Wednesday, August 23, 2017

Objection 12

KEPALA Azman rasa pening tiba-tiba.  Apalah nak jadi dengan anak-anak dia?  Sorang hilang entah mana pergi.  Telefon pun tidak.  Atau memang Airin ni menipu dia?  Sedangkan semua tak tahu mana Aira pergi?  Yang Si Airin ni pulak sign kontrak dengan agensi pelancongan mana entah?  Main sign aje.  Cubalah bawak berbincang dengan orang tua dulu.  Macam tiada mak bapak.    
“Ayah, Rin pergi timba pengalamanlah.  Lagipun, sambil-sambil wartawan tu nak interview salah sorang rakyat Malaysia yang berjaya di sana.  Katanya, tak pernah lagi ada yang berjaya interview dia tu, tapi kali ni dia macam setuju.  Itu yang dia nak Rin ikut sekali untuk photoshoot.  Bolehlah ayah…”  Lengan Azman dipeluk erat. 
Sesekali, Airin pandang Maria.  Meminta agar mama menyokong tindakannya. 

“Pergi dengan Alif ke?”  Bukan dia tak kenal Alif tu.  Bos dekat majalah apa entah.  Nak dilarang Airin berkawan, budak ni mana makan saman.
“Yang nak interview orang tu, team Aliflah…”  Airin sengih.  Meminta simpati dan pengertian ayah.
“Ayah risau, Rin.  Dahlah Aira entah mana-mana…”
“Nak risau apa dekat Aira tu.  Dia memang sengaja pergi.  Pandai pergi, pandailah dia balik,”  tambah Maria. 
Azman mengeluh.  “Berapa hari?” 
“Tiga hari aje, yah.  Kalau kata projek tu jalan, baru Rin pergi lagi sekali…” 
Akhirnya, Azman hanya menyepi.  Melarang tidak, memberi izin jauh sekali.  Tapi, dia malas nak fikir.  Sehari dua ni, kesihatan dia makin merosot.  Tiada siapa peduli, melainkan Aira.  Tapi, manalah Aira?  Kalau betul Aira suka sangat dengan lelaki bernama Zariq tu, dia akan izinkan.  Aira pun dah sampai umur untuk kahwin. 
Selama ini, bukan sekali Aira zahirkan hasrat nak keluar dan hidup sendiri.  Dia yang melarang.  Berjanji untuk membiarkan Aira keluar bila tepat masanya.  Masa yang dia maksudkan adalah bila Aira menjadi seorang isteri pada lelaki yang bertanggungjawab dan mampu menjaga Aira. 
“Jaga diri, Airin…”  pesannya perlahan.
Senyuman Airin koyak.  Senyuman Maria juga.  Lega ayah izinkan.  Lega bila ayah mula percaya yang Aira benar-benar ikut lelaki itu pergi.  Tapi, agaknya mana Zariq hilang lepas dia tinggalkan lelaki itu seperti anjing kurap dulu. 
Pertama kali dia melihat Zariq bersama Aira, hati dia dipagut cemburu.  Macam mana Aira boleh dapat lelaki kaya seperti itu.  Tengok sajalah pada motor dan kereta Zariq biarpun lelaki itu kata itu semua pinjaman.  Dia tetap mahu percaya itu harta Zariq.  Zariq anak orang berada.  Tapi, bila dia dapat tahu yang Zariq anak yatim-piatu, malah tiada apa… dia mula bosan.  Lagipun, dapat tengok wajah kecewa Aira… itu lebih bernilai. 
“Rin, ni mama nak tanya…”  Maria memanggil anaknya bila Azman keluar ke laman. 
“Zariq tu, betul ke pakwe Aira?” 
“Betullah gamaknya…”
“Kacak?” 
“Kot…”  Entahlah.  Malas nak ingat wajah Zariq.  Memanglah kacak tapi… hurm…
“Kaya?” 
Terus Airin gelak.  Kalau Zariq tu kaya, dia mungkin dah jadi isteri Zariq sekarang.  Tapi, Zariq tu tiada apa.  Tak mungkinlah dia nak hidup susah.  Kasih sayang tak dapat penuhi keinginan dia.  Semua yang ada, Zariq pinjam.  Buat malu dia aje bila semua kawan-kawan dapat tahu. 
“Kira padanlah dengan Si Aira tu…”  cebik Airin.  Dia ingat lagi saat Aira hadir dalam hidup mereka.  Dia tak boleh terima.  Hingga saat ini.
Kerana apa?  Kerana semua orang nampak Aira tak ubah seperti bidadari dan dia pula seperti jembalang tanah.  Semua kebaikan milik Aira dan segala kejahatan itu adalah daripada dia.  Tidakkah itu semua tak adil? 
“I hate her, ma…”  ujar Airin tiba-tiba.  Dia kerling Maria.  Wanita itu hanya senyum. 



