Wednesday, January 06, 2016

#HURT 2

USAI Asar, Haji Razali naik ke atas.  Nak-nak bila ruang tamu berada di tingkat paling atas.  Letih betul rumah sampai tiga tingkat ni.  Masa muda dan bila anak-anak ada, seronoklah turun naik.  Terasa lapang rumah ini untuk empat beranak tapi sekarang, terasa kosong.  Bukan lagi lapang malah kosong.  Tambah pula anaknya jarang benar pulang. 
“Tak berhenti lagi buat kerja, Yam?”  soal Haji Razali pada pembantu rumahnya. 
“Eh, dah siap dah.  Nak angkat kain aje sikit.  Lepas tu saya nak balik dah.  Tuan Haji nak minum ke?”  soalnya lembut. 

Tanpa menjawab, Haji Razali sekadar mengangguk.  “Saya dok depanlah, ya Yam?”  Dia terus berlalu ke porch.  Bukan apa, tak boleh dia nak pandang wajah-wajah yang ada dalam rumah ni lama-lama.  Hati dia tak betah.  Birai mata dia pasti mahu basah. 
Apatah lagi melihat pada wajah pucat Mak Yam.  Bagaimana wanita ini menangis di depan dia tiga tahun dulu.  Bagaimana dia begitu berbelas dan dia sendiri mahu lupakan segalanya tanpa anak dia tahu.  Yang pasti, dia hanya mahu melupakan.  Dia mahu memaafkan.  Dia mahu hidup tenang. 
Mak Yam terus ke dapur membancuh secawan teh kurang manis.  Kemudian dihantar pada Haji Razali. 
“Air, Haji.” 
“Erm, terima kasih, Yam.  Pergilah balik.  Dah lewat ni.  Nanti lewat sangat takut hujan pula.  Lambat awak sampai rumah nanti,” suruh Haji Razali. 
“Saya angkat kain dulu, nanti saya balik.  Esok saya sambung lipat.”  Mak Yam terus mengelek bakul plastik dan mengutip sehelai demi sehelai kain di ampaian. 
“Saya ni, Yam…” 
Tingkah Mak Yam terhenti bila terdengar suara Haji Razali.  Dia berpaling memandang wajah tua itu.  Malah lebih tua daripada dia tapi kerana takdir, mereka saling mengenali.  Saling berdepan dengan hakikat yang memeritkan. 
“…ada anak pun, jarang-jarang balik,” sambung Haji Razali dengan suara yang dalam daripada rengkung. 
“Dia sibuk tu, Haji.  Kerja banyak.  Biasalah tu.”  Cuba disedapkan hati majikannya tanpa dia sedar, hati dia juga merasakan yang sama.  Anaknya bukan tak balik namun tak mampu untuk balik.  Beza tu.
“Entahlah, Yam.  Masa saya kerja dulu, saya ada aje masa untuk keluarga.  Bila saya serah dekat dia, dia jadi macam tak ada masa langsung untuk saya.  Kadang-kadang saya nak tanya dia, tak risau ke saya sorang-sorang dekat rumah.  Saya nak tanya dia, apalah yang penting sangat melainkan saya.  Apalah yang ada dalam hati dia.  Semuanya saya nak tanya, Yam.  Tapi, masa tu memang…”  Gelak halus berhembus daripada celah bibir Haji Razali.  Dia menggeleng kecil sebelum menghirup air yang sudah mula suam.
Hati Mak Yam menangis.  Biarpun di bibir senyuman tipis merajai tapi dalam hati, air jernih itu sedang menghujani.  Kain terakhir diletak dalam bakul. 
“Saya dah siap angkat kain.  Esoklah saya lipat, ya?” 
Haji Razali mengangguk lemah.  Dipandang wajah Mak Yam. 
“Esok saya nak pergi jenguk anak saya sekejap.  Awak datang lepas Zohor pun tak apa, Yam.  Rehatlah dulu pagi-pagi.  Sejak tiga tahun, rasanya awak tak pernah ada masa untuk diri sendiri melainkan awak hambakan diri untuk saya dan anak saya.”  Dalam erti hambakan diri yang dia mahu sampaikan dan dia tahu, Mak Yam mengerti.
“Tak apalah, Haji.  Bukan Haji tak bayar gaji.  Haji bagi saya kerja ni pun dah satu rahmat dah.” 
Ya, apa lagi yang mampu dia lakukan bila rezeki berniaga dia terhenti.  Tapi, dia yakin rezekinya masih ada di tempat lain lantas dia datang menemui Haji Razali. 
“Tuan Muda balik tak malam ni?”  soal Mak Yam sebelum dia masuk. 
Nampak juga Haji Razali menggeleng.  “Tak pasti saya, Yam.  Dia tu, ada dalam dunia yang berbeza.  Dunia mana, saya tak pasti.  Tapi, dunia itulah yang dia duduk sejak dulu tu,” jawab Haji Razali seraya mengesat hujung mata. 
Dia bangkit dan masuk ke dalam bersama bakul kain yang dihulurkan oleh Mak Yam.  Meninggalkan Mak Yam sendiri dengan rasa bersalah yang makin tak bertepi. 
Airmatanya menitis juga setitis.  Kemudian, dia terus berpaling dan mencari arah jalan pulang.  Rasa diseru sejak pagi tadi.  Seperti rindu yang terikat kemas bakal terburai. 


