Saturday, August 05, 2017

Objection 3

ENTAH berapa lama Aira terlelap setelah keletihan menangis.  Sebelah tubuhnya dah rasa sengal.  Lenguh.  Aira cuba bangkit.  Dalam kepayahan, akhirnya dia mampu duduk.  Dilunjurkan kaki.  Pergelangan kaki dah merah.  Ada kesan lebam di balik ikatan.  Dia ketap bibir.  Sakit.  Bahu dia juga rasa nak tercabut.  Dah lama sangat dia diikat begini.  Aira melingas ke sekeliling kawasan pondok.  Lengang.  Hanya ada dua army-bed.  Satu dihujung dinding sana dan satu dihujung sini. 
Aira toleh belakang.  Ada satu jendela yang siap dengan pagar kayu.  Entah mana lelaki ini bawak dia, dia tak boleh nak teka langsung.  Mendengarkan bunyi unggas, Aira yakin sesuatu.  Pondok ini jauh di dalam hutan. 

Airmata dia jatuh lagi.  Macam mana kalau lelaki itu apa-apakan dia?  Macam mana kalau lelaki itu kotakan kata?  Membakar tubuhnya dan abunya dicampak ke tengah lautan?  Dia akan mati tanpa pusara dan tanpa tanda.  Paling sedih, tiada siapa tahu.  Airin, mak, Kak Su dan paling penting, ayah. 
Tangisnya menjadi esakan.  Aira heret kaki hingga lutut rapat ke dada.  Dia sembamkan wajah.  Menangis dan terus menangis. 
Mak risaukah dekat dia?  Itu soalan yang terlintas sekarang. 
Macam mana ayah?  Tentu ayah bimbang.  Ya, dia yakin tu.  Sebab dalam rumah tu, hanya ayah dan Kak Su yang selalu risaukan dia. 
Airin?  Adik dia tu, jangan cakaplah.  Rasanya kalau dia tiada, Airin lagi bahagia.  Tapi, Aira nak balik.  Bukan ini  yang dia maksudkan bila dia mahu keluar daripada rumah itu.  Dia mahu bina hidup sendiri.  Cari bahagia sendiri.  Dia akan usaha dengan tulang empat kerat yang masih gagah. 
Tapi sekarang… Aira angkat wajah bila pintu kayu itu berkeriuk.  Tanda ada orang masuk.  Wajah asing.  Tapi, lelaki ini nampak lebih lembut pandangannya.  Di tangan lelaki itu ada satu sebungkus makanan dan sebotol air.  Air telan liur.  Dia memang sangat dahaga.  Dia sangat lapar. 
“Itu untuk saya ke?”
Lelaki itu angguk.  Tak banyak bicara, ikatan pada tangan Aira diputuskan.  Cepat-cepat Aira pandang pergelangan tangan yang dah mula membiru.  Tapi, setakat ini… dia tak kisah langsung.  Tangan Aira mencapai botol air dan terus meneguknya sehingga habis.  Pandangan lelaki itu… Gelojoh?  Ya, katalah apa saja.  Dia benar-benar perlukan air. 
“Ada air lagi?”  soalnya.   Aira tunjukkan botol yang sudah kosong.
Lelaki itu angguk dan mahu bangkit tapi tingkahnya terhenti bila lelaki yang mengheret dia ke sini muncul tiba-tiba.  Derap tapak boot itu menakutkan Aira.  Dia beranikan diri mendongak pada lelaki itu. 
Wajahnya berkerut tak henti-henti.   Urat pada lehernya juga sama. 
“Kenapa?”  Tangan lelaki itu bergerak seiring percakapan. 
“Dia nak air?” 
Lelaki yang sejak tadi diam, masih angguk.
Aira faham sesuatu.  Boleh jadi, orang suruhan lelaki itu, bisu. 
“Jangan bagi.  Ingat pesan aku!”  Lelaki itu keras memberi amaran.  Terus lelaki bisu itu berlalu meninggalkan mereka berdua. 
Pintu pondok ditutup rapat. 
Aira mengesot ke belakang.  Hingga rapat ke dinding.  Tiada tempat lagi yang mampu dia larikan diri.  Tangannya meraba dinding.  Manalah tahu ada sesuatu yang boleh dia buat sebagai senjata, tapi hampa. 
Lelaki itu ketawa.  Ketawa dan terus ketawa. 
“Kau ingat kau duduk dekat hotel lima bintang?  Nak arah budak aku pergi ambik air untuk kau lagi?” 
Aira kemam bibir. 
“Kau tu yang pelahap.  Eh, kau ingat sikit.  Kau hanya dapat sebotol air untuk dua puluh empat jam.  Sama  jugak dengan makanan.  Tapi, memandangkan air tu, kau dah teguk habis…”  Mata lelaki itu memandang pada botol yang dah kosong seketika. 
