MATANYA mengikut pergerakan Sera. Sejak mula Sera angkat pinggan hingga tubuh
itu hilang daripada meja makan. Dia nak
tegur, tapi berat lidahnya mahu berbicara.
Sudahnya, dia hanya telan sisa makanan yang ada atas pinggan.
“Sikit betul dia makan, mak su. Memang hari-hari dia makan macam tu aje ke?” Tak dapat nak sembunyikan rasa risau tentang
Sera, dia menyoal akhirnya.
“Taklah. BOleh jadi
dia penat. Hari ni kan dia baru bukak
kedai. Itu yang dia makan sikit…”
“Kenapa saya rasa sebab saya?
Selera dia hilang…” Ada bayangan
kesal terbias pada wajah Buya.
“Boleh jadi jugak.
Tapi, tak kebulurlah dia. Kau
jangan fikir sangat. Tapi yang kau ni… Mak
su rasa baru berapa hari aje Sera keluar daripada rumah tu. Kau nampak tak terurus betul,” komen mak su
seraya meneguk air putih.
“Teruk sangat ke?”
Buya senyum tipis dan mengusap pipi dengan tangan kiri.
“Teruk tu tak, tapi nampak sangat tak terurus. Kau yang mak su kenal bukan macam ni. Kau memang saling tak tumpah dengan arwah
Bakri. Sejak dulu, memang segak aje
manjang. Jaga penampilan orang kata…”
“Banyak benda nak fikir, mak su. Ini yang nampak semak sikit. Nanti saya kemaskan muka saya sikit…”
Mak su lepaskan keluhan.
Selera makan patah tiba-tiba.
Tadi, nampak Sera telan aje nasik.
Macam tak kunyah langsung. Masuk
aje, hilang. Masuk aje hilang. Nampak sangat nak cepat habis. Tengoklah… selesai aje terus angkat pinggan
ke dapur.
Budak bertuah sorang tu!
“Mak su tak kisah muka kau macam mana pun. Tapi, mak su tak nak Sera makin susah hati
bila nampak keadaan kau macam ni…”
“Saya mintak maaf, mak su…”
Kepala Buya tunduk. Rasa
bersalah.
“Tak payah mintak maaf.
Kau tak salah pun. Mak su cuma
pesan. Tak payahlah buat muka sedih
macam tu. Dengan mak su, memang tak
jalan kalau kau pancing dengan muka macam tu.
Dahlah, kau makan. Mak su dah
siap…”
“Err, saya pun dah siap…”
Buya cepat-cepat masukkan dua suap lagi nasik ke mulut.
Dahi mak su berkerut.
“Kenapa pulak? Nak cepat, nak
pergi mana?”
“Err… tak seronok pulak bila tuan rumah dah siap saya masih
kat meja makan…”
Bahu mak su jatuh mendengar ayat Buya.
“Mak su ni memang dah macam mak Sera. Bukan macam dah tapi memang mak. Ini rumah bini kau. Bukan rumah orang lain…” Elok-elok dia dah runtuhkan tembok antara
mereka, jangan sampai dia bina yang lagi tinggi.
Tak terpanjat nanti.
“Ya, saya faham.
Tapi…” Buya toleh ke pintu bilik
Sera. Masalahnya, makhluk Allah yang
lemah itu yang menyekatnya. Dia juga
bimbang andai sikapnya seperti memaksa Sera.
Tadi, Sera hanya tolak pelukan dia. Menghulurkan dia sehelai baju-T putih dan
terus keluar tanpa berkata apa. Dia
hampir mengeluh tapi dia sekat. Mustahil
untuk Sera terus terima lelaki sepertinya dalam sekelip mata seperti mana yang
dilakukan awal pertemuan mereka dahulu.
Kala itu dia yakin, Sera jatuh cinta pandang pertama
padanya. Hanya dia yang begitu angkuh
menyusun strategi kerana rasa curiga pada niat Sera.
