Wednesday, March 27, 2019

Kau Bicara Tentang Cinta 50 (TAMAT)

PASSPORT dan boarding pass digenggam kemas.   Dia benar-benar tak sangka yang Sera benar-benar melarikan diri.  Tak… membawa diri sejauh ini.  Matanya dipejam rapat.  Mencari bayang isteri dan zuriat yang belum nampakpun namun kasih sayang itu telah hidup subur sejak hari pertama dia tahu. 
Dan, saat dia buka mata wajah itu muncul di depannya.  Adakah ini mimpi.  Tak… ini kenyataan barangkali.  Itu memang Sera Nur.  Mustahil dia lupa wajah itu.  Usah kata wajah, malah bayangnya juga dia akan cam. 
“Sera!”  Dia memanggil nama Sera sambil kaki terus dihayun laju bila nampak Sera mahu pergi dan menghilang daripada pandangannya. 

“Bagus Sera pentingkan diri.  Abang nak Sera buat macam tu sekali tapi sayang, Sera pentingkan diri Sera hanya untuk Sera.  Sera tak fikirkan abang…”  luahkan penuh emosi saat dia berjaya melelar tangan Sera.
Tapi, Sera hanya memandangnya tanpa emosi. 
“Abang cinta Sera.  Abang cinta Sera,” akuinya berkali-kali. 
Tapi, sayang…. Pengakuan Buya langsung tak mampu menghidupkan kembali api cinta yang kian malap dan semakin malap.  Tinggal masa untuk padam saja.  Sera berlalu pergi.  Membawa segala bahagia dan meninggalkan derita yang tak berkesudahan. 
Kakinya dihayun laju.  Asanya masih ada kerana itu dia bangkit mengejar.  Tapi, kenapa kian pantas dia berlari kian menjauh jasad itu daripadanya?  Adakah benar Sera tak mahu melihat dirinya lagi?  Adakah Sera begitu tekad untuk pergi dan menghukum dia atas dosa yang tak dia lakukan?   Mana keadilan?  Kenapa Sera jadi sebegini kejam sedangkan hati itu begitu lembut sejak dulu?  Sera memaafkan segala khilaf orang tuanya, Sera juga menerima dirinya tanpa syarat biarpun berkali-kali dia toreh hati isterinya itu.  Kenapa sekarang, bila dia tak melakukan apa-apa khilaf, Sera jatuhkan hukuman sebegini kejam? 
Airmatanya berjuraian.  Mengalir laju malah lebih laju daripada hayunan kaki sendiri yang sudah begitu lemah dan lenguh.  Langkah Sera begitu panjang dan pula tak seberapa.  Hingga Sera hilang daripada pandangan, Buya tersungkur.  Jatuh tersembam tanpa mampu bangkit lagi.
“Sera Nur…”  Hanya nama itu yang masih disebut tanpa henti. 



