SERA tahu dia sakit.
Sera tak mahu terus menjadi petualang.
Kerana itu Sera berikan dia segalanya termasuk abang? Tapi, benarkah ini yang dia mahu? Asalkan bersamanya, tak kisahlah abang
menderita? Tapi, abang dah beberapa hari
tak muncul. Abang ada di rumah Uncle
Malik.
Dan dia… diburu kesal tak berkesudahan.
Yang dikejar tak dapat, yang dikendong pula keciciran. Seperti kata abang. Andai dia mampu dapat keduanya, kenapa dia
hanya mahukan satu dan yang satu itu juga terlepas sudahnya.
“Qish nak apa?” soal Sera
malam tu. Tersenyum tipis seperti
langsung tiada kesalan dalam dirinya.
“Kau dah ada jawapan tu…”
balas Balqish. Keras dan
mendatar.
Saat ini, Sera lebarkan senyum. Tunduk seketika seperti mencari kekuatan yang
masih tersisa dalam dada. Kemudian, bila
dia angkat wajah mata itu menatap tepat ke anak mata Balqish.
“Qish yakin Qish dengan dia boleh bahagia tanpa saya? Qish yakin dia akan bahagia dengan Qish dan
jadi Buya yang pernah Qish kenal sebelum ni?
Qish yakin Qish tak akan hilang segalanya?”
Soalan Sera… Balqish ketap bibir. Meneguk liur membasahkan rengkung yang
tiba-tiba gersang dengan pertanyaan Sera.
Jujurnya, dia tak punya jawapan. Tapi
andai dia jawapannya, ya. Dia mampu
mengekalkan bahagia mereka seperti selama ini.
Ya… itulah. Tapi, itu kala itu. Saat ini, keyakinan dia langsung sirna. Dia tak berdaya. Apatah lagi melihat pada sikap abang,
bagaimana abang meraung malah sanggup melutut di depannya kerana seorang
Sera. Tak… kerana seorang isteri.
“Saya akan pergi Balqish.
Andai itu yang awak mahukan dan kerana jawapan awak itu kedengaran yakin
tapi percayalah. Apa yang saya tinggal
hanyalah sekujur tubuh yang bernyawa tapi akan jadi tak ubah seperti mayat
hidup. Kalau kata apa yang saya cakap di
salah, saya tak akan toleh lagi dan tiada siapa akan dapat kesan saya. Tapi, kalau semua itu betul… saya harap masa
tu awak sedar… ada sesetengah hubungan itu tak boleh dirapatkan hanya kerana
sebelah pihak yang mahu tapi boleh menjadi sangat jauh biarpun kedua-duanya tak
sudi….”
Seperti mana Balqish dan Buya. Dia yakin hubungan yang selama ini rapat akan
menjadi sangat jauh kerana tamaknya Balqish.
Dan, dua hati yang tak mahu menjauh akan terus menjarak hanya demi janji
yang sudah pastinya tak akan terlestari.
Balqish tak akan mampu memberikan bahagia pada Buya! Titik!
Itu yang hati Sera bisikkan tapi andai kepergian dia mampu menyedarkan
Balqish tentang semua ini, dia perlu pergi.
Untuk selamanya atau seketika cuma… dia sendiri masih tak pasti.
Dia masih berharap untuk
kembali. Usah kata kembali ke
dalam pelukan Buya malah seorang gadis yang dia telah anggap sebagai adik
sendiri. Sayang… Balqish tak pernah
nampak semua itu. Segalanya kabur
dibayangi perasaannya pada Buya.
“Kenapa kau yakin sangat cakap yang abang tak akan bahagia
dengan aku? Siapa kau nak tentukan
bahagia kami?” Balqish hampir
terjerit.
Jujurnya, dia begitu terkejut dengan kata-kata Sera. Telah dia katakan, wanita ini begitu
lemah-lembut namun lidahnya begitu tajam menikam. Cumanya, entah kenapa… bicara Sera mengundang
rasa resah dalam hatinya. Bagaimana jika
dia gagal seperti yang Sera yakin?