“Saya nak balik, mak su…”
“Dah malam…”
“Awal lagi…”
“Kalau nak balik, kau pergilah cakap dekat bini kau. Mak su, kau ada pun tak apa. Kau nak balik mak su tak sekat. Tapi, kau kena ingat… mak su percaya tak mudah
Sera bawak kau balik dengan motor dia dalam keadaan kau lena. Bukan lelap tapi kau memang lena
katanya. Siap menitik airliur basi atas
bahu dia…”
“Eh, iye ke?” Buya
kesat bibir secara otomatik.
Mak su simpan senyum.
“Nanti kalau dia tahu kau balik tanpa cakap dekat dia, mak su
takut dia marah kau berkali ganda pulak.
Mak su dah pesan, belajar bahasa tubuh bini kau, Buya. Itu pun mak su nak kena ajar ke. Padahal arwah Bakri dulu kaki perempuan boleh
tahan…” Sempat mak su menyindir. Dia terus ke dapur.
Buya termangu seketika.
Daddy kaki perempuan? Eh, biar
betul? Dato’ Haji Bakri tu kaki
perempuan? Bila masa? Dia pandang belakang tubuh mak su yang
berdiri di sinki. Apa rahsia tentang
hubungan orang tua mereka, dia benar-benar rasa nak tahu.
Kalau betul arwah kaki perempuan, masakan daddy tak pernah
cari pengganti lepas mummy pergi hanya pada usia Balqish sepuluh tahun. Terlalu lama daddy bersendiri. Setia mencintai mummy hingga ke akhir
nafas. Dah tu macam mana mak su boleh
cakap macam tu pulak.
Aneh!
Dia dekati mak su.
Diletak pinggan perlahan. Tangan
dibasuh. Nak ditanya mak su, tapi berat
betul lidahnya. Kalau dia tanya Uncle
Malik, dia yakin orang tua itu tak akan buka mulut nak-nak perkara yang agak
aib ini. Apatah lagi daddy dah
pergi.
“Tinggal aje. Pergi
cakap dekat Sera kau nak balik…” suruh
mak su.
Buya terkebil-kebil seketika sebelum mengangguk.
“Dah pergi masuk tidur.
Mak su cuci pinggan kau ni…”
Buya akur. Tangan
dilap seketika sebelum dia berlalu.
Sekali ketuk, sepi tidak berjawapan.
Dua kali juga, senyap sunyi. Dia
tolak pintu. Lupa, seperti mak su cakap…
Sera tak pernah kunci pintu. Padahal
tahu dia ada dan dia akan masuk, tapi tetap tak kunci. Mungkin ini adalah peluang untuknya yang dia
mahukan dan Sera sedang bentang laluan itu untuknya.
Baru saja nak menyeru nama itu, hati yang libang-libu menjadi
tenang. Matanya tertancap pada wajah
yang nampak tenang. Tidur mengerekot
kesejukan. Dia pandang pendingin
hawa. Ini dialah tadi set sampai 16
darjah. Tadi, lepas mandi memang terasa
hangat. Peluh-peluh. Dah Sera pulak bagi baju-T putih. Kalau tak bukak aircond kuat, mahu dia keluar
makan dengan tunjuk susuk badan.
Tak kuasa!
Duduk dilabuhkan.
Selimut ditarik hingga ke paras pinggang isterinya. Perlahan-lahan, Buya rebahkan tubuh. Mengiring berdepan dengan Sera. Sesekali nafas berat dilepaskan. Dia seperti dapat rasa helaan nafas Sera
begitu sarat dan berat. Penat sangat
gamaknya bila hari pertama buka kedai.
Dia tahu tu. Man yang cakap. Atau berat kerana kehadirannya? Boleh jadi juga.
Tak sedar, dia biarkan tangannya menjalar pada helaian rambut
Sera. Kemudian, menyentuh bibir isteri
yang nampak sedikit kering. Saat dia
rapatkan kepala pada bantal, mata isterinya terbuka separuh. Nampak mamai.