MATA Buya terbuka bila bahunya disentuh.  Pantas, dia kesat airmata yang berjuraian.  Dia temui Sera adalah satu mimpi tapi tangisnya adalah nyata.  Tuhan…. Buya raup wajah.  Angkat tubuh dan terus bersila.  Wajah Zul dipandang. 
“Macam mana, Zul?  Ada berita?  Aku tertidur dalam pada dok tanya orang kot-kot nampak bini aku.  Ada masa aku cakap dekat diri aku, nak cari orang yang sengaja tak nak ditemui ni memang sangat sukar tapi aku tak akan putus ada…” 
Zul senyum.  Dia duduk atas meja.  Setentang dengan Buya. 
“Aku sendiri pun tak dapat berita tapi ada berita baik datang depan pintu rumah aku hari ni.  Boleh jadi berkat sabar dan doa kau…”  Zul senyum.  Dia toleh belakang. 
Kepala Buya turut senget menanti kemunculan wajah dan jasad di depan pintu bilik Zul.  Dan demi melihat wajah Balqish, dia terus bangkit.  Terkejut. 
“Zul, aku…”  Dia dah bagitahu Zul dia masih tak sedia nak jumpa Balqish.
Satu, kerana dia bimbang dia akan menyalahkan Balqish sepenuhnya atau lebih terus mengasari adiknya itu.  Dia tak sanggup. 
“Jadi, betullah Abang Zul cakap, abang tak nak jumpa Qish lagi…”  Ayat Balqish kedengaran sedih. 
“Ya, betul.  Tapi, untuk sebab yang abang yakin munasabah.  Dah tu, kenapa Qish datnag jugak jumpa abang?” 
“Qish rindu abang,” akui Balqish. 
“Rumah tu tiada apa tanpa abang…”
“Dan Qish sendiri tahu abang tiada apa tanpa isteri abang, kan?”  Bukan dia nak tambah sakit pada hati Balqish tapi kerana itu kebenarannya. 
“Ya, Qish tahu.  Abang tak perlu nak cakap pada Qish…”
“Dah tu, kenapa Qish datang?  Abang tak sanggup nak tengok Qish sedih tapi abang jugak tak boleh nak ada dalam rumah tu dengan Qish tanpa Sera.  Qish buat abang hilang isteri dan adik dalam sekelip mata.  Bagi abang masa, Qish.  Abang perlukan masa.  Abang rayu Qish balik sekarang.  Sampai masa, abang akan balik…” 
Balqish simpan senyum.  Ayat itu sama seperti ayat abang Zul.  Betullah dua orang ni memang kawan sehidup semati. 
“Qish datang sini sebab nak abang Qish semula.  Sebagai adik, Qish nak abang Qish balik.  Lepas daddy pergi, Qish hanya ada abang.  Qish rindukan abang Qish.  Maafkan Qish sebab pentingkan diri sendiri sampai rosakkan bahagia semua orang termasuk bahagia sendiri.  Qish yang tamak.  Qish sungguh-sungguh nak abang Qish balik…”
“Qish sendiri tahu kan… itu mustahil…”  Bukan dia tak tersentuh dengan permintaan Balqish, malah sejak dulu tak pernah sekalipun dia menjadi penyebab Balqish mengalirkan airmata.  Tapi kali ini, sepertinya semua ini berpunca daripadanya biarpun hakikat itu berbeza. 
“Tak mustahil tanpa Sera, kan?  Atau perlu Qish panggil dia Kak Sera?  Atau abang suka yang mana.  Kak Long?  Hrmm… Qish rasa Qish suka panggil dia Kak Long dan Abang Long.  Nanti, baby kak long boleh panggil Qish mak su.  Ke dengar macam tua sangat.  Acu?  Ucu?”  ujar Balqish lebih pada diri sendiri.
