BAHU Aatiq ditolak
kasar. Nasi yang ada di tangan jatuh ke
lantai. Pecah bungkusannya. Tumpah isi yang ada. Mata Aatiq berair melihatkan rezeki yang
rosak. Ditambah pula dengan perut yang
berbunyi meminta diisi, rasa mahu dimaki wajah bekas kawan sekelasnya ini.
“Kau ni apa lagi
yang tak puas hati dengan aku, hah?”
Direnung wajah gadis manis di depan dengan perasaan yang bercampur
baur.
Nak aje dia
menjerit. Biar berdentum suaranya
seluruh sekolah tapi ditahan. Dia masih
bertahan atas tiket sabar yang dia kira, kian menipis. Sudah mahu rabak.
“Tak ada
apa. Tapi…” Raisya jeda.
Dia carik senyuman sinis. Memeluk
tubuh sendiri dan memandang Aatiq atas bawah.
“Tapi, bila aku
nampak kau… aku jadi meluat betul.
Pelajar terbaik konon. Pelajar
harapan. Lagi? Pelajar apa?
Pelajar contoh? Dengan baju lusuh
ni?” Jari telunjuk Raisya lurus pada
seluruh tubuh Aatiq.
Bibir
diketap. Tuhan… sakitnya hati aku!
“Apa masalahnya
dengan baju lusuh? Bijak pandai bukan
ditentukan baju tu lusuh atau tak. Tapi,
rajin dengan tidak. Lagi satu, hati tu
bersih ke tak. Itu yang penting. Apa guna baju bersih macam kau tapi hati
busuk mengalahkan bangkai?” herdik Aatiq
kembali.
Dua tahun dia
bertahan dengan Raisya, tak berdaya dah dia.
Bukan salah dia bila lelaki yang
Raisya cinta, sukakan dia. Malah, dia
tak layan sikit pun. Bukan dia tak elak
melainkan atas sebab-sebab tertentu saja dia berdepan dengan Shafiq.
Habis tu, apa
yang Raisya dendamkan sangat sedangkan Raisya boleh dapat yang lebih lagi? Orang dah tak nak, tersua-sua kenapa?
“Kau nak kata
aku bangkai?”
“Kau mengaku kau
bangkai?” Ditempelak Raisya tajam.
“Kau?!” Tangan Raisya naik mahu menampar wajah Aatiq
tapi pantas Aatiq menahan.
Mata bundar Aatiq
terjegil. Pertama kali dia menahan
tangan Raisya. Malah, saat Raisya
rosakkan makanan untuk dia jual pada kawan-kawan, dia masih beratkan tangannya
agar sentiasa ada di sisi. Agar tak naik
ke udara.
Tapi, hari ini
Raisya dah makin menjadi-jadi. Dia tak
boleh duduk diam lagi. Apapun jadi,
biarlah hari ini Raisya tahu dia juga ada hati dan perasaan. Dia juga ada kudrat melawan. Biar Raisya tahu, dia tak boleh menahan
dinding sabar dia yang sedang runtuh sekarang.
“Kau tak nak
tengok muka aku, aku tukar kelas walaupun aku rasa aku lagi layak duduk dalam
kelas pertama tu berbanding kau. Tapi,
tak apa, Raisya… aku mengalah sebab aku nak belajar dengan aman. Aku nak dapat keputusan terbaik dalam SPM
aku. Kau rosakkan semua kuih-muih dan nasi
lemak yang ibu aku buat, aku rasa nak patahkan tangan kau tapi, aku tetap sabar
sebab aku fikir tu bukan rezeki aku dengan ibu aku…” Tangan Raisya yang ada dalam genggamannya
dilepaskan kasar.
“Masakan ibu kau
tu menjijikkan!”
“Raisya!” jerkah Aatiq.
Nasiblah sekarang tengah hari sebelum bersambung dengan kelas
tambahan. Kebanyakan bilik dah
kosong.