“Dah pagi ke?” soal
Sera antara dengar dan tak.
“Belum. Sayang baru
aje tidur…”
“Awak pergi mana?”
Soalan itu masih berbentuk bisikan.
“Abang baru masuk lepas siap makan. Sera penat sangat sampai tertidur…”
“Bahu saya lenguh…”
Sera tukar posisi.
Terlentang. Wajahnya berkerut tak
henti-henti. Menunjukkan yang tubuhnya
benar-benar terasa sengal.
“Sini ke?” soal Buya sambil mengurut bahu kiri isterinya
seperti dia dapat agak. Kerana bahu
itulah yang menahan kepalanya.
Tiada jawapan. Sera
kembali lelap. Entah ke mana lena itu
membawa isterinya pergi. Apa yang pasti,
dia mahu dia ada bersama biar ke mana pun lena membawa Sera.
Perlahan-lahan, Sera mengurut bahu itu. Sera nampak lega. Helaan nafasnya mula beransur tenang.
“Sayang, abang nak tidur dekat sini. Dekat sisi Sera. Selamanya.
Tapi, abang tahu Sera tak suka.
Abang nak balik tapi abang risau Sera fikir abang hanya datang
singgah. Kenyataannya, Sera sendiri
tahu… abang nak bersama Sera…” ujar Buya
perlahan.
“Abang tak tahu abang perlu balik atau terus ada dekat sini
dengan Sera. Abang risau esok pagi, bila
Sera buka mata dan tengok abang… Sera mengamuk.
Abang tak nak tambah beban dalam hati Sera. Tapi, kalau abang balik masa Sera tengah
nyenyak, abang juga bimbang kalau-kalau esok bila Sera jaga dan abang tak ada,
Sera akan tuduh abang macam-macam…”
Buya angkat tubuh.
Menghadap ke depan. Dia pandang
ke bawah kemudiannya. Perlu ke dia tidur
di bawah? Ya, perlu. Perlahan-lahan, dia bangkit dan mahu turun ke
bawah.
Memikir dan terus memikir.
Kepala dia kembali semak. Lantas
dia angkat tubuh dan keluar semula. Kala
itu, mak su sedang mengelap meja. Rasa
bersalah pun ada. Patut dia bantu tapi
entahlah. Sejak dulu tak pernah buat
semua tu. Pembantu dalam rumah besar itu
ramai.
“Boleh saya tanya mak su sesuatu?”
Mak su menoleh. Tangan
berhenti mengelap meja. “Nak tanya apa?”
“Mungkin benda yang mak su dah lupa atau nak lupakan, tapi
saya nak tahu. Kalau kata mak su
keberatan, saya tak paksa…” Ayat itu
disusun dengan begitu teratur.
“Mesti tentang kisah lama orang tua kau dan Sera, kan?” Tebakan mak su tepat. Dia yakin.
Tangan kembali mengelap meja seketika sebelum dia menoleh nak masuk ke
dapur semula.
“Duduklah. Mak su
buatkan kau air. Kalau tak boleh tidur,
minum air panas dulu. Nanti bolehlah
tidur tu…”
Buya tarik kerusi.
Duduk di situ dengan dada yang berdebar tak sudah. Jika benar segala kesilapan itu memihak pada
daddy, apakah jenis kesilapan yang dah dilakukan? Dia begitu hormat pada daddy. Padanya, tiada lelaki yang setia macam
daddy. Daddy ada segalanya. Ada harta, ada kuasa. Tapi, daddy begitu setia pada mummy. Tentang zakat tak payah cerita. Bukan sikit daddy berikan pada yang tak
berdaya. Malah, pantang ada berita yang
memerlukan bantuan, daddy pasti jadi yang pertama. Hebatnya, tiada siapa pernah tahu. Hanya dia, Zul dan Uncle Malik aje. Adik sendiri tak tahu.