HANYA airmata menjadi selingan antara mereka.  Aatiq memeluk ibu erat.  Mencari hangatnya pelukan yang dia hampir lupa setelah tiga tahun berlalu.  Saat pelukan terlerai, dia pandang bening mata ibu.  Tak lepas walau sesaat. 
“Ibu, ini Aatiq dah balik.”
“Ibu tahu.  Aatiq anak ibu.  Aatiq dah balik pada ibu.”  Mak Yam angguk berkali-kali. 
Dia hampir terduduk saat tiba di rumah lewat petang tadi. Melihat akan susuk tubuh kurus yang terlena di depan pintu rumah.  Lenanya langsung tak terusik.  Nampak dada itu berombak tenang seperti lepas segala apa yang terjadi. 
Saat disentuh pipi cengkung itu, barulah mata Aatiq terbuka dan kakinya dipaut erat oleh Aatiq hinggalah dia turut duduk memeluk tubuh itu. 
“Aatiq minta maaf sebab pergi tanpa khabar dekat tiga tahun ni, bu.  Aatiq dah balik…”  Sebaknya dada dia.  Mata dia kembali berair.  Dipegang pipi tua ibu.  Kenapa kurus sangat ibu sekarang? 
“Aatiq dah balik, bu,” ulangnya. 
“…semuanya akan jadi baik.  Semuanya akan jadi seperti sediakala.  Aatiq akan kerja, ibu tak payah kerja.  Duduk rumah buat kuih untuk Aatiq macam dulu-dulu.  Bila Aatiq balik, ibu sambut depan pintu.  Kita makan sama-sama, tidur sama-sama.  Aatiq dah balik.  Aatiq akan jaga ibu.  Aatiq tak akan tinggalkan ibu lagi.  Tak akan, bu.”  Aatiq menggeleng berkali-kali.  Airmata dia kembali merintik.  Kali ini lebih lebat. 
Sendunya juga lebih syahdu. 
Tubuhnya dipaut oleh ibu.  Dibelai kepala yang dibalut selendang yang herot.  Jatuh pada belakang dan dapat dia rasakan sebunya dada seorang anak yang kini pulang ke pangkuan dia. 
“Ibu tahu.  Ibu selalu doa moga semuanya baik-baik.  Aatiq balik dalam keadaan sihat, ibu dah cukup syukur, Aatiq,” balas Mak Yam. 
Entah berapa lama, pelukan bertaut, Mak Yam tak pasti.  Apa yang pasti, dia mungkin tak mampu lagi menjejaki rumah Haji Razali.  Dia ada tanggungjawab yang lain.  Jika dia khabarkan pada Haji Razali, dia yakin, Haji Razali mampu terima segalanya. 