Bagaimana jika yang ada dengan dia, hanyalah sekujur tubuh yang bernyawa
tapi tidak berjiwa?
Sera Nur koyak senyum pada hujung bibir. Bukan mahu hadiahkan Balqish dengan senyuman
penuh sinis namun dia mahu Balqish tahu, keyakinan dia adalah berasas.
“Dia suami saya, Balqish.
Kami bukan sekadar berkongsi hati atau kasih sayang, tapi
segalanya. Setelah apa yang kami lalui,
saya kenal dia. Tapi, seperti yang saya
bagitahu. Andai dia memang Buya yang
dulu biarpun setelah saya pergi, saya tak akan kembali. Jika sebaliknya, saya harap Balqish terima
kami. Terima Buya sebagai abang dan saya
sebagai kakak. You got nothing to lose,
Balqish. Malah, Balqish akan
untung. Dapat seorang abang dan seorang
kakak…”
“Tak!” Laju Balqish
memangkas. Menggeleng berkali-kali.
“Aku hanya perlukan abang.
Aku tak nak seorang kakak.
Apatah lagi kau!” Suaranya menderam kasar.
Saat ini, Sera angguk.
Faham. Balqish dan hati yang
begitu sukar nak dilentur. Kerana itu
dia tekad dengan keputusannya biarpun semua ini akan membunuh hati sendiri
malah jiwa dan bahagia Buya.
Perlahan-lahan, Sera letak telapak tangan kanannya ke
perut. Memang tak sangka. Dia mahu jadikan ini salah satu punca bahagia
untuk mereka semua tapi dia sedar, semua ini hanya akan menambahkan duka dan
amukan pada Balqish.
Tangan kirinya kemas menggenggam tali beg pakaiannya. Tak banyak yang dibawa. Kerana memang asalnya dia tiada apa dalam
rumah ini. Hanya Buya hartanya tapi dia
sedang pertaruhkan satu-satunya harta yang dia ada dalam perjudikan bahagia
mereka.
“Kalau macam tu, Balqish.
Buktikan pada saya. Ingat, harga
yang saya bayar untuk semua ni tak murah.
Jadi, buktikan awak dan dia boleh bahagia. Kembalikan dia menjadi Bunyamin yang sebelum
bersama saya. Saya janji, tak akan
muncul lagi depan semua orang dalam rumah ni…”
ujar Sera separuh berbisik bersama airmata yang menitis jua ke pipi
akhirnya.
Dia tak mahu menangis tapi dia tiada pilihan lain. Airmata ini begitu degil untuk menerima
arahnnya agar tidak menitis. Dan, dia
berlalu dengan hati yang hanya berserah pada Tuhan semata-mata. Kerana dia yakin, kasih-sayang dan
keikhlasannya akan buka hati hati Balqish seperti mana Tuhan telah bantu dia
menguak lebar hati lelaki seego Bunyamin.
ZUL ketap rahang. Dia
lelar lengan Balqish dan terus saja menarik gadis itu berlalu keluar daripada
rumahnya. Dah kenapa pulaklah perempuan
ni datang? Dia dah pesan banyak kali,
biarkan saja Buya di sini buat sementara waktu.
Buya tu sekarang tak hiraukan apa-apa melainkan usaha mengesan Sera
aje. Pelik, bila ayah cakap Sera ke luar
negara tapi dia langsung tak dapat kesan ke mana. Mustahil Sera lesap begitu saja.
“Lepaslah, Abang Zul!”
Balqish akhirnya merentap tangan sendiri bila akhirnya mereka berdua ada
di belakang porch. Terlindung dengan
kereta.
“Yang Abang Zul tarik Qish ni kenapa?” Wajahnya kelat.