Tangan kanan memberi, biar tangan kiri pun tak tahu. Itu
prinsip daddy. Mana mungkin lelaki yang
begitu dihormati itu melakukan khilaf besar.
Mustahil.
“Nah…” Mak su letak
muk di depan Buya. Mak su juga duduk,
tepat di depan Buya.
Haruman teh chrysantimum menusuk hidung.
“Minumlah sikit…”
“Terima kasih, mak su…”
Muk diangkat dan birai muk rapat ke bibir.
Kemudian, dia pandang mak su, mencari jawapan.
“Kau nak tanya apa?”
“Entahlah, mak su.
Banyak sangat soalan dalam kepala saya tapi saya tak tahu mana satu yang
perlu saya tanya dulu…”
“Kau nak tanya, atau kau nak mak su cerita?” Mak su kedengaran sarkastik.
Dahi Buya berkerut.
Tapi tak lama.
“Kalau mak su ceritakan?”
“Mak su tak nak ungkit sebenarnya. Sejak dulu, Sera sendiri tak pernah tahu apa
yang dah jadi pada orang tua dia. Malah,
mak su sendiri tak nak ingat dah sebab semua tu menyakitkan hati. Lagipun, mak su cakap awal-awal dekat kau,
Buya… ini boleh jadi akan timbul rasa tak puas hati dalam diri kau…”
Lama Buya diam. Mak su
seperti memberi amaran tapi dia benar-benar ingin tahu. Apa
yang dah jadi sampaikan daddy bagi hampir segala hartanya pada
Sera? Apa yang buatkan mak su begitu
membenci daddy.
“Saya memang nak dengar, mak su…”
“Kalau macam tu…” Mak
su hirup air panas seketika. Bersedia
merobek kembali luka yang tak pernah sembuh sebenarnya.
Andai Buya ingin tahu, dia rela luka itu berdarah
semula.
BUYA masuk ke bilik Sera.
Airmata dikesat berkali-kali tapi kenapa sukar sangat nak kering
ni? Benar kata mak su, hatinya begitu
sakit. Malah, ada rasa benci mula timbul
dalam hatinya saat ini. Mak su dah beri
amaran tapi dia yang degil. Dia panjat
katil. Tubuh Sera disentuh dan digoyang
perlahan. Mahu Sera bangkit berbicara
dengannya saat ini.
“Sayang?”
panggilnya.
Sera masih kaku. Hanya
dengusan yang keluar tanda tak suka lenanya diganggu.
“Sera Nur… bangun kejap, sayang. Cakap dengan abang…” Dia goyang tubuh isterinya sedikit kuat. Tangan kiri terus menyeka airmata yang
mengalir tanpa dia pinta.
“Sayanggggg…” Saat
ini, Buya jatuhkan dahinya tepat di tengah dada Sera. Tangisnya kini sudah dihias dengan
esakan.
Mata Sera terbuka.
Terkejut satu hal. Dua halnya,
dia rasa dadanya sesak. Dia tolak kepala
Buya biarpun lelaki itu mengeras.
Katalah apa saja, dia tak sedia.
Badannya terlalu penat saat ini. Dia
tak mampu nak tunaikan apa yang Buya mahu.
Dia mahu melengking tapi tertahan bila Buya angkat kepala.
Mata itu basah.
Buya menangis!
Tapi, kenapa?
Sera angkat tubuh. Bersila. Tak tergerak untuk menyentuh Buya. Hanya memandangnya dengan penuh tanda tanya.
“Sera tahu?”
Dahi Sera terentang kerutan.
Tahu apa pun dia tak tahulah. Dia
pandang jam. Dah hampir dua pagi. Soalan jenis apa pulak yang Buya tanya masa
ni. Sakit kepala nak cerna.
“Tentang apa?” soal
Sera sambil memisat mata yang masih memberat.