Buya terdiam.  Dia pandang Zul tapi Zul memberi isyarat mata agar sabar seketika.  Nanti dia akan tahu segalanya daripada mulut Balqish sendiri.  Perlahan-lahan, Buya dekati Balqish. 
“Qish ikhlas ni?” 
Lama Balqish diam.  Ikhlas?  Hampir tidak sebenarnya.  Dia Cuma belajar terima ketentuan. 
“Seperti kata abang dan Sera, kenapa Qish ssanggup hilang segalanya padahal Qish boleh dapat semua?  Qish pilih untuk dapat semua.  Abang, Sera dan anak saudara Qish.  Qish nak kita semua bahagia dan abang sendiri tahu, bahagia Qish bila abang ada dan abang dengan Sera bahagia bila ada masing-masing.  Itu dah cukup.  Qish tak nak tamak lagi dan buat Qish rugi segalanya.  Abang maafkan Qish atas kebodohan Qish selama ni…” 
Tidak dapat tidak, Buya paut bahu Balqish dan diramas kejap.  Menyatakan yang dia benar-benar syukur.  Kehadiran Balqish ini seperti satu rahmat daripada Tuhan.  Tapi…
“Abang hargai tapi semuanya agak sukar.  Sera… dia…”
“Qish datang nak bagitahu abang dia dekat mana…”
“Qish tahu…” 
Balqish angguk.  “Dia yang bagitahu dekat Qish.  Apa saja yang terjadi, Qish akan tahu nak carik dia dekat mana…”
“Tak kanlah sebab dia tak percaya dekat abang?”
Kali ini Balqish geleng. 
“Bukan sebab tu tapi sebab dia sangat percayakan abang malah dia juga percayakan Qish.  Dia kata, andai abang ada hati yang lembut, adik juga pasti sama dan ya, dia benar…” 
Perlahan-lahan, Buya koyak senyum.  Matanya bersinar galak.  Ya, itulah bunga lily putih miliknya.  Bagaimanapun, akan tetap mencari ikhtiar untuk hidup tapi dia pula seakan terluka.  Sera mencari ikhtiar hidup hingga sanggup perjudikan bahagia mereka. 
“So, macam mana?  Kau pergi sorang ajelah kali ni.  Aku dah book tiket.  Dua jam lagi.  Cepat siap.  Buang jambang kau tu.  Nanti Sera terkejut pulak tengok kau.  Tak pun dia lari sebab tak cam laki sendiri.  Orang ke orang utan…”  usik Zul.
“Eh, kau ni…  tapi…”  Buya masamkan wajah. 
“Pandai dia pergi, pandailah dia balik…”
“Eh, gila!  Aku penat karang ayat sastera dekat adik kau ni, gila!  Kau semedang aje tak nak pergi.  Aku sumpah kau nanti.  Lagipun, berapa lama kau nak dok dengan aku?  Tak kuasa aku nak layan…”  Zul nak tumbuk Buya tapi sempat Buya elak bersama tawa yang galak. 
“Aku gurau ajelah.  Biarlah dia buat aku merajuk pun, aku rela pergi pujuk.  So, mana destinasi?’  Kening Buya terjongket sebelah. 
Zul dan Balqish senyum.  Inilah yang mereka harapkan.  Senyuman dan kenakalan ini sudah begitu sebati dengan seorang Bunyamin. 
“Abang maafkan Qish?”  soal Balqish tiba-tiba.
“Setiap kalil tapi jangan buat abang macam ni lagi…”
“Qish tak akan tapi Qish ada satu permintaan.  Apa pun, abang kena tunaikan…” 
Dahi Buya berkerut.  Zul juga sama. 