“…tak ada air lagi untuk aku sehingga dua puluh empat jam akan datang.  Faham!”  Serentak itu, rahang Aira dicengkam kemas hingga gadis itu mendongak. 
Airmata Aira jatuh melalui juring mata.  Dia ketakutan.  Wajah lelaki ini begitu indah biarpun wajah itu dipenuhi jambang dan rambut yang panjang tapi kenapa sikapnya sangat jelek? 
“Saya tak tahu apa salah saya…”  Susah-payah, Aira perlu luahkan apa yang bermain dalam kepalanya sejak semalam.  “Saya tak  kenal awak.  Kalau kata awak nak duit, percayalah… mak saya tak akan bayar apapun untuk saya,” luah Aira dalam tangis. 
“Kau ingat, aku pelahap sangat duit kau?”  Mata lelaki itu terjegil. 
“Kenapa?  Sebab kau anak orang kaya?  Kau rasa sebab tu aku bawak kau lari?”  Kening lebat lelaki itu terjongket tinggi.  Sengaja dia dekatkan wajahnya ke wajah Aira.  Hingga hidung mancungnya hampir menyentuh hidung Aira. 
Gadis itu pejam mata rapat.  Nak menoleh, tak berdaya bila cengkaman lelaki ini begitu gagah.  Tangan yang sedang menahan ditolak begitu saja. 
“Aku dengan kau, hanya ada satu sebab, Aira.  Dan, duit bukan penyebabnya.  Jangan pandang orang tak ada mata, Aira.  Kau jangan ingat semua orang gilakan duit macam kau.  Kau rasa keluarga kau kaya?  Ada lagi yang lebih kaya daripada keluarga kau…”  bisik lelaki itu.
Hembusan nafas hangatnya menyapa wajah Aira. 
“Habis tu, kenapa kau culik aku?!”  jerit Aira dan serentak itu, dia tolak tangan sasa lelaki itu.  Dada lelaki itu juga ditolak hingga terdorong ke belakang. 
Perlahan-lahan, lelaki itu menggeleng dan ketawa.  Tubuh kecik.  Tapi, tenaga kuat.  Padahal tak makan lagi.  Dia pandang bungkusan nasik.  Kemudian beralih pada Aira. 
“Aku ingat, kau memang perempuan lemah.  Rupanya, kau memang kuat.  Ada tarikan tersendiri.  Patutlah…”  Lelaki  itu pejam mata.  Terhenti bicaranya. 
“Patutlah apa?”  tanya Aira. 
Mata kuyu itu terbuka.  Merenung Aira tajam.  Jatuh ke pergelangan tangan yang merah dan mula nampak lebam.  Dalam hati, langsung tak timbul rasa kesian.  Malah, dia rasa nak keluarkan belati dan menyiat kulit Aira.  Hidup-hidup. 
“Kau tak nak makan, kan?”  soalnya tak layan soalan Aira. 
Tak sempat Aira nak jawab, plastic itu dah dicapai.  Di bawa ke bangku.  Di situ, lelaki itu menelan satu bungkus nasi goreng di depan Aira yang hanya mampu menelan liur melihat semuanya telah masuk ke dalam rengkung lelaki kejam ini. 
“Aku makan sebab kau tak nak makan.  Sebab duit ni susah nak dapat, jadinya aku tak suka membazir.  Kau tak nak makan, itu hak kau.  Tapi, kalau kau ingat kau boleh mati sebab kebulur kat sini… itu kau silap...”  Kaki lelaki itu mendekati Aira yang dah bangkit.  Memaut dinding. 
Kedua belah tangannya mengepung Aira.  Wajah Aira ditenung dalam. 
“…sebab aku tak akan biarkan kau mati dengan mudah, Aira…”  bisiknya.  Dan, terus berlalu membiarkan Aira kembali menangis. 
“Apa salah aku?  APA???”  jeritan Aira bergema. 
Sempat menerobos masuk ke telinga.  Tapi, hati yang begitu marah… mana mungkin terpukau dengan wajah polos itu.  Tak akan!  Airmata lelakinya tumpah setitis. Tapi, dikesat kasar.
“Kenapa kau buat aku macam ni?”  Soalan itu, tak akan ada jawapan.  Selamanya. 
Kasih sayang dia selama ini, tiada nilai rupanya.  Padahal, dia telah lakukan apa saja.  Dia korbankan cita-cita sendiri demi orang tercinta.  Dia hambakan seluruh hidupnya demi kesenangan di depan hari dan hari ini terbukti.  Penat lelah dan jerih padanya hampir sepuluh tahun berbuah ranum. Malah, lebat. 
Tapi, kenapa dia perlu sendiri? 
“Kau memang tak sayangkan aku.  Hanya aku yang terlalu sayangkan kau!”  Dia tunduk membiarkan air mata lelakinya jatuh ke bumi setitis lagi.  Pilu.    



