Wednesday, March 27, 2019

Kau Bicara Tentang Cinta 49

SERA tahu dia sakit.  Sera tak mahu terus menjadi petualang.  Kerana itu Sera berikan dia segalanya termasuk abang?  Tapi, benarkah ini yang dia mahu?  Asalkan bersamanya, tak kisahlah abang menderita?  Tapi, abang dah beberapa hari tak muncul.  Abang ada di rumah Uncle Malik. 
Dan dia… diburu kesal tak berkesudahan.
Yang dikejar tak dapat, yang dikendong pula keciciran.  Seperti kata abang.  Andai dia mampu dapat keduanya, kenapa dia hanya mahukan satu dan yang satu itu juga terlepas sudahnya. 
“Qish nak apa?”  soal Sera malam tu.  Tersenyum tipis seperti langsung tiada kesalan dalam dirinya. 
“Kau dah ada jawapan tu…”  balas Balqish.  Keras dan mendatar. 

Saat ini, Sera lebarkan senyum.  Tunduk seketika seperti mencari kekuatan yang masih tersisa dalam dada.  Kemudian, bila dia angkat wajah mata itu menatap tepat ke anak mata Balqish.
“Qish yakin Qish dengan dia boleh bahagia tanpa saya?  Qish yakin dia akan bahagia dengan Qish dan jadi Buya yang pernah Qish kenal sebelum ni?  Qish yakin Qish tak akan hilang segalanya?” 
Soalan Sera… Balqish ketap bibir.  Meneguk liur membasahkan rengkung yang tiba-tiba gersang dengan pertanyaan Sera.  Jujurnya, dia tak punya jawapan.  Tapi andai dia jawapannya, ya.  Dia mampu mengekalkan bahagia mereka seperti selama ini.  Ya… itulah.  Tapi, itu kala itu.  Saat ini, keyakinan dia langsung sirna.  Dia tak berdaya.  Apatah lagi melihat pada sikap abang, bagaimana abang meraung malah sanggup melutut di depannya kerana seorang Sera.  Tak… kerana seorang isteri.
“Saya akan pergi Balqish.  Andai itu yang awak mahukan dan kerana jawapan awak itu kedengaran yakin tapi percayalah.  Apa yang saya tinggal hanyalah sekujur tubuh yang bernyawa tapi akan jadi tak ubah seperti mayat hidup.  Kalau kata apa yang saya cakap di salah, saya tak akan toleh lagi dan tiada siapa akan dapat kesan saya.  Tapi, kalau semua itu betul… saya harap masa tu awak sedar… ada sesetengah hubungan itu tak boleh dirapatkan hanya kerana sebelah pihak yang mahu tapi boleh menjadi sangat jauh biarpun kedua-duanya tak sudi….” 
Seperti mana Balqish dan Buya.  Dia yakin hubungan yang selama ini rapat akan menjadi sangat jauh kerana tamaknya Balqish.  Dan, dua hati yang tak mahu menjauh akan terus menjarak hanya demi janji yang sudah pastinya tak akan terlestari.
Balqish tak akan mampu memberikan bahagia pada Buya!  Titik!  Itu yang hati Sera bisikkan tapi andai kepergian dia mampu menyedarkan Balqish tentang semua ini, dia perlu pergi.  Untuk selamanya atau seketika cuma… dia sendiri masih tak pasti.
Dia masih berharap untuk  kembali.  Usah kata kembali ke dalam pelukan Buya malah seorang gadis yang dia telah anggap sebagai adik sendiri.  Sayang… Balqish tak pernah nampak semua itu.  Segalanya kabur dibayangi perasaannya pada Buya. 