 ANGIN petang berpuput lembut.  Sera hanya berjalan di sekitar Casa Del Mar.  Malas nak keluar jauh-jauh.  Dekat kawasan hotel pun dah sangat menarik.  Dia juga terkejut dengan harta hotel tapi tak apalah.  Dia putuskan untuk bagi kepuasan pada diri sendiri.  Keputusan yang dia buat boleh jadi tak memihak padanya.  Boleh jadi membawa Buya dan dia jauh terpisah biarpun dia yakin yang Balqish akan mengerti seperti mana dia buat Buya faham, soal hati bukanlah sesuatu yang boleh dipaksa dan boleh dibeli dengan duit ringgit. 
Biarpun Buya dan Balqish tiada hubungan darah namun hatinya begitu kuat berbisik yang hubungan jiwa antara dua beradik itu akan mengembalikan segalanya seperti sediakala.  Cumanya, bila dia fikirkan semula kata-katanya pada Balqish, ada kesal yang terselit dalam jiwa.  Sepertinya, dia telah melukakan Balqish dengan lebih dalam. 
Tuhan… kenapalah lidah dia sejak akhir-akhir ini begitu tajam.  Patutnya dia lebih sabar.  Namun dia juga tahu, anak muda seperti Balqish tak mudah faham jika tak terhantuk kepala sendiri.  Kerana itu dia mahu Balqish terngadah.  Dia yakin Buya tak akan menjadi seperti sediakala. 
Katalah apa saja.  Katalah ia tak ubah seperti rancangan jahat.  Dia juga tak mudah nak terima.  Segalanya menuntut kudrat yang bukan sedikit. 
Sera duduk di atas sebuah bangku di tepi pantai.  Menghadap Pantai Cenang yang membiru, malah ada begitu ramai pengunjung tempatan dan asing.  Dia angkat wajah.  Menengadah langit yang juga membiru.  Melihat pada beberapa orang sedang melakukan parasailing.  Dia senyum senyum.  Tapi entah kenapa, juring matanya tiba-tiba saja basah.  Keyakinan dia saat berlalu pergi tanpa memberitahu sesiapa kecuali pada Balqish membawa kesedihan yang bukan sedikit.
Dia memang mahu keluarkan sesiapa saja daripada rancangan dia.  Tidak Buya, mak su, Riz dan Naz.  Sesiapa saja.  Tapi, macam mana kalau rancangan itu gagal?  Juring mata yang sekadar terasa basah, kini mula menzahirkan airmata hingga membawa pada tangis dan esakan. 
Sera mintak maaf, abang! 