Buya diam. Lama. Sera mengeluh. Kecewa.
Dia nak tidur ni. Ingatkan kejut
dia sebab ada hal penting.
“Kalau tak penting, esok ajelah awak cakap. Bagi saya tidur…” Dia mahu rebahkan tubuh semula bila Buya
menahan.
“Then, talk!” Suaranya
menderam menahan geram. Mengantuknya
hilang tiba-tiba.
“Sera tahu selama ni…”
“Tentang apa?” Nadanya
masih keras.
“Tentang kisah lalu orang tua kita…”
Kala ini, barulah Sera mengerti. Boleh jadi, mak su dah ceritakan pada Buya. Padahal dia dah minta pada mak su… apa pun
jadi, dia tak nak sesiapa tahu rahsia itu.
Andai dulu mak su simpan sendiri, bila mak su ceritakan padanya setelah
dipaksa… dia hanya mahu kisah pedih itu terhenti setakat itu. Nampaknya, sekarang dah merebak.
Tengok ajelah pada mata merah Buya. Dia tahu Buya kecewa. Dia dulu juga sama. Tapi, hebatnya arwah orang tuanya, tak pernah
ajar dia untuk berdendam melainkan terima segalanya sebagai satu
ketentuan.
Marah? Dah tentu.
Benci? Sangat.
Kecewa? Tiada kata
dapat diucapkan.
Namun, perasaannya pada Buya waktu itu telah bunuh semua
itu.
“Benda dah jadi. Dah
lepas. Diorang pun dah lama tak
ada. Tak payah nak ungkit…”
“Nope…” Buya
geleng.
Dia terkejut bila mak su khabarkan yang Sera hanya tahu
sebelum mereka kahwin tapi Sera tetap terima dirinya dan memujuk mak su. Padahal dia kala itu… Tuhan…
“Kenapa Sera tak cakap yang Sera dah tahu sebelum kita kahwin
lagi?”
“Untuk apa? tempelak
Sera pantas.
“Bukan untuk apa-apa.
Tapi, untuk abang tahu yang Sera terlalu jujur orangnya…”
“Ya, sebab kejujuran sayalah… saya diperbodohkan dengan sewenang-wenangnya…” Sera jongketkan senyuman sinis pada hujung
bibirnya.
“Abang salah pada Sera.
Tak…” Buya geleng.
“Kami sekeluarga berdosa pada Sera…” Dia tarik tangan Sera dan mengucupnya
bertalu-talu.
Sera hanya membiarkan.
Perasaan Buya saat ini adalah sama seperti mana mula-mula mak su membuka
rahsia. Terkejut. Sedih.
“Jujurnya, abang dah mula sedar perasaan abang sendiri
sebelum kita kahwin lagi. Semua yang
abang rancang, memakan diri. Abang jadi
mangsa pada rancangan jahat abang sendiri.
Tengoklah abang sekarang… tak ubah macam orang lemah di depan Sera sebab
termakan sumpahan. Tambah pulak lepas
abang tahu semua perkara. Dan kata mak su,
Sera suka abang sebelum jumpa abang lagi.
Hanya kenal dengan cerita-cerita arwah daddy. Betul ke?”
Lama Sera termangu.
Sampai itu pun mak su bagitahu.
Sera koyak senyum tipis. Entah
pada siapa senyum yang tidak berperisa ini.
“Arwah Uncle Bakri ada pinang saya untuk anak lelakinya. Setiap kali dia akan cerita yang baik-baik
dan yang hebat-hebat tentang anak lelakinya.
Katanya, tiada yang sesuai untuk Bunyamin melainkan Sera Nur. Kata orang daripada mata turun ke hati, tapi
saya tak…” Sera ketawa kecil. Kelakar pun ada.
“Saya pulak daripada telinga, melekap ke hati. Tapi masa tu, saya percayakan hati saya. Saya percaya akan apa yang saya dengar. Sebab tu memang perasaan saya hidup pada orang
yang tak pernah saya kenal…” Mata Sera
berair tiba-tiba.