“Kenapa kau yakin sangat cakap yang abang tak akan bahagia dengan aku?  Siapa kau nak tentukan bahagia kami?”  Balqish hampir terjerit. 
Jujurnya, dia begitu terkejut dengan kata-kata Sera.  Telah dia katakan, wanita ini begitu lemah-lembut namun lidahnya begitu tajam menikam.  Cumanya, entah kenapa… bicara Sera mengundang rasa resah dalam hatinya.  Bagaimana jika dia gagal seperti yang Sera yakin?  Bagaimana jika yang ada dengan dia, hanyalah sekujur tubuh yang bernyawa tapi tidak berjiwa? 
Sera Nur koyak senyum pada hujung bibir.  Bukan mahu hadiahkan Balqish dengan senyuman penuh sinis namun dia mahu Balqish tahu, keyakinan dia adalah berasas. 
“Dia suami saya, Balqish.  Kami bukan sekadar berkongsi hati atau kasih sayang, tapi segalanya.  Setelah apa yang kami lalui, saya kenal dia.  Tapi, seperti yang saya bagitahu.  Andai dia memang Buya yang dulu biarpun setelah saya pergi, saya tak akan kembali.  Jika sebaliknya, saya harap Balqish terima kami.  Terima Buya sebagai abang dan saya sebagai kakak.  You got nothing to lose, Balqish.  Malah, Balqish akan untung.  Dapat seorang abang dan seorang kakak…”
“Tak!”  Laju Balqish memangkas.  Menggeleng berkali-kali. 
“Aku hanya perlukan abang.  Aku tak nak seorang kakak.  Apatah  lagi kau!”  Suaranya menderam kasar. 
Saat ini, Sera angguk.  Faham.  Balqish dan hati yang begitu sukar nak dilentur.  Kerana itu dia tekad dengan keputusannya biarpun semua ini akan membunuh hati sendiri malah jiwa dan bahagia Buya. 
Perlahan-lahan, Sera letak telapak tangan kanannya ke perut.  Memang tak sangka.  Dia mahu jadikan ini salah satu punca bahagia untuk mereka semua tapi dia sedar, semua ini hanya akan menambahkan duka dan amukan pada Balqish. 
Tangan kirinya kemas menggenggam tali beg pakaiannya.  Tak banyak yang dibawa.  Kerana memang asalnya dia tiada apa dalam rumah ini.  Hanya Buya hartanya tapi dia sedang pertaruhkan satu-satunya harta yang dia ada dalam perjudikan bahagia mereka. 
“Kalau macam tu, Balqish.  Buktikan pada saya.  Ingat, harga yang saya bayar untuk semua ni tak murah.  Jadi, buktikan awak dan dia boleh bahagia.  Kembalikan dia menjadi Bunyamin yang sebelum bersama saya.  Saya janji, tak akan muncul lagi depan semua orang dalam rumah ni…”  ujar Sera separuh berbisik bersama airmata yang menitis jua ke pipi akhirnya. 
Dia tak mahu menangis tapi dia tiada pilihan lain.  Airmata ini begitu degil untuk menerima arahnnya agar tidak menitis.  Dan, dia berlalu dengan hati yang hanya berserah pada Tuhan semata-mata.  Kerana dia yakin, kasih-sayang dan keikhlasannya akan buka hati hati Balqish seperti mana Tuhan telah bantu dia menguak lebar hati lelaki seego Bunyamin. 