MENDENGARKAN Zariq bercerita tentang niat nak sambung belajar sampai ke negara orang, timbul cemburu di hati Aira.  Kalau dia mohon penaja, agaknya dia boleh dapat jugak tak?  Kalau dapat, nak ke ayah izinkan. 
“Kalau saya mohon, awak rasa saya dapat tak?” 
“Awak nak sambung law ke?” 
Aira angguk.  Matanya bersinar-sinar.  Zariq senyum.  Angguk. 
“Haruslah dapat.  Awak kan bijak.  Nak pergi sama-sama?”  Kening lebat Zariq terangkat. 
“Betul ni?”  Aira teruja.
“Bila masa saya pernah tipu awak sejak kita kenal?” 
Tawa Aira terhambur.  Dia angguk berkali-kali dengan senyuman yang buatkan mata bundar dia hampir terkatup. 
“Eh, awak nak tengok sesuatu?”  Zariq jongket sebelah kening.  Terus dia keluarkan gambar Aira. 
“Zariq!”  Aira terjerit kecil.  Bila masa pulak Zariq tangkap gambar dia ni.  Curi-curi pulak tu. 
“Tapi, cantik pulak saya bila awak yang ambik gambar ni.”  Dengan Zariq, dia dah biasa puji diri sendiri.
Zariq mencebek lebar.  Tapi, dia angguk juga.  Aira memang cantik pun.  Kalau berjalan dengan Aira, memang akan jadi tumpuanlah dia. 
“Itu kenyataan.  Kawan baik saya ni, memang cantik.  Tapi…”  Zariq lempar pandangan jauh ke belakang.  Menongkat dagu dan melambai beberapa kali. 
“…yang baru nak datang tu, lagi cantik…” 
Dahi Aira berlapis kerutan.  Dia toleh belakang.  Airin sedang mendekati.  Kenapa Airin boleh ada dekat sini pulak? 
“Awak ajak dia datang sini?”
“Hurm… saya tak ada kelas hari ni.  Saya datang ni pun sebab nak teman awak.  Tapi, saya ajak adik awak sekali.  Awak tak kisah, kan?” 
Saat ini, wajah Aira serba-salah.  Rasanya, baru sebulan dia kenalkan Airin dengan Zariq.  Secepat inikah bunga cinta antara dua orang ini berkembang? 
“Saya sayangkan awak, Zariq.  Saya risaukan awak sebab saya kenal adik saya macam mana,” luah Aira.  Wajahnya mendung. 
Tapi, lelaki itu hanya senyum.  “Kalau awak ikhlas pada saya, saya jugak yakin adik awak ikhlas dekat saya…”
“Kami berbeza, Zariq.  Tak ada yang serupa…”  Malah, darah pun lain.  Dia nak cakap hakikat tu tapi berat lidahnya. 
“Awak kenal saya kan, Aira?”  soal Zariq.  “Saya memang betul-betul suka Airin.  Saya akan bahagiakan dia,” janji Zariq meyakinkan Aira. 
Argh… hati Aira mahu meningkah tapi dia pilih untuk diam.  Susah sungguh bila mata dan hati yang nampak cinta.  Memanglah Zariq mampu bahagiakan Airin tapi sebaliknya, macam mana.  Airin tak boleh bahagiakan sesiapa. 
“Kalau dah itu yang awak cakap, saya tak akan sentuh lagi tentang hubungan awak dengan Airin.  Tapi, satu awak kena janji…”  Bicara Aira serius.  Sebelum Airin tiba, dia kena luahkan sebab dia tahu Zariq kini tiada banyak masa untuk dia. 
Itu hakikat yang sedang terjadi.  Sama seperti yang mama dan Airin katakan sebelum  ini.  Dia tidak cemburu.  Langsung tidak.  Cuma, tak mahu Zariq terluka.  Itu saja. 
“Apapun jadi, awak kena bahagia.  Awak kena terima dengan hati yang terbuka.  Saya sentiasa ada untuk awak.  Awak kena ingat tu.  Kalau awak tak nak saya kahwin pun, saya tak akan kahwin.  Kita kawan sampai kita mati.  We will grow old together…” 
Waktu ini, Zariq senyum dan angguk.  “Saya sayang awak jugak, Aira…”  Persahabatan mereka, tak pernah ternoda. 



