TIDAK dapat tidak,
Maghfirah pergi juga mengikut ayah ke kenduri.
Tapi, dia bertegas hanya akan duduk di dapur. Biarlah dia basuh pinggan aje. Dia tak nak jumpa orang. Di sini, dia sorang diri. Tiada orang ganggu. Tiada pandangan sinis dan tiada soalan
aneh. Dia pun akan tunduk saja tak akan
panggung kepala.
Dia datang demi
rayuan ayah dan Pak Suhaimi yang dah banyak membantu. Andai tidak, dia lebih rela di rumah. Tapi di rumah, bersama dengan Ian setelah hal
semalam… jiwa dia keliru. Sepertinya,
keputusan dia adalah keputusan yang silap biarpun saat mengatakan ya, dia
benar-benar yakin.
Tapi, melihatkan
keadaan Ian…
Maghfirah tongkat
siku atas lutut bila tiada pinggan yang perlu dicuci buat sementara waktu. Dia tolak ingatan dia dekat pada kisah
semalam.
Dia ingat dengan
jelas wajah Ian yang akhirnya terlena di bahunya. Dia nampak dengan jelas airmata lelaki itu
menitis perlahan. Lelaki segagah Ian
menitiskan airmata. Tidakkah dalam cinta
Ian pada June.
“Ian?” panggilnya tapi Ian menyepi.
Dia yakin Ian
tidur. Perlahan-lahan, Maghfirah
bangkit. Ditahan kepala Ian. Tak dipeduli, mana kepala katil… dia capai
bantal dan kepala Ian direbahkan di atas bantal tersebut. Selimut ditarik dan baru nak berlalu,
pergelangan tangannya dilelar.
Mata Ian terbuka
separuh. “Kita solat sama-sama. Hati saya tak tenang,” ajak Ian
tiba-tiba.
Tidak mampu
menolak niat baik Ian, Maghfirah angguk.
Rasanya sekarang dah masuk jam dua pagi.
“Awak solat Isyak
dulu. Lepas tu kita sambung,” usul
Maghfirah.
Ian angguk. Berat kepala.
Dia angkat tubuh dan menarik tuala.
Maghfirah sudah ada di muka pintu. Di luar bilik yang pastinya.
Saat melalui
Maghfirah, dia kerling wanita itu seketika.
“Awak tak nak tanya siapa dia?”
tanya Ian tiba-tiba.
“Kalau awak nak
cerita, tak perlu saya tanya.
Memandangkan awak tak cerita, saya anggap awak belum sedia,” jawab
Maghfirah lembut.
“Dahlah. Pergilah ambik wudhuk. Ke awak nak saya jerang air panas
sikit…”
Kepala Ian
menggeleng. Manja sangat. Semua nak air panas. “Tunggu saya…” tangan Maghfirah digenggam kemas.
“Erm… saya
tunggu. Tapi, kalau sampai satu masa
awak rasa awak nak pergi dan bebas seperti sebelum ni, saya tak akan
sekat…”
Dahi Ian berkerut
lebat. Dia faham maksud kata-kata
Maghfirah. “Sikit pun tak nak
halang?”
“Mungkin sini
hanya satu lagi persinggahan awak.
Destinasi masih jauh di depan…”
Tangan Ian ditolak dan Maghfirah masuk ke bilik satu lagi menyembunyikan
airmata yang jatuh ke pipi.
“Firah?”
Maghfirah kesat
wajahnya dengan lengan baju.
“Maghfirah?” Sekali lagi nama itu diseru.
Maghfirah angkat
wajah dan demi terpandang wajah itu setelah sekian lama, dia terkaku. Inilah yang dia tak nak. Ini yang dia nak elak. Matanya mula terasa pedih. Telinga jugak sakit. Tohmahan dan cercaan bersilang dalam
kepala. Renungan tajam pula tajam menikam
dadanya.
Sakit. Tapi, kenapa Nazri diam?
“Firah dah lupa
saya?” Nazri letak pinggan kotor di
depan Maghfirah.
Padanlah dia rasa
ringan nak angkat sendiri pinggan kotor hingga ke sini. Tambah pulak, air basuh tangan pun
habis. Itu yang dia ke sini. Tapi, apa yang dia lihat… Maghfirah.
Senyuman Nazri
koyak lebar. “Tolong saya basuh
tangan…” Dia tadah tangan bila Maghfirah
angkat getah paip.
Gadis ini
kelu. Kaku. Sepertinya masih ada rasa pada dia.
“Tak pernah saya
nampak awak bila saya balik. Orang
cakap, awak tak pernah keluar rumah…”
“Itu aje ke yang
orang cakap?” Nada Maghfirah keras.
“Habis tu, orang
cakap apa lagi?” Nazri dah kerutkan
wajah.
“Orang kan suka
cakap tentang saya. Tak kan itu aje…”
“Firah… awak marah
lagi dekat saya?”
