PAK Mansor tenang
mendengar butir bicara Maghfirah. Tiada
rasa nak menyampuk selagi Maghfirah tak minta dia bersuara. Dia tahu, Maghfirah sedang keliru. Masa lalu dan masa kini. Kedua-duanya dirasa gagal.
“Firah yakin apa
yang Firah cakap ni?” soal Pak Mansor
akhirnya.
“Erm… dia tak
sayangkan Firah, yah. Kadang-kadang
Firah rasa kita yang ikat kaki tangan dia.
Tahan kepergian dia. Tidaklah
Firah salahkan pinang dia untuk Firah.
Firah tahu ayah risaukan Firah.
Tapi, kan Firah dah cakap… Firah selesa dengan ayah. Dan, Firah jugak faham, ayah nak bagi Firah
kehidupan yang terjamin. Firah dah cakap
dekat Ian, bila-bila masa dia nak pergi, Firah tak akan sekat langsung,” cerita
Maghfirah jujur.
Ayah perlu
tahu. Dia bimbang kerana dia dan ayah,
Ian terkurung dalam sangkar. Andai
sangkar emas, tak apalah juga. Ini
sangkar buruk.
“Ayah tak setuju
dengan Firah. Ayah tak nampak pun Ian tu
tak sayangkan Firah. Layanan dia pada
Firah, ayah nampak dia benar-benar berusaha nak bahagiakan Firah…”
Maghfirah mengeluh
tipis bila ayah menyangkal. Itu
pandangan mata kasar. Tapi, dia yang merasa.
Ada masa, dia rasa Ian hanya nak ambik kesempatan atas dia. Kerana keperluan seorang lelaki.
“Itu apa yang ayah
nampak. Tak sama dengan apa yang Firah
rasa. Kalau betul dia nak pergi…” Maghfirah renung dalam anak mata tua ayahnya.
“…kita jangan
halang dia, ya ayah?” pintanya merayu.
Melihatkan
genangan jernih dalam mata Maghfirah, Pak Mansor akhirnya angguk. Baru rasa nak bahagia, diduga lagi. Dia tahu Maghfirah masih tak yakin sepenuhnya
dengan hidup, tapi tak apalah. Seperti
anaknya cakap… mereka bahagia berdua.
“Tak apalah. Ayah nak pergi rumah Suhaimi kejap. Katanya dia nak bagi ayah guna kereta dia
tu. Kat rumah dia pun, anak-anak tak
pandang dah kereta buruk katanya…” Pak Mansor bangkit.
“…bolehlah ayah
bawak Firah jalan-jalan lepas ni.”
Seloroh Pak Mansor dalam senyuman tawar.
“Ya, Firah akan
jadi co-pilot ayah selamanya.” Maghfirah
juga senyum. Kepergian ayah dihantar
dengan pandangan yang kelam.
Ayah dah usaha
untuk bahagia dia. Tapi, apa guna
fikirkan bahagia sendiri sedangkan Ian tak sepenuhnya bahagia. Ini lebih menyakitkan daripada ditinggalkan.
DIA… cuba untuk
bermesra dengan wanita itu tapi dia sendiri kaku. Dia memang seorang yang gagal. Apatah lagi mimpi ngeri itu sentiasa
menghimpit. Bukan dia sengaja tolak,
tapi dia takut lebih dalam lagi dia lukakan hati Maghfirah. Melihatkan cara Maghfirah menyebut nama June
pun dah buat hati lelakinya sebak, apatah lagi bila tahu sejarah lalu dia.
Dia tak nak
lukakan hati Maghfirah tapi mendengarkan suara Maghfirah bersembang dengan Pak
Mansor, bebannya meningkat dua kali ganda.
Dia tak patut begitu. Tapi, bila
dia cuba dekat, Maghfirah yang sering mengelak.
Fikir, Ian…
gunakan kelebihan yang pernah kau ada.
Fikir… jangan sakitkan hati perempuan yang begitu sayangkan kau! Jangan pentingkan diri, Ian!
Ian angkat
tubuh. Dia selak langsir lusuh itu dan
menjenguk ke luar tapi sepi. Gamaknya,
Pak Mansor dah keluar dan inilah masanya.
Ian kemaskan rambut yang dah panjang.
Bila menjengah ke dapur, Maghfirah ada di sinki. Tak masuk tengah hari lagi dah sibuk sediakan
makan.