ZARIQ!  Aira buka mata.  Dia nampak tercari-cari.  Mana Zariq?  Mana awak, Zariq?  Awak kata sayangkan saya, tapi kenapa awak sanggup biarkan abang awak seksa hidup saya?  Saya bukan pesalah.  Saya difitnah hanya kerana gambar yang awak tinggalkan.
Airmata Aira jatuh ke pipi.  Dikesat perlahan.  Lama dia tunduk.  Baru dia perasan dia ada di mana.  Bilik yang bercat putih.  Malah, cadar dan semua perabotnya juga berwarna putih.  Tapi dia, masih berbalut jaket hitam milik lelaki itu.  Dah kering pun.  Makna kata, memang lelaki itu berpegang pada janji.  Langsung tak buat khianat padanya. 
Aira tolak selimut.  Bangkit berjalan menuju ke tingkap.  Dikuak tingkap itu lebar.  Angin pantai terus berhembus garang.  Sayup mata memandang.  Boleh jadi laut itu Laut Andaman.  Jika benar tekaan dia, dia berada di Selatan Thailand.  Melihat pada keindahan pulau ini, gamaknya dia di Phuket.  Pernah, dia teringin nak ke sini bila kerap kali Zariq sebut.  Ingin menikmati keindahan alam.  Hari ini, keinginan dia tercapai.  Tapi, caranya begitu memeritkan. 
Macam mana kalau dia tertangkap oleh pihak berkuasa.  Pasti dia akan dipenjara.  Aira menggigil sendiri memikirkan perkara itu.  Jaket itu dizip hingga ke leher.  Dia rapati sebuah meja.  Ada buku yang tersusun di situ.  Semuanya tentang fiksyen Bahasa Inggeris.  Terselit juga buku tentang hasil seni.  Sah, ini kepunyaan Zariq. 
Jarinya menari di atas buku-buku tersebut.  Berniat nak mengambilnya.  Boleh juga dijadikan bahan bacaan bila dia balik ke pondok usang tu.  Yang dah menjadi rumah dia sekarang setelah berminggu dia di sini. 
Jari runcingnya bergerak lagi hingga terhenti pada sebuah buku yang paling akhir.  Ditarik buku itu.  Buku tentang undang-undang.  Dia pernah ada buku ni.  Aira belek buku tersebut.  Tepat pada mukasurat yang dia inginkan.
Bagi mereka yang terlibat dengan kesalahan menculik, tertuduh yang terlibat boleh didakwa mengikut Seksyen 3 Akta Culik 1961 yang dibacakan bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati atau dipenjara seumur hidup dan boleh dikenakan sebatan.
Bibir Aira menguntum senyum.  Tidaklah dia berharap hukuman sebegini teruk pada lelaki itu apatah lagi bila dia tahu, lelaki itu abang pada Zariq.  Cumanya, dia mahu keadilan.  Dia belek helaian pertama. 
Ada tulisan bertinta tangan di situ. 