Dia renung mata kuyu Buya.
Airmatanya menitis.
“Hati saya tipu saya, kan?”
soalnya penuh emosi.
Buya menggeleng laju.
Hati Sera hati yang sangat suci.
Hati yang begitu tulus dan polos.
Dia yang begitu buta menilai. Pernah
dia rasa Sera juga tamakkan harta daddy tapi rupanya, dia hanya menumpang apa
yang patutnya jadi hak Sera.
“Abang yang menipu.
Abang yang salah. Abang tipu diri
sendiri…” akuinya sambil mengesat pipi
Sera.
“Abang tahu Sera dah maafkan arwah daddy dan abang juga minta
maaf daripada Sera atas apa yang terjadi antara orang tua kita dan apa yang dah
jadi antara kita…”
“Kenapa awak tak pernah nampak perasaan saya pada awak,
Buya? Kenapa hati awak tak boleh nak
rasa ikhlasnya saya pada awak? Mustahil
saya nak cakap yang saya terima awak hanya kerana permintaan arwah daddy awak
sebab semua tu datang daripada hati saya?
Tapi, kenapa awak tak nampak semua tu?”
tanya Sera dalam esak tangis.
“I was blind…”
“And now…”
Buya tarik tubuh isterinya ke dalam pelukan. Diusap perlahan belakang itu bagi meredakan
perasaan Sera. Dia tahu, Sera dah begitu
sabar. Bertahan agar tak meledak. Tapi, saat ini dia mahu Sera luahkan
segalanya. Biarlah Sera mahu menangis,
dia ada.
“Abang nampak segalanya.
As for me, you are an open book, sayang.
Abang boleh nampak dah. Dengan
jelas…” bisik Buya.
“Ya… tapi saya…”
Buya tolak bahu Sera. Dia
tahu apa yang isterinya mahu katakan.
“Abang tahu apa yang Sera nak cakap tapi abang juga tahu,
Sera tak nak semua tu. Kalau tak,
mustahil Sera bawak abang balik sini.
Mustahil Sera benarkan abang ada dekat depan Sera sekarang…”
“Saya takut…”
“Please don’t… abang ada dekat sini. Sekarang, katalah apa saja… abang sanggup
buang segalanya demi Sera dan segala pengorbanan yang Sera dah bagi…” Tubuh isterinya ditarik sekali lagi. Kali ini lebih rapat dan lebih erat.
“Saya nak benci awak…”
“No… Sera tak boleh benci abang…” Buya kucup rambut isterinya.
“Saya nak kita berpisah…”
“Tak mungkin. Sera tak
nak berpisah dengan abang…” Kucupan itu
beralih pada cuping telinga pula.
“Saya tak cinta awak lagi…”
“Mustahil. Sera begitu
cinta abang sebelum jumpa abang.
Sekarang makin dalam. Abang tahu…” Bibirnya mendarat pada pipi Sera.
“Mana awak tahu saya cinta awak? Saya benci awak dan keluarga awak…” Sera cuba tolak dada Buya tapi tak
berganjak.
“Sera lebih tahu tentang perasaan Sera. Macam abang cakap, you are an open book. I can see.
Like a crystal clear water…” Kala
ini, dia pagut bibir isterinya perlahan.
Sera hanya diam. Tak
bergerak.
“Kalau tak, tak mungkin Sera buang bahagia sendiri demi
puaskan hati adik abang,” tambah Buya bila wajah mereka menjauh.
Saat ini, airmata Sera jatuh lagi. Nafas berat dilepas panjat. Akhirnya, dia menangis teresak-esak. Seperti lepas segala beban. Rahsia yang selama ini dia simpan, malah
kepedihan hati bila meninggalkan Buya, dia tak rela sebenarnya.
“Nangislah, Sera Nur… Dah lama Sera tahan…” suruh Buya.