DAH lama tak bau masakan ibu.  Rindu betul.  Dia bawa langkahnya perlahan mendekati ibu yang sedang sibuk memasak.  Senyap-senyap, pinggang ibu diraih kemas seraya diletakkan dagu atas bahu ibu.    
“Hish budak Aatiq ni.  Terkejut ibu, tahu!”  Dekat nak melatah dah dia bila dipeluk oleh Aatiq.  Mujurlah dia masih sihat daripada penyakit jantung.  Jika tidak, tersungkur kat sini dah. 
“Lapar?”  Lengan Aatiq tetap diusap mesra.  Tipulah jika dia marah melainkan dia begitu sabar menanti saat ini tiba.
Aatiq angguk.  “Kejap lagi Aatiq nak keluar cari kerja.  Ibu nak pergi rumah tauke ibu kejap, kan?” 
Mak Yam angguk.  Mujurlah juga Haji Razali minta dia datang lepas Zohor.  Dapatlah dia siapkan makanan untuk anak dara tersayang. 
“Ibu dah janji dengan Tuan Haji nak datang lepas Zohor.  Nanti ibu cakap dekat dia ibu nak berhenti kerja.”
“Ibu janji ibu berhenti kerja, ya?”  Semalam jenuh juga dia pujuk ibu untuk berhenti kerja.  Nampak sangat ibu berat hati tapi akhirnya, ibu angguk. 
“Aatiq kan dah janji nak jaga ibu.  Biar Aatiq tanggung segalanya dalam rumah ni.  Ibu jangan buat kerja berat lagi.  Dah sampai masa ibu rehat.  Aatiq kan…” 
Pelukan pada pinggang ibu terlerai.  Dia membalikkan tubuh ibu agar berhadapan dengannya.  Birai mata dia sekarang sudah mula terasa suam. 
“…Aatiq kan, ada?”  sambungnya setelah dia cuba damaikan desah nafas yang bergelora.  Sedih dia, rindu dia… masih mengganas rupanya.    
Wajah tua ini. 
Suara lembut ibu. 
Rambut yang mula nampak helaian putih. 
Bening mata yang penuh dengan kasih-sayang dan keyakinan pada dia pada saat seluruh dunia memandang dia dengan begitu hina. 
Ya, wajah ini.  Wajah penyejuk mata.  Wajah syurga. 
“Aatiq rindu ibu.”  Sepenuh makna, dia luahkan rasa rindu itu berkali-kali. 
“Ya… ibu tahu.”  Tak berdaya dia mahu usap kepala anak seperti biasa bila melihatkan tangan yang kotor. 
Haih, budak Aatiq ni.  Pagi-pagi nak buat drama sedih pula.  Cukuplah dia begitu sedih tiga tahun sudah.  Sekarang, semuanya dah pulih seperti biasa.  Hati yang pernah luka dah dirawat dengan kepulangan Aatiq dalam keadaan sempurna seperti pertama kali mereka terpisah.  Biarpun tubuh itu semakin susut.  Tapi, Aatiq masih lagi anak dia.  Sikap lembut dan manja Aatiq masih tak berubah.  Melainkan dia sudah tak dengar tawa Aatiq.  Itu saja. 
“Tak nak menangis lagilah.  Semalam dah nangis.  Aatiq dah balik, ibu tak nak sedih dah.  Lagipun, masa Aatiq tak ada, ibu tak sedih juga.  Ibu tahu Aatiq akan balik jumpa ibu.  Jadi, tak ada sebab untuk ibu sedih.”  Dia berpaling daripada Aatiq dan mengadap lauk basah di dalam sinki. 
Wajah ibu dipandang lama.  Senyuman itu nampak tulus biarpun tak seceria mana.  Aatiq labuhkan telapak tangan di atas bahu ibu. 
“Apa kata Aatiq masak.  Ibu kena rasa ilmu yang Aatiq belajar selama ni.”  Terus dia tolak tubuh ibu keluar dan mengambil alih tugas ibu.
“Aatiq masak special untuk ibu.  Nanti, boleh ibu sedekah dekat tauke ibu sikit.  Alang-alang ibu nak berhenti kerja, biarlah hidangan terakhir tu jadi kenangan indah.  Betul tak?”  Keningnya naik tinggi. 
“Kira macam majlis perpisahan.  Farewell orang putih kata.”  Sempat dia usik ibu yang hanya menggeleng kecil tanda tak dapat melarang. 
Bila ibu angguk dan tersengih, dia lebih lagi tersenyum lebar. 
Tangan Mak Yam naik menyentuh rambut halus anaknya.  Ada sesuatu yang dia mahu tanya namun tersekat dalam halkum.  Biarlah dulu.  Tak sampai hati nak diasak Aatiq dengan pelbagai soalan.  Cukuplah Aatiq kembali dalam keadaan sihat.
“Bu…” 
“Hah?”  Mak Yam tersentak dengan suara Aatiq. 
“Ibu kerja rumah siapa, ya?  Boleh Aatiq tahu?”  Hujung mata mengerling ibu sambil membilas ayam yang sudah dipotong kecil. 
Sejak semalam tertanya-tanya juga.  Rasa nak didesak ibu untuk sebaris jawapan tapi masa tu tak sesuai.  Tapi hari ini, biarlah dia usulkan soalan itu memandangkan ibu akan berhenti. 
Macam mana ibu boleh kerja di rumah tu, sebenarnya.  Itu yang menjadi persoalan.  Sedangkan selama dia ada, ibu mana kenal orang sangat. 
Dada Mak Yam berdebar tiba-tiba.  Dia dah agak anaknya akan bertanya tentang perkara ini.  Tapi, sekarang bukanlah masa yang sesuai untuk dia berikan jawapan, tambah pula dia dah nak berhenti.  Tak nak difikir lagi. 
“Ibu kerja dekat rumah Tuan Haji tu.” 
“Tuan Haji?”  Dahi Aatiq berkerut. 
Tuan Haji mana ni, bu?  Berapa ramai Tuan Haji dalam dunia ni yang ibu nak bagi jawapan macam tu. 
“Ibu kerja sejak Aatiq masuk…”
“Ya,” jawab Mak Yam pantas tanpa sempat Aatiq sudahkan soalan.  Dia tak nak Aatiq sebut apa-apa lagi tentang yang dah berlalu. 
“Ibu sunyi masa tu.  Dok rumah ni buat ibu rindu Aatiq sangat.  Sebab tu, ibu cari kerja pembantu rumah.  Pergi pagi, siap kerja ibu balik.  Esok pun pergi lagi.  Siap kerja ibu balik.  Setidak-tidaknya, ibu tak adalah sunyi sangat.  Lagipun, Tuan Haji tu baik orangnya.” 
Bibir Aatiq menceber.  Kalau dah ibu kata baik, tak mengapalah.  Dia cuma nak kenal malah rasa berterima kasih sebab masih ada yang sudi membantu saat mereka hadapi waktu sukar. 
“Mana ibu kenal dia, ya?”  Takkanlah kawan arwah ayah.  Bila ibu diam tak menjawab, Aatiq mula menelah. 
“Ke ada orang yang bagitahu ibu pasal kerja tu?” 
Kali ini Mak Yam hanya senyum mendengarkan kata-kata Aatiq.  Dia usap sekali lagi kepala Aatiq.   “Ibu tunggu dekat depanlah.  Cepat sikit masak.  Ibu pun nak rasa masakan Aatiq yang Aatiq kata sedap sangat tu,” ujarnya lantas dia berlalu ke depan meninggalkan Aatiq sendiri bersama kerutan pada dahi. 
Rumah peninggalan arwah suaminya ini tidaklah besar mana tapi cukuplah untuk mereka berdua selama ini.  Disembunyikan tubuh di balik dinding tapi matanya tetap mengintai wajah Aatiq yang mula nampak ceria. 