SEJAK dia tiba tadi, baru saja nak bertanya pada receptionist dia nampak Sera berjalan perlahan keluar daripada lif.  Buya senyum.  Wajah itu nampak resah.  Tidaklah setenang yang disangka.  Daripada riak wajahnya, Buya tahu rasa bersalah itu jelas terukir.  Dia juga tak sangka, sebegini nekad Sera membuat rancangan dan keputusan.  Dia juga terkejut dengan cerita Balqish tapi dalam diam, dia juga bangga punyai isteri yang begitu yakin pada kesetiaannya. 
Tapi, seperti kata Sera… dia tak boleh tamak.  Dia perlu lepaskan kepergian Balqish.  Permintaan Balqish berat untuk dia tunaikan tapi andai Balqish yakin itu adalah pilihan  yang tepat, dia perlu angguk.  Biarpun dengan berat hati. 
“Bagi izin Qish mengembara mana saja Qish nak pergi.  Abang bagi Qish duit aje.  Qish tahu Qish tak ada pengalaman.  Qish anak manja yang langsung tak reti berdikari.  Semuanya bergantung pada abang dan arwah daddy.  Kali ini aje, izinkan Qish pergi…” 
Buya telan liur.  Kenapa dia rasa ada sebab lain bila Balqish mahu pergi mengembara. 
“Qish nak lari daripada kami?” 
Balqish senyum dan menggeleng.  “Pada mulanya Qish rasa itulah sebabnya.  Tapi, bila Qish pandang wajah abang, senyum abang, helaan nafas abang yang mula tenang, Qish rasa Qish perlu pergi untuk jadi lebih kuat seperti kakak ipar Qish.  Qish tahu pengalaman itu akan jadi guru yang baik buat Qish.  Akan jadi pendinding yang kukuh untuk Qish buat apa-apa keputusan.  Tapi, abang pun tahu Qish tak pernah kerja.  Jadi, Qish akan guna semua elaun yang abang bagi.  Nanti kalau Qish tak cukup duit, Qish roger abang…”  Balqish ketawa kecil tapi matanya tetap basah. 
Buya dan Zul menyepi.  Membiarkan Balqish bersuara.  Semahunya. 
“Qish akan balik bila Qish rasa cukup.  Abang dengan kak long hanya doakan Qish.  Jangan risau, Qish tahu jaga diri.  Abang izinkan, ya?”  pinta Balqish merayu.
“Berat hati abang nak biarkan Qish sendiri.  Arwah mummy dan daddy selalu pesan dekat abang, jaga Qish.  Bagaimana dewasa pun, Qish adalah adik perempuan abang.  Tapi, sebab Qish dah janji akan jaga diri dan akan balik semula, abang izinkan.  Jangan lupa selalu emel abang ke, whatsapp call, video atau apa saja.  Pastikan abang tahu Qish ada dekat mana tiap masa.  Ada apa-apa bagitahu terus.  Abang akan terus terbang jemput Qish balik…”  janji Buya.
Balqish angguk berkali-kali dan tunduk.  Entah kenapa, dia menangis lagi.  Tangis yang menyatakan dia lega.  Dia tak bunuh bahagia abang sendiri kerana cinta butanya. 
“Terima kasih, abang.  Terima kasih,” ucapnya dalam sendu. 
Buya tolak belakang tangis Balqish.  Baru saja hatinya reda melihat tangis adik sendiri sekarang hatinya kembali bergolak bila melihat airmata Sera Nur.  Kerana itu dia tak mendekati sebaliknya dia hanya berdiri di situ.  Agak tersorok kerana dia mahu lihat sejauh mana Sera mampu bertahan.  Rupanya, tidaklah seberapa sabar itu.  Hati yang rapuh itu retak juga akhirnya.
Tak sedar, Buya sengetkan senyum.  Rasa nak seksa sikit hati isterinya tu.  Biar dia rasa sikit.  Semedang aje tinggalkan orang.  Memanglah dia tahu Sera merancang kerana yakin dengannya.  Tapi, setidak-tidaknya bagitahulah sepatah.  Masalahnya, kalau bagitahu mampu ke dia turut sama menjayakan rancangan tu?  Dah tentulah tidak.  Dia bukan pelakon yang baik.
Haih…
Buya pasang langkah.  Akhirnya turut sama dilabuhkan duduk di sisi Sera tanpa mengerling isterinya biarpun sedikit. 
“Kenapa menangis ni, puan?”  soalnya tenang.
Sera terpaku.  Ini mimpi ke?  Adakah kerana airmata yang masih bergenang, dia nampak Buya malah telinganya mendengar suara itu bertanya soalan?
“Kenapa?  Puan gamam tengok saya?  Terkejut sebab saya kacak sangat atau terkejut sebab puan jatuh cinta pandang pertama pada saya seperti mana puan jatuh cinta masa tengok saja dekat kedai bunga puan dulu?”  Suara Buya masih mendatar.
Sera masih kelu. 
“Tenang, puan.  Saya tak akan kacau isteri orang.  Nak-nak saya dapat tahu isteri orang tu sedang pregnant.  Isteri orang tu tinggalkan suami dia macam tu aje.  Suami dia pulak macam orang gila carik.  Sepertinya saya faham perasaan suami puan tu sebab isteri saya pun tinggalkan saya dengan cara yang sama…”  Saat ini barulah Buya pusing tubuhnya menghadap Sera yang masih terpinga-pinga.