Dia terus memeluk tubuh itu sekali lagi.
Lebih erat dan mesra.
“Tapi, Balqish…” Suara Sera serak.
“Dia tak tahu… abang yakin dia akan berterima kasih pada Sera
bila dia tahu. Maafkan abang sebab
terlalu manjakan dia bila mummy pergi. Bagi
abang sikit masa. Abang yakin kita akan
bahagia dan abang tahu Sera akan sayangkan dia seperti mana abang sayangkan
dia. Dan, Balqish akan hargai semua tu,”
jawab Buya perlahan.
Sera angguk dibahu Buya.
Lega.
Buya senyum. Tangis
Sera dah berhenti. Yang tinggal hanya
helaan nafas tenang saja. Syukurlah
Tuhan. Tapi, dia bimbang andai dia tak
mampu maafkan apa yang telah arwah daddy lakukan biarpun semua itu dah lama
berlalu.
Dia… mencari sedikit kekuatan daripada yang isterinya ada
selama ini.
“Sayang… kita dok macam ni, suhu macam ni, cahaya macam ni…
boleh kita… err…” Buya koyak senyum
nakal.
“Boleh?” soalnya bila
Sera menyepi.
“Sera?” Buya tolak
bahu Sera tapi kepala itu terkulai.
Hah? Terlena? Mudahnya.
Dia ketawa kecil. Orang tengah
beremosi ni, dia boleh lena? Magik! Tapi, dia sekadar letak Sera di atas
bantal. Tahu… Sera kepenatan.
Pipi Sera dikucup sekali.
Tuhan… lindungi hatinya.
Lindungi hati isteri dan ibu pada bakal anakku biar apa pun
terjadi. Jika bahagianya bukan denganku,
bawalah dia pergi. Andai bahagianya
bersamaku, berikan kami ketabahan untuk terus bersama dalam apa jua keadaannya.
Tiada apa yang dia harapkan melainkan bahagia buat seorang
Sera Nur. Tak sedar tangan Sera memaut
tubuhnya. Buya rebahkan badan. Merapatkan kelopak mata dalam keadaan tersenyum. Biarpun dia tak tahu apa yang bakal terjadi
esoknya, dia hanya mahu nikmati saat ini.
Tq kak rehan....harap akan ada penyudahan yg manis2...
ReplyDeleteTq rehan. Moga berbahagia lah sera dan buya. Moga balqish insaf dan Bahagia
ReplyDeleteAlahaii...happynyaaa😘😘😘👍👍
ReplyDeleteOmg😭akhirnya terlerai segala persoalan Buya..mkga bahagia akhirnya...
ReplyDeleteAlhamdulillah...terungkai semuanya..
ReplyDeleteHarap sinar bahagia akn memancar xlama lg...tq sis rehan
Menangis di pagi hari. Terimaa kasih Kak Rehan
ReplyDeleteWidadAmsyar
Tq so much cikRM for the update. Walaupun misteri masih belum terungkai...sabar menanti kesudahan.
ReplyDeleteAkkkkk, buya dah tau, sera dah tau.. Tapi kitorg xtau lagi ni. Hahahhah..okay kak tq sebab wat kelakar pepagi.. Hehe bye kak
ReplyDeleteThank you karehan. Super loved!!! Sy mohon cerita ni dibuku kan.. Utk kenangan Buya and Sera
ReplyDeleteTq Rehan...cukup puas hati hari ni...
ReplyDeleteSemoga sinar bahagia buya sera terus terang dan bercahaya...
ReplyDeleteapa sebenarnya ayah nya telah lakukan pada keluarga Sera ni...
ReplyDeleteselesai dah masalah diorg berdua...
ReplyDeletetapi tak sabar plk nak tau apa apa yg jd dgn org tua mereka berdua ni...
Tq...wlupun bukan utk memaafkan...tp moga bahagia ada bersama buya n sera
ReplyDelete