Dia senyum. Apa lagi yang dia nak cari? Jodoh datang depan mata. Dipinang orang. Ingat senang ke bapak perempuan nak pinang
lelaki sembarangan macam dia ni untuk anak sendiri?
Dia pijak anak
tangga pertama. Terhenti di situ bila
Maghfirah toleh.
“Ada apa-apa boleh
saya tolong?” soal Maghfirah lembut.
Dahi Ian
berkerut. Aik… macam dah lama tak dengar soalan macam
tu. Kenapa sekarang diaju pulak? Aneh ni.
“Err… saya buat
sendiri…” Ian sengaja cakap
demikian. Sabar menanti kata balas
Maghfirah.
“Ya, boleh buat
sendiri sementara ada dalam rumah ni.
Nanti bila awak datang balik sebagai tetamu, tetamu tak dibenarkan buat
kerja dalam rumah ni..” Maghfirah terus
sambung kerja.
Langsung tak
menoleh lagi. Malah, riaknya lebih
tenang. Biarpun tak dingin seperti
mula-mula Ian jejak kaki ke sini, tapi dah lain.
Ya… itu ayat yang
sedikit berbeza biarpun mempunyai makna yang serupa. Makna kata, dia dah jadi orang luar dalam
sekelip mata bagi Maghfirah? Gitu? Kaki Ian menapak laju. Dia hampiri Maghfirah di sinki. Kedua belah tangan mengepung Maghfirah di
tengah.
“Kenapa tiba-tiba
saya jadik orang luar pulak?”
“Hah?” Maghfirah mahu menoleh tapi dia tahan. Ian berada terlalu dekat dengan dia. Kalau dia berpaling, mereka boleh bercium
gamaknya.
“Saya pegang pisau
ni…”
“Kalau dah takdir
saya mati di tangan…”
“Ya Tuhan…”
Ian dan Maghfirah
menoleh ke pintu dapur yang ternganga lebar.
Pisau lepas daripada tangan Maghfirah.
Dia cuba berganjak tapi tubuh Ian masih mengepung dia hinggakan antara
mereka begitu terhimpit.
“Betul kan aku
cakap…” Wajah Pak Mail menyinga.
Mata Maghfirah
terkebil-kebil sendiri. Dia tolak dada
bidang Ian menjauh. Saat ini, hanya
wajah ayah yang dia cari. Mana ayah? Kisah lalu seperti berulang kembali. Sama. Tak
berubah langsung. Yang lain adalah
lelaki di sisinya kerana lelaki yang dulu, ada di luar sana. Memandang dia dengan mata yang berkaca.
“Haaa… tak percaya
lagi kau, Nazri?” marah Pak Mail.
Nazri palingkan
wajah ke kanan. Tak mampu nak
lihat. Semalam, dia juga nampak
Maghfirah berpeluk sakan dekat pangkin. Biarpun
dalam gelap, dia tahu itu Maghfirah dengan lelaki ini.
“Apa lagi kamu
buat ni, Maghfirah? Ayah kamu mana?” Salah seorang orang kampung menyoal.
Birai mata Maghfirah
dah basah. Ian juga diam tak berkata
apa. Dia sendiri kelu. Ayat apa yang mahu dia muntahkan? Jika dulu dia jauh daripada Nazri pun orang
tak ambik kisah langsung dengan penjelasannya, sekarang… dia dan Ian begitu
rapat. Malah hampir melekap. Mesti tiada lagi ruang untuk dia pertahankan diri.
Mata Ian tak lepas
memandang seorang lelaki yang ada dengan beberapa orang lain. Wajah masing-masing menyinga tapi yang
seorang itulah yang paling bengis.
Memandang dia macam nak tembus dibuatnya. Inilah
orang kaya Mail ni. Dia kenal pun masa
ke surau beberapa kali. Dah itu… Ian
senyum senget pada Nazri.
Tenang… Ian
hulurkan salam tapi tangannya tak bersambut.
Tapi, dia tak kisah. Dia pernah
dilayan lebih teruk daripada ni. Tapi,
satu yang menarik. Pipi kiri itu masih
jelas parutnya. Nyata, memang benar apa
yang dia dengar. Maghfirah hampir
dikhianati dan gadis ini mempertahankan diri.
