai. Dah takdir awak bertemu dengan laila yang baik tu.

    ReplyDelete
  3. jahat btol la liza ni...x ada perasaan agaknya wat kakak dia tu...haishhh rasa cam nak ganyang je si liza lupe daratan tu.kesian lai..

    ReplyDelete
  4. dpt tangkap tak rancangan sapa tu?... eeii!!.. jahatnya dia..

    ReplyDelete
  5. Best dn ttp mgancam mcm selalu. Truslah bkarya

    ReplyDelete
  6. Adakah lai ni penah ada dlm mana2 novel rm sblum ni?
    Pnt ku memikirkan

    ReplyDelete
  7. RM pastikan c liza tu dpt balasan yg setimpal..huh,x puas hati laa sanggup pedajalkn kakak sendiri! :'(

    ReplyDelete
  8. bestnya x sbr tgu apa jd pasni

    -iman

    ReplyDelete
  9. next entry please...

    ReplyDelete
  10. Best btol rehan nie.. cpt je update... mmg suka gilerr.. haha..

    ReplyDelete
  11. Liza saja buat perangkap utk kakak sendiri... Tapi masa depan Lai mungkin lebih cerah dgn Qadr

    ReplyDelete
  12. :'(
    Sedehnyee... Pasti keje Liza.
    Sian Lai...
    Dah gitu, kahwin aje ngan Qadr.. Huwaaaa

    ReplyDelete
  13. Errrr... Nape Qadr senyum tu?

    ReplyDelete
  14. Jahatnya si liza......khianati kakak yg byk jasa kpdnya. Mmg x kenang budi....berdendam bukan pd yg sepatutnya...

    ReplyDelete
  15. RM, nk bg pndgn skit, jgn bg diorg kwin cpt tau, main2 kn prasaan qadr, lailatul n PEMBACA :-)

    ReplyDelete
  16. sian lai...tapi ade hikmah kan dapat kawin ngan qadr,konflik juga sbb zarul masih ade hati dgn lai~immaz

    ReplyDelete
  17. sebab cinta saudara sendiripun diketepikan.........

    ReplyDelete
  18. Kesian Lai kalau Qadr tak tolong. Untung Qadr kalau kawin dgn Lai yg baik hati tu cuma kesian dia x pendidikan. Hasil tulisan RM sentiasa best kalau part2 touching nih. Nak tumpang nanges jugaklah dgn Lai....huhuhu...

    ReplyDelete
  19. huhuhu..next please.......

    ReplyDelete
  20. oh.. mai.. rsa nak pecah jantung ni.. please Qadr be a real man.. ha3..

    ReplyDelete
  21. as always...karya rm xpernah mengecewakan..can't wait 4 ur next n3.. 😉

    ReplyDelete
  22. selamat berkarya semula RM......rindu betul dengan tulisan RM. Cpt sambung kisah Qadr dan Lai....touching betul

    ReplyDelete
  23. Kak rehan..next pleaseeee... xsbr nak tahu apa yg tjadi seterusnya ni.. :-( xkan Qard xnak toong Lai kan... Uwaaaa... kesian Lai.. :'(

    ReplyDelete
  24. Sis rehan..cepat2 smbg wokeh...Hati ni dah dup dap dup dap daaaa... xsbr nak bca seterusnya ..
    #Schariedah_salus

    ReplyDelete
  25. kesiannya.... kejam tol adk dia..... boleh ke dia hidup senang dengan tgk kakak dia jd cm tu...... kakak yg byk berhabis untuk dia... smpi masa ini yg dia bls.....

    ReplyDelete
  26. ohhh..pity u both Lailatul Qadr. ajak kawen la. bleh teman mama. tak pon nk bwk pergi kerja pon bleh

    ReplyDelete
  27. Alahai...sedih betul bila kenangkan perjalanan hidup seorang Lailatul

    Rehan...your writing...as usual...amat membanggakan..selamat kembali berkarya...

    ReplyDelete
  28. Liza yg x mengenang budi....sanggup buat kakak yg dah berkorban segalanya utk kepentingan dia.....kesian Lai bakal dipenjara....sanggup ke Qadr biarkan Lai masuk penjara.....

    ReplyDelete
  29. kak rehan, sambung cepat2. :D all your karyas are dabom kebabom, ayat diva kau. hahaha Apa2 pun, semoga diberi ilham utk sambung cerita ni :DD

    ReplyDelete
  30. Hope next entry will be the unexpected one..
    ~su~

    ReplyDelete
  31. Kuang ajar Liza ni. Tak kenang budi langsung! Rasa nak simbah sirap je kat Liza ni.

