DAH tengah
malam. Tapi, Aira tak dapat agak pukul
berapa sekarang. Jam dia tiada lagi di
pergelangan tangan. Bunyi unggas dan
serangga sedikit membuat hati dia kecut.
Dia tahu, dia dibawa ke tempat yang jauh. Cuma, tak tahu di mana. Boleh jadi juga, dia memang akan habiskan
sisa hayat dia di sini. Dalam pondok
usang ini. Yang hanya berdinding kayu dan
beratap rumbia.
Sejak tadi, tak
henti-henti dia menepuk seluruh badan sendiri.
Selimut yang ada tak mampu menghalang nyamuk daripada terus menggigit
tubuhnya. Rasanya, seluruh tubuh dia
akan merah. Malah, luka di betis dan
lututnya juga mula terasa pedih.
Gamaknya dah kena jangkitan.
Aira angkat
tubuh. Pelita itu dibawa dekat ke
katil. Disuluh tempat yang sakit. Ya, dah nampak sedikit nanah muncul. Dia perlukan antiseptik dan antibiotic sekarang. Kalau tak, dia mungkin boleh jatuh
sakit.
Luka itu dilap
dengan tuala. Ditekap perlahan. Pedih.
Aira berdesip panjang. Dia hanya
mampu pandang lukanya. Tapi, dada dia
berdebar bila dia dengar derap tapak kaki.
Nazri ke? Sejak beberapa malam
dia di sini, rasanya Nazri tiada. Dia
mahu bangkit untuk kunci pintu. Kotlah
dia lupa nak kunci. Biasa, setiap malam
dia akan selak pintu kayu itu biarpun dia tahu, sekali kena tendang memang akan
menyembah bumi.
Bila pintu itu
terkuak bersama sedikit cahaya malah bunyi pintu yang berkeriuk itu, begitu
menakutkan. Aira rebahkan tubuh. Dia berselubung. Sekujur tubuh yang menggigil dipujuk agar
diam.
Aira tekup mulut
sendiri. Dalam hati berdoa tak sudah agar
tetamu yang tidak diundang ini mungkin Nazri biarpun dia tetap kecut. Setidak-tidaknya, dia tahu Nazri tak akan
berani apa-apakan dia kerana takutkan lelaki itu. Biarpun tak suka, lelaki itu tak akan
sakitkan dia dengan cara kotor macam ni.
Kelopak mata
terkatup rapat. Sekujur tubuh yang
menggigil makin tenang. Dia tolak
sedikit selimut yang menutup seluruh tubuhnya.
Mengintai di balik lampu pelita yang samar-samar.
Lelaki tu! Aira hampir menjerit tapi bila lelaki itu
menoleh, dia cepat-cepat pejam mata.
Buat-buat tidur. Sesekali, dia
tepuk lengannya yang digigit nyamuk.
Menggaru setiap tempat yang dihinggapi serangga halus itu. Menyakitkan hati. Sama dengan lelaki gila ni. Begitu menyakitkan hati.
Bila dia yakin
mata itu tidak lagi memandangnya, Aira buka mata. Lama dia perhati lelaki itu menggantung kelambu. Dia hampir menangis bila akhirnya, kain
kelambu itu menutup kawasan tidurnya.
Rupa-rupanya, hati
lelaki ini bukanlah dicipta daripada kerikil.
Tapi, hati seperti dia jugak. Cuma,
apa yang buat lelaki ini begitu keras dan sekarang… seperti dua orang
berbeza.
“Jangan ingat aku
ada simpati dekat kau, perempuan!” Suara
lelaki itu berbisik halus di sisi katil Aira.
Berbicara sendiri.
Entah kenapa,
suara itu kedengaran begitu sayu. Tak seperti kebiasaannya. Kata-kata itu; sepertinya lelaki ini mahu
berkongsi sesuatu.
“Aku tak akan
biarkan kau mati dengan cara yang mudah, Aira.
Kau perlu terseksa sama seperti aku.
Kau adalah tertuduh dalam kes ini, Aira,” tambahnya dan berlalu keluar sambal
merapatkan daun pintu.