“Tak…” Maghfirah menggeleng. “…saya cuma kecewa dengan diri sendiri sebab
tak pernah dengar nasihat ayah saya.”
Terus saja Maghfirah bangkit.
Paip ditutup. Dia nak carik ayah atau Pak Suhaimi. Dia nak balik.
“Ada orang
cakap. Ada.” Nazri sengaja bersuara, nak halang kepergian
Maghfirah.
Gadis ini masih
cantik malah bertambah ayu. Cuma, wajah
itu dah masam mencuka. Suaranya biarpun
masih lembut tapi tegasnya ketara sangat.
“Awak nak tahu
diorang cakap apa? Sampaikan saya sakit hati…”
Batang tubuh
Maghfirah menoleh penuh pada Nazri.
Kelakar sangat ayat Nazri ni. Okey.
Ini memang kelakar. Dia rasa nak
ketawa guling-guling. Orang mengata dia
sampaikan Nazri sakit hati?
Dia koyak senyum
sinis. Tajam menikam wajah Nazri.
“Diorang cakap
awak simpan lelaki dekat rumah. Telinga
saya ni tak boleh terima, Firah…”
“Sekarang?”
“Hah?” Nazri jelas tak faham.
“Baru sekarang nak
rasa sakit hati, bernanah telinga?
Kenapa tak dulu? Masa semua orang
tuding dekat saya? Mana rasa sakit hati
dan bernanah telinga tu? Padahal yang
sakit hati sekarang nilah yang paling menyakitkan hati saya. Jadi sekarang, katalah apa saja. Saya tak kisah langsung. Orang, tak pernah datang bertanya. Orang hanya terus buat rumusan sendiri.” Dia terus berpaling tapi sekali lagi suara
Nazri menahan.
“Jadinya,
betullah. Awak tak nafi?”
“Dulu, aku jenuh
menafi. Tapi, siapa yang peduli? Tak ada seorang pun. Termasuk kau!” Nada Maghfirah semakin keras dan tajam.
Langsung tak
menoleh. Dia terus menapak menghampiri
Pak Suhaimi. Meminta diri untuk pulang
kerana selain ayah, Pak Suhaimi dan anak lelaki Pak Suhaimilah yang tahu
segalanya. Segalanya yang dipanggil
kebenaran.
WAJAH suram
Maghfirah dipandang. Siap menghidang
makanan, gadis itu terus masuk ke bilik.
Langsung tak teman dia makan seperti selalu. Dengan rengkung yang serasa sempit, Ian telan
juga nasik. Sedapnya tak pernah
berkurang tapi selera dia yang mati. Sudahnya,
dia tinggal separuh pinggan di atas sinki.
Nanti, untuk bagi ayam itik makan esok hari.
Dia panjat tangga,
mencari wajah Maghfirah. Bila tiada di
ruang tamu, dia berlalu ke bilik.
Diketuk. Tiada bersahut. Sekali lagi, juga sepi. Baru nak tolak daun pintu, tersekat. Pintu dikunci.
“Firah? Awak tak sihat?” soal Ian disertakan dengan ketukan halus.
“Saya okey. Saya nak rehat…” Suara itu sayup menyahut.
Ian diam
seketika. “Firah, awak ada masalah
ni. Bukak pintu ni kejap…”
Sepi. Langsung tak berjawapan.
Ian lepaskan nafas
berat. Dia sandarkan belakang pada
pintu. “Awak tahu tak, Firah. Perasaan marah ni, elok kita luah. Perasaan sedih jugak sama. Luah melalui tangisan. Rasa marah tu, luah dengan ucap
istighfar. Awak tak boleh simpan
sendiri. Lama-lama, benda tu akan hidup
dalam diri awak. Sampai masa, susah
untuk awak hapuskan dia walaupun awak pakai racun perosak yang paling
mujarab. Dia akan jadi akar umbi. Sebab tu, agama kita sendiri ajar kita cara
mana nak lempiaskan semua perasaan tu.
Salah satu caranya berkongsi…”
Ian berpaling semula. Dilekap telapak tangan ke daun pintu.
Didekatkan
wajahnya juga.
“…tempat untuk
awak kongsi tu, adalah saya.”
Namun sayang,
Maghfirah tetap menyepi. Membuatkan
resahnya menjadi-jadi. Ikut hati, dia
akan pecahkan pintu ni. Sekali tendang
aje, pintu ni pasti akan tersembam ke lantai tapi dia kena sabar. Atau, dialah penyebab Maghfirah begini?
“Atau, adakah
orang yang berjanji untuk jadi penawar ni yang bagi awak racun?”
Senyap.
Ian tunduk. Menenangkan hati sendiri.
“Tak apalah kalau
awak nak simpan sendiri masalah awak.
Tapi, seperti saya cakap malam tadi, Firah. Saya perlukan bahu awak untuk bersandar. Sama maksudnya saya perlukan telinga awak
untuk meluah perasaan saya ni. Kalau tak
nak cerita masalah awak, keluarlah jugak.