                  Ayah dengan umi, doakan Abang Zafiq capai impian untuk jadi seorang
                  peguam yang disegani.  Hanya Zariq dan Zafiq harta abah dan umi,
                dunia akhirat. 

Zafiq?  Aira menyebut nama itu perlahan.  Lelaki bengis itu, namanya Zafiq.  Dan, buku ini tentulah hadiah pemberian daripada orang tuanya.  Adakah benar Zafiq belajar tentang undang-undang sama seperti dia?  Makna kata, Zafiq tahu akan hukuman apa yang bakal menimpa jika tertangkap?  Tapi, masih buat tak reti? 
“Aku dah tak kisah tentang apa nak jadi pada aku!”  Kata-kata Zafiq pertama kali dulu, terngiang-ngiang dalam kepala. 
Makna kata, lelaki itu benar-benar bersedia untuk apa saja.  Tak sedar, Aira mengeluh.  Dia bawa buku itu ke dada.  Terus membuang pandang ke lautan.  Teringin nak terjun dalam laut tapi dia tak reti berenang.  Setakat air paras pinggang, boleh lagilah. 
“Sampai bila kau baru nak sedar yang kau tu, bukan puteri dekat sini?” 
Buku jatuh ke kaki.  Aira menoleh.  Zafiq sedang bersandar pada bingkai pintu.  Entah bila pintu itu dibuka.  Dia selit rambutnya belakang telinga.  Meraup wajah berkali-kali. 
“Aku dah bangun lama…”
“Sungguh?  Aku datang lima belas minit lepas aku tengok kau berdengkur lagi…”
“Hah?”  Mata Aira bulat. 
Zafiq kerut kening.  Apa kena pulak perempuan ni?  Aku tak tengking pun lagi.  Tak cakap bukan-bukan pun?  Terkejut kenapa? 
“Betul ke aku tidur berdengkur?” 
Leh… Zafiq rasa nak maki orang aje dengan soalan Aira.  Ingatkan apalah tadi.  Sebab berdengkur ke Aira boleh bulat mata sampai macam tu sekali?  Dasar perempuan plastik.  Tak boleh nampak kelemahan sikit pun.  Semua nak sempurna aje.
“Kenapa?  Orang berdengkur ni, buruk sangat ke?”  soalnya keras.
Aira diam.  Betul ke aku tidur berdengkur?  Mati-mati selama ini ingat aku tidur tenang tanpa sebarang bunyi. 
“Kau tak percaya?  Nak aku rakam untuk kau malam ni?”
Terus Aira jeling wajah Zafiq.  Malam tadi, baru rasa selamat.  Tapi, untuk ketika itu ajelah.  Zafiq kembali menyinga.  Dia kembali rasa terancam. 
“Tapi, kan…”  Zafiq silang kaki.  Memeluk tubuh sasanya yang dibalut baju-T warna putih.  “…kau berdengkur tu membuktikan kau tu manusia biasa.  Kurang serba-serbi.  Tak sempurna langsung.  Jadi, jangan nak berlagak kau tu perempuan sempurna mentang-mentang semua jantan dekat luar sana goyang ekor depan kau.  Ini aku… Za…” 
“Fiq?”  tambah Aira bila lelaki itu terdiam di situ. 
“Mana kau nama aku?”  Zafiq meluru pada Aira.  Hingga Aira terkunci di birai jendela. 
Bila Aira diam dan memandang ke bawah, matanya turut sama mencari sasaran.  Nyata, daripada situ.  Buku itu.  Laju dia tunduk dan mengembalikan ke tempat asal.  Menoleh semua pada Aira dengan wajah yang begitu bengis. 
“Berani kau sentuh harta aku?” 