“Tapi yang peliknya, puan buat keputusan untuk tinggalkan suami puan, tapi kenapa puan yang menangis.  Bukan patut puan happy aje ke?”  soal Buya menyindir. 
“Sera…”  Suara Sera tersekat.
“Oh, Sera tu nama puan gamaknya.  Sedap betul nama, puan.  Sama dengan nama isteri saya.  Sera Nur.  Tapi, itulah… sampai hati dia pergi tinggalkan saya.  Dia ingat saya barang gamaknya nak pass dekat orang lain.  Dia ingat senang ke saya berusaha nak dapatkan dia balik lepas apa yang dah jadi.  Masa tu saya fikir dia balas dendam dekat saya kot.  Sebab tu dia buat macam tu…”  ujar Buya memandang tepat ke mata Sera yang sudah kembali merah.
Airmata itu mengalir dan terus mengalir. 
“Sera berdosa…”  akui Sera Nur perlahan.
“Ya… memang puan berdosa tapi rasanya suami puan tu dah boleh maafkan, puan.  Cumanya, dia perlu pergi.  Sebab puan dah buang dia.  Dah bagi dia dekat orang lain.  Dia Cuma datang sini nak cakap tu aje…”  Buya terus angkat tubuh. 
Sera Nur pantas melelar lengan kekar Buya.  Bibir Buya koyak dengan senyuman.  Cukup lebar.  Fuh… puas hati.  Sakit jugaklah hati. 
“Kenapa puan pegang tangan saya?  Adakah saya ni suami puan?”
Sera Nur angguk tanpa mampu bersuara.  Dadanya hampir pecah.  Dia benar-benar takut Buya tak datang.  Kerana dangkalnya pilihan sendiri.  Tapi, Tuhan bagi peluang sekali lagi.  Dia tak mungkin lepaskan Buya lagi biar apapun terjadi.
“Kalau saya suami puan kenapa puan tinggalkan saya?”
“Sera cuma…”  Kata-kata Sera terhenti lagi di situ.  Dia tak dapat bersuara.  Bagaimana nak bersuara jika nak bernafas pun terasa begitu sukar. 
“Sera minta maaf…”  Tangis Sera bertukar esakan. 
Tak semena, Buya tarik tubuh isterinya dan memeluknya erat. 
“Abang maafkan sebab abang tahu kenapa Sera buat macam tu.  Tapi, lepas ni jangan buat macam ni lagi.  Setidak-tidaknya, Sera tak korbankan abang.  Abang tak boleh…”  Belakang isterinya diusap perlahan. 
Pelik… tangis Sera kian galak. 
“Abang tak marah.  Sera menangis kenapa?”
“Sera rindu abang,” akui Sera dalam bicara yang tak berapa jelas.
“Tahu pun rindu.  Tapi, buat lagi perangai macam ni.  Sera ni dendam dengan abang ke?”
“Tak…” 
“Habis tu?  Sampai tak cakap yang Sera…”
“Sera lupa lepas abang yang jadi…”
Aik… boleh lupa?  Buya kerut dahi tapi malaslah.  Nanti makin banyak pulak menangis.  Dia penat ni.  Memanglah Langkawi tu tak jauh mana.  Masalahnya dia dah dua minggu tidur tak cukup, makan pun tak seberapa. 
“Abang maafkan Sera dan Sera mesti tahu kenapa abang boleh muncul dekat sini, kan?” 
Sera angguk di bahu Buya.  Maknanya Balqish telah membuat keputusan yang terbaik buat mereka semua. 
“Tapi, Balqish minta izin dengan abang nak mengembara…”
“Mana?” 
“Entahlah.  Abang izinkan…” 
Sera tolak bahu Buya.  “Kalau gitu, jom kita balik sekarang…”  Riak wajahnya risau.
“No, sayang.  Not now.  Lagipun, bukan hari ni dia nak terbang.  Ada masa lagi.  Kita akan balik jumpa semua orang.  Tapi, semua orang dah tahu kita dekat sini.  Semua orang doakan kita.  Mak su, Zul, Uncle Malik, Naz dengan Riz dan paling penting Qish.  Lagipun, abang tak cukup rehat.  Alang-alang ada dekat sini, kita berehat ajelah…” 
“Abang tu… rehat ke bulan madu…”  soal Sera sambil mengesat pipinya.
Buya ketawa. 
“Dua-dualah…”  Dia lentokkan kepala ke bahu Sera dan matanya terpejam dengan bibir yang terus tersenyum.
Lega.
Saat ini dia nampak senyuman daddy.  Terima kasih, daddy.  Daddy pergi meninggalkan harta yang sebenarnya harta pada kami. 
“Bagi abang rehat kejap sebelum kita naik bilik…” 
“Hrmm…”  balas Sera dengan tangan yang menggenggam kemas jari-jemari Buya. 
Dia dan Buya pernah berbicara tentang cinta mereka tapi di awal cerita, cinta mereka hilang arah.  Dia keliru.  Kenapa mesti begitu?  Sedangkan dia ada kompas dan dia yakin, pilihan laluan itu yang paling tepat. 
Kerana masih yakin yang bicara mereka masing seia dan sekata, dia dan Buya kembali ke permulaan dan mereka berbicara sekali lagi.  Bicara itu menjadi begitu indah dan biarpun arah itu seperti telah hilang sekali lagi, syukurlah… Buya temui arahnya demi dia.
“Sera syukur abang jumpa arah pada Sera…”
“I miss you more, sayang.  Both.”  Buya senyum. 