    ReplyDelete
  32. eii msti keje liza ni ..dh jdi cmni kt kakak dia bkn nak tlg ..tak mengenang jasa betol la..menyampah la kt liza ni

    ReplyDelete
  33. Lempang laju laju jer Liza tuh! Tak kenang jasa btol....... (sy lak yg emo...Rasa cm hidup lak watak Liza nie. Tahniah RM..... Ai tau RM memang pakar bab bab nie...... Hi hi hi

    ReplyDelete
  34. So touching .... good job rehan

    ReplyDelete
  35. dahlah tengah emosi tak stabil, baca pulak part sedih ni, nak nagis skali dengan lai T.T sabar2.

    ReplyDelete
  36. Qadr tolong lah bayarkan denda Lai. Iskkkk tak gentleman sungguh.

    ReplyDelete
  37. Qadr tlg byr denda,sbg blsn,mintak Lai keja kat umah qadr,temankan mama..jauhkan dr liza n zarul,mama sure ska Lai..

    ReplyDelete
  38. kak rehan, coretan yang bagus. saya suka. nk minta lagi leh??

    ReplyDelete
  39. kak rehan, coretan yang bagus. saya suka. nk minta lagi leh??

    ReplyDelete
  40. busukhati btol si liza ni. sampai mcm tu sekali dia kenakan si lai. sampai lai pun xtau mcm mn nk settle kan sendiri maslah dia

    ReplyDelete
  41. apa kata bg pengajaran sikit dekat si liza tu mcmana dia perangkap lai dgn qadr mcm tu la jd kat dia atau laki dia, diperangkap oleh orang lain..baru dia ada akal sikit....rasa mcmana kena perangkap...

    ReplyDelete
  42. Rm kak edah suka sngt hope qadr kahwin ngan lai harap kegembiraan menanti mereka.hajat mama dpt menantu qadr dpt isteri baik.liza tuggu tembelang pecah

    ReplyDelete
  43. Oh lailatul qadr.. sambuuuuuuuuunnngggggg plssss uhuhuu

    ReplyDelete
  44. lailatul qadr . . . hurmm . interesting . =))

    ReplyDelete
  45. Sedihnya ..... adik yg diharap jadi pisau yg menikam dari belakang

    Kenapa kau kejam adikkkkkk...... hanya kerana seorang lelaki sanggup binasakan hidup kakak yg memelihara chissss kalau tau kecik2 dulu dah di bunuh ... hehehehehe

    ReplyDelete
  46. ada chemistry...qard ni,kawen je la..
    x rugi papepun..bole bg menantu kt mama

    ReplyDelete
  47. Hurm semoga Liza akan menyesal .... atas apa yg dia lakukan kpd kakaknya yg tulus menyayangi dan menjaganya dgn kudrat dan air mata...

    biar masa menentukan... Qadr.. tak rugi menerima Lai.. kerana dia umpama permata di saluti lumpurrrr.... hanya jauhari mengenal manikam... krn itu la zarul masih sukar melepaskan lai...

    sama2 kita doakan liza sedar bahawa sikap dia telah merobek luhur hati seorang kakak...

    tahniah Rehan... memang tak rugi akak jdi follower awakkkkk... take good care and keep up good workkkkk....

    baru lepas hbis baca Tiba-tiba dia ada.... sukkaaaaaaa

    lots of love
    kak itasukri

    ReplyDelete
  48. Kesian Lai klu Qadr x tolong dia...huhu...

    ReplyDelete
  49. hmm... dah sthn qard & lai...bila nak dpt pluk...@ rehan nak hbihkan dlm blog je..hehehhe

    ReplyDelete
  50. walaupon dah baca dulu tapi masih tak jemu....habis kat sini ke atau dibukukan....

    ReplyDelete
  51. Apa punya adiklah mcm tu. Sanggup perangkap kakak sendiri...sambunglah lagi plsssssss

    ReplyDelete
  52. liza ni mcm kacang lupakan kulitla...kesian lai...kak RM bila nak kuar ni...x sabar ne

    ReplyDelete
  53. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  54. best cerita ni.....
    xde sambungan ker...ada saper2 tolong update..apa yg terjd kat lai..
    liza mcm mn....

    ReplyDelete
  55. salam siapa ada novel ni,preloved pun takpe la..sbbnya pakat hbis mi lepas fyp .hahhaa..sakit pula hati saya dpt baca sikit je ni :'(

    ReplyDelete
  56. boleh saya thu bab 9 dimana yer

    ReplyDelete