TAK ingat akan
arwah kakaknya, dia memang akan lari daripada rumah. Kenapalah sejak akhir-akhir ni daddy suka
sangat ungkit tentang orang dah tak ada.
Kalau dah kata dia buruk segalanya, biarlah dia keluar. Kalau dah sakit sangat mata dan hati daddy
kerana dia, biarlah dia pergi.
Dah berminggu, tak
sudah-sudah nama itu meniti dekat mulut daddy.
Siang dah malam. Kakak dialah
yang boleh diharap. Yang mendengar
kata. Yang ikut segala kehendak dan
kemahuan daddy sejak dulu. Sedangkan dia,
kaki bantah, suka memberontak, suka buat hal sendiri. Yang buruk semua dia dan yang baik, semua kakaknya.
“You tak okey lagi
ke dengan daddy you?” Nazri tunjuk
risau.
Julia diam. Menyisip air perlahan-lahan. Buat-buat pandang telefon. Tak ada mood nak cakap pasal tu. Dia cuma nak bersembang dengan Nazri tapi
bukan hal dia.
“Jue? You dengar tak ni?” Nazri tayang wajah bosan. Ajak orang keluar, tapi buat perangai. Dah kenapa?
Baik dia tidur. Esok nak kena
pergi Raub ni.
“I dengar. Cuma…” Julia tarik muka. “…jangan cakap hal I, boleh?”
“Leh…” Wajah Nazri menyeringai. Hatinya membukam dengan rasa geram. “…kalau kata you ajak I keluar nak I jadi
tunggul kayu, baik I balik rumah tidur. Tak
pun baik I gerak balik kampung. Esok I ada site dekat Raub.” Dia dah sedia nak angkat punggung bila tangan
Julia menahan.
Bibir merah gadis
itu koyak dengan senyum.
“I dengar kata
kampung you seronok?”
“Apa yang seronok?” Manalah Julia dengar khabar angin ni? Apalah yang seronok dekat Kerambit tu. Sekarang aje ada coverage telefon. Itu pun bukan menyeluruh.
“I pun tak
tahu. Sebab tu I tanya…” sela Julia.
“Well, kampung I tu
pedalaman sikit. Sebelum jalan raya ke
Jerantut tu siap, pengangkutan utama kereta api aje. Line telefon jangan ceritalah. Haram tak
ada. Sekarang walaupun dah agak
berkembang tapi tak ada apa yang seronok.
Tak ada hiburan…” Senyuman Nazri
payau.
Dia tunduk. Betulkan duduk. Ya, tiada yang seronok melainkan
Maghfirah. Gadis itu ajelah yang buat
dia selalu nak balik kampung dulu. Sekarang,
entah berbaki ke tidak keseronokan tu, rasanya tak ada dah.
“You mesti ingat
dia, kan?”
“Dia?” Kening Nazri terjongket sebelah.
“I know… she’s
still lingering…” Mulut Julia terkatup
bila pandanganya dengan Nazri berlaga. Nazri
dah faham. Cukuplah sampai situ.
“Dia dah kahwin,
Jue. Kalau kata pun masih ada perasaan I
yang lingering pada dia, itu semua dah berlalu…” Sengaja dia tekan perkataan lingering
tu. Biar Julia tahu. Ada pun perasaan yang masih melingkari, apa
dia nak buat. Segalanya dah terlambat.
“Kiranya, I ada
peluang?”
Gelak tipis Nazri
lepas. Dia geleng kecil. Jue… Jue… dia tak tahu apa yang Julia suka
sangat dekat dia dan dia pun tak tahu kenapa dia tak ada rasa istimewa untuk
Julia. Tapi, apa salahnya dia buka
hati.
“You nak ikut I balik
kampung?”
“What?” Air yang baru masuk ke mulut, hampir
tersembur. Mata Julia bulat. “You nak main-mainkan I ke apa?”