“I know…”  balas Sera perlahan dan dia juga turut pejamkan mata.  

TAMAT

29/01/2018 2214 - 27/03/2019 2214

RMsays : Syukurlah.  Alhamdullillah.  Dapat tamatkan seperti biasa (luar biasa sebenarnya) biarpun banyak sangat halangan.  Cerita dekat blog paling lama nak perabih. Setahun lebih.  Well, cerita ini pun panjang.  Saya temui perkataan tamat setelah 96,217 patah perkataan.  Ini kalau print ni, jadi tebal ni.  Biasa cerita blog saya dalam 30 ribu patah perkataan aje.  
Kenapa lambat?  Cerita ni banyak kali tukar plot.  Bila cerita tukar plot ni, dia akan jadi lambat.  Saya punya pesen lah.  Orang lain tak tahu.  Ini pun patut sad ending tapi bila fikir, tak salah pun bagi happy ending.  Biar berbaloi dengan masa menunggu saya update cerita.  
Sekali lagi, terima kasih atas kesudian dan kesetiaan serta macam-macam ke lagilah.  Saya tahu cerita ini tak seberapa.  Klise, sama.  Biasalah tu.  Yang penting, apa yang kalian dapat daripada kisah ni.  Saya tak tahu tapi harapnya, ia membawa kebaikan.  Tak banyak sikit pun jadi. 
Sebarnya andai ia membawa kebaikan.  Kekang andai ia menjadi tanda keburukan.  Sampai jumpa lagi dalam free-reading yang seterusnya (tak tahu bila) dan insyaallah, doa yang baik.  Moga hasilnya juga baik. 
Maaf atas segala khilaf.  Yang baik milik Allah, yang buruk petanda lemahnya saya sebagai manusia.  
Jumpa di PBAKL bersama kejutanzzzzz... kikikiki (gelak sopan). 


39 comments:

  1. Tq very much. Good job 👍👍👍👍👍

    ReplyDelete
  2. tqqqqqq....sis rehan😍😍😍😍

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah..pengakhiran yg memang diharapkan...walaupun beberapa kali sesak nafas baca kisah ini...terima kasih rehan, untuk satu lagi kisah yang indah..will be waiting for the next one...

    ReplyDelete
  4. Ma syaa Allah. Tabarakallah. Tq Rehan!! Lurve you much!!
    Best sgt! Tak sabar nak tunggu sequel citer Balqish yg merantau tu.. entah dgn sapa pulak dia jumpa.. heheheheeee...
    tq rehannn!!!!

    ReplyDelete
  5. congrats RM. cerita yg amat best

    ReplyDelete
  6. Terima kasih byk2
    Xdpt nk pg pbakl tp novel kak rehan dh masuk senarai 😊

    ReplyDelete
  7. Padu!! Awesome read as usual. Love you kak! !!

    ReplyDelete
  8. best sgt.. ending yg ump...wow..tq RM

    ReplyDelete
  9. Tq RM. Tetap terbaik. ..even menggugat jiwa setiap kali baca...namun ending yg sgt tulus...

    ReplyDelete
  10. good job sis RM walaupun baru je follow sis...zaman membaca novel sudah lama saya tinggalkan tp bila membaca novel sis rasa rindu kembali pada zaman dulu2... x sabar nk menunggu novel berikutnya.