ZUL ketap rahang.  Dia lelar lengan Balqish dan terus saja menarik gadis itu berlalu keluar daripada rumahnya.  Dah kenapa pulaklah perempuan ni datang?  Dia dah pesan banyak kali, biarkan saja Buya di sini buat sementara waktu.  Buya tu sekarang tak hiraukan apa-apa melainkan usaha mengesan Sera aje.  Pelik, bila ayah cakap Sera ke luar negara tapi dia langsung tak dapat kesan ke mana.  Mustahil Sera lesap begitu saja. 
“Lepaslah, Abang Zul!”  Balqish akhirnya merentap tangan sendiri bila akhirnya mereka berdua ada di belakang porch.  Terlindung dengan kereta. 
“Yang Abang Zul tarik Qish ni kenapa?”  Wajahnya kelat. 
“Yang Qish datang sini, kenapa?”  Zul dah bercekak pinggang.  “Kana bang dah cakap, jangan datang dulu.  Sampai masa, Buya baliklah rumah tu…”
“Sampai masa tu bila?  Setahun?  Dua tahun?”  selar Balqish geram.  Ini dah masu dua minggu.  Dia menahan sabar tapi segalanya seperti sedang menuding pada dia. 
Suasana rumah itu lebih teruk daripada masa Sera ada. 
Zul sunggingkan senyum sinis.  Tajam. 
“Qish ada jawapan tu.  Tapi, kalau tanya abang… rasanya Buya tu tak balik buat selamanya dah.  Ni sikit lagi dia tahu Sera terbang ke mana, dia pun memang akan pergi ikut Seralah.  Abang pun suka kalau dia pergi.  Masa tu, jangan haraplah abang nak bagitahu Qish dorang ada dekat mana…”  sindir Zul.
Balqish berdesir sendiri.  Pedih dan pesan kenyataan yang baru Zul ucapkan.  Tapi, apa nak kata, segalanya memang berpunca daripada dia.  Tapi, dia benar-benar rindukan abang.  Rindu dengan gelak tawa abang.  Malah, gurauannya.  Andai beginilah keadaan abang, dia lebih rela hati sendiri terguris melihat abang bersama wanita lain. 
Tak sedar, airmatanya mengalir lesu. 
“Abang Zul pun  mesti rasa Qish paling tak guna, kan?”  Lemah nadanya. 
“Abang Zul tak cakap.  Tapi, dah Qish mengaku… abang tak ada rasa nak bantah langsung!”  Zul masih lagi menggiat biarpun hatinya juga terbersit bila melihat Balqish mengalirkan airmata. 
Tapi, arghhhh tak kuasa nak layan.  Rasakan.  Tengoklah kesan perbuatan kau yang pentingkan diri tu!  Haih… Stress.
“Ya, memang Qish tak guna.  Katalah apa saja.  Tapi, Qish betul-betul rindukan abang.  Rumah tu tak sama bila abang tak ada…”
“Alaaa… selama ni pun bukan Buya tak biasa pergi mana-mana.  Kadang-kadang tu jejak sebulan tak dapat balik rumah.  Qish anggap ajelah dia pergi outstation mana-mana…”
“Senang abang cakap, kan?” 
Zul kerling Balqish tapi hanya seketika. 
“Macam mana abang mintak Qish anggap macam tu sedangkan hakikatnya berbeza?  Macam mana Qish nak buat tak tahu sedangkan Qish tahu puncanya?  Macam mana Qish nak tunggu aje di rumah tu bila Qish tahu yang abang tak akan balik lagi ke rumah tu sebab Qish?”  Soalan Balqish terlontar bersama jeritan. 
Dia terus menangis dan menangis.  Matanya  merah mencerlang pada Zul.  Kenapa abang Zul sengaja nak tambah minyak pada api yang masih begitu marak. 
Tak semena, Zul ketawa.  Dia tepuk tangan beberapa kali.  Tergelak.  Gelak yang bukan dibuat-buat tapi memang kelakar. Geli hati.  Gelaklah.  Tak kan nak menangis pulak.