“Yang Qish datang sini, kenapa?” Zul dah bercekak pinggang. “Kana bang dah cakap, jangan datang
dulu. Sampai masa, Buya baliklah rumah
tu…”
“Sampai masa tu bila? Setahun?
Dua tahun?” selar Balqish
geram. Ini dah masu dua minggu. Dia menahan sabar tapi segalanya seperti
sedang menuding pada dia.
Suasana rumah itu lebih teruk daripada masa Sera ada.
Zul sunggingkan senyum sinis.
Tajam.
“Qish ada jawapan tu.
Tapi, kalau tanya abang… rasanya Buya tu tak balik buat selamanya
dah. Ni sikit lagi dia tahu Sera terbang
ke mana, dia pun memang akan pergi ikut Seralah. Abang pun suka kalau dia pergi. Masa tu, jangan haraplah abang nak bagitahu
Qish dorang ada dekat mana…” sindir Zul.
Balqish berdesir sendiri.
Pedih dan pesan kenyataan yang baru Zul ucapkan. Tapi, apa nak kata, segalanya memang berpunca
daripada dia. Tapi, dia benar-benar
rindukan abang. Rindu dengan gelak tawa
abang. Malah, gurauannya. Andai beginilah keadaan abang, dia lebih rela
hati sendiri terguris melihat abang bersama wanita lain.
Tak sedar, airmatanya mengalir lesu.
“Abang Zul pun mesti
rasa Qish paling tak guna, kan?” Lemah
nadanya.
“Abang Zul tak cakap.
Tapi, dah Qish mengaku… abang tak ada rasa nak bantah langsung!” Zul masih lagi menggiat biarpun hatinya juga
terbersit bila melihat Balqish mengalirkan airmata.
Tapi, arghhhh tak kuasa nak layan. Rasakan.
Tengoklah kesan perbuatan kau yang pentingkan diri tu! Haih… Stress.
“Ya, memang Qish tak guna.
Katalah apa saja. Tapi, Qish
betul-betul rindukan abang. Rumah tu tak
sama bila abang tak ada…”
“Alaaa… selama ni pun bukan Buya tak biasa pergi
mana-mana. Kadang-kadang tu jejak
sebulan tak dapat balik rumah. Qish anggap
ajelah dia pergi outstation mana-mana…”
“Senang abang cakap, kan?”
Zul kerling Balqish tapi hanya seketika.
“Macam mana abang mintak Qish anggap macam tu sedangkan
hakikatnya berbeza? Macam mana Qish nak
buat tak tahu sedangkan Qish tahu puncanya?
Macam mana Qish nak tunggu aje di rumah tu bila Qish tahu yang abang tak
akan balik lagi ke rumah tu sebab Qish?”
Soalan Balqish terlontar bersama jeritan.
Dia terus menangis dan menangis. Matanya
merah mencerlang pada Zul. Kenapa
abang Zul sengaja nak tambah minyak pada api yang masih begitu marak.
Tak semena, Zul ketawa.
Dia tepuk tangan beberapa kali.
Tergelak. Gelak yang bukan
dibuat-buat tapi memang kelakar. Geli hati.
Gelaklah. Tak kan nak menangis
pulak.
“Qish ada jawapan tu untuk apa yang semua dah jadi
sekarang. Kita patut bahagia, tapi
kerana petualang Qish dan perasaan Qish yang entah apa-apa tu, semuanya jadi
macam ni. Maafkan ABang Zul sebab cakap
perasaan Qish tu entah apa-apa sebab itu kenyataan. Qish orang bijak pandai tapi kenapa Qish tak
boleh nak bezakan perasaan sayang pada adik dan pada seorang perempuan? Buya tu… dia dekati Sera pada mulanya sebab
Balqish. Dia risau Qish tak dapat hak
Qish. Dia sayang gila adik dia. Tapi, apa nak kata.. dia termakan sumpah
sendiri. Hati dia benar-benar terpaut
pada kejujuran dan keikhlasan Sera yang Qish tak nampak atau sengaja buat-buat
tak nampak, abang tak tahulah. Dalam
pada tu, dia masih fikirkan Qish. Dia
perlukan isteri tapi dia juga tak nak adik dia terasa hati. Sebab tu dia berusaha keras nak puaskan hati
Qish. Dia minta isteri dia terus sabar
tanpa dia sangka, adik dia ni mintak sesuatu yang tak masuk asal. Qish adalah punca semuanya. Jadi, Qish cakap dekat abang… Qish nak
teruskan dan tengok kita semua menderita sebab perasaan Qish atau Qish
korbankan semua tu dan kita bahagia bersama.
