MATA Airin
berlaga dengan mata Maria. Mamanya
memberi isyarat. Kemudian, Airin pula
menghantar isyarat. Hingga Azman perasan
perbuatan dua beranak itu. Dia pandang
anak dan isterinya.
“Apa yang tak
kena? Cuba cakap?”
“Err… tentang
Aira, ayah…”
“Hah, dia ada
call ke?” Azman teruja. Iyalah.
Nak buat report, bersungguh anak dan isteri dia larang.
Airin
angguk. “Err… dia ke rumah kawan dia…”
“Kawan?” Azman simpan syak. Dia tenung Airin lama. Airin dah biasa sangat berbohong pada
dia. Lebih-lebih lagi pasal Aira.
“Kamu jangan nak
tipu ayah, Airin. Aira tu mana ada
kawan…” Dalam diam, Azman memberi
amaran. Kalau dia tahu Airin menipu, dia
tak akan lepaskan Airin kali ini.
“Betul,
ayah. Si Zariq itulah. Zariq dah balik daripada Itali. Tiba-tiba aje dia jumpa Zariq. Jadi, Zariq ajak dia pergi kampung dia. Aira kata dia mintak maaf sebab tak sempat
call kita. Inipun dia mintak Airin yang
bagitahu ayah. Dia takut ayah marah dia
kalau dia telefon ayah…” Airin
bersungguh-sungguh meyakinkan ayahnya.
Hentam
ajelah. Daripada ayah dok cakap tentang
Aira memanjang. Lagipun, betul
gamaknya. Aira pernah cakap yang mungkin
Zariq ke Itali tanpa pengetahuan dia.
Dah bertahun. Boleh jadi dah
sampai masa Zariq kembali mencari kawan baiknya, Si Aira tu. Sesekali bila matanya berlaga pandang dengan
Maria, ibu jari wanita itu tegak. Dua
beranak itu menyimpan senyum.
“Mana nombor
dia? Bagi ayah.” Katalah apa saja, Azman memang susah nak
percaya.
“Eh, dia call
rumah, abang. Nak kesan macam mana. Itupun kejap aje. Dia kata jangan risau. Dia tahu jaga diri. Nanti dia balik…”
“Eh, awak pun
tahu Aira cakap apa?” tempelak Azman
pada isterinya.
“Err…” Wajah
Maria terkulat-kulat.
“Airin yang
cakap dekat mama…” sampuk Airin
menyelamatkan mamanya.
Fuh… dua beranak
itu hela nafas lega bila Azman mula nampak percaya. Lelaki itu menggeleng kesal. Kalau betullah Aira pergi rumah kawan lelaki,
dia memang agak kecewa dengan anak itu.
“Kalau dia
telefon lepas ni, suruh dia telefon ayah.
Kalau sungguhlah Aira tu ikut lelaki, tahulah ayah kerjakan dia.” Azman langsung bangkit dan memanjat tangga ke
atas. Baik dia tidur. Semak betul kepala dia.
Sebaik saja ayah
hilang, Airin dekati mamanya. Gelak
mengekek mendengar bebelan ayah tadi.
“Agak-agak ayah
syak tak?”
“Nak syak
apa. Ayah percaya dah tu yang anak
kesayangan dia lari ikut lelaki. Padan
muka. Sakit betul hati mama kalau ingat
dekat ayah dengan Aira ni…” Bibir Maria
terjuih-juih sendiri.
Dia, tak akan
lupa peristiwa bersejarah dalam hidupnya itu.
Azman langsung tak endahkan kata-katanya.
“Tapi kan, ma…
Aira tak ada ni… susah jugak. Rin tak
ada orang nak suruh gosok baju, buat jus pagi-pagi, kemas bilik…”
“Eh, Kak Su kan
ada…”
“Kena ajarlah,
ma. Bosan!” Airin buat muka jelek.
“Nanti dia
balik, tahulah mama ajar dia!” Marah
Maria pada Aira makin menebal. Sekalipun,
dia tak pernah kasihkan anak itu.
SEPANJANG malam,
hanya kata-kata lelaki itu yang menemani tidurnya. Hingga ke pagi, Aira tak mampu lelapkan mata
biarpun seketika. Kelambu tak dipasang. Malah, api pelita yang padam juga dibiarkan
tak menyala. Dia bergelap. Dia dah tak kisah akan binatang buas yang
mungkin datang membaham dia.
Jika di sini
tertulis ajalnya, dia reda.
Tapi, terlalu
banyak persoalan yang makin terbit dalam kepala. Siapa lelaki itu dengan Zariq? Kenapa lelaki itu boleh tahu tentang potret
dia yang dilukis oleh Zariq dulu? Dan,
mana Zariq?
Argh… kepala dia
sakit. Gigitan nyamuk dibiarkan
saja. Hingga fajar menyinsing, Aira
keluar daripada situ. Duduk di atas anak
tangga yang diperbuat daripada batang kayu.
Dia menanti kehadiran lelaki itu buat pertama kalinya. Dia mahu tahu semuanya. Andai benar dia yang salah, dia akan terima
hukuman dengan hati terbuka. Tapi, jika
sebaliknya… lelaki itu kesali tindakan sendiri satu hari nanti.
Entah berapa
lama Aira menanti, dia terlena di situ.
Bersandar kepala. Dibiarkan kulit
menjadi hidangan nyamuk hutan. Bila dia
buka mata, Nazri ada di depannya. Wajah
itu risau.
Aira
berdiri. “Mana dia?” Dia panjangkan leher.
Bila Nazri
geleng, Aira hampa. Tangan Nazri jelas
menunjukkan yang lelaki itu tiada di pulau ini pun. Boleh jadi pergi ke tanah besar semalam
jugak. Meninggalkan dia dan Nazri di
sini.