Saya nak cerita masalah saya ni…”
ujar Ian separuh merayu.
Melemparkan umpan.
Hampir lima minit
dia menanti dalam keadaan senyap-sunyi, akhirnya selak pintu dibuka. Dia tolak daun pintu perlahan dan tubuh
langsing itu sedang berdiri di depannya.
Matanya merah tapi tiada kesan tangis.
Entah berapa lama
lagi Maghfirah mampu bertahan, dia tak tahu.
Susahnya seorang wanita yang memang Tuhan ciptakan dengan hati yang
lembut ini menitiskan airmata?
“Awak ada
masalah?” Suara Maghfirah serak.
Ian angguk. Sebu dadanya.
Dalam pada diri sendiri susah hati, Maghfirah masih risaukan dia.
“Saya tak boleh
tidur…”
“Siang lagi. Nak tidur apa?”
“Lepas solat
semalam, saya tak tidur sampai sekarang.
Saya letih, saya mengantuk, saya tak selera makan…”
“Bukan ke awak
doktor ke? Patut awak lebih tahu cara
nak jaga diri…”
“Saya bukan doktor
yang macam awak fikirkan tu, Firah…”
jawab Ian perlahan.
Maghfirah
menyepi. Berkira-kira apa yang perlu dia
buat. Tapi, bila difikirkan, eloklah Ian
lelapkan mata seketika selepas waktu Zohor ni.
Dapat pahala lagi.
“Mari…” Tangan Ian ditarik masuk.
“Awak ajak saya…”
“Saya waras
lagi…” pintas Maghfirah.
Ian senyum. Rupanya, gadis ini lebih peka dengan masalah
orang nak dibandingkan dengan masalah sendiri.
“Baring…”
Ian menurut.
Maghfirah
duduk. Kemudian, dia tepuk pehanya.
“Baring
situ?” Bibir Ian terjuih pada peha
Maghfirah.
Bila gadis itu
angguk, memberi izin… dia letak kepala dengan perasaan yang
bercampur-baur. Dia dapat rasa helaan
nafas Maghfirah yang tenang tapi yang
menjadi duri dalam daging sekarang adalah nafas dia yang begitu bergoncang.
“Kenapa,
Firah?” soal Ian tiba-tiba. Melencongkan fikirannya saat ini.
“Saya nak awak
rehat. Sebelum Asar nanti saya
kejut.”
“Awak
kenapa?” ulang Ian.
“Nazri muncul
depan saya…”
“Hah?” Kepala Ian terangkat. Tubuhnya tegak. Wajahnya dekat dengan Maghfirah. “Dekat kenduri?”
“Sebab tu saya
berkeras tak nak pergi. Tapi, tak sampai
hati nak hampakan ayah dan Pak Suhaimi.”
“Habis tu, dia
cakap apa?”
Maghfirah tarik
semula kepala Ian agar kembali jatuh ke ribanya. Ditepuk bahu sasa itu perlahan-lahan. Tidurlah untuk seketika. Moga tiada mimpi ngeri mengejar Ian.
“Nak kata saya,
silalah kata. Saya dah biasa. Tapi, dia tak ada hak nak sebut tentang awak…”
Terdiam Ian
dibuatnya dengan ayat Maghfirah. Dia
pejamkan mata. Gadis itu sudah jatuh
cinta pada dia. Dia tahu. Maksud kata-kata Maghfirah begitu mendalam
biarpun tiada kata-kata cinta yang diungkapkan.
Maghfirah cintakan
aku! Hati Ian berbisik yakin.
...bersambung
Bahaya ni, berdua-duaan!!
ReplyDeleteBest..best..best!!!!
ReplyDeleteBila la ian nk cite kisah lampau ni��
Best..best..best!!!!
ReplyDeleteBila la ian nk cite kisah lampau ni��
Omg... Apakah akan jadi..
ReplyDeleteSila kawen cepat ian oi..kang lg kesian firah kena kata..kesian firah..
ReplyDeleteKena kawenkan diorng ni.. bahaya.. buatkan kami pembaca turut sama memfitnah tak pa hujung pangkal... agaknya apa statu ian n firah ya??? !!
ReplyDeleteKena kawenkan diorng ni.. bahaya.. buatkan kami pembaca turut sama memfitnah tak pa hujung pangkal... agaknya apa statu ian n firah ya??? !!
ReplyDeleteRisaunya depa berdua2an...
ReplyDeleteKonfiusnye...dah kawin ke belom eh....
ReplyDeleteHmm... risau jugak ni.. asyik berani berdua je dua tiga menjak ni.. 😯🤔 thx RM for the update 🌹 🌷💐
ReplyDeletebest
ReplyDeleteTq RM update....tumpang susah hati dekat ian n maghfirah.😐
ReplyDelete