BOT yang meluncur laju, kian perlahan.  Akhirnya, berhenti di jeti.  Dia tenang menanti seorang pekerja yang sedang mendekati.  Di tangannya, ada sebuah beg saiz biasa.  Dia masih setia dengan muka tanpa perasaan.  Perasaan dia, hanya dia yang tahu.  Tak perlu untuk dia tunjuk demi raih simpati.  Kerana, semua orang tahu apa yang dah jadi.  Mereka hanya tutup mulut kerana takutkan dia.  Tapi rasanya bukan sebab takut.  Sebab kesian. 
“Bos…”  Lelaki tadi melambai.  Tersenyum mesra.  Seperti biasa.   “Maaf bos, lambat sikit…” 
“Tak apa.  Aku pun ada hal tadi.  Macam mana semua orang?  Okey?” 
“Semua dalam kawalan bos…”  Ibu jari lelaki itu tegak.   “Err… bos lambat lagi ke nak balik tanah besar ni?”  Risau pulak dia.  Tiba-tiba, bos kembali ke pulau yang sepi tak berpenghuni ini.
Dah lama bos tak datang ke sini sejak itu.  Tiba-tiba aje… 
“Nazri ada dekat sini ke?” 
“Ada.” 
“Kalau ada, legalah saya.  Ada jugak orang teman bos.”  Lega jugaklah biarpun Nazri itu tak boleh bercakap.  Boleh mendengar tapi lepas terlibat dalam kemalangan dulu, dia hilang daya berbicara. 
“Kau ada bawak semua barang aku pesan, Im?” 
Rahim angguk.  “Ini…”  Beg bertukar tangan.   “Tapi….”   Teragak-agak Rahim nak tanya.  Iyalah, barang yang dipesan itu lain macam.  Kalau bukan sebab dia dah kenal lama, mahu dia tak ikut arahan bos ni.
“Kenapa?  Kau nak tahu apa aku buat dekat sini?”  Kening lebatnya terjongket bila lihat pekerjanya berkerut sana-sini.
“Tertanya tu ada.  Tapi, saya yakin bos tak akan buat benda bukan-bukan.”  Seboleh-bolehnya, Rahim cuba yakinkan diri sendiri. 
Lelaki itu diam.  Melempar jauh pandangan ke tengah lautan.  Menimbang kata-kata Rahim.  Lelaki ini antara yang paling setia pada dia sejak awal-awal lagi.  Dia harap, kesetiaan ini tak dinodai dengan pembelotan seperti yang pernah dia lalui. 
“Kau jangan risau, Im…”  Mata Rahim dipandang.  “Kalau aku senang, aku nak kita semua senang.  Sama-sama.  Tapi, kalau aku susah… aku tak akan susahkan sesiapa…”  Harap sangat Rahim faham.
Dia memang sedang lakukan keburukan dan dia akan tanggung segalanya seorang diri.  Dia tak akan tuding jari pada sesiapa.  Kesannya, dia dah tak kisah sejak dia kenali wajah itu. 
“Kalau gitu, saya balik dulu, bos.  Tapi, nanti ada orang nak datang tengok kilang…”  beritahu Rahim.
“Untuk apa?” 
“Katanya nak kembangkan lagi produk kita…” 
Dia tak berkata apa.  Hanya menyuruh Rahim pergi bila nampak awan mendung mula merubah keindahan birunya langit.  Kalau kata hujan turun tiba-tiba, bahaya untuk Rahim meredah lautan. 
Sebaik saja tiba di pondok, dia lihat Nazri sedang menjerang beras.  Dia senyum.  Perlahan dia hampiri lelaki yang dah macam adik dia. 
“Dia buat apa?” 
Nazri buat isyarat tidur. 
Dia angguk. Tubuh dia letih.  Memandu tanpa henti berbelas jam.  Malah, buat kerja gila lagi.  Otak dia perlukan rehat. 
“Rahim hantarkan barang.  Nanti kau pergi ambik dekat jeti, ya?”
Nazri angguk. 
“Aku masuk dalam kejap…”  Dia berlalu masuk ke pondok. 
Benar seperti kata Nazri, Aira sedang terlena.  Mengerekot di tepi dinding.  Dia pandang sekujur tubuh perempuan itu.  Masa dia heret Aira, tak perasan Aira berkaki ayam.  Malah, bahagian betis jeans gadis ini dah carik malah ada kesan luka pada betis. 
Dia dekati lagi.  Hingga begitu dekat, dia mencangkung.  Memerhati dan terus menilai.  Kenapa wajah selembut ini mampu berlaku begitu kejam?  Tak faham dia.  Kalau kata rupa dah elok, tak bolehkah perangai pun elok jugak?
Dia pandang rambut Aira yang kusut.  Wajah yang comot dan pergi pada kesan lebam pada tangan pergelangan tangan Aira.  Kaki itu masih berikat.  Tiada langsung rasa nak bukak ikatan.  Biar saja perempuan ini terus seksa.  Dia bahagia melihatnya. 
“Kenapa, Aira?”  Sepatah soalan itu diaju biarpun dia tahu Aira tak dengar. 
Nafas Aira tenang.  Tidurnya seperti tiada apa yang berlaku.  Malah nampak macam gadis ini benar-benar menikmati lenanya.  Tak ubah terbaring atas tilam empuk di rumah. 
Dia nak bangun tapi tak jadi bila suara lembut itu menikam pendengarannya. 
“Apa yang saya dah buat?”  Mata Aira terbuka. 
Memandang tepat padanya. 
Dia tak beri reaksi.  Sebaliknya, ditarik beg dan dihempas depan Aira. 
“Ini keperluan kau.  Satu lagi kau kena ingat.  Aku tak nak kau mati mengerekot dekat lantai.  Sebab tu aku letak katil tu dekat situ.  Sekali lagi aku tengok kau lena atas lantai, aku ikat kau dekat pokok.  Duduk kau dekat situ siang malam.”  Belati dikeluarkan. 
Aira telan liur tapi dia hela nafas lega seketika bila bilah belati tajam itu dihala pada kakinya.  Cable tie itu putus. 
Lelaki itu terus bangkit dan menuju ke pintu.  Baru nak kuak pintu, tingkah dia terhenti lagi. 
“Dan kau kena tahu.  Kau tak ada hak untuk soal aku apa-apa aje.  Kau jugak tak akan dibela oleh sesiapa dan tak layak untuk bela diri sendiri kau.  Hanya ada satu syarat antara kau dengan aku.  Hukuman!”  tegasnya tanpa menoleh dan terus dia keluar setelah menutup pintu itu rapat. 
Aira tarik beg.  Bila dia buka; ya, memang keperluan dia.  Segalanya. 
Lelaki ini, benar-benar gila! 