“Qish ada jawapan tu untuk apa yang semua dah jadi sekarang.  Kita patut bahagia, tapi kerana petualang Qish dan perasaan Qish yang entah apa-apa tu, semuanya jadi macam ni.  Maafkan ABang Zul sebab cakap perasaan Qish tu entah apa-apa sebab itu kenyataan.  Qish orang bijak pandai tapi kenapa Qish tak boleh nak bezakan perasaan sayang pada adik dan pada seorang perempuan?  Buya tu… dia dekati Sera pada mulanya sebab Balqish.  Dia risau Qish tak dapat hak Qish.  Dia sayang gila adik dia.  Tapi, apa nak kata.. dia termakan sumpah sendiri.  Hati dia benar-benar terpaut pada kejujuran dan keikhlasan Sera yang Qish tak nampak atau sengaja buat-buat tak nampak, abang tak tahulah.  Dalam pada tu, dia masih fikirkan Qish.  Dia perlukan isteri tapi dia juga tak nak adik dia terasa hati.  Sebab tu dia berusaha keras nak puaskan hati Qish.  Dia minta isteri dia terus sabar tanpa dia sangka, adik dia ni mintak sesuatu yang tak masuk asal.  Qish adalah punca semuanya.  Jadi, Qish cakap dekat abang… Qish nak teruskan dan tengok kita semua menderita sebab perasaan Qish atau Qish korbankan semua tu dan kita bahagia bersama.  Qish pilih.  Tapi, buat sementara tolong jangan datang sini.  Jujurnya, Buya tak boleh nak pandang wajah Qish.  Itu yang dia cakap dekat abang.  Kenyataan ini selalunya pahit tapi apa pilihan yang kita ada kecuali telan?  Same goes to you, my dear sister.  I am not going to tell you a comfort lies.  Qish balik dulu.  Jangan keruhkan keadaan…”  Zul mahu berlalu setelah bicara yang panjang lebar tanpa terhenti sedikit pun.
Nafas dia pula yang semput.  Haih. 
“Abang Zul…”
Langkah Zul mati bila suara Balqish menyeru.  Dia tak menoleh.  Sekadar memasang telinga. 
“Ya, Qish tahu.  Qish adalah duri dalam daging.  Qish akan pergi jauh daripada semua orang andai itu boleh buat semua orang bahagia…”
“Tak perlu pergi, Qish.  Sera Nur yang dah pergi.  Qish tinggal ajelah dekat sini.  Sabarlah.  Mana tahu satu hari nanti memang hati Buya tu akan terbuka menerima Qish lebih pada seorang adik…”
Balqish gigit bibir.  Kata-kata Abang Zul masih menyelarnya seperti bilah belati yang tumpul.  Sakit. 
“Setidak-tidaknya, Qish akan betulkan keadaan dulu…” 
Zul menoleh dan kerut kening.  Tak faham dia. 
Andai Sera mampu memberi pengorbanan yang sebegini besar, dia juga mampu.  Malah, memang segalanya berpunca daripada dia.  Yang tamak.  Seperti kata Sera, dia kalah.  Keyakinan Sera menang. 
Atau lebih tepat di katakan, ketulusan dan keikhlasan Sera telah berjaya menyentuh hatinya.   Tak sedar, dia koyak senyum.  Dia tak boleh tamak.  Abang sentiasa mencintainya tapi sebagai seorang abang dan adik.  Salah sendiri kerana mahukan lebih. 
“Qish tahu mana nak carik Sera Nur.  Qish tahu mana nak carik isteri pada abang Qish.  Qish tahu mana kakak ipar Qish…” Dia cuba senyum tapi sukar

10 comments:

  1. tq kak rehan kerja keras bahagiakan kami semua..love u kak

    ReplyDelete
  2. Tq Rehan... tertunggu UPDATE....tq ...usaha menyiapkan cerita ni untuk kami....😍😍😍😍

    ReplyDelete
  3. hihi... pilihan di tgn sendiri balqish... nk bahagia atau derita, nk terima atau lupakan saja... bertahun2 dgn kemurungan jiwa..moga2 sentapan zul beri ubat supaya kau sedar..

    ReplyDelete
  4. Hari2 bukak blog tgk ade update ke x..akhirnya muncul kembali sambungan..tq RM

    ReplyDelete
  5. akhirnya ug ditungguw. tq RM

    ReplyDelete
  6. Balqishhh..no wOrries dik, kami semua sayang adik..jangan risau,kak sera xde, akk ada sini hah, hehe.. Congratz berjaya dilembutkn hatinya. .Yihaa

    ReplyDelete
  7. ha kan senang bgtau je kat mana sera.. hehehehe

    ReplyDelete