“Terserah… kalau
you rasa I main-mainkan, jawapan you mesti tidak. I nak balik…”
“I ikut…” Tangan Julia terangkat ke udara. Gila nak lepas peluang ni. Orang kata, baik ambik hati mak bapak
dulu. Nanti hati anak sedang nak
ditawan.
“I nak gerak
petang ni…”
“Tak ada hal. I balik sekarang. Petang you jemput I dekat rumah, boleh?”
“Okey tapi daddy
dengan mama you?” Risau pulak
Nazri. Karang, kena fired tak memasal
sebab bawak anak bos keluar.
“I memang nak lari
daripada diorang untuk seketika. I harap
you boleh bawak I lari biarpun seketika, Nazri…” Pandangan Julia, adalah pandangan penuh
berharap.
Nazri senyum.
MAGHFIRAH gigit
bibir. Sebu dadanya melihatkan Ian yang sedang ketawa dengan ayah. Entah apa yang dibualkan. Kenapa, ya?
Biarpun dia yang ada dalam dakapan Ian, tapi hati lelaki itu terisi dengan
wanita lain? Bukan sekali malah hampir
setiap malam nama itu meniti di bibir Ian.
Ada masanya,
seluruh tubuh Ian lencun dengan peluh. Tidur
malamnya tak pernah lena sejak lelaki itu ada sama. Tapi, berat lidah dia untuk bertanya. Terlalu banyak soalan hinggakan tak tahu mana
dulu yang patut dia persoalkan.
Tambah pulak, dia
tak mahu Ian terasa hati. Mungkin itu
rahsia. Kerana itu Ian tak bukak mulut
sampai hari ni.
Birai mata yang
basah dikesat perlahan. Maghfirah turun
ke dapur. Entah apa nak masak hari
ni. Fikiran dia bercelaru hingga menjadi
berselirat. Susah dia nak susun. Tanpa sedar, suara ayah ada di belakang.
“Ayah nak apa?” soal Maghfirah bila Pak Mansor sekadar
merenung.
“Ayah tengok Firah
dah banyak hari, muram aje. Kenapa pulak
ni? Ayah tengok Ian tu okey. Firah pulak buat muka. Tak faham sungguh ayah dengan Firah ni…” Pak Mansor menggeleng sendiri. Berubah sangat Maghfirah ni.
“Firah pun tak
faham dengan diri sendiri, yah. Susah nak
cakap. Tak tahu kat mana nak mula…” Senyuman koyak tapi mata itu mula
berair.
Selama ini, hanya
ayah menjadi tempat mengadu. Sekarang, dia
ada Ian tapi rasanya dia juga sendiri. Sudahnya,
pada ayah juga dia kembali.
“Gamaknya, kita
memang silap, yah…”
“Silap apa
laginya, Firah?”
“Ian…”
Pak Mansor toleh
belakang. Ian turun tengok kereta
tadi. Dia dekati Maghfirah. Tak nak Ian dengar. Tak elok cakap benda buruk di belakang. Orang tu dah lah suami. Haih…
“Bukan Firah yang
Ian nak, ayah…”
“Maksud, Firah?”
Segala kekuatan
dikumpul. Nafas dihela dalam. “Ayah ingat Ian pernah mengigau dulu…”
Pak Mansor
diam. Maghfirah tahu ayah ingat.
“Hampir setiap
lena dia, dia akan sebut nama perempuan tu.
Firah tahu perempuan tu sangat penting dalam hati dia. Perempuan yang buat dia mengembara tanpa arah
tuju. Perempuan yang kejar dia dalam
mimpi dan jaga. Perempuan yang dia
cinta. Tapi sayang, perempuan tu bukan
nama Maghfirah. Bukan anak ayah…”
Hati Pak Mansor
beristighfar berkali-kali. Dia tak
tahu. Dia ingat mimpi ngeri Ian setakat
itu saja. Rupanya, berlarutan.
“Firah tak cuba
cakap dekat dia?”
Kepala Maghfirah
menggeleng. “Firah takut dia lagi
terluka kalau Firah tanya…”
“Habis tu, Firah
lukakan hati sendiri…” tingkah Pak
Mansor.
