NAMA dan wajah
Maghfirah tak lepas dalam kepala. Nazri
mengeluh dan terus mengeluh. Dia cuba
jernihkan keadaan tapi rupanya, keadaan semakin keruh. Dia patut halang ayah ke rumah Pak Mansor
hari tu tapi apa nak kata, dia tak pernah dapat halang ayah. Dulu jugak sama.
Ayah tak suka
Maghfirah dan keluarganya. Tapi, dia
yang berkeras. Tak sangka, begitu sekali
ayah mahu pisahkan dia dan dia masa itu hanya mengikut kata ayah. Demi maruah sendiri. Dia yang tak bertahan. Dia yang gagal mengawal diri. Semua salah dia.
Sekarang, dah
lebih dua minggu. Melihatkan pada air
wajah Maghfirah, dia yakin sangat… Maghfirah tak bahagia. Nampak sangat dipaksa untuk terima lelaki
yang entah sesiapa. Mungkin bukan salah
Maghfirah atau Pak Mansor sendiri. Dia
tentu mahu Maghfirah kahwin dan mengelak apa saja fitnah.
Daun pintu
diketuk. Nazri angkat wajah. Julia senyum.
“Kenapa?”
“I saja datang nak
ajak you makan. Alang-alang you ada
dekat ofis. Kalau tidak, you sibuk
manjang…”
Nazri angguk. Telefon dicapai dan dia terus dekati
Julia. Julia, anak tunggal bos tempat
dia kerja. Paling kelakar, suka dekat
dia. Dan dia, tak pernah ada perasan
lebih pada Julia. Dalam hati, hanya
Maghfirah menguasai sejak dulu.
“Bukan I dengar
cerita you balik kampung ke? Kenapa
monyok aje?” soal Julia sebaik saja
mereka masuk ke dalam lif.
“Tak kan you gaduh
dengan ayah you lagi?” duga Julia kerana
masalah Nazri rasanya hanya kegagalan berkomunikasi dengan ayah sendiri. Sejak dulu.
“Hal apa pulak kali
ni?” Tengok pada wajah Nazri, memang
betullah tu telahan dia.
“Macam-macam…” Lif ternganga. Nazri menapak keluar terlebih dulu.
“I tak nak makan
berat. You nak makan apa?”
“Kalau gitu, kita
minum ajelah..”
“The
Library?”
“Sure…” Kening Julia terjongket sebelah. Setuju.
Setelah membuat
pesanan, Nazri duduk di depan Julia.
Hanya memandang gadis anggun ini tanpa apa-apa rasa. Pelik.
Julia ada segalanya. Anak orang
kaya, cantik, bijak, berkedudukan, berpendidikan… tapi kenapalah yang budak kampung
dok ceruk dapur itu jugaklah yang dia angaukan.
“You tak nak
cerita ke?”
“I tak ada cerita,
Jue..”
Julia senyum. Dilepaskan silang kaki. “Kalau you cerita, I pun nak cerita masalah I
dekat you…”
“Sungguh?” Nazri buat muka tak percaya. Sejak dia kenal Julia, sejak bila perempuan
ni ada masalah?
“Macam pelik bila
you ada masalah, Jue…” Nazri gelak
kecil.
“Itulah. You tak pernah nak tanya I.”
“Dah, you tak nak
cerita,” sela Nazri.
Julia mengeluh
tipis. Memang Nazri tak pernah ada perasaan
istimewa pada dia. Dia tahu. Tapi, dia juga tak nak putus asa. Dia akan cuba sampai berjaya.
“Okey, I
cerita. You nak dengar?”
“Ya, I dengar
walaupun I tak boleh nak tolong you selesaikan.
Tapi, setidak-tidaknya, you boleh kurangkan beban. Betul tak?”
Senyuman pada
bibir merah delima milik Julia mekar lebar.
Dia angguk. Dua minggu dia
sendiri hampir gila.
“You tahu kan I
hidup tak buat apa. Semuanya orang tua I
bagi. Tak tahulah kenapa, hari tu,
diorang ada ungkit sebab I tak boleh nak diharap jaga syarikat atau apa
saja. Dahlah degil, tak dengar kata, tak
buat apa…”
Nazri pasang
minat. Kedengaran pelik ni. Bos dia marah anak tunggal? Biar benar?
“I rasa you tak
tahu yang I ada sorang kakak sebelum ni.
Bukan kembar tapi hampir seiras…”
“What?” Hampir tersembur air dalam mulut Nazri.
“I tak pernah tahu
dan dia pun tak pernah datang ofis pun..”
Kotlah dia terlepas pandang.
Sebab banyak sangat ada dekat site daripada ofis.