Qish pilih. Tapi, buat sementara
tolong jangan datang sini. Jujurnya,
Buya tak boleh nak pandang wajah Qish.
Itu yang dia cakap dekat abang.
Kenyataan ini selalunya pahit tapi apa pilihan yang kita ada kecuali
telan? Same goes to you, my dear
sister. I am not going to tell you a
comfort lies. Qish balik dulu. Jangan keruhkan keadaan…” Zul mahu berlalu setelah bicara yang panjang
lebar tanpa terhenti sedikit pun.
Nafas dia pula yang semput.
Haih.
“Abang Zul…”
Langkah Zul mati bila suara Balqish menyeru. Dia tak menoleh. Sekadar memasang telinga.
“Ya, Qish tahu. Qish
adalah duri dalam daging. Qish akan
pergi jauh daripada semua orang andai itu boleh buat semua orang bahagia…”
“Tak perlu pergi, Qish.
Sera Nur yang dah pergi. Qish
tinggal ajelah dekat sini.
Sabarlah. Mana tahu satu hari
nanti memang hati Buya tu akan terbuka menerima Qish lebih pada seorang adik…”
Balqish gigit bibir.
Kata-kata Abang Zul masih menyelarnya seperti bilah belati yang
tumpul. Sakit.
“Setidak-tidaknya, Qish akan betulkan keadaan dulu…”
Zul menoleh dan kerut kening.
Tak faham dia.
Andai Sera mampu memberi pengorbanan yang sebegini besar, dia
juga mampu. Malah, memang segalanya berpunca
daripada dia. Yang tamak. Seperti kata Sera, dia kalah. Keyakinan Sera menang.
Atau lebih tepat di katakan, ketulusan dan keikhlasan Sera
telah berjaya menyentuh hatinya. Tak
sedar, dia koyak senyum. Dia tak boleh
tamak. Abang sentiasa mencintainya tapi
sebagai seorang abang dan adik. Salah
sendiri kerana mahukan lebih.
“Qish tahu mana nak
carik Sera Nur. Qish tahu mana nak carik
isteri pada abang Qish. Qish tahu mana
kakak ipar Qish…” Dia cuba senyum tapi sukar
tq kak rehan kerja keras bahagiakan kami semua..love u kak
ReplyDelete😍😍😍
ReplyDeleteThat's it, balqish...at last...
ReplyDeleteTq Rehan... tertunggu UPDATE....tq ...usaha menyiapkan cerita ni untuk kami....😍😍😍😍
ReplyDeletehihi... pilihan di tgn sendiri balqish... nk bahagia atau derita, nk terima atau lupakan saja... bertahun2 dgn kemurungan jiwa..moga2 sentapan zul beri ubat supaya kau sedar..
ReplyDeleteTq
ReplyDeleteHari2 bukak blog tgk ade update ke x..akhirnya muncul kembali sambungan..tq RM
ReplyDeleteakhirnya ug ditungguw. tq RM
ReplyDeleteBalqishhh..no wOrries dik, kami semua sayang adik..jangan risau,kak sera xde, akk ada sini hah, hehe.. Congratz berjaya dilembutkn hatinya. .Yihaa
ReplyDeleteha kan senang bgtau je kat mana sera.. hehehehe
ReplyDelete