Setelah dipastikan
lelaki itu telah menjauh, Aira tolak selimut.
Dia pandang kelambu yang dah selamatkan dia daripada serangan
nyamuk. Yang akan memberikan dia tidur
yang sedikit lena. Membiarkan dia dapat
bermimpi indah di malam hari biarpun siangnya segalanya keperitan itu
nyata.
Daripada apa yang
lelaki itu katakan, sepertinya dia telah lakukan perkara yang begitu
teruk. Yang terkutuk. Yang tak boleh dimaafkan. Yang menjadi persoalannya, kenapa? Adakah sebab Airin? Lelaki ini juga menjadi salah seorang mangsa
Airin? Hinggakan dia yang dijadikan
tempat membalas dendam?
Arghh… Aira
mengeluh. Lemah semangatnya. Lelaki ini pernah mencintai Airin
gamaknya. Andai telahan dia betul,
tidakkah pelik bila dia menjadi mangsa.
Daripada dalam rumah, hingga ke luar rumah dia perlu tanggung segala
kesan perbuatan Airin. Tapi, masalahnya…
betul ke?
Aira bangun. Dia pegang kelambu. Lembut.
Seperti baru. Tak sedar, dia
koyak senyum. Entah apa yang
menggembirakan hati setelah mendengar kata-kata lelaki itu tadi. Dia akan menjadi banduan lelaki itu buat
selamanya?
Tapi, jika itu
ketentuan… dia pasti akan mampu menghadapinya.
Jika benar dia salah, dia akan akur menerima segala hukuman. Tapi, jika dia tidak bersalah… dia yakin
Tuhan akan bantu dia.
Dia kembali
rebahkan tubuh. Kali ini, lenanya datang
tanpa dijemput. Bersama keindahan memori
semalam yang makin dia rindu. Memori
bersama Zariq. Tapi, tak kurang juga
memori yang mahu dia lupuskan daripada ingatan.
Cuma, tak pernah berjaya.
DARIPADA tadi,
Airin senyum. Aira buat muka. Malas betul nak layan kalau tiba-tiba Airin
koyak senyum begitu lebar. Adalah tu nak
mintak sesuatu. Aira mahu berlalu. Dia masih ada kuliah ni. Lagipun, dia dah janji dengan Zariq nak
keluar awal. Sebelum kelas, makan
dulu. Tambah pulak, Zariq free hari
ni. Dia pulak hanya ada satu kelas. Lepas tu, mereka akan buang masa
sama-sama.
“Kau nak aku
hantar?”
Aira kerut
kening. Tiba-tiba aje. “Kau nak apa sebenarnya ni?” Aira dah buat muka.
“Kau ni, aku nak
buat baik pun kau nak syak bukan-bukan, kan?”
Airin peluk tubuh sambal melihat kukunya yang baru dirias semalam.
“Masalahnya, kau
tu kalau buat baik dengan aku… mesti ada sebab, kan?”
Tawa Airin
lepas. Aira memang kenal dia. Tapi, seperti biasalah. Bila mahukan sesuatu dia perlu korbankan
sesuatu.
“Dan kau jugak
kena ingat, apa yang mama dan ayah dah buat untuk kau hingga sekarang…” Kening tipis Airin naik. Sengaja dia ingatkan Aira.
Jangan mudah lupa
tentang hakikat itu!
Serta-merta Aira
diam. Tundukk seketika sebelum kembali
memandang Airin. Dia sabarkan hati. Apa nak kata, inilah bahagian dia dalam rumah
ni.
“Kau nak aku
tolong apa?” Rasanya, dia dah buat semua
untuk Airin. Malah, dia yang minta
tolong Zariq carikan agensi modeling untuk Airin memandangkan Zariq ada kenal
beberapa orang dalam bidang tu.
Masa itu, pujian
dia tentang Airin melambung. Malah, duit
yang kononnya ayah nak bagi untuk dia belajar digunakan untuk beli kereta untuk
Airin. Dia tetap tak merungut. Bukan hak dia. Pernah, dia bersengkang mata menyiapkan kerja rumah Airin sejak Airin sekolah
lagi. Tak lupa bila dia jadi kuli pada
adik sendiri. Membeli setiap apa yang
Airin mahukan. Menyiapkan makanan serta
pakaian.