    ReplyDelete
  11. Terimakasih.. best3,terus menulis RM,sbb akak xpernah jemu

    ReplyDelete
  12. Alhamdulillah kmrau semusim dibanjiri hujan semalam.jemari berhantu.syabas deq rehan

    ReplyDelete
  13. Nak tgok jga kisah pgorbanan ibu instead of kekasih.or kisah2 pjuagn wanita dijulang sbg tema

    ReplyDelete
  14. Terbaik kak Rehan... best sangat...
    👍👍

    ReplyDelete
  15. Tq kak. .Xsangka lama jugak saya memanti nak habis ni..1 year + jugak tu
    Tq untuk hadiah ni, hehe
    Didoakan akak diberi kesihatan untuk menulis lagi hehe..jmpa lagi, tq kak

    ReplyDelete
  16. Tahniah..cerita yang menarik..
    Rasa macam nak tahu ape yang jadi pada Balqish pulak..
    Maybe next story

    ReplyDelete
  17. terima kasih RM.. berba;oi iools follow ..

    ReplyDelete
  18. akan datang mesti ada cita qish pulak kan...emmm..xsabar nak sambung jln cerita qish pulak..dgn sapa pulak dia jatuh cinta..RM plz sambung kisah Qish pulak ye...

    ReplyDelete
  19. Actually im look forward to sad ending. Maybe more than "Hurt" ha..ha..ha.. Tapi nanti ramai yang kecewa. Tahniah RM berjaya meletakkan noktah dor this story.

    ReplyDelete
  20. Sedihny ending dia pendek sangat but anyway berakhirny penantian fuhh walopon kate lambat saya ttp setia tunggu cerita ni

    ReplyDelete
  21. Terima kasih banyak RM beri kesempatan pada kami untuk free reading dengan alur cerita yg menyentuh hati.

    ReplyDelete
  22. Agaknya saya orang paling last baca novel ni. Tahun 2020 baru baca..haha..tapi serius kak Rehan tak pernah mengecewakan..ada orang baca novel sebab minat.tapi bagi saya, membaca ni terapi minda.Bila sedih tapi tak dapat menangis, novel lah ubatnya.Sedig,menangis sepuas hati. Thanks kak Rehan..Setelah 5 tahun tak membaca, kini saya kembali sebab cerita ni =)

    ReplyDelete
  23. Terima kasih dik rehan..best sgt3

    ReplyDelete
  24. Garapan yg sgt cantik dan indah

    ReplyDelete
  25. Betul tu Serini..akak pn sama.lama sgt dah tak membaca mna novel atau mana cerpen..tp tulisan penulis adik kesayangan akak ni sentiasa akak tunggu2

    ReplyDelete
  26. Pkp da masuk fasa ke3..dan sepanjang pkp ni untk hilangkn stres sya bca semua cerpen2 kak rehan yg ada di blog ulang banyak kli pon tk jemu..

    ReplyDelete
  27. Pkp da masuk fasa ke3..dan sepanjang pkp ni untk hilangkn stres sya bca semua cerpen2 kak rehan yg ada di blog ulang banyak kli pon tk jemu..

    ReplyDelete
  28. Pkp da masuk fasa ke3..dan sepanjang pkp ni untk hilangkn stres sya bca semua cerpen2 kak rehan yg ada di blog ulang banyak kli pon tk jemu..

    ReplyDelete
  29. Pkp da masuk fasa ke3..dan sepanjang pkp ni untk hilangkn stres sya bca semua cerpen2 kak rehan yg ada di blog ulang banyak kli pon tk jemu..

    ReplyDelete
  30. Pkp da masuk fasa ke3..dan sepanjang pkp ni untk hilangkn stres sya bca semua cerpen2 kak rehan yg ada di blog ulang banyak kli pon tk jemu..

    ReplyDelete
  31. kelinci99
    Togel Online Terpercaya Dan Games Laiinnya Live Casino.
    HOT PROMO NEW MEMBER FREECHIPS 5ribu !!
    NEXT DEPOSIT 50ribu FREECHIPS 5RB !!
    Ada Bagi2 Freechips Untuk New Member + Bonus Depositnya Loh ,
    Yuk Daftarkan Sekarang Mumpung Ada Freechips Setiap Harinya
    segera daftar dan bermain ya selain Togel ad juga Games Online Betting lain nya ,
    yang bisa di mainkan dgn 1 userid saja .
    yukk daftar di www.kelinci99.casino

    ReplyDelete