“Sebab tu Firah
kata kita dah sekat dia. Walaupun dia
kata dia tak nak pergi, tapi Firah yakin, dalam diri dia… dia rasa tersekat
ayah. Dengan tanggungjawab yang
tiba-tiba ada dekat bahu dia. Tanggungjawab
yang kita bagi pada dia tanpa kita sedar.
Tanggungjawab tu, ayah. Firah tak
nak orang berbelas dengan kita, ayah. Kita
hidup selama ni bukan sebab belas ehsan orang.
Kita dah biasa. Kita hidup ni
hanya sebab belas ehsan Tuhan, ayah. Tapi
Ian… dia dah ada masalah, sepertinya kita ni jadi nasik tambah lagi dalam hidup
dia…” Dia dah tak kisah akan diri
sendiri dan dia tahu ayah akan lebih tabah daripada sesiapa saja. Namun, hati dia tak mampu menerima andai Ian
menderita dan penyebabnya adalah dia!
Sebaknya, tak usah
digambarkan dengan kata-kata. Mata ayah
masih jelas untuk lihat keadaan dia yang serba-salah. Kasihnya pada Ian begitu kembang mekar. Cinta dia pada lelaki itu sedang
mewangi. Tapi, apa guna bila keindahan
yang mekar itu Ian tak mampu nikmati dan haruman cintanya sukar untuk Ian hidu.
Mendengarkan kata-kata
Maghfirah, Pak Mansor sampai tak mampu berkata apa. Diam. Meneliti
dan menimbang segalanya dengan hati yang redha dan jiwa yang terbuka. Bahagia Maghfirah perlu difikirkan. Bahagia Ian juga perlu diambik kira. Lama-lama Pak Mansor senyum. Mengusap lembut rambut anak
perempuannya.
“Pada ayah, elok
Firah bincang dengan Ian. Andai betul
dia sedang paksa diri dia terima sebab permintaan ayah, Firah berani ke
lepaskan dia pergi?”
Tanpa fikir
panjang, Maghfirah angguk. Jujurnya, dia
dah fikir daripada awal lagi. Sekarang,
bukan lagi masa untuk memikir, tapi untuk buat keputusan.
“Dan lebih penting
lagi, Firah rasa Firah tabah nak hadapi umpat keji orang kampung lagi bila
Firah hilang suami?”
Kali ini,
Maghfirah senyum. “Demi Tuhan,
ayah. Firah akan tabah berjalan…”
AYAH tak ke surau
malam ni. Tak sihat. Risaukan dia gamaknya. Rasa salah pulak meluah dekat ayah. Tapi, selain ayah… siapalah yang dia
ada. Ian… biarpun dekat tapi begitu
jauh. Sampai tak tergapai oleh
tangan. Pintu bilik ayah dirapatkan
sedikit. Baru saya pusing tubuh, Ian
tercegat di situ. Memakai kain pelikat
dan baju pagoda. Nampak seperti orang
kampung sungguh. Sepertinya milik dia
sepenuhnya. Tapi… Maghfirah senyum.
“Nak minum ke?” Selain soalan itu, soalan apa lagilah dia
mampu tanya sekarang. Canggung.
“Ayah dah tidur?” Soalan Maghfirah tak bersambut.
“Ayah tak sihat.”
“Kalau tak sihat
lagi, esok kita bawak ayah pergi klinik…”
“Insyaallah. Nanti saya pujuk ayah…” Tak berkata apa, Maghfirah maju ke pintu
untuk turun ke dapur.
“Kita sembang
kejap. Boleh?”
Langkah Maghfirah
terpaku. Dia pandang Ian dan
angguk. Tubuh yang masih kaku di situ,
ditarik oleh Ian masuk ke bilik. Maghfirah
duduk dibirai katil. Ian tarik bangku
kayu. Labuhkan duduk dekat dengan
Maghfirah. Hingga lutut mereka saling
bertemu.