Kali ini, apalah
sangat yang Airin minta. Dia akan
tunaikan sekiranya ini yang mampu buat dia membalas jasa.
“Kau tak cakap pun
kau ada kawan lelaki yang handsome…”
Dahi Aira
berkerut. Siapa? Serta-merta dia teringatkan Zariq. Memang Zariq kacak. Malah, semua orang cemburu dengan dia sebab
berjaya rapat dengan lelaki yang menjadi sebutan di kampus. Tapi dia dan Zariq, hanya kawan baik.
“Kau boleh mintak
apa saja, Airin. Tapi, bukan
Zariq…” larang Aira. Kerana dia tahu. Airin mata keranjang.
Bermusim.
Jika sesuatu itu
menjadi sebutan, dia akan berusaha untuk dijadikan miliknya. Tapi, Zariq manusia. Yang baik.
Dia tak nak Airin sakiti hati Zariq walaupun seinci. Lagipun, dia faham sangat. Airin tak boleh tengok dia lebih sikit. Semuanya nak direnggut.
“Aku tak nak kau…”
“Hey, perempuan
tak kenang budi!” herdik Airin. “Aku cuma tanya. Yang kau bersungguh ceramah dekat aku kenapa? Kau jealous? Kau takut kawan kau tu tak ada masa untuk
kau?”
Nafas berat
lepas. Mesti Airin nampak masa Zariq
datang hantar dia semalam dengan sebuah Audi S5 merah garang. Kata Zariq, kereta pinjam. Dia tak kisah. Lagipun, mereka sama-sama teruja ada dalam
kereta mewah itu semalam.
“Dia lelaki baik,
Airin…”
“Habis tu, kau nak
kata aku jahat? Tak boleh kawan dengan
dia?” bentak Airin kuat.
“Kenapa tu?” Mama menjenguk daripada atas. Terkejut bila suara Airin bergema di ruang
tamu.
“Aira ni, ma…
Airin cuma tanya nama kawan dia… tapi dia kata Airin macam-macam…”
“Airin! Bila masa aku…” Aira meninggi suara tapi tak jadi meneruskan
kata bila mata mama terjegil luas. Dia
menikus.
Airin senyum. Terasa menang gamaknya.
“Tak boleh ke
Airin berkawan jugak dengan kawan kau?”
Mama dah ada bersama mereka.
Menyinga pada Aira.
“Bukan tak boleh,
ma… tapi…”
“Kau takut kawan
kau jatuh cinta dekat Airin?” tambah
mama.
Aira telan
liur. Jatuh cinta bukan masalahnya. Tapi, dia takut Airin permainkan cinta
tu.
“Kejap lagi dia
datang jemput…” ujar Aira perlahan.
Airin melompat
suka.
TUBUH Aira mula
panas. Nafas dia sudah membahang. Dia sedang demam. Tapi, dia angkat juga tubuh. Keluar daripada bilik. Dia dahaga.
Biarpun dia tahu masa untuk dia dapat makanan dan minuman masih jauh
untuk tiba.
Sebaik saja pintu
kayu itu ditolak, Aira menuju ke tempayan.
Air yang diguna untuk membasuh pinggan itulah yang akan dia teguk. Dia tahu air ini air sungai. Bersih atau tidak, dia dah tak kisah.
Sebiji bekas saiz
sederhana dicapai. Dia mengintai ke
dalam tempayan. Airnya ada di bawah. Terlalu sikit. Rasa susah nak dicedok. Tapi, rengkung yang begitu gersang, perlu
dibasahkan.
“Tolonglah. Seteguk pun jadi…” Aira berbisik sendiri. Membongkok dan akhirnya, dia berjaya cedok
sedikit air daripada tempayan gergasi itu.
Ulas bibir yang
kering, pecah dengan senyum. Birai bekas
itu didekatikan ke bibir tapi sayang, tak sempat nak dia teguk, bekas itu lepas
daripada tangan.
Aira hela
nafas. Memandang bekas itu lama. Kemudian, menoleh ke kanannya.