“Dia dah tak
ada…”
“Oh, I mintak
maaf, Jue…”
“Don’t be. Bukan salah sesiapa. Salah dia sendirilah kot. Tapi, pada I senang aje. Mati ni kan kerja Tuhan. Bukan kita boleh sekat. Tapi, sebab dia tu kiranya anak yang ikut
cakap orang tua I, jadi orang tua I rasa kehilangan sangat. Well, nak bentuk I jadi macam arwah macam dah
terlambat. I ni free-spirit. I tak boleh orang arah itu ini…”
Kepala Nazri
terangguk-angguk sendiri. Dia
faham. Kerana itu dia tiada rasa
istimewa kot pada Julia. Dia suka yang
macam Maghfirah. Kekampungan sikit. Polos tak tahu apa-apa. Tanpa sedar, dia senyum mengingatkan kenangan
lama mereka.
“You boleh senyum
I cerita masalah I?” Julia bagai tak
percaya.
“Eh, sorry, Jue. I
senyum sebab lain…” Nazri tepuk mulut.
“Kenapa? Sebab keluarga you dah carikkan jodoh untuk
you? Gitu?” Kisah lalu keluarganya dah terbang
bebas. Terasa sebu hati andai benar
jodoh untuk Nazri sudah dipilih.
“Tak dicarik tapi
ditanya. Itu masalah I,” jawab Nazri
dalam senyuman sinis. Rasanya, itu dah cukup untuk menjawab semua
pertanyaan Julia.
“Habis tu, apa
jawapan you?” Riak wajah Julia nampak
berubah. Dah jernih sedikit.
“I jawab tak ada…”
“Langsung tak
ada?” soal Julia kecewa.
Nazri angguk. “Kalau ada pun, dia dah kahwin…”
Lidah Julia
kaku. Dia pernah tahu Nazri ada kekasih
hati. Malah sempat bertunang tapi dah
lama jugak putus. Tak kanlah Nazri masih
suka perempuan tu lagi?
“You masih sayang
dia nampaknya?”
“Entahlah,
Jue…” Bahu Nazri naik. Dia benar-benar tak tahu. Tapi, melihatkan Maghfirah dalam pelukan
lelaki lain, hati sendiri retak… cintalah tu gamaknya.
“By the way, kalau
you tak keberatan, boleh I tanya?”
“Yes,
please…”
“Kakak you tu
sakit apa?”
Julia telan
liur. Nak cakap ke tidak. Itu aib keluarga. Tapi, dia percayakan Nazri.
“Suicide.”
Tak berkata apa,
Nazri terkebil-kebil.
“Dia ada masalah
sikit. I pun tak tahu sangat. Masa tu I dekat oversea. You tahulah, I ni suka perabih duit orang
tua. Bila I dapat berita, dia dah tak
ada. Katanya dia terjun daripada tingkat
lima bilik doktor psikiatri yang rawat dia selama ni…”
“Jue… I…” Bahasa apa yang mahu Nazri gunakan, dia tak
pasti. Semuanya sangat mengejutkan. Dia tak pernah tahu.
“Relaks… kami dah
boleh terima dah. Cuma I tertanya,
kenapa kakak jadi sangat tertekan. Dia
lain dulu. Tenang… kalau sekali I dapat
jumpa doktor yang rawat dia tu, I nak tanya.
Tapi sayang, doktor tu letak jawatan lepas kakak I terjun bangunan depan
dia…”
“Tuhan… I tak tahu
pun, Jue… masalah you lagi berat daripada I…”
Julia gelak. “Hey, kan I dah cakap. Relaks.
Benda dah jadi. Bukan salah
sesiapa.” Julia mengesat juring
matanya. Dah lama juga dia cuba carik
doktor peribadi kakak dia, tapi tak dapat dikesan langsung.
“Mana doktor dia pergi?”
Bahu Julia
terangkat. Dia pun tak tahu. Doktor muda itu hilang tanpa dikesan. “Andai sekali I dapat jumpa doktor dia, satu
soalan aje I tanya tanya…” Airmata Julia
menitis setitis.
“Tak dapat
dikesan?”
Kali ini, Julia
angguk. “I ada simpan kad nama dia
aje. Yang pasti, dia macam dah tak wujud
atas muka bumi ni…”
Purse dibuka. Kad nama yang dah sedikit lusuh itu ditarik
dan ditatap tajam. Dia ada dengar cerita
tak elok tentang doktor muda ni. Andai
benar, doktor inilah punca kakak dia bunuh diri.
“Boleh I
tengok?” pinta Nazri.
Tak menanti, Julia
terus letak atas meja.
“Muhamad Nur
Furqan? Psychiatrist?”
MAGHFIRAH buat
muka. Dia hentak pisau atas meja. Melepaskan nafas berat. Kemudian, menarik nafas dalam-dalam.
“Awak tahu tak apa
makna rimas?”