Anak mata
Maghfirah yang begitu suram dipandang. Ingatkan
dia bawa bahagia tapi sudahnya, dia bawa duka.
Apa yang Maghfirah katakan pada ayah mertuanya siang tadi, merobek
seluruh jiwa.
Kau salah,
Ian! Itu yang hati dia bisikkan.
“Awak ada nak
cakap dengan saya?”
“Bukan ke awak
yang ajak saya sembang?”
Ian sengih. Dia tunduk.
Tangan Maghfirah dipaut dan digenggam kemas. Kasar.
Biasalah, semua benda Maghfirah buat.
Bukan seperti tangan June. Kuku pun
tak berkilat langsung. Tak sama dengan
kuku June yang sentiasa terjaga dan berkilau.
Kulit nipis yang terkoyak pada hujung jari juga dibiarkan. Memang Maghfirah tak pernah fikirkan diri dan
sekarang, hanya fikirkan bahagia dia.
“Saya nak mintak
maaf dengan awak…”
“Sebab?” Hati Maghfirah resah.
“Untuk segalanya…” Ian angkat mata. Kembali merenung mata isteri. Cantik sangat. Padanlah kalau kata Si Nazri tu gila lagi
dekat bini dia.
“Apapun jadi, saya
tak akan lepaskan Firah. Firah isteri
saya. Selamanya akan kekal isteri
saya. Kalau kata Firah derita dengan
saya pun, Firah kena tahan. Saya ni
adalah seorang doktor pakar yang gagal ubati diri sendiri, Firah. Sebab tu saya jadi macam ni. Betapa hebat pun saya, saya kena sedar…
kehebatan dan bakat saya tak mampu melawan takdir Tuhan. Maafkan saya sebab sebut nama perempuan lain…” Suara Ian kian serak. Sebaknya hanya TUhan yang tahu.
Rusuknya sedang
bersilang sesama sendiri. Remuknya hati. Dia tunduk hingga dahi menyentuh dada
Maghfirah.
“Sebab saya langgar
etika kerja saya. Sebab saya beri
harapan pada pesakit saya. Sebab saya
punahkan harapan dia. Sebab dia mati
depan saya. Sebab tu saya macam ni,
Maghfirah. Saya manusia berdosa yang
mencari keampunan TUhan saya. Tapi,
susahnya, Firah… sampaikan semua itu sedang kejar saya makin rapat. Tolong saya, Firah…” rayu Ian.
Bila dia angkat
wajah, airmatanya jatuh setitis ke pipi.
Memandang isteri berharap moga dilindungi. Katalah apa saja, dia juga lelaki yang perlu
dilindungi kerana dia sedang lemah.
...bersambung
cerita k.rehan slalu buat hati saya b'debar n xsaba nk tau smbungn...dupdapdupdapdupdap...harap yg ni dpt dibukukn...hehehe...thnks utk cerita yg xpernah menghampakan...chaiyok!!!
ReplyDeleteuhhhh....aku turut sedih IAN
ReplyDeleteBeratnya masalah dirang ni
ReplyDeleteKakak julia..blk kpg, mesti julia jmpa dgn ian
ReplyDeleteJulia tak kenal Ian, sebaliknya Ian akan ingat Julia itu June. Jeng jeng jeng
ReplyDeleteKesian Firah... kesian Ian😭
ReplyDeletepersoalan firah dh terjawab..nama perempuan yg selalu meniti di bibir Ian dh xde..Firah, tolong ubati luka Ian..
ReplyDeleteZulyati
sedih....
ReplyDeleteSedehnya...
ReplyDeletetgh tggu next nk tau bila julia ikut nazri balik kg. Adakah? Apakah? Seriuskah!
Uuwwaa..kesian Ian..kesian jugak kat firah...
ReplyDeleteAcana ni..? 😭😭
Tulisan rehan x pernah menghampakan
ReplyDeleteSedihya...sian ian...moga firah pon tabah 😟😢 thx RM for the update 🌹🌷💐
ReplyDeleteHuhuhu....
ReplyDelete