“Kenapa kau tepis
bekas tu?” soal Aira perlahan.
“Kau ingat tak
yang kau hanya boleh makan dan minum sekali aje dalam dua puluh empat jam. Rasanya, lewat petang semalam kau makan minum
dah. Ini…” Lelaki itu pandang jam di pergelangan
tangan. Menggeleng kecil.
“…baru empat belas
jam. Masih ada sepuluh jam untuk kau
dapat makan minum…” Sebenarnya dia tak nak Aira kena penyakit lain
pulak minum air daripada guri itu.
Lantaklah kalau Aira nak kata dia kejam pun. Aira berkali ganda kejam!
“Ya… aku
tahu…” Urat leher Aira bagai timbul bila
dia telan liur tak henti-henti. Dia
terus menoleh. Malas nak bertekak. Biarlah dia lena untuk seketika bagi mencari
tenaga. Kejap lagi dia akan dikerah buat
itu ini.
“Kau nak pergi
mana?” Suara kasar itu menahan langkah
Aira.
“Nak tukar baju. Dekat sini, nak makan kena buat kerja,
kan?” sindir Aira tanpa menoleh. Dia terus masuk ke bilik. Dirapatkan pintu.
Baju kotor semalam
disarung ke tubuh. Seketika, dia keluar
semula. Sebuah baldi dicapai. Dia tahu apa
yang perlu dia buat. Dia perlu
angkat air daripada mana entah memandangkan tempayan itu sudah hampir kosong.
“Air dah tak
ada. Boleh bagi tahu kat mana aku boleh
angkut air?”
Dahi lelaki itu
berkerut. Dah kenapa perempuan ni jinak
sangat ni? Dia renung tubuh Aira. Sesekali, nampak menggigil. Kemudian naik pada kepala Aira. Rambut panjang perempuan ni nampak
semak. Kusut-masai. Macam orang gila!
Kalau gila betul,
puas pulak hati aku ni!
“Sungai tu dekat
belakanggggg sana.” Saja dia bagi
isyarat dekat Aira yang memang sungai itu jauh sikit. Larat ke tubuh halus itu nak bekerja
kuat? Sedangkan selama ini dilayan
persis puteri.
“Ya. Aku pergi angkut air…” Dalam kepala salah satu sebabnya, dia mahu
teguk air itu hingga hilang dahaganya.
Dia mahu rendam seluruh tubuhnya di dalam air yang sejuk moga suhu
badannya turun dengan cepat.
“Kau rasa kau kuat
sangat ke?”
“Kuat atau tak,
aku perlu buat kerja. Bukan itu ke yang
kau nak?” soal Aira menyindir.
Dia atur
langkah. Nak turun daripada pondok ini
tapi lengannya dipaut kasar. Baldi
plastik itu jatuh. Dia toleh lelaki itu
dan wajah lelaki itu berkerut padanya.
Seboleh-bolehnya, Aira tak mahu melawan.
Dia risau dia pengsan. Ini pun
pandangan mata dia sudah sedikit berbalam.
“Kau ingat, kau
boleh buat kerja dalam keadaan kau macam ni?”
Lengan Aira dilepaskan.
Kasar. Terkejut bila menyentuh
kulit Aira. Panas.
Perempuan bodoh ni
tak makan ubat ke apa? Tak silap
semalam, dia dah letak ubat atas katil tu.
“Jangan
risau. Aku tak akan mati setakat sakit sikit…” Aira tunduk nak capai tangkai baldi bila
pinggangnya diraih lelaki itu.
“Eh… apa kau nak
buat ni?” Aira cuba menepis tapi kudrat
yang tak seberapa membuatkan dia mudah saya diheret masuk ke bilik.
Tubuh yang sedia
lemah, ditolak jatuh ke atas katil.
Wajah Aira yang pucat, bertambah pucat bila lelaki itu mendekati. Dia peluk tubuhnya sekuat hati.
Merenung wajah lelaki itu yang makin rapat dan tiada tanda untuk
berganjak.
“Ini…” Tak semena, satu plastik dicampak tepat ke
mukanya.
“Aduh…” Aira gosok dahi. “Kau
ni…” Suara Aira mati bila dia pandang
isinya.
“Itu ubat. Aku tahu kaki kau luka. Sapu ubat tu.
Lepas tu, makan antibiotik. Tapi,
rasanya kau tak bodoh sangat, kan? Ubat
tu kena telan lepas makan. Dekat luar
tu, aku ada bawak makanan untuk kau. Kau
telan semua makanan tu jangan tinggal sebijik nasik pun, lepas tu kau telan
ubat. Aku tak nak kau susahkan aku
dengan Nazri dengan sakit kau tu. Banyak
lagi kerja yang kau kena buat untuk aku dekat sini! Faham?!”
beritahu lelaki itu keras.
“Dan ini!” Kelambu itu direntap. Sekali rentap aje satu ikatannya putus. “…kau jangan ingat kau memang dapat layanan
tuan puteri dekat sini. Ini tempat
aku. Hanya undang-undang aku yang
berkuasa dekat sini. Hanya kata-kata aku
yang boleh dipakai kat sini. Jangan
ingat sekali aku datang pasang kelambu ni untuk kau, tiap-tiap malam aku akan
pasang. Lepas tu, dah pagi… tak reti nak
lipat? Kau kena ingat. Kalau kelambu ni koyak, aku koyak pakaian
kau! Senang kau tidur tak payah pakai
kelambu, tak payah pakai baju! Ingat
tu!” Terus lelaki itu keluar daripada
situ. Membiarkan Aira sendiri.
Dia memandang
pintu yang tak ditutup rapat. Makna kata
betullah. Hati lelaki ini masih sama
dengan dia. Bukan hati batu!
Tak sedar, Aira senyum.
Allahu.... Semoga Ira di bawah lindungan Nya. Semoga segala terurai dgn jelas
ReplyDeleteAzzna
Sian aira,kenapa ya aira dilayan mcm tu oleh family dia...
ReplyDeleteKecian
ReplyDeletelayan cerita ni sambil dgr lagu korea. dh mcm roller coaster dah. please kak rehan. kasi kluar cepat yg nextttt
ReplyDeleteAduh....sape la kopek bawang ptg2 ni....
ReplyDeleteCian nye kat Aira...ni mesti kes salah paham
ReplyDeleteTak tgk citer thailand tu..tapi mcm nak kena tgk pulak..plot menarik..apa jadi sbnrnya..
ReplyDeleteBaik betul hati aira ni.. dlm kna hadap mamat tu buat mcm2.. sibuk pulak dia pikir mamat tu masih ada hati yg baik 😅 thx RM for the update 🌹🌷
ReplyDeleteApasal la Aira ni ikutkan sangat ckp Airin ????? Sampai Zariq pun dia blh nak bg knl dgn Airin !! Mmg patut la klu Lelaki ni kerjakan Aira.... entah apa budi yg Aira terhutang sampai ikut smua telunjuk airin... Ada buat pembedahan hati jantung ke pun... sakit hati bc heroin lemah ni....
ReplyDeleteNtah apa budi yg airin kata ye
ReplyDeleteCerita Ni makin best..sya dh addicted...dh lbih 5 kali sya ulang Baca..hahaha..moga2 aira tabah dengan dugaan ini..dan mamat Tu makin lembut hati dengan aira..keep update
ReplyDeleteSaya sangat yakin lelaki tu abg si zariq.. tapi mana zariq nya. Dah meninggalkah,?
ReplyDeleteIkut cerita yg defendant of love watak zariq bunuh diri.. sbb tu abg dia nak balas dendam
DeleteBc cerita ni sambil bayangkn pelakon Thailand tu.. best gak.. apapun garapan Rehan sentiasa terbaik..
ReplyDeleteSambung la sis...dah x sabar nak tahu kesudahan citer nii...
ReplyDeleteHuishh.. Lain macam dia ni.. Aq suspek dia ni abang zariq., konon nak balas dendam eh.. Buekk
ReplyDeleteMasih menanti��
ReplyDeleteKesiannya aira..semoga tabah ye aira..
ReplyDeleteApa agaknya masalahnya
ReplyDelete