“Dulu kau dah
salah. Sekarang ni kau ulang lagi. Dasar perempuan murah!” Kuat suara mengherdik
Maghfirah yang nampak pucat.
Ayah mana? Ayah tak patut keluar. Itu yang hati dia jeritkan. Dia pandang Ian mencari jawapan pada wajah
tenang lelaki itu. Langsung tak berbekas
kerutan. Macam mana Ian boleh begitu
tenang dalam keadaan macam ni?
“Berapa kali kau
nak berkhalwat, Maghfirah? Aku dah
dengar banyak cerita orang kampung. Tapi
katanya, bapak kau ada bersama. Ini,
mana bapak kau? Tinggalkan kau
berdua? Gamaknya Mansor ni memang suka
jual anak!”
Mata Maghfirah
terpejam rapat. Hinaan kali ini lebih
padu. Lebih menyakitkan. Lebih membunuh.
“Sabar, pak
cik. Bagi saya terangkan dulu…”
Sedaya-upaya Ian memujuk. Tak betah dia
melihat wajah menahan tangis gadis di sisinya.
“Sabar apa lagi. Satu kampung ni jadi saksi…”
“Pak cik…” Ian nak
bersuara tapi Maghfirah menahan.
Mata Maghfirah
merenung Ian. Ada Nazri di depan mata,
dia tak berapa kuat. Dia raa nak aje
dimaki hamun Nazri. Tapi, dia tahan. Seperti mana dulu, kali ini juga dia
sabar.
“Ingat saya pesan,
dah terlalu lama awak berusaha daki tempat tinggi. Keletihan.
Sampai masa, turun ke tempat rendah adalah lebih baik,” pujuk Ian. Perlahan-lahan, tangannya meraba lengan
Magfirah.
Melurut lengan
halus gadis itu hingga tiba di tangan, jari-jemari mereka bersulam sesama
sendiri. Bukan sebelah tangan, malah
kedua-duanya. Langsung tak dihirau pada
mata yang memandang.
Alang-alang dia
nak bantu Maghfirah turun daripada tempat tinggi itu, biarlah dia pegang tangan
ini agar Maghfirah tak tersungkur. Biarpun
dia tahu, dia tak sepatutnya begini.
Tapi, harus bagaimana lagi?
“Awak dah sedia?” soal Ian perlahan.
Maghfirah kaku tak
bagi jawapan kerana dia tahu, kata-katanya tak akan diterima-pakai. Tapi, bila tangan kasar Ian naik memeluk
bahunya, dia berasa sedikit kuat. Rasa dilindungi. Seperti tumbuh benteng yang akan pertahankan
dia daripada apa-apa serangan.
“Demi Allah yang
maha melihat segala apanya, saya suami Maghfirah yang sah. Dia isteri saya yang sah mengikut hukum syarak…”
“Tipu!” Tak semena Nazri menjerit. Dia menggeleng bagai tak percaya. Semudah itu Maghfirah menjadi isteri pada
lelaki yang hanya datang bersanggah selama dua tiga bulan? Gila!
“Kau jangan
tipu? Firah tak akan buat benda bukan-bukan…”
“Yup. Kau betul.
Sebab dia tak akan buat benda bukan-bukan seperti mana yang kau pernah
tuduh dia dulu, dia kahwin dengan aku…” tempelak Ian.
Wajah masing-masing
kaget. Suasana sepi seketika. Maghfirah hanya tunduk. Mengiyakan tidak, menafi juga jauh
sekali.
“Boleh percaya
ke? Amboii… tak puas asmaradana
tiba-tiba bila dah kantoi, jadi laki bini pulak, ya?” Pak Mail masih marah rupanya.
“Boleh, Mail. Aku yang nikahkan diorang…”
Ian lempar
pandangan keluar rumah. Semua orang
turut menoleh. Imam surau, Pak Suhaimi
dan Pak Mansor muncul. Riak Pak Mansor
jelas kecewa. Kecewa kerana orang
kampung masih tak berubah.
“Imam pun sama
subahat ke apa?”
“Eh, subahat apa
pulak. Borang diorang ada lagi dekat
pejabat aku dekat surau tu kalau kau nak tengok. Suhaimi dengan anak dia jadi saksi. Mansor sendiri walikan. Kau tu, mana nak tahu. Surau pun setahun sekali aje kau jejak. Ini datang rumah orang, tuduh bukan-bukan…”
Pak Mail nampak
terkulat-kulat tapi dia masih tak kalah.