“Aku cuma nak baca…”
“Kau faham undang-undang ke?”  tanya Zafiq sinis.  “Tapi, kenapa dulu Zariq cakap dekat aku awek dia belajar mass-comm?” 
“Sebab itu orang lain.  Bukan aku!”  marah Aira.  Berapa kali dia nak cakap, bukan dia.  Orang lain.  Zafiq ni tak faham bahasa Melayu ke apa?  Atau perlu dia cakap Thailand, baru Zafiq faham? 
“Kalau orang lain, siapa?” 
“Itu adik aku,  Airin!  Dia yang bercinta dengan Zariq…”
Entah apa yang mencuit hati, Zafiq ketawa.  Dia menjauh sedikit daripada Aira dan duduk dibirai katil di mana dia letak perempuan ini semalam.  Satu hal, sebab Aira dah hampir demam semalam.  Dua, dia malas nak bertekak. 
“Kalau betul Airin, kenapa aku tak jumpa langsung nama dan gambar Airin tu?  Semua gambar dan nama kau?”  Ada hati lagi nak kelentong dia, biarpun semua bukti dah jelas depan mata.  Masuklah mahkamah dunia sekalipun, dengan segala bukti yang ada; Aira tetap akan kalah! 
“Sebab tu aku suruh kau bawak Zariq.  Dia boleh buktikan…”  jawab Zafiq.  Suaranya sedikit lemah.  Dia bangkit.  Merenung Aira lama sebelum berlalu ke pintu tapi suara Aira menahan kepergian dia.
“Bawak Zariq sebelum kau akan menyesal teruk satu hari nanti sebab layan aku macam ni…”  Kata-kata Aira berbaur ugutan.
“Kalaulah aku boleh bawak dia, Aira… tentu kau tak ada dekat sini.” 
Jawapan Zafiq itu… “Apa maksud kau?”  Tak sedar, dia rapati Zafiq.  Menarik bahu sasa lelaki itu agar menoleh padanya. 
“Mana Zariq?” 
“Kenapa?  Kau rindu dia?” 
Tak sedar, Aira angguk.  Zafiq senyum.  Tajam. 
“Habis tu, kenapa kau buang dia dulu?”
“Bukan aku yang buang.  Berapa kali kau nak aku cakap yang Zariq tinggalkan aku.  Dia yang mungkir janji dengan aku!”
“Janji apa?  Cuba kau cakap.  Janji apa?” 
Bibir Aira terkunci rapat.  Janji apa?  Janji untuk sambung belajar sama-sama di negara orang?  Janji untuk bersama sampai ke tua andai Zariq kecewa.  Bersama hanya atas dasar kawan?  Janji itukah yang mahu dia katakan?  Janji yang terus akan buat Zafiq mengesyaki dia. 
“Tengok.  Kau sendiri tak boleh cakap.  Kau nak suruh aku percaya kau?  Hey, Aira… susah sangat ke kau nak mengaku, yang kau tu perempuan Zariq?  Milik dia?  Kalau kau mengaku, aku akan bawak kau jumpa dia,” marah Zafiq dengan suara yang mula meninggi.  Dia mencengkam bahu Aira.
“Sebab aku bukan milik Zariq!  Aku bukan!”  Jeritan Aira bergema serentak dengan dia tolak tangan Zafiq. 
“Kalau kau bukan perempuan adik aku, apa kata kau jadi milik aku!”  Kaki Zafiq menendang pintu bilik.  Terkatup rapat.  Dia rapati Aira yang ketakutan. 
“Memandangkan kau cakap, kau bukan milik Zariq.  Dia tak pernah sentuh kau.  Lelaki lain pun jauh sekali.  Kau jugak cakap, aku yang pertama… apa kata aku jadikan kata-kata kau tu kenyataan…”  Dia makin hampiri.