“Aku tahan kau
kutuk aku tapi jangan ingat aku mampu tahan bila kau kutuk ibu aku.” Amarannya keras. Tak cukup Raisya kutuk dia,
ini nak babitkan ibu pulak? Apa salah
ibu pada Raisya sampaikan nak babitkan ibu segala?
Sebak mula
menghurung jiwa. Suaranya sudah
bergetar. Birai matanya sudah mula
basah.
“Apalah yang kau
fikir masa kau rosakkan punca rezeki kami, Raisya? Sebab kau anak orang kaya? Lepas tu, senang-senang kau cakap tak sengaja
dan campak duit lima puluh ringgit dekat muka aku? Kau ingat aku boleh terima semua tu? Aku ni Raisya…” Dada sendiri ditepuk kuat.
“…aku ni tak
dididik hidup senang sebab aku memang sudah.
Bukan macam kau buka mata, makan pun disuap. Aku ni dididik usaha dengan kudrat
sendiri. Dan, hari ini adalah hari
terakhir kau ganggu hidup aku, Raisya. Lepas ni, aku tak akan benarkan kau sebut nama
aku pun. Jangan ingat selama ni aku diam
sebab aku tak mampu melawan. Tapi, aku
bagi peluang moga kau sedar diri yang kau tu benci aku tanpa sebab yang
munasabah!” luah Aatiq tegas biarpun
airmatanya sedang menitis.
Dua pasang mata
bertentangan lama. Raisya diam tak
berkata apa. Terkejut bila akhirnya
Aatiq tunjuk belang. Malas lagi berdepan
dengan manusia persis Raisya, Aatiq tunduk cuba mengutip nasi yang tumpah. Semua ni kena bersihkan. Nampaknya, dia terpaksa berlapar hingga ke
petang memandang petang ni ada lagi perjumpaan kelab.
“Jangan kacau
aku lagi, Raisya. Kau ada segalanya
dalam dunia ni, tapi aku hanya ada impian buat masa sekarang. Jangan rosakkan impian aku, Raisya. Aku mohon,” pintanya separuh merayu tanpa
memandang pada Raisya sepicing pun.
Rasanya, nak aje
dia tukar sekolah tapi SPM tak lama lagi.
Tapi, berlama-lama di sini, dia risau dia akan bertindak di luar
batasan. Saat itu, pasti yang tinggal
hanya penyesalan. Ini pun, mujurlah
sempat dia sedar diri. Andai tidak… Namun,
belum sempat dia menyentuh nasi yang tumpah, tudungnya dicengkam Raisya.
Kuat.
Diheret agar dia
kembali berdiri.
“Lepas,” arah Aatiq sepatah. Dahinya berlapis kerutan. Rahangnya mula bergerak menahan geram.
“Kalau aku tak
lepaskan?” giat Raisya tanpa rasa
bersalah.
“Dendam kau tak
ke mana, Raisya. Kita dah tujuh belas
tahun. Kau boleh dapat yang lebih baik
lagi daripada Shafiq. Lagipun, periksa
tu lebih penting buat masa sekarang ni.
Aku ni tak pernah ada perasaan pun pada dia. Aku tahu kau tahu jugak tentang tu, kan?” Aatiq masih cuba ajak Raisya
berkompromi. Tak perlu nak buat perangai
buruk macam ni. Tarik tudung kerana
lelaki? Mengarut!
“Kau yang goda
dia?” tuduh Raisya.
Bibir Aatiq senyum
senget biarpun tudung masih dalam genggaman Raisya. Antara dia dan lelaki yang Raisya suka, hanya
sebagai rakan dalam dunia perdebatan.
Tak lebih daripada itu.
“Ikut suka
kaulah, Raisya. Aku dah letih nak layan
kau. Sekarang, kau lepaskan aku dan baik
kau ikut kawan-kawan kau tu pergi makan,” arah Aatiq sambil mengerling pada dua
orang kawan baik Raisya yang menanti.