“Eleh, mam. Kalau betul, kenapa
tak uar-uarkan?”
“Masalahnya, kau
tu nak terima ke kalau ada berita baik tentang keluarga Mansor ni? Lagi satu, diorang buat semampunya. Dah laki bini di tak mampu nak ada majlis
segala, aku nak kata apa. Perkahwinan ni
yang wajibnya ada pasangan, wali, saksi dan akad aje, Mail. Kau kena ingat tu. Tak semua orang mampu buat majlis
gilang-gemilang macam kau tunangkan Nazri dengan Firah dulu. Tapi, tak berjodoh jugak. Dah, macam ni jodoh diorang… tak boleh ke
kita doakan aje. Aku tak kata Mansor
betul sebab senyap-senyap nikahkan anak dia.
Tapi, sebab aku tahu orang kampung benci dia, sebab tu aku nikahkan
jugak budak berdua ni. Kau tu jangan
pandang orang macam kau ajelah yang tinggi ilmu agama, Mail. Tak baik,”
bebel Imam lantas menoleh pergi.
“Aku pergi minum
air rumah kau ajelah, Suhaimi.” Ingat
tadi datang sebab nak raikan Maghfirah kerana dia tahu, anak ni pandai
masak. Dah ada keramaian lain
pulak.
Eloklah. Dia pun dah lama geram dekat Mail dengan
orang kampung ni. Mentang-mentang Mail
tu kaya-raya, sanggup jadi lembu cucuk hidung segala.
“Mail, aku mintak
maaf,” pinta Pak Mansor perlahan.
“…jemputlah masuk
minum dulu,” ajaknya sopan. Tapi, Pak
Mail hanya berlalu dan pergi.
Yang tinggal hanya
Nazri. Tunduk membisu.
“Bila awak nikah,
Firah?” soalnya terus pada
Maghfirah. Lantaklah Ian lempar
pandangan amaran pada dia pun. Dia rela
bertumbuk saat ini. Katalah apa saja.
“Dah dekat dua
minggu. Suami saya sendiri ke surau dan
cakap dengan imam. Memandangkan kami
berdua tak ada harta, dia pun hanya bayar mas kahwin dan upah imam… yang
lainnya tak penting lagi untuk kami,” jawab Maghfirah jujur.
Kerana itu ayah
kerap ajak Ian ke surau tempoh hari. Dia
pun tak tahu sebenarnya. Bila dia tahu,
segalanya dah sedia. Cuma… dia pandang
Ian. Mereka sedang bermula sebagai kawan
kerana dia tahu, dalam hati lelaki yang menjadi suaminya adalah wanita
lain.
...bersambung
omaiiii....
ReplyDeleteAlhamdulillah....moga bhgia cpat mjelma
ReplyDeletewah..episod Ian memikat hati Firah la pulak lps ni..sian Firah..
ReplyDeleteZulyati
ohmaiiii..patutle lain mcm je bace ep2 sblm niii..wahhhh
ReplyDeleteLapa2 nak agi....hehe
ReplyDeletenopeee, firahhh..laki hang tu ..aku dok agak dah
ReplyDeletecis, ian ni senyap2 ja dia noh
Beratnya...
ReplyDeleteHmmm......hati ian memang ada cinta utk firahke?
ReplyDeleteNk lg kak...marathon jom mlm ni..hihi
ReplyDeletepatutle pak mansor berani tinggalkan depa berdua2an...dah halal...suspen .......
ReplyDeleteYesssss....mereka halal
ReplyDeleteYes . Dh kahwin rupanya 😍
ReplyDeletenext please
ReplyDeleteSaspen je....udah halal upanya...
ReplyDeleteSaspen je....udah halal upanya...
ReplyDeleteOoo hahaha tipah tertipu rupanye.. patutla pak mansor biar diorang berdua dlm rumah.. hehe br fhm maksud "jgn speku" 😅😂 tqvm RM for the update 🌹🌷💐
ReplyDeleteHomai... dah nikah gupahnya.... hehehe, padan mukan Nazri dn bapanya..ambik ko... tq RM dah update
ReplyDeleteLoooo dah kahwin rupanya
ReplyDelete