Friday, August 04, 2017

Objection 2

AIRMATA meleleh di juring mata Aira.  Berkali-kali dia kesat, air jernih itu masih mengalir perlahan.  Lelaki kacak yang ada di depannya kerut kening.  Tak faham.  Kenapalah dengan perempuan sorang ni.  Nasib baiklah kau comel.  Aku tak rasa nak luku.  Tapi, rasa nak tenung lagi. 
“Awak kenapa?”  Zariq menyoal lembut.  Tongkat dagu atas meja.  “Buruk sangat ke?”  Gamaknya, Aira nak kutuk hasil kerja dia. 
“Ini?  Awak kata saya?”  Tawa Aira masih galak.
Lelaki itu angguk.  “Buruk?”
“Awak rasa, saya ke potret ni lagi cantik?” 

“Tentulah…”
“Potret awak lukis ni, betul tak?”  pancung Aira belum sudah Zariq bersuara. 
Tapi, lelaki itu senyum.  “Kita, mana boleh lawan ciptaan Tuhan, Aira.  Dah tentulah yang original depan saya ni lagi cantik…” puji Zariq.
“Eleh…”  Aira mencebek lebar.  Air sirap di depan mata, terus di sisip.
“Ini ke yang awak nak submit untuk projek tu?”
Zariq jongket sebelah kening.  Inilah dia.  Mulanya dia nak buat potret orang lain.  Tapi, apa nak dikata, orang lain yang dia maksudkan itu telah buang dia jauh daripada hati dan  hidupnya.  Dengan cara yang begitu menyakitkan. 
Bukan mudah untuk dia berdiri malah sampai kini, dia masih lagi diburu kepedihan itu.  Gamaknya, hati tak reda. 
Wajah mendung