“Aku nak kau
pergi daripada sekolah ni dan jangan bagi aku nampak muka kau lagi. Sampai bila-bila pun kau jangan bagi aku nampak
muka kau!”
“Kenapa?” Kening Aatiq naik. Mencabar.
Marahnya kembali menyirap. “Sekolah
ni, kau yang punya ke?” Semakin tajam senyuman
yang terukir.
“Dunia ni, kau
ke penciptanya?”
“Kau ni memang
tak sedar diri!” tempik Raisya dan terus
saja ditolak kepala Aatiq pada dinding.
Tapi, Aatiq cepat melekapkan tangannya pada dinding. Andai tidak, tentu dah terbelah.
“Raisya, berhenti!” Dia melawan sedaya-upaya biarpun perbuatan
mereka mula mendapat perhatian beberapa orang yang sedang berbisik sesama
sendiri.
“Aku benci
kau!” Tangan Raisya masih menarik tudung
Aatiq. Ditampar wajah putih itu
berkali-kali hingga pipi Aatiq mula merah.
“Raisya, ingat
Allah. Kau ni dah kenapa?” Tangan Raisya dipaut cuba menahan tangan itu
daripada terus menampar dia. Pipi dia
dah pedih.
Namun, Raisya
bagai kerasukan. Terus mencengkam
tudungnya mahu menghantuk dia pada dinding koridor pula. Tudung Aatiq tertanggal. Rambutnya mula lepas bebas. Kesempatan itu lebih mudah buat Raisya. Rambut Aatiq disentap kasar bersama sengihan
yang masih nyata belum puas. Tubuh Aatiq
didorong ke depan.
Menyedari
tudungnya yang sudah lepas entah ke mana dan kulit kepala umpama nak tersiat,
Aatiq kumpul kudrat. Dia akan
lawan! Kedua belah pergelangan tangan
Raisya dicengkam kemas. Ditolak sekuat
hati dan sebaik saja rambutnya lepas, Aatiq tolak tubuh Raisya kuat agar
menjauhi dia dan serentak itu juga, jeritan Raisya kuat menyapa
telinganya.
RAISYA!
Raqib
terjaga. Peluh merenik pada seluruh
tubuh. Nafasnya mengah. Lena dia terganggu lagi dan bila pandang
sekeliling, dia masih di pejabat. Kertas-kertas
laporan dan perancangan perniagaannya sedang berselerakan. Terselit di antaranya gambar yang dia
mimpikan tadi. Nampak susuk tubuh Johan
yang juga terlentok di atas kerusi.
Dia menyentuh
dahi. Mengelap peluh. Butang kemeja dibuka hingga di tengah
dada. Dada dia berdebar tak sudah. Gambar Raisya direnung lagi. Tak mampu dia bayangkan betapa sakitnya saat
Raisya menutup mata dan dia tiada di sisi.
Dia tak tahu tapi daripada apa yang kawan-kawan Raisya ceritakan, ianya
satu kesakitan yang amat.
Tulang-temulang Raisya patah-riuk.
Cerita yang
berbeza daripada setiap mulut tapi dia tahu, hanya satu mulut yang mampu
menjamin cerita yang sebenar. Fail
diselak. Wajah Aatiq ditatap dengan mata
yang sedikit kabur. Dah lama salinan
laporan ini ada dalam simpanan dia. Tiada
bantahan dalam setiap pertuduhan yang dibaca waktu itu. Gadis itu hanya tunduk. Akur dengan segala kesalahan yang
dibaca. Akur dengan hukuman yang
diterima.
Dah sampai masa
kau bagi jawapan pada kesakitan aku selama ni!
Raqib bangkit. Disentuh bahu
Johan perlahan. “Jo, bangun. Kita balik.”
Pantas, Johan
bangkit seperti tak pernah lena. Baju
dibetulkan. Kot Raqib dicapai dan dia
berjalan mengikut jejak Raqib yang nampak lemah. Setelah pintu kereta dibuka, Raqib masuk di
belakang. Johan terus memandu tenang
membelah jalan yang lengang di awal pagi.