Dan, dia menangis lagi.  

20 comments:

  1. Sian aira...tabahnya aira...sedih...sy suka penulisan sis rehan..
    Byk isi tersirat...truskan menulis..sy sentiasa menanti karya sis

    ReplyDelete
  2. Adakah ini kawan lama mye di kolej tu? Misteri sgt! Debo rasenye.. 😫

    ReplyDelete
  3. Hmm.. at least bgtau apa salah aira pd dia.. sian aira..dh la Xdisayangi mak & adik, ayahnya tgh sakit pulak.. ni kna culik tanpa tau puncanya. Thx RM for the update 🌹🌷 wp arini sabtu 😊😍

    ReplyDelete
  4. Masih misteri...update entri laju2 ye RM 😀

    ReplyDelete
  5. Guess what....that guy actually abg zariq kwn aira tu...si zariq sukakan airin n airin menyebabkan zariq mati...si abg nk bls dendam tapi tersilap kidnap aira plak..sebabnya dia tgk bnyk potret aira yg zariq lukis dan ingtkan aira perempuan yg adik dia cinta dan penyebab dia kehilangan adik dia..he will fall for aira n know the truth soon..just wait ok....hahahhaa ok tak andaian ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeah exactly like Thai drama I've seen before. This novel just like , yeah you know another version of that drama. Or more to copy the main story maybe. Sorry I just being honest. But anyway congrats to writer

      Delete
  6. Macam ada komplot jer...bertabahlah aira

    ReplyDelete
  7. Makin menarik. Suspen n trtanya². berdebar nak taw seterusnya.

    ReplyDelete
  8. Sukanya... x sabar tunggu next

    ReplyDelete
  9. Banyak tanda soal berlegar² dalam kepala...banyak andaiannya...
    Suspen betui

    ReplyDelete
  10. Best !!!! Terbaik sis

    ReplyDelete
  11. Betul ke Aira yg bersalah?ke salah org?

    ReplyDelete