Airmata dia jatuh lagi.  Andai Aatiq tahu… 

17 comments:

  1. Mesti aatiq buat something yg agak terukkn...ade kene mengena dgn mak raqib ke....x sabarnye nk tggu...sy suke betul semua cerita sis...

    ReplyDelete
  2. aatiq ni baru keluar penjara yea?

    ReplyDelete
  3. Macam cerita korea tajuk secret, tapi balas dendam tok awek dia bukan family dia..huhi

    ReplyDelete
    Replies
    1. true.. base cite tu. nway like jisung..ahaha.. sama tapi tak serupa.. hehe..

      Delete
    2. Saya suka jisung !
      Dan saya suka karya awak !
      Sebab awak show us perempuan bukan seorng yg lemah dari terlerai kasih lg sy nampk karya awak..novel laen slalo buat perempuan tu insn yg lemah, we are not like that...hihi..

      Delete
  4. Mestu ada kaitan dgbn adik raqib kan...sebab raqib adlh abang...mesti ada something yang aattiq dh buat ...adui x sbr nk tunggu nexr n3

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. Raqib atiq mcm nama malaikat :) besttt mcm cite secret

    ReplyDelete
  7. Urm mcm cerita korea yang tajuk Secret tu je? Hopefully boleh ada idea yang lebih fresh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya betul..saya akui dan dh byk kali sy ckp secret versi RM.. jujurnya sy takde idea baru sbb dh lama tak nulis..anggap ajelah sy tgh sebis otak berkarat sy ni.. tiada paksaan utk baca :)

      Delete
  8. Ada kesalahan berulang kali nama ana, siapa ana kan atiq.. jgn ulangi lagi salah semak berapa kali pun utk bagi seauatu yang terbaik... apa pun saya tetap menyokong kamu biarpjn jauh...gudluck

    ReplyDelete
  9. dendam raqib terlalu dalam sampai menjadi bayang2 pd aatiq walau mana pun aatiq pergi....

    ReplyDelete
  10. X6..my dream car..tetiba

    Nway, minat jisung jgak..sgt comel la kalau byangkan Raqib ni as Jisung

    >>k<<

    ReplyDelete
  11. karya RM x prnah mngecewekan..slalu buat hati sye bedeba

    ReplyDelete
  12. Kat mana boleh baca buku hurt ni ye ? ☹️ Nak pinjam kat apps pnm reader takde pulak. 🥹

    ReplyDelete