“Oh, saya dah
ingat-ingat lupa. Perlu ke saya belek
kamus dewan?” jawab Ian.
“Orang dah cakap
banyak kali dah, jangan buat kelakar.
Tak kelakar langsung.”
“Okey, saya cuba
lagi lain kali…” Laju Ian menjawab.
Tersengih-sengih bila dapat usik isteri sendiri. Barulah rasa bernafas sikit. Barulah rasa penghuni rumah ni. Kalau tidak, memang macam tetamu dilayan oleh
Maghfirah.
“Saya pegang pisau
ni…”
“Saya pegang
tangan awak ni…” Ian lambaikan tangan
Maghfirah yang ada dalam genggamannya.
“Saya nak masak
ni…”
“Saya nak temankan
ni…”
Makinlah Maghfirah
tarik muka. Tadi, tangan Ian berlingkau
dekat pinggang dia, sekarang ni, pegang lengan dia pulak.
“Oh, yalah. Saya baru teringat satu benda. Hari yang kita kena serang hendap tu, awak
ada cakap. Awak kata apa nak buat kalau
dah takdir awak mati… apa ayat yang awak nak sambung tu?”
Ian julingkan mata
ke atas cuba memikir. Dia senyum
sendiri. “Yang itu ke? Bukan awak dah boleh sambung sendiri ke?”
“Tak… tak. Saya tak tahu. Jadinya, saya tertanya sangat. Boleh awak sambung tak?”
Ian senyum. Rupanya, dalam diri Maghfirah masih ada sikap
keanakan yang sengaja disorok selama ni.
“Kalau dah takdir
saya mati di tangan isteri sendiri, apa saya nak kata. Tapi, jujurnya saya risaukan sesuatu kalau
saya pergi dulu…” Ian telan liur. Pisau ditangan Maghfirah ditarik dan diletak
dalam besen.
Dia paut bahu
isterinya. Tak sangka. Jodoh ni memang aturan Tuhan. Tengok… sekelip mata, dia kahwin dengan
perempuan ni. Sekelip mata status dia
berubah. Sekelip mata juga, mereka dah
jadi mesra.
“…saya risau mampu
ke isteri saya ni terima kepergian saya?
Mampu ke tabah berjalan seandainya saya tiada di sisi…”
Mendengarkan
pengakuan Ian, Maghfirah angguk dua tiga kali.
Benar… andai Ian tiada dia akan kembali sepi. Jika sebelum ini, dia yakin dia mampu tapi
sekarang dia sedikit ragu-ragu.
Ian telah ajar dia
bagaimana cinta yang sebenar cinta. Ian telah
ajar dia apa itu makna hidup berdua dan saling bergantung-harap. Ian telah ajar dia untuk buang segala kesepian. Kerana itu, andai Ian pergi… dia mungkin akan
kembali merangkak demi meneruskan perjalanan yang masih berbaki.
“Jangan tinggalkan
saya?” Mata Maghfirah mula berkaca-kaca.
Ian senyum. Ditarik
isteri ke dalam pelukan. Diusap belakang
Maghfirah perlahan. Dia angguk
sendiri.
“Destinasi
terakhir saya adalah awak, Firah. Mana lagi
saya nak pergi, bila kini saya temui jalan mati?” ujar Ian penuh makna.
Menerima janji
Ian, Maghfirah turut memeluk tubuh sasa Ian.
Erat dan kejap. Dia senyum
lebar. Dan berharap moga mimpi ngerinya
segera sirna. Untuk selamanya kerana dia
mahu bina mimpi indah bersama wanita ini.
..bersambung
Omg iannn. June . Kakak jue. Daebakk
ReplyDeleteIan kah doc tu? uwaaa...nxt plisss..
ReplyDeleteFurqan to ian..oh..tq
ReplyDeleteIan...psychiatrist???
ReplyDeletePedih...
ReplyDeleteTqvm Rehan utk sambungan citer ni
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteMangai, aduh cik RM tak pernah tak membuat hatiku berdebar.....
ReplyDeleteBerkait sgt dekat antara june n julia... dan nazri!!
ReplyDeleteOoo Furqan
Adoi... mungkinkah nanti Jue akan tuntut bela atas kematian June dan Nazri akan menangguk di air yang keruh? hmmmm....
ReplyDeleteHomaii...terbabit plak ian di sini..dgn hidup june julia..haiyakkk...
ReplyDeleteNext plss..😬
MUHAMAD NUR FURQAN....ku tunggu jawapan dari mu untuk soalan dari JULIA
ReplyDeleteIan...psychiatrist???
ReplyDeleteApala soklan yg si julia nk tanya sgt pd ian tu ye? Dan apa pula cerita X elok yg julia dgr ttg ian... 🤔🤔🤔 thx RM for the update 🌹🌷💐
ReplyDelete