“Jo.”
“Ya, bos?”
“Dia dah dapat
kerja?” Sisi wajah Johan dipandang.
Tiada suara,
melainkan Johan hanya menggeleng. Senyuman
senget terukir. Memang sepatutnya
begitu. Biarlah kau mereput merempat di
mana-mana.
“Jo.”
“Ya, bos.”
“Kita pergi
rumah dia…”
“Apa, bos?” Berkerut dahi Johan. Buat apa ke rumah orang awal-awal pagi
ni? Lagipun, dia tahu rumah siapa yang
Raqib maksudkan.
“Saya tengok bos
tak sihat. Saya hantar bos balik rehat
dulu. Yang lain, biar saya uruskan,”
saran Johan tapi bila dilihat dalam cermin pandang belakang Raqib menggeleng,
tak berani lagi dia membantah.
Mata Raqib
terpejam. Dia diam hingga akhirnya,
Johan memberhentikan kereta di persimpangan lorong pertama Taman Selayang Mutiara. Di mana letaknya rumah yang dimaksudkan. Rumah berkembar yang kecil saja. Hanya ada sedikit laman dan tak berpagar
sedangkan jiran yang lain semua bertembok.
Lampu dalam
rumah masih menyala. Tak tahulah ruang
tamu atau bilik tidur.
Jika bilik, itukah
bilik Aatiq? Jika benar bilik milik Aatiq,
kenapa Aatiq lena dalam keadaan lampu terpasang? Kan tak elok untuk mata. Adakah lari daripada kegelapan agar mimpi
ngeri itu mampu dibohongi?
Dia tak tahu. Cuma, dia rasa mahu tahu.
Apa plak jd lepas aatiq keja dengan raqib ya... ermmmm...
ReplyDeletesukar nye nak memujuk hati sendiri.....bila agak nye dendam bakal terlerai...sian kat aatiq...huhuhu....
ReplyDeleteBila kah dendam tu akan terhapus....tak sanggup menjadi seorang aatiq....lembutkan la hati raqib....
ReplyDeleteBila kah dendam tu akan terhapus....tak sanggup menjadi seorang aatiq....lembutkan la hati raqib....
ReplyDeleteAla, knp kali nie pendek je RM..
ReplyDeleteeeee,,,,,,,,dendamnya raqib....patutnya tanya dulu apasal aatiq buat mcm tu kat adik dia....
ReplyDeletemsti kena buli truk2 dgn raqib nanti..
ReplyDeleteApasal lah raqib nih nk mrah sngat? Aatiq tak bersalah lah. Ksian Aatiq.
ReplyDeleteYa Allah..seriau memikirkan apa akan terjadi pada Aatiq nanti
ReplyDeleteHopefully ada rakan2 skolah aatiq yg akan tampil jd saksi perlakuan raisya terhadap aatiq. Dulu mreka tak brani nk bersuara sbb masih muda & takut
ReplyDeleteOhhhhh.... hati saya sangatttt HURT...
ReplyDeleteOhhhhh...
ReplyDeleteHURT...
Raqib dendam yg sia2...
Ohhhhh...
ReplyDeleteHURT...
Raqib dendam yg sia2...
Ohhhhh...
ReplyDeleteHURT...
Raqib dendam yg sia2...
jika punca kejadian tak terungkai, Raqib tegar dgn sikapnya begitu, tak mustahil dia sendiri akan hurt sepanjang hidupnya...
ReplyDeletePERHHH sampai pecah cermin kereta dek amarah raqib..
ReplyDeleterasa ngilu je hati ni bila letak diri dlm atiq
ble nak sambung??
ReplyDeleteTak sabar nak baca sambungannya lagi.
ReplyDeleteeveryday bukak blog ni. tengok kalau2 ade latest entry. Excited nk bace karya akak. kipidappp. ;)
ReplyDeleteabis ler...pembalasan bermula
ReplyDelete