Aira tahu, tiada tempat  untuk dia lari melainkan hanya berserah pada takdir Ilahi bila Zafiq sudah mengepungnya.    

39 comments:

  1. T.kasih rm update hr ni. menarik....semakin menarik....sgt menarik... terty2 what's next? Pls update cepat. Apa jd????.... keep up the excellent work..

    ReplyDelete
  2. Hmmm....Zafiq dah kenapa ni...

    ReplyDelete
  3. Uwwaaaa..kenapa lah zafiq x percaya ni!!? Kenapa zariq x simpan lgsong bende yg berkaitan dgn Airin?

    ReplyDelete
  4. Salam kenal Rehan.
    Selama ini jadi silent reader dari Indonesia.

    Sukaa sekali baca karya2 Rehan.

    Zariq sama Zafiq anak Anaresa & Zafran bukan??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun dari indonesia ,tapi saya ada di sg .suka jg karya2 rehan,membaca karya2 rehan air mata selalu meleleh.

      Delete
    2. hai akak salam kenal saya pun dari indonesia, baca ayat cik RM ni buat sentap jiwa,

      akak rasanye zariq ngan zafiq bukan anak anresa and zafran, sebab kalau tak salah anak diaorang Zakhri Adha, hehe boleh terbawa watak tokoh baca cerita RM ni,

      dan cik Rehan Makhtar... selamat hari lahir...
      teruskan karya² jiwa akak

      Delete
  5. Percayalaa zafiq..confirm anda menyesal nnti..hehhehe..tq rm

    ReplyDelete
  6. huwaaaaaaaaa....nape ngn rafiq nim...

    ReplyDelete
  7. Zafiq oi.. Kalau nak buatla cara elok² na.. Huh, hrhe

    ReplyDelete
  8. Zafiq ni suka betul ugut yg bukan2! Klu betul zariq dh mati bgtau je la pd aira.. aira pulak suka bermonolog sendiri, jwb je la betul2 bila zafiq tanya.. hope airin dibalas setimpal dgn apa yg tlh dia malukan zariq. Thx RM for the update 🌹🌷 Happy birthday RM 😀🍰🎂🎉🎊🎁 Moga dipermudahkan segala urusan di dunia dan akhirat insha Allah 🤗

    ReplyDelete
  9. Mana zariq nie.. ke zariq dh tak ada

    ReplyDelete
  10. Thanks RM.
    Anyway HAPPY BIRTHDAY...
    🎂🎂🎂🎉🎉🎉🎉

    ReplyDelete
  11. 😭😭😭😭😢😢😢😢😢😢😢 sian aira...

    ReplyDelete
  12. Makin oama makin best
    Tapi mana zariq

    ReplyDelete
  13. airin sain kontrak dgn company zafiq ke..hahaha..x sabaqnya cek..

    ReplyDelete
  14. Tq sis. Anyway happy birthday sis

    ReplyDelete
  15. Happy birthday kak RM
    tq sbb sudi update n3 hari besday ni
    Sabar je tggu n3 lain..nk tau apa jd

    ReplyDelete
  16. Happy birthday RM ��������.
    ��������
    Lwga RM update harini. Hilang terus stress final hahahaha. Thanks a lot.

    ReplyDelete
  17. APA la yg airin n Mama dea tuh xsuka sgat aira. Aira Ada bt slah APA. Airin dah hg tau hg tuh jembalang tanah mmg XDA la yg suka hg.kelepiaq jgak 2 org tuh. Kesian aira. Jdi mangsa. Zariq dah mati ka. Acehhhh zafiq dlam hati Ada love². Happy birthday kak RM.

    ReplyDelete
  18. X sbr nk tgu next en3..wlupun dh psg niat nk tggu kak RM updte 3/4 en3 tp x blh sbb 1 hr bkli2 check dh updte blm..

    ReplyDelete
  19. semakin menarikkkk...bila la zafiq nk percaya aira?huhu

    ReplyDelete
  20. Happy belated birthday kak RM...��

    ReplyDelete
  21. Zafiqqq...come to mama...hahaha...

    ReplyDelete
  22. semakin curious ni

    ReplyDelete
  23. Semakin menarik. X sabar nak tunggu sambungannya...🖒🖒

    ReplyDelete
  24. Kak rehan...bila nak upadate....x sabar nak tahu sambungan cite niii.....you re the best sis

    ReplyDelete
  25. Kak rehan...bila nak upadate....x sabar nak tahu sambungan cite niii.....you re the best sis

    ReplyDelete
  26. kak rm bila nak sambung? curious gila ni

    ReplyDelete
  27. Nak lg....update pleaseee😊😊

    ReplyDelete
  28. Bila nk update lgi kak rehan please!!update faster...tksabarrrrnyaaaa

    ReplyDelete