Plastik yang
Nazri hulurkan, dia biarkan sepi. Aira
melangkah dan duduk di atas bangku tempat dia dan Nazri selalu nikmati
makanan.
“Dia balik ke
tanah besar?”
Nazri
angguk.
“Semalam?”
Nazri angguk
lagi.
Apalah kerja
lelaki ini sampaikan boleh miliki sebuah pulau di negara orang? Harapnya bukan kerja haram! Argh… apa aku fikir ni! Aira ketuk kepala sendiri. Sedar sikit.
Kau tu tahanan dekat sini. Jangan
nak risaukan orang. Risaukan diri sendiri
sudah!
“Bila dia akan
balik sini?”
Nazri angkat
bahu tanda tak pasti.
Aira gamit Nazri
mendekati. Lelaki itu ditenung
lama. “Kau kenal Zariq?”
Bila Nazri diam,
Aira terima jawapan itu sebagai ya.
“Mana dia? Kakak perlu jumpa dia. Dia akan tolong kakak. Dia tahu, kakak tak pernah buat apa-apa yang
salah dekat dia. Kami sayang satu sama
lain atas dasar kawan. Tak lebih
daripada tu. Tapi, kenapa bos kau tuduh
kakak dengan Zariq…” Aira terdiam. Jijik sungguh nak teruskan ayat yang keluar
daripada mulut lelaki itu sebelum ni.
Entah-entah… “Jangan cakap bos kau tu, abang Zariq?”
Nazri ketap
bibir.
Aira melopong. Jadi, betullah. Lelaki itu ada kaitan dengan Zariq. Tuhan… apa dah kau buat ni, Zariq? Sampaikan abang kau seksa aku macam ni sekali. Lepas kau pergi macam tu aje dan tiba-tiba
kenapa nama kau muncul daripada mulut lelaki lain?
Airmata Aira
berlinangan. Dia pandang Nazri yang
sedang menunjuk pada lengannya. Aira
turut memandang kesan gigitan nyamuk.
Rasanya, seluruh tubuh dia ada kesan merah. Dia senyum pada Nazri.
“Sikit aje. Kakak okey…”
Kali ini titisan airmata itu sedikit laju. Entah kenapa.
Setiap kali dia mengaku dia baik-baik aje, hatinya berasa cukup
hiba.
Seperti menipu
diri sendiri. Sedangkan dia rasa
terseksa.
Tuhan… beri dia
petunjuk!
Plastik ubat
yang lelaki itu bawa padanya malam itu, ada ditangan Nazri. Aira sambut huluran itu. Dia pandang lama. Teringat bila lelaki itu memasang kelambu
untuknya. Malah, tinggalkan ubat. Pagi itu juga, bila dia sedar daripada lena
ada kain lembab yang melilit leher.
Dia tahu itu
pasti kerja lelaki itu. Dia mahu ucapkan
terima kasih setelah itu tapi layakkah lelaki yang begitu kejam menerima ucapan
terima kasih atas akibat yang dilakukan sendiri? Kerana itu lidah dia memberat. Dia adalah mangsa!
Melihatkan
kerisauan Nazri, Aira sapu ubat itu pada setiap kesan gigitan nyamuk.
“Kenapa kau
risau sangat, Yie? Kalau jadi apa-apa
dekat kakak, kau takut bos kau mengamuk?”
Laju Nazri
angguk.
“Kenapa? Sebab dia tak nak kakak mati dengan
mudah? Dia mesti nak terus seksa
kakak? Kan?”
Nazri ketap
bibir. Seperti biasa, Aira hanya terima
ianya sebagai ya bila Nazri beriak demikian.
“Jangan risau,
Yie. Kakak jenis yang tak mudah
menyerah. Tambah pulak kakak nak tahu
apa yang Zariq dah buat sampai abang dia begitu marahkan kakak. Kalaulah kau boleh bawak kakak jumpa Zariq
sekali, Yie… sebelum semua ni jadi lebih teruk.”
Aira renung mata
Nazri.
“Paling
penting. Kakak tak nak bos kau menyesal
di kemudian hari. Masa tu, kakak takut
kakak tak dapat nak maafkan dia…”
Kerana dia tahu,
jauh di sudut hati lelaki itu masih tersimpan rasa belas pada dia. Apa yang jadi setakat ini, dah buktikan
semuanya.
Hmmm betul la abg zariq dh slh sangka ni..huhuhuhu..
ReplyDeleteJgn nnt nyesal dh ya zafiq..ptt siasat betul2...
Jgn ikutkn mrh...tq sis rehan
Bestnya, ada sarapan 'objection' ������. Kan lebih baik berterus terang. Camni, kan semua terdera hati dan perasaan... Termasuk saya.... ������
ReplyDelete-AZZNA -
Apa zariq dh buat..cian kt aira
ReplyDeleteSama tapi x serupa..still x sabar nak tahu cara olahan rm..thank you for bfast..
ReplyDeleteTq update...sentiasa tertunggu sambungannya...
ReplyDeletesgt best! mmg nnti laki ni kan melutut minta maaf la dekat aira
ReplyDeleteApa yang jadi kat Zariq?
ReplyDeleteZariq suicide kut. Gara gara frust dgn airin. Tapi abg dia salah sangka, igt Aira punca sbb zariq banyak lukis gambar aira
ReplyDeleteSalah sangka ni..tp apa jadi pada zariq
ReplyDeleteZariq bunuh diri ke?
ReplyDeleteAduhai... ms ni la dia cabut.. sj Xmo jwb soklan aira la tu.. yg airin dgn mak dia pulak Xabis2 komplot.. aira tu bkn anak kandung kot.. sbb tu dilayan camtu sekali 😓 thx RM for the update 🌹🌷
ReplyDelete