TANGAN Zariq
ligat membawa berus itu menari di atas kanvas.
Suasana matahari terbenam dan seseorang yang sedang berenang di bawah
sinar keemasan suria petang, dilakarnya dengan penuh cermat. Nak diabadikan di atas sekeping kertas.
Sebaik saja
lelaki itu berlari ke arahnya setelah berhempas pulas melawan arus ombak, Zariq
tersengih. ZRQ. Lukisan itu siap sebaik saja dia noktahkan
dengan tandatangannya.
“Cantik?” soalnya.
Modelnya
angguk. Sejak dulu, inilah model tetap. Dalam keadaan paksa atau rela. Lelaki itu
senyum lebar. Nampak menarik tapi dia
tak reti pasal lukisan. Tak tahu nak
nikmati. Selalu Zariq kutuk. Tapi, dia… katalah apa saja. Dah memang tak reti.
“Riq betul nak
sambung belajar ke Itali?” tanya lelaki
itu sambil mengelap kepala.
Zariq
angguk. “Tunggu scholarship..”
“Hey… apa guna
abang usahakan semuanya kalau Riq nak tunggu scholarship. Abang tanya ni sebab abang boleh hantar Riq
bila-bila masa aje. Riq cakap aje bila, abang
dah sediakan semuanya. Janji, Riq nak
belajar dan seronok. Pada abang, tiada
apa lagi yang penting, melainkan Riq…”
Senyuman Zariq
lebar. Dia nak pergi segera kalau
boleh. Tapi, dia dah janji dengan Aira
untuk sama-sama tamatkan pengajian asasi.
Aira pun bukan calang-calang asasi.
Undang-undang lagi. Tough jugak
tu.
“Riq nak
temankan seseorang dululah. Tunggu dia
habis asasi.. Lepas tu, Riq pergi…”
“Hai. Sampai tahap tu Riq suka dia? Sampai sanggup buang masa?” Zariq sebenarnya dah dapat tempat di salah
satu universiti di Itali. Tak perlu
penaja pun. Dia mampu tanggung segalanya
untuk Zariq.
Segala kekayaan
yang dia ada, hanya untuk Zariq. Untuk
dia, cukuplah kebahagian Zariq.
“Seseorang tu,
girlfriend ke?”
Zariq ketawa
dengan telahan itu. “Girlfriend tu
maksud dia, kawan perempuan, kan? Dah
itu maksudnya…” Zariq jeda dan
angguk. Aira memang kawan perempuan
dia.
Seketika mereka
menyepi bila suara camar memecah hening petang hari. Zariq kemas kanvasnya. Dikelek.
Kemudian memandang pada lelaki itu.
“Riq
bahagia?”
Zariq
angguk. Dia memang sangat bahagia.
“Dia buat Riq
bahagia?” Soalan itu menusuk lagi.
Kali ini, Zariq
ketawa. Ketawa dan terus ketawa.
Hati lelaki itu
lapang. Inilah bahagia yang dia inginkan
buat Zariq. Rasa tak sabar pulak nak
tengok wajah perempuan yang dah berjaya takluk hati Zariq. Makna kata lepas ni, dia perlu berkongsi
Zariq dengan perempuan lain?
Argh…
ada rasa cemburu. Tapi, senyuman Zariq… tak
ternilai.
MATA
dibuka. Nazri muncul depan mata. “Kenapa?”
soalnya sambil memicit pelipis.
Penat. Penat badan, penat emosi.
Bila Nazri
menunjuk isyarat makan, dia angguk.
Bangkit dan menggeliat. Kemudian,
bahu Nazri disapa.
“Kau dah
makan?”
Nazri geleng.
“Jom makan
sama…” Mereka sama-sama menuju ke meja
makan tapi kosong. Dia pandang
Nazri.
Tapi, Nazri
senyum. Mengisyaratkan. Bukan di sini, tapi di pondok sana.
“Kau nak aku
makan dengan perempuan tu?” Wajahnya
mula menampakkan riak marah.
Bila Nazri diam
dan tunduk, dia lepaskan nafas berat.
Tiada niat nak tinggikan suara pada Nazri tapi mana mungkin dia duduk
makan semeja dengan perempuan yang
paling dia benci di dunia?
“Kenapa
tiba-tiba ajak aku makan dekat sana?
Sedap sangat ke perempuan tu masak?”
Emosinya berjaya dikawal semula.
Nazri angguk
laju. Ibu jarinya tegak.
Dia ketawa
kecil. Sedap apalah sangat bila dalam
karung itu hanya ada beras, sedikit bawang, beberapa tin sardin dan telur.
“Kalau gitu, kau
pergilah makan. Aku makan sorang. Jangan risau dekat aku…” ujarnya menyuruh Nazri pergi.
Lama Nazri
berdiri di situ. Pandangan penuh memujuk
biarpun dia tahu, tiada siapa lagi mampu pujuk hati keras lelaki ini. Akhirnya, Nazri beralah. Pergi ke pondok yang jaraknya seratus meter
di belakang rumah ini.
Dia labuhkan
duduk sebaik saja Nazri hilang daripada pandangan. Memicit kepala kemudian meraup wajah. Mimpi dia semakin menjadi-jadi sejak
akhir-akhir ini. Semakin kerap, semakin
jelas. Semakin sakit menyucuk hati.
Matanya terbuka
tiba-tiba. Dia pandang ke pintu yang dah
terkatup rapat. Nazri! Laju dia bangkit
dan berlari mengejar Nazri. Ada sesuatu
yang jadi kerisauan dalam kepala dia.
Lariannya
sedikit laju. Hati-hati tak mahu
tersungkur kerana jalan lecak lepas hujan malam tadi. Tambah pulak suasana dah makin suram bila
malam dah mula menjelma. Sebaik saja dia
tiba, dia nampak Nazri dah hampir menyuap nasik ke mulut. Larian dia makin deras. Serentak itu dia tepis tangan Nazri. Pinggan yang berisi nasi dan lauk sardin itu
juga ditepis sama.
Nazri
bangkit. Terkejut. Terpinga-pinga dia pandang bosnya.
Aira apatah
lagi. Hanya pandangan benci dilemparkan
pada lelaki gila ini. Penumbuk digenggam
kemas. Ikut hati, dia nak cakar aje
wajah tampan tu. Biar tinggal parut
sampai bila-bila.
Biar kau ingat
perbuatan aku dekat kau sampai kau mati, jembalang! Huh.
“Kau ni dah
kenapa, hah? Kau tahu tak, Nazri baru
nak makan?” jerit Aira.
“Eloklah baru
nak makan. Tak makan lagi. Aku tak nak kau perdayakan Nazri. Kenapa?
Kau ingat dia tak boleh bercakap, dia tak ada akal nak fikir?”
“Hah?” Aira ketawa kecil. Kelakarnya la hai. Apalah yang lelaki ni fikir tentang dia,
ya? Bila masa dia perdayakan Nazri?
“Aku tak tahu
kau nak cakap apa? Perdayakan apa?” Lawak betul manusia sorang ni. Sampai ke tahap tu dia fikir.
“Nazri nak makan
aje. Kenapa? Kau ni hati jenis apa, hah? Sampaikan pekerja kau sendiri pun kau tak
bagi makan? Lepas dia buat semuanya
untuk kau?” herdik Aira. Berani.
Lantaklah kalau pinggan plastik ni nak melayang atas muka dia pun. Dia tak kisah.
Dahlah perut
lapar. Penat pulak tu. Nak makan, jadi macam ini pulak. Dia pandang wajah Nazri. Hampa.
“Eh, kau jangan
tuduh aku macam kau kenal aku…” Jari telunjuk lelaki itu lurus ke wajah
Aira.
“Kenapa?” Aira dongak.
Menadah wajahnya bawah pandangan lelaki yang dia tak pernah tahu
namanya. Jari kasar itu ditepis.
“Kau terasa
ke? Sebab betul, kan? Oh… kau kutuk aku, boleh pulak. Aku kata kau sikit, kau kata jangan…” Sengaja Aira peluk tubuh.
“Hey,
perempuan!” Rahang Aira dicengkam.
Wajah penat itu
berkerut. Tangan Aira cuba menolak tapi
cengkaman itu seperti sengaja ditekan, lantas dia membiarkan saja. Rahang dia dah rasa nak remuk.
“…kan aku dah
cakap. Kau tak ada hak apa-apa pun
sekarang. Jauh sekali nak tuduh aku
macam-macam. Kalau kau nak tahu, aku sentiasa
layan Nazri baik sebab dia baik dengan aku.
Tapi, aku layan kau jahat… sebab kau jahat. Aku cuma risau kau letak racun dalam makanan
ni. Kau suruh Nazri pujuk aku makan,
mesti sebab kau dah bubuh racun, kan?
Tapi, aku tak nak. Kau bagi Nazri
makan. Betul tak?”
“Hey,
lepaslah!” Aira kumpul semua tenaga dan
menolak tangan kasar itu. Dia menapak ke
belakang beberapa langkah. Menggosok
rahangnya.
“Kalau kau nak
gila, kau gila sorang-sorang. Kalau kau
nak kebulur, kau kebulur sorang-sorang.
Kau ingat aku ni macam kau, nak racun orang? Kalau kata aku nak bunuh kau… aku tak akan
bagi kau racun. Aku akan tikam tepat
dekat jantung kau. Masa tu, aku akan
pandang mata kau! Aku akan senyum depan
kau. Aku akan tekan pisau tu sampai
tembus ke belakang badan kau. Aku akan
cakap dekat kau, aku puas hati! Kau
dengar tak?” marah Aira dengan suara
yang nyaring.
Lelaki ini
memang benar-benar sakit jiwa. Tergamak
tuduh dia nak racun Nazri. Apa yang dia
ada dalam pondok serba daif ni? Dia
masak apa yang ada. Jangan kata nak
dapat racun, setitis air minum pun susah.
Mendengarkan
kata-kata Aira, lelaki itu hilang kata buat seketika. Hanya merenung mata merah Aira. Pandangan itu bukan lagi pandangan takut
seperti kali pertama tapi pandangan marah yang meluap-luap.
“Kalau kau takut
sangat aku bunuh Nazri, biar aku makan semua ni. Senang.
Aku bunuh diri sendiri. Tak payah
nak sakit hati jadi tahanan kau dekat sini!”
Aira dekati meja kayu usang itu.
Dia duduk dan baru saja nak suap nasik ke mulut, tangannya
dipegang. Kejap.
“Jangan, Aira!” Lelaki
itu ketap rahang. Menggeleng berkali-kali.
“Kenapa kau
halang aku nak makan? Kau bukan nak aku
mati ke?” tanya Aira tak dengan nafas
turun naik menahan amarah yang sedang membakar.
Langsung dia tak fikir kesannya selepas ini.
“Aku tak nak kau
mati sebab racun ni, Aira…” Waktu ini dia memang benar-benar yakin Aira dah
letak sesuatu dalam makanan ini.
Perempuan ni memang tak boleh percaya!
Aira ternganga
beberapa saat. Menggeleng sendiri.
“Aku lapar, kau
tahu tak? Aku lapar!” Mata Aira dah mula basah. Kebengisan dia tadi hanya seketika. Dia kini dah hampir merayu. Dia tolak tangan lelaki ini. Terus disuap ke mulut hingga licin
sepinggan. Biarpun susah untuk dia
telan, dia paksa dirinya. Dia perlukan
tenaga. Dia perlu hidup. Hanya itu yang dia tahu.
“Aku tak mati,
kan?” Matanya mencerlang tajam pada
lelaki ini. Aira bawa pinggannya ke
tempayan. Nak dicuci. Tapi, sempat dia menoleh.
“Lagipun, aku
tak hadap nak ajak kau makan kat sini.
Nazri yang nak kau makan sebab takut kau mati kebulur. Pada aku, senang kalau kau betul-betul mati
kebulur! Daripada kau buat aku macam
ni! Satu hari nanti, kau akan sujud
dekat kaki aku mintak maaf dan masa tu, kau jangan harap aku akan maafkan kau!” marah Aira sebelum dia masuk ke dalam bilik
dan menghempas pintu kayu itu kasar.
Dia duduk di
atas katil. Airmata dia jatuh.
Apa dosa aku,
Tuhan?
...
Adaptasi daripada lakorn. (tiba2). Sama tapi tak serupa. Apapun, enjoy reading.
...
Adaptasi daripada lakorn. (tiba2). Sama tapi tak serupa. Apapun, enjoy reading.
siannnnn aira. saya x tgk citer Thai tu..hihi
ReplyDeleteMesti salah fahan ni..
ReplyDeleteOoo laki tu abg zariq..mesti dia ingt zariq mati sbb aira..
ReplyDeleteSian aira...nnt jenuh la laki tu mntk maaf dgn aira bila tau
perkara sebenar..tq sis rehan...sentiasa tgu objection overruled ni
Tajuk apa lakorn tu kak? Rasa mcm nak tgk pulak.lelaki ni pjaga kwn aira ke?
ReplyDeleteAkhirnya...smlm buka xda smbgn lg..
ReplyDeleteAdakah lelaki itu abang Zariq. Sesuatu terjadi pada Zariq dan abangnya menyalahkan Aira. #Ramalanku. Hehehe
ReplyDeleteCiannya aira..
ReplyDeleteAla.. X sabar nak tgu habis.. Penantian satu penyeksaan. Next pls... :(
ReplyDeletea aah tak tgk citer lakorn tu... adakah salah paham
ReplyDeleteAdaptasi dr defendant of love...disyorkan utk tgk ye kwn2..hero hensem
ReplyDeleteOhh adaptasi ke..patut la mula2 baca mcm familiar jer..dah lama dah lakorn tu n worth watching..tapi tgk dgn baca lain feelingnya...keep it up RM..next entry pls hahaaa
ReplyDeletehaah la mcm cite defendant of love tu.. papepun still jgk baca karya kak rehan ni
ReplyDeleteXkisah la adaptasi tp org xsbr nk baca
ReplyDeleteNk tau apa lg yg akn jd
Best...em..nampak dh kaitannya kenapa aira diculik
ReplyDeleteRehan.. akak tertanya2.. apa objection nya..
ReplyDeletetidur malam termimpi2..
adui.. penyakit setiap kali rehan bukak buku baru. Huhu..
same for me.ramalan ku juga ingat lelaki tu some sort of zariq's family.abang mungkin.something happened to him.maybe disebabkan oleh mak aira,mana tahu kalau mak aira ni guna nama aira utk jauhkan zariq tu.tu sebab lelaki tu geram sangat dengan aira padahal she knows nothing.
ReplyDeleteCerita thai...tak tengok...tapi nak baca cerita RM....seronok...
ReplyDeleteKesian Aira....apa salah Aira
ReplyDeleteOo betulla tu abg zariq. Sayangnya dia Xtau sape aira pd zariq sbb zariq Xbgtau betul2. I wonder how would he know the truth nti.. thx RM for the update 🌹🌷
ReplyDeleteHehee.. Saya taw citer ni... Best sgt.. Patut mcm biasa dgr citer ni
ReplyDeleteKesiannyaaaa
ReplyDeleteAbg si zariq ke?
ReplyDeletehaha.. patut la terbayang2 harit dgn soraya. kipidap ..i like harit. hee
ReplyDelete