MATA Balqish tajam merenung Zul dan Man. Dia syak sesuatu kerana itu dia datang ke
rumah Abang Zul tapi terkejut bila hanya Man sorang ada. Mana abang.
Dah dua hari abang tak balik dan abang tak pernah macam ni melainkan ada
kerja dekat luar. Ini, kerja pun tak
ada. Ofis pun tak masuk.
“Abang Zul tahu kan…”
“Apa yang Qish maksudkan?”
Dah lah muncul tiba-tiba ni. Dia
baru nak pergi heret Buya daripada rumah Sera nak bawak masuk ofis.
Orang gila tu tak nak masuk kerja. Tak kisah kena kick katanya. Sera masih pemegang saham terbesar. Isterinya orang paling berkuasa dalam
syarikat ni. Haih… memanglah, gila! Nak aje dia maki masa jumpa Buya malam
tadi. Tapi, mak su pulak ada. Mahu sampai ke telinga ayah, dia pulak kena
maki biadap depan orang tua.
“Kot ya pun, masuklah ofis.
Memanglah bini kau tu kira bigbos tapi ada yang kena running. Kaulah…”
Sakit aje hati dia semalam.
“Bagilah aku cuti seminggu, Zul. Aku lepas kahwin mana ada cuti panjang. Terus masuk kerja. Bagi aku cuti honeymoon sikit…” Buya sengih buat muka manja.
“Eh, geli sial!” Haih…
geram sungguh.
Buya ketawa.
“Susahlah orang gila kemaruk dengan bini sendiri ni…” bidas Zul.
“Dah tu, tak akan aku nak kemaruk dengan bini orang lain
pulak.” Buya menyelar. Zul sengih buat-buat.
“Aku cakap kau cuti tiga hari aje. Lusa kau masuk kerja melainkan ada hal
urgent, aku datang heret kau…” bisik Zul
tak puas hati.
Dia jugaklah nanti yang kena maki dek ayah. Ayah tu, cubalah percaya dekat dia
sikit. Ini tidak… tak berbaki
langsung. Dia pun boleh berubah macam
Buya lah.
“Eh, macam mana korang?”
Tiba-tiba Zul sengih lebar.
Buya kerut dahi. “Apa
hal nak korek rahsia rumah tangga orang pulak?”
“Aku tanyalah, gila!
Okey ke? K.O ke?”
“Oh, Alhamdulillah… okey aje.
Tapi itulah. Aku nak jumpa ayah
kau nanti. Ada benda nak bincang…”
“Tentang wasiat tu lagi?”
Buya senyum. “Itu hak
Sera. Aku tak kacau. Adalah hal lain. Nanti, bila dah jumpa kau ikut sama. Aku malas nak cerita benda sama dua tiga
kali. Dan Man, mintak tolong
tengok-tengokkan Balqish. Kalau dia
tanya aku, kau pandai-pandailah bagi alasan.
Aku tahu dia tak sedia lagi untuk tahu keadaan aku dengan Sera
sekarang…” pinta Buya pada Man.
Man angguk. Akur. Tapi, pening kepala. Mustahil Balqish nak percaya bila dia dan
Buya, tak pernah berpisah. Melainkan
bila Buya masuk tidur aje. Itupun pernah
aje diorang tertidur sama-sama dalam kereta atau dekat ofis. Dah biasa sangat. Itu yang buat Man lagi kecut sebenarnya.
“Abang Zul mesti tengah carik idea nak tipu Qish, kan?”
Sergahan Balqish membawa Zul ke alam nyata. Buya punya pasal, dia pulak sakit
kepala. Dia kerling Man yang buat-buat
pandang ke lain.
Teruk betullah Si Rizman ni.
Tak boleh pakai! Zul lepas nafas
pendek. Tersenyum pada Balqish.
“Dia ada mesyuarat urgent, Qish…”
“Jangan nak bohong.
Qish tak call ofis dia. Diorang cakap
tak ada apa-apa meeting urgent dekat luar…”
“Dah nama urgent, ada masanya terus sampai ke telinga
Buya. Tak sempat nak lalu ofis pun. Itu yang dia terus pergi. Kan Man?
Kau yang hantar kelmarin. Betul
tak?”
“Hah? Hah… ya ya…”
“Itu lagilah nampak sangat korang berdua cuba bohong. Bila masa kalau abang pergi mana-mana dia
suruh Man balik?!” Nada Balqish mula
meninggi.
“Eh, dah nama urgent… memang taklah pergi dengan kereta. Zul hantar dia pergi KLIA…”
“Abang pergi mana?” Dahi licin Balqish berkerut.
Zul pandang Man dan Man pandang Zul.
Satu…
Dua…
Tiga…
“Langkawi…” Suara Zul
dan Man bercantum menjadi satu.
Fuh… lega. Nasib
baiklah teknik renungan kecemasan antara mereka bertiga yang selama ini dilatih
tanpa jemu, menjadi. Zul simpan senyum. Man juga.
Balqish nampak termangu. Dia
betulkan duduk. Susah sangat nak
percaya.
“Qish check dengan airlines…”
“Airline mana?”
“Kalau bukan MAS mesti Air Asia ajelah, kan?” tempelak Balqish geram.
Zul gamit Balqish yang dah nak berlalu. Menggeleng sambil berdecit kecil.
“Qish bukan budak dua tahunlah. Qish dah dewasa kot. Biarlah Buya tu buat kerja dengan
tenang. Esok dia balik dah. Bagi dia uruskan semua benda dengan
tenang. Yang Qish sampai nak check
flight dia dengan airline tu dah kenapa?
Come on, Balqish. Grow up, please…” sindir Zul.
Dia redupkan pandangan pada Balqish dan terus mengajak Man
keluar. Perkara pertama adalah maklumkan
pada orang ofis Buya tentang perkara ini.
Nanti tak pasal-pasal jadi lain pulak.
“Saya kan, Encik Zul… bila sesekali tengok Cik Balqish tu,
rasa macam dia tu bini bos pulak,” komen Man perlahan.
Zul ketawa tiba-tiba.
Man kerut kening. Jarang sangat
Man komen benda-benda macam ni. Rasanya
tak pernah. Ini mesti kes tak tahan
sangat dengan perangai Balqish.
“Eh, samalah aku. Aku
ni sejak dulu lagi memang ada masa meluat pun ada. Tapi, salah Buya jugak. Manjakan sangat adik dia. Memanglah patut dia manjakan. Dah adik dia.
Mak meninggal awal. Diorang pun
jauh jugak beza umur. Tapi
pada-padalah. Kau tengok, sekarang nak
melekat aje. Susah nak faham budak
ni. Dia tahu tak, sayang adik dengan
sayang bini tu lain. Kasih sayang yang
Sera boleh bagi dekat Buya dengan dia bagi beza langit bumi. Pelik betul.
Rasanya lepas ni, kalau Buya tak pernah tangankan Si Balqish ni, mahu
aku yang tangankan dia…” Zul meluahkan
rasa geram sebaik saja masuk ke dalam perut lif.
Cabut awal sikit. Sesak
nafas ada dalam ofis bila Balqish muncul tiba-tiba.
“Tapi, risau pulak saya…”
“Pasal apa?”
Man diam beberapa ketika.
“Bos mesti ajak Cik Puan balik rumah, kan?”
“Dah berbaik.
Mestilah. Kenapa yang kau kerut
kening tu? Tak suka?”
“Tidaklah tak suka, Encik Zul… saya suka aje. Cumanya, rasa tak sedap hati. Saya tahu Cik Puan tu jenis tak melawan. Kalau kata Cik Balqish buat macam-macam lagi…” Kerisauan jelas terpancar pada wajah Man.
“Kau jangan risaulah.
Aku pasti Buya dah ambik precoutious untuk mana yang patut. Kalau tak jugak, aku ajak kau bawak Sera lari
dok jauh-jauh. Biar padan muka Buya…” Zul ketawa.
“Waaa… berani jugak Encik Zul belot bos, ya?”
“Eh, kau ni. Aku gurau
ajelah. Kau jangan cakap dia pulak…” Zul letak jari telunjuk rapat ke bibir.
Man senyum. Tahu takut…
“Aku tak takut. Aku
sayang hubungan kami.”
Ehhhh… Zul mengerling.
Boleh pulak dia teka apa yang bermain dalam kepala.
“Aku dengan Buya ni… bukan kau tak tahu. Kalau lelaki boleh kahwin dengan lelaki,
tentu dah aku kahwin dengan Buya. Tapi
itu haram dan aku normal. Kau jangan
risau…” Zul ledakkan tawa sekali lagi
bila Man nampak menjauh.
Kelakar betul Man ni.
Tapi, jujurnya… hati sendiri turut risau. Dengan sikap Balqish.
SEJAK semalam, dia memang berat hati nak ikut permintaan Buya
tapi kerana keyakinan mak su, dia ikut juga.
Ya, keyakinan mak su kerana masih tersimpan rasa curiga setelah apa yang
terjadi.
Sejak tadi, kereta dah berhenti di depan rumah. Buya pula sedang berbincang dengan Man. Dia tak tahu tentang apa. Hanya dia yang masih melekat di dalam perut
kereta. Tak ada rasa nak keluar. Bimbang… ya, tersangat bimbang.
“Hey, kenapa tak keluar?”
Buya lebarkan pintu. Tadi dia dah
bukak tapi Sera masih membatu.
“Saya nak balik rumah mak su…”
“Sayangggg…” Buya
masuk ke dalam perut kereta semula. Tangan
Sera digenggam kemas.
“Abang tahu apa yang Sera rasa tapi boleh tak Sera percaya
abang sikit. Tak banyak abang
minta. Sikit aje. Biar semua kepercayaan Sera pada abang pulih
sikit demi sedikit. Abang tak
paksa. Cuma, abang minta sikit. Abang dah janji akan jaga Sera. Abang akan lindungi Sera biar apa pun
jadi. Abang tak akan mungkir janji…”
“Ya, saya tahu. Tapi,
manusia diminat jangan berjanji bila masa gembira…” Ayat yang diluah sangat mendalam.
Buya angguk mengerti. “Tapi,
abang janji dengan Sera masa hati dan diri abang sendiri tengah berduka, Sera…” Lengan Sera dipaut dan ditarik perlahan.
“Dah lewat malam.
Abang kena tidur awal. Lagipun,
abang tahu Sera penat. Kita masuk…”
Barulah Sera keluar daripada kereta. Matanya terpejam. Dua kali dia keluar daripada rumah ini dan
andai kali ketiga Buya menjadi sebab dia angkat kaki daripada rumah ini, dia
tak akan kembali lagi. Selamanya.
“Courage, sayang…”
bisik Buya dan menarik tangan Sera.
Mereka berjalan beriringan.
Dan baru saja dua langkah melewati ambang pintu, bunyi tepukan
memecahkan hening ruang rumah yang begitu sepi.
Bergema. Apatah lagi diselangi
gelak tawa.
“Qish tak tidur lagi?”
soal Buya sambil menarik tangan Sera agar isterinya itu berdiri lebih
rapat.
“Macam mana nak tidur.
Qish dah dua malam risaukan abang Qish tak balik. Call tak dapat…”
“Telefon abang tak ada bateri. Abang lupa bawa charger…”
Balqish kian ketawa.
Kelakarnya alasan. Macamlah dekat
Langkawi tu tak ada kedai elektronik sampaikan tak boleh nak beli charger.
“Tak tahu pulak Langkawi tu mundur sangat sampaikan nak beli
charger pun tak boleh…” Kaki Balqish
mendekat beberapa tapak.
“Atau sebab abang sengaja nak menyepikan diri, taknak
diganggu sebab abang tengah bulan madu dengan bini abang? Gitu?”
Balqish menuduh.
Buya senyum tipis. Dia
dah agak ini yang akan terjadi. Zul
dengan Man dah cakap pada dia. Cumanya
tadi, dia harap semua ini terjadi esok. Dia
pandang Sera.
“Sera naik atas dulu.
Kejap lagi abang naik…”
“Saya…”
“Naik dulu, ya. Tukar
baju ke atau apa-apa ajelah. Nanti abang
naik. Tolong sediakan baju kerja abang
untuk esok sekali kalau Sera larat…” Buya
senyum. Memberi keyakinan yang semuanya
akan baik-baik aje.
“Iyalah…” Sera
akur. Dia langsung tak memandang pada
Balqish yang sejak tadi merenungnya bagai tembus ke belakang.
“Kenapa, Qish? Dah
tengah malam nak buat drama. Abang
penat. Abang baru sampai rumah, Qish dah
macam ni…” Buya jelas kecewa.
“Oh, penat. Habis tu,
Qish ni tak penat dok tanya sana-sini abang pergi mana? Selama ni abang tak pernah macam ni. Sebab perempuan tu…”
“Qish…” Buya sekat
suara adiknya.
“Perempuan tu, kakak ipar Qish. Isteri abang.
Qish nak biadap dengan abang sekalipun, silakan. Tapi, jangan dengan dia. Tak mudah untuk dia terima pujukan abang
balik ke sini…”
“Eh, abang. Dia yang
keluar. Kita tak halau!”
“Jangan bohong diri sendiri, Qish. Qish tahu kenapa dia keluar… dia keluar sebab kita. Padahal dia berhak dalam rumah ni. Dia berhak ke atas abang…”
Waktu ini, mata Balqish merah. Marah dan sedih. Entah kenapa, hatinya tak ubah dihiris
berkali-kali dengan belati tumpul. Abang
yang selama ini tak pernah menyakiti hatinya, dengan begitu tegar membuatnya
terluka hanya kerana seorang perempuan seperti itu.
“Kiranya sekarang, Qish nampak abang sanggup buang Qish demi
dia…”
“Kalau Qish tak bagi abang pilihan…” pangkas Buya.
Balqish nampak terkedu.
Bibir diketap. Dada yang
berdebar, terus berdetak laju. Menahan
darah yang sepertinya mengalir menongkah arus.
Marah.
Geram.
Dendam.
“Dahlah, Qish… abang penat.
Esok abang ada hal penting nak urus.
Kita bincang nanti. Bukan
sekarang…” Buya memasang langkah bila
Balqish melelar pergelangan tangannya.
“Kan abang dah cakap…”
Buya toleh nak membentak tapi tingkahnya mati bila airmata Balqish
meleleh laju.
“Qish hanya ada abang dalam hidup, Qish. Biarpun lepas daddy bagi segalanya pada Sera,
Qish yakin Qish masih ada abang…”
“Qish, tentang harta tu… itu memang milik Sera. Abang tak nak nafikan apa-apa lagi. Qish tak tahu tapi nanti, abang kan ceritakan
pada Qish. Masa tu abang harap Qish
faham…”
Tak semena, Balqish ketawa.
Kuat. Pegangannya pada lengan
Buya kian kejap. Sera juga sudah ada di
tengah anak tangga. Risau jika Buya
sakiti Balqish. Saat matanya bersabung
dengan Buya, dia menghantar isyarat agar Buya tak kasari Balqish.
“Abang ingat Qish tak tahu tentang kisah lalu antara daddy
dengan orang tua dia?” Tawa Balqish
terus meledak. Tawa yang bersulam
airmata.
“Qish lebih dulu tahu daripada abang. Qish cuma tak nak cakap aje. Sebab tu Qish cakap, bila semuanya tu memang
asalnya bukan untuk kita… buat apa Qish nak lawan semua tu. Paling tak, daddy masih tinggal sikit untuk
kita, kan? Qish yakin masa tu kita boleh
teruskan hidup. Biarpun tak mewah tapi
Qish yakin, kita akan bahagia. Tapi,
Qish silap. Qish memang sendiri. Janji abang, semua tipu…”
“Jadinya, Qish dah tahu…”
Balqish koyak senyum pada hujung bibir. Jangan ingat kerana harta tu dia jadi macam
ni. Tak.
“Qish tak cakap dekat abang…”
“Kenapa? Qish tak
pernah gilakan harta daddy. Qish hanya
perlukan abang…”
Buya pandang Sera seketika sebelum memandang Balqish. Terkejut.
Bingung. Sejak bila Balqish
tahu?
“Ya, abang sentiasa ada untuk Qish…”
“Stop lying, Bunyamin…”
“Balqish!” Buya hampir
menjerit. Pertama kali Balqish menyebut
namanya dengan begitu keras dan egois.
Adiknya itu menjauh beberapa tapak. Sera pula sudah ada di sisi Buya. Bersiap sedia untuk menyanggah andai tangan
Buya ringan hendak menampar Balqish.
Seperti yang pernah arwah Uncle Bakri pesan, Balqish anak yang
manja.
“Abang buang Qish sedangkan Qish perlukan abang lebih
daripada segalanya…”
Saat ini, dahi Buya berkerut lebat. Dia tak faham. Kenapa otaknya mentafsir sesuatu yang lain
dalam ayat yang Balqish luahkan.
“Abang sayangkan Qish lebih daripada segalanya. Qish satu-satunya adik…”
“Again… stop lying.
Abang tahu kenyataannnya…”
“Kenyataan apa?” Dada
Buya kian berdebar. Dia pandang Sera dan
menggeleng tanda tak faham. Atau
sebenarnya…
“Qish tahu…” Balqish senyum tipis.
Tuhan… Buya raup wajah.
Salah dia. Ya, salah dia. Tapi…
“Sejak bila?”
“A few years…” Airmata
Balqish terus mengalir. Hatinya sakit
namun ada rasa lapang menyapa hati.
Beberapa tahun menjadi pelakon, sangat sukar untuknya.
“Katakan apa yang abang fikirkan ni… adalah salah, Balqish,”
rayu Buya.
Namun, bila Balqish menggeleng… dia hampir terduduk andai
Sera tak paut pinggangnya.
Apa pulak la ulah si balqis ne.. Jgn ckp dy bukan adik kandung buya n dy dah jatuh cnt ngn buya sudah...
ReplyDeleteBalqis anak angkat..?jatuh cinta dgn buya la tu...
ReplyDeleteAduiiii...apa kes pulak balqis nih....
ReplyDeleteAduiiii
ReplyDeleteApa kes pulak balqis nih
Balqish anak angkat. N jatuh cinta dgan buya. No.
ReplyDeleteAduhai.dh kelam balik nik..bukan sekadar mendung..angin semkin bertiuo kencang nampaknya
ReplyDeleteTq Rm...masih
ReplyDeleteOmg incest. Balqis is in love with. Buya. اَللّهُ jauhkan dan berikan balqish ke pangkal jalan
ReplyDeleteAllah...ribut mari pulak
ReplyDeleteDramaaaaa. Apa lagi yang yang menjadi rahsia ni? Adik bukan adik? Adik suka abang? Fuh!
ReplyDeleteWidadAmsyar
Jgn kata bkn adik beradik...sktnya hati...kesian sera nur
ReplyDeleteKenapa?
ReplyDeleteIngatkan dah nampak sinar bahagia,aduss.....
ReplyDeleteAduhhh..balqish ade hati dgn Buya?
ReplyDeleteNot biological sibling?
Pls RM, nk next chapter..lame nye weekend.. 😓
Apakah?? Balqis jatuh cinta ke kt Buya? Mati la nak tunggu next weekend pulak baru boleh tau.. **nak nagis**
ReplyDeleteNi balqish ni anak angkat kot yg sukakan abg angkatnya
ReplyDeleteI guess...Balqish anak angkat Bakri. And adik Sera Nur. Seraaammm
ReplyDeleteBerselirat citer ni... adoi haii. Buku kan sahaja lah ms rehan. X larat nk tunggu minggu depan nuuun
ReplyDeleteKalau tidak berselirat bukan cikRM la tu😄😄😄 sbb tu saya sukaaaaa nau baca tulisan cikRM. Keep it up. Luv u ketat2. Tengkiuuuu😙😙😙
ReplyDelete6 hari tu lama nau nk nunggunya.. stess mak. Tp i like the story line
ReplyDeletehaha.. ni kalau kena lempang si balqish ni..baru melalak... ada je nk buat kacau
ReplyDelete😲 omg..
ReplyDeleteaduuh,balqish nie kacau je tau..
ReplyDeleteaduuh,balqish nie kacau je tau..
ReplyDeleteApa yg balqidh tau,, btw buya u can do it.. Aq rasa hang la paling sakit n teruji skrg. .So sbbkan hang laki so aq expect more realistic tapiiiiiii realistic macam mna pon hati adik kna jaga, lesian dia sensorg..huhu.. Semoga berbahagia bersama semua.. Knye
ReplyDeleteBanyak Rahasia Hati yg mulai terungkap. Bacanya ikut was-was sama kebenaran tentang Balqis dan Buya...Seraaaa tolong pertahankan Buya apapun yang terjadi.
ReplyDeleteCikRM... blnja la lg
ReplyDeleteape mslh si balqish ni
ReplyDeleteBuya anak angkt ke.?
ReplyDeleteKalau adik bradik angkat ok lagi. Jangan jatuh cinta dengan abang kandung sendiri pula.
ReplyDelete>>n.h<<
nak lagiiiiiiiiiiiiiiiii 😍😍😂😂😂😭😭😭 the suspense is killing me hahA
ReplyDeleteadoii..please laa sera..jgn terlalu bermurah hati.. cari jln lain.. win2 situation.. buya patut jadikn ni pengajaran ..memanjakn akan memudaratkn..see... untung dpt wife hati suci... tp sakan kena redah dugaan yg kau heret buya...
ReplyDelete