WAJAH Maksu gamam.
Bukan seminit tapi lama jugak.
Andai Sera tak bersuara, rasanya mak su kekal kaku di situ. Sera tahu, siapa pun akan terkejut. Mak su lebih-lebih lagi dengan makhluk yang
menumpang motornya malam ni.
Ikut hati dia nak aje suruh Buya turun daripada
motornya. Cuma tadi…
Dia sampai di kedai makan.
Tak jauh pun cuma perjalanan itu sedikit mengambil masa kerana dia
membawa penumpang. Yang jauh lebih besar
daripada dia. Nak pulas minyak lebih
sikit pun risau. Sebaik saja dia
berhenti di depan kedai, mujurlah tak tergolek.
Kaki dia masih kuat. Syukur. Bila dia kejut, tangan Buya terkulai
layu. Nak kata Buya buat-buat tidur,
tak. Memang lelaki itu tertidur atas
motor. Siap dengar dengkuran halus lagi.
Saat ini, hati wanita bernama isteri tertanya. Penat sungguh gamaknya.
“Macam mana dia boleh ada dekat sini?” soal mak su sebaik saja Sera mendekati.
“Pendek aje cerita tapi Sera tak larat nak cerita. Lapar lagipun…” Senyuman Sera tergaris bengkok. Tak lurus.
Buya pula masih berdiri di pagar. Menggaru rambut sesekali. Tak bergerak.
Padahal dia tak cakap pun suruh jadi tugu dekat situ. Menyusahkan betul. Jujurnya, dia sendiri tak tahu kenapa dia
bawak Buya balik. Tadi, bila dia sedar
Buya memang terlena dia terus menukar haluan.
Menuju ke rumah.
“Sera masuk dululah.
Mak su suruh dia call driver dia ke datang ambik. Tak pun pandai-pandailah dia…”
“Eh budak ni…” Mak su
lelar lengan Sera.
“Nak tinggal laki kamu dekat mak su dah kenapa? Dia bawak balik, kita pulak nak kena layan…” Kening mak su berkerut.
Nafas berat lepas daripada celah rengkung Sera. Dia toleh pada Buya.
“Awak call Zul atau Man datang ambik awak dekat sini…”
“Telefon saya mati…”
Amboi… senang aje dia jawab.
Dada Sera mula rasa bahang.
“Nah… ambik telefon saya ni.
Jangan kata tak ingat nombor pulak.
Menipu sangat!” marahnya sambil
tangan menggagau beg yang tergantung di bahu.
Dahinya berkerut tak henti-henti. Dah mana pulak telefon ni. Dia duduk nak menonggang beg tersebut. Segala isinya keluar. Tapi, handphone tiada. Lama Sera memikir. Tuhan… ada dekat ni? Lama-lama dia tepuk dahi. Tertinggal dekat kedai. Si mamat ini punya pasallah. Dia pun gelabah nak balik.
Sera angkat tubuh.
Tajam mata merenung Buya.
“Mak su bagi telefon mak su kejap…”
“Eh, telefon mak su tak
ada kredit…” Laju mak su menolak. Serius pulak tu.
“Bila masa mak su pakai kredit?”
“Eh silap…” nafi mak
su.
“Dah kena barred…”
Mata mak su juling ke siling porch.
Tuhan… dada Sera hampir nak marak dengan api marah dah
ni. Mak su betul ke main-main? Tapi, mak su mana pernah main-mainkan
dia. Sungguhlah tu gamaknya.
Buya tergelak kecil tapi cepat-cepat dia ketap bibir bila
mata Sera kembali mencerun padanya.
“Kelakar ke? Tengah
tengok maharaja lawak?” selar Sera.
Buya berdeham panjang.
Dia geleng seketika sebelum pandang ke lain.
“Ajaklah Buya masuk makan dulu. Mak su masak lebih. Kononnya kot Sera nak bawak bekal esok
pagi. Rupanya, ada tetamu nak datang…” Mak su lorek senyum pada Buya. Tipis biarpun tak cukup perisa.
Hati tuanya berasa lega melihat Buya di depan mata. Malah pulang bersama Sera. Entah kenapa, rasa benci selama ini pudar
bila dia dapat lihat betapa lelaki ini mencintai anak saudaranya.
“Lepas makan, awak balik.
Saya order grab untuk awak…”
“Eh, tak apa. Saya
makan dekat rumah. Saya jalan sikit
nanti saya call Zul.”
“Kata handphone mati…”
“Nanti saya jumpa public phone, saya call…”
Tak semena Sera ketawa.
“Tadi tengok maharaja lawak.
Sekarang sendiri buat lawak. Eh,
sekarang ni pondok telefon awam pun susah nak jumpa. Itu dah jadi tinggal pra-sejarah tu. Boleh jadi asset antik dan harta karun zaman
purba…”
Mak su kerut dahi lagi.
Sera ni lidah tajam betul sekarang.
Tapi, nak salahkan Sera tak boleh juga.
Perempuan ni bila hati dilukai, macam inilah. Dia harap sangat Buya sabar dan bila matanya
dan mata Buya berlaga, mak su hantar isyarat mata. Dia yakin Buya faham bila lelaki itu
kerdipkan mata sekali.
Dan Buya, rasa bertenaga.
Sepertinya dia mendapat sokongan semua dan dia tahu, dia akan lakukan
apa saja.
Demi Sera!
Demi isterinya!
Demi hati yang telah dia lukai!
“Oh inilah suami kamu ya, Sera Nur?”
Hah? Sera, Buya dan
mak su menjenguk ke sebelah. Jiran ni
malam-malam jemur kain pulak. Dia pulak
buat drama. Haih… harap sangat jiran tak
dengar. Menyesal pulak bertekak depan
rumah. Lupa dia hidup berjiran. Ingatkan dalam rumah banglo Buya.
“Errr… ya, mak cik.”
“Dah tu, kenapa muka macam tu? Macam kamu nak halau dia aje…” Tu dia… mak cik bawang dah membuat andaian
dah.
Mak su siku Sera.
Berat hati… Sera mendekati Buya.
“Mana ada halau, mak cik.
Kami sama-sama baru sampai rumah.
Dia pun banyak kerja hari ini.
Itu yang muka macam tu…” Sera
kerling Buya dengan senyuman buat-buat.
Tapi, suaminya sengih lebar.
Menanglah tu konon.
“Haaa… dah jadi isteri ni, kenalah pandai layan suami. Bagi dia makan kalau dia lapar, belai-belai
sikit kalau dia penat. Tapi, orang sini
semua pakat tanya jugak. Kau tak nak
buat kenduri kat rumah ke, Saira?
Kenal-kenalkan dekat jiran-jiran.
Doa selamat kecik-kecik aje…”
Mak su ketawa kecil.
“Eh… niat tu nak buat jugak, Kak Mina. Tapi, itulah.
Anak menantu dua-dua sibuk. Ini
tengoklah, dah malam baru balik kerja. Dahlah,
kamu berdua pergi masuk cepat. Mandi,
solat, tukar baju, makan. Lepas tu rehat…” Mak su kenyit-kenyitkan mata berkali-kali
menghantar arahan.
“Jomlah masuk…” ajak
Sera menggumam.
“Sera ikhlas ke nak abang masuk ni?”
“Eh eh dia ni… saya halau awak karang, awak jugak yang malu
nanti…”
“No, you won’t…” Buya
berkata yakin.
“Mana awak tahu saya tak akan…” Kening Sera naik.
Tapi, Buya hanya diam.
Dia hanya kenang kembali saat Sera berbicara dengan pembantu rumahnya
awal-awal mereka diijabkabulkan. Biarpun
hati sedang luka, tapi Sera masih menjaga airmukanya.
“Abang cuma yakin…”
Serentak itu, Buya paut pinggang Sera.
Ditarik tubuh isterinya rapat di sisi.
“Kami masuk dulu, mak cik.
Insyaallah, nanti kami buat kenduri besar-besaran dekat sini. Jom, sayang…”
Tidak dapat tidak, Sera turut melangkah bila tubuhnya
didorong oleh tubuh sasa Buya. Haih…
sakit hati betul. Nak membentak, nanti
Mak cik Mina kata apa pulak. Mak cik
Mina ni dahlah boleh tahan mata rabun tu memerhati. Tak pasal-pasal mak su jadi buah mulut.
“Segak menantu kau, Saira…”
Mak su ketawa. “Mestilah. Dah anak kita cantik…”
Sesudah itu, ketawa mereka berpadu.
Sera senyum sendiri mendengar suara mak su dan Mak cik
Mina. Buya hanya memandang bibir yang
koyak dengan senyuman tipis itu. Malah,
dia juga terasa kembang hati bila dipuji.
Tapi, dia tak layak apa-apa pujian.
Apa guna wajah yang tampan, bila wajah ini tak langsung dipandang oleh
mata yang dia harapkan.
“Saya nak masuk bilik saya.
Awak duduklah situ. Kejap lagi
mak su masuk…” Sera terus berlalu dan
hilang dalam bilik sendiri.
Buya terkulat-kulat.
Dia hanya labuhkan duduk di sofa.
Meraup wajah. Dia cuba hidupkan
telefonnya tapi tak berjaya langsung. Matanya mengintai juga charger kot-kot ada di
tepi rak TV ke… tapi, tak ada.
“Carik apa?”
Buya angkat tubuh bila mak su menegur. Dia hulur tangan pada mak su dan disambut
baik malah wanita ini menggenggam tangannya erat seperti memberi semangat. Andai tiada ego berbaki, rasanya dia akan
menangis di sini.
“Charger. Mak su ada
charger?”
“Kau pakai telefon apa?”
“Iphone…”
“Oh, dalam rumah ni orang Samsung…” Mak su senyum meleret.
“Ni kenapa tak mandi lagi?
Mak su pergi panaskan lauk. Solat
Isyak siap-siap kalau belum solat. Nanti
makan…”
“Tapi, mak su…” Buya
sengih garu kepala. Mak su buat-buat tak
faham atau sengaja nak tolak dia masuk kandang singa?
“Sera biasa tak kunci bilik dia. Tak pernah kunci sejak dulu. Dia merajuk ke, sedih ke, gembira ke,
menangis ke… pintu tu tak pernah berkunci.
Lagipun, Sera simpan lagi kain arwah ayah dia. Mungkin dah lusuh tapi masih boleh pakai…” Mak su nak berlalu bila Buya sekali lagi
menahan.
“Saya akan buat dia lagi benci saya…”
“Kalau kau kenal Sera tu betul-betul, nak-nak memang dia dah
jadi bini kau luar dan dalam, kau akan tahu isi hati dia. Kalau tak, tak akanlah dia boleh bawak kau
balik naik motor dia tu sampai ke rumah.
Mak su yang lagi kecik daripada kau ni pun dia takut nak bawak sebab tak
biasa. Kau kena mula belajar bahasa bisu
seorang wanita bernama isteri, Buya. Mak
su tak pernah jadi isteri. Demi Sera,
mak su rela membujang. Tapi, mak su tahu
sebab arwah abang mak su… ayah mertua kau tu… itulah yang dia selalu buat. Dia bijak baca bahasa bisu arwah ibu mertua
kau. Pergilah…” pujuk mak su sambil mengusap bahu sasa
Buya. Melurut jatuh ke lengan yang
kekar.
“Pergilah…” Setelah
itu, mak su terus hilang ke dapur.
Sekali lagi, airmata Buya mahu menitis. Laju-laju dia julingkan mata ke atas. Mendengar mak su bercerita tentang arwah orang tua isterinya, dia mahu tahu apa
yang telah arwah daddy lakukan hingga mak su tersangat benci dengan
keluarganya? Dia percaya, mak su sendiri
tak pelahap akan wang ringgit tapi semua yang dilakukan sebelum ini hanya rasa
marah yang amat.
Apa yang dah pernah terjadi antara daddy dan orang tua Sera?
Tak sedar kakinya dah melangkah. Dia pulas tombol pintu. Ya, tak berkunci. Kalau dia dulu, memberontak sikit mulalah
hempas pintu dan kuncinya. Dia rapatkan
semula pintu dan menapak dekati katil.
Duduk dilabuhkan. Tangannya
mengusap lembut cadar. Haruman ros semerbak
menusuk ke hidung. Bilik florist. Mustahillah tak bau bunga.
Dia senyum sendiri.
Baru saja nak rebahkan tubuh, Sera muncul daripada dalam bilik air. Mengucap panjang. Mujurlah dia pakai baju-T siap-siap. Seperti dapat rasa ada orang nak masuk dalam
biliknya. Cuma, rambutnya saja yang
lepas. Masih basah. Lantaklah.
Buya dah lihat segalanya. Tak
kuasa nak menutupnya.
“Rumah ni ada satu lagi bilik kosong. Mak su tak cakap ke?” Sera rapat ke almari. Mencangkung di situ, mencari sesuatu.
“Sini bilik isteri abang, jadi sinilah abang masuk. Lagipun, ini kali pertama abang masuk bilik
Sera. Sera tak halau abang, kan?”
“Haih… tak kuasa nak halau.
Kalau saya halau, awak nak keluar ke?”
tempelak Sera tegas.
Buya terkulat-kulat sendiri.
Dia mahu bangkit dan membiarkan Sera bersiap sendirian. Dia tahu Sera tak selesa. Sekarang pun dah masuk dalam almari.
“Abang tunggu dekat luar…”
“Tu kain dengan tuala…”
Sera letak kain pelikat dan tuala atas katil.
Buya pandang isterinya.
Dia senyum. Benar kata mak
su. Sera sayangkan dia. Nampak aje keras, tapi kenyataannya
berbeza. Tiba-tiba dia hampiri isterinya
dan memeluk jasad yang sejuk itu rapat.
Rambut basah itu dikucup berkali-kali.
Ada rasa terharu bila lihat isteri menyiapkan segalanya.
“Eh, awak ni betul nak kena halau gamaknya…”
“Dua minit… tak… seminit.
Bagi abang peluk Sera kejap…”
Matanya terpejam lama. Hingga
bibirnya mula hinggap pada leher Sera dan diam di situ lama.
Sera juga sepi. Nak
membentak, dia tak mahu bergaduh dalam rumah yang ada mak su. Dia juga dah penat mengelak. Malah, dia sangat letih nak nafikan betapa
dia rindukan lelaki ini. Tudung satin
yang dia pakai tadi, masih terasa lembab kesan airmata Buya.
“Pergi mandi dululah…”
Sera tolak dada Buya bila nampak Buya kian hanyut.
“Mak su tengah tunggu nak makan. Kalau tak nak makan, saya makan dengan mak su
aje. Lagipun, bau awak ni macam tenuk…”
“Tenuk?” Wajah Buya
terpinga-pinga.
“Sera pernah cium tenuk ke?”
Sera redupkan pandangan.
Tersenyum tajam. “Saya tak pernah
cium tenuk tapi tenuk pernah cium saya.
Jadi, saya boleh baulah…”
“Eh, malam tu abang mandi…”
“Bukanlah!” Suara Sera
hampir terjerit.
“Sekarang pun sama.
Dah, pergi mandi sana…” Dia capai
tuala kecil dan terus berlalu keluar.
Huh! Ada masanya, hati
yang sakit terasa sembuh. Tak sedar, dia
senyum sendiri. Tipis tapi nampak
lega. Bahagia itu mula menjalar. Seperti kata Riz, kali ini aje dia mahu
fikirkan bahagia sendiri. Dia tak mahu
pedulikan perkara lain.
Dia seperti tekad.
Cuma, tak lama. Langkah kaki
terhenti di depan pintu bilik sendiri.
Dia pernah tekad demi bahagia sendiri dalam memilih dan mencintai
Buya. Malah, dia lukakan hati mak su
kala itu. Hingga akhirnya untuk dia
tahu, dia akan dilukai dengan begitu teruk.
Sekarang, dia kembali goyah.
Bagaimana jika dia tak bahagia nanti?
Bagaimana jika semua ini hanya seketika?
“Sayang?”
“Hah?” Sera
toleh. Wajahnya terkulat-kulat. Memandang pada Buya yang berdiri di depannya
tak berbaju. Hanya berkain pelikat saja.
“Kenapa?”
“Baju…”
“Oh… lupa…” Sera masuk
ke bilik. Buya mengikut. Tapi, belum sempat Sera tunduk mencari baju
milik arwah ayah, tubuhnya dipeluk erat daripada belakang.
“Can we have second chance, sayang?” soal Buya.
Dia rendahkan wajahnya.
Dekat ke telinga Sera.
“Boleh bagi abang peluang sekali lagi. Untuk kali ini aje…” Pertanyaan Buya telah berubah nada. Menjadi rayuan yang begitu syahdu.
“Kalau Sera tak bahagia jugak dengan abang, abang akur dengan
semua kehendak Sera…” Lengannya semakin kemas memeluk jasad isteri.
“I am begging…” tambah Buya lagi.
Namun, Sera tak menjawab.
Kaku di situ. Tak membentak,
malah tidak juga membalas. Dia hanya
mahu Buya tahu, dia sedang beri peluang kepala lelaki itu.
Wahhh.. Bangun tidur ada hadiah.
ReplyDeleteTq sis rehan.
Yes, sera..give him.....
ReplyDeleteTerima kasih cik penulis...marathon dr semlm
ReplyDeleteTerima kasih 😊
ReplyDeletesegor bijik mata nk pi koje..tq kakak rehan
ReplyDeleteThe best morning gift. Tq rehan. Moga cinta mereka terus kuat mengharungi badai terutama yang bernama balqis
ReplyDeleteBestnyer..nampak situasi dh nk pulih..tq RM
ReplyDeleteKejar bhgiamu Sera...buya sila jaga aty Sera elok2...no more chances after this...tq sis rehan
ReplyDeleteYeyy....cmon Sera. Cari bahgia sndrik
ReplyDeleteNk nangesss..
ReplyDeleteMenusuk di pagi senin..
Tq RM
Timesenggang waktu macam ni terasa nak buka ....wow...tq RM....
ReplyDeleteYess, moga bahagia milik mrk 😊
ReplyDeleteSera kuat.. Good job sera.. We are rooting for ur happiness.. Go seraaaaa
ReplyDeleteTq akak rehan..
The best entry i think☺☺
ReplyDeleteOne of the best writer...we love you....tq for the best story
ReplyDeleteso sweet..moga bahagia buat sera & buya..
ReplyDeleteso sweet..moga bahagia buat sera & buya..
ReplyDeletePengubat jiwa lara la kak RM ni.. 🎉💖
ReplyDeleteNak lagi 😉
ReplyDeleteTq kerana update...lama menanti..
ReplyDeletehihi.. dh mula manisss ...dua2 kena tabah ni..
ReplyDeleteThanks tau cikRM sbb update Sera&Buya. Harapnya lps ni tak buatkn penantian kami terlalu lama...moga terus hasilkan karya yang sentiasa kami nantikan...sayang awak ketat2...😘
ReplyDeleteDinda Rehan dah bjya mendera prsaan semua peminat yg tggu..entry ..cam kansk2 dpat aiskrim ..job well done..
ReplyDeleteNi buku untuk pbakl 2019 ke ?
ReplyDeleteyes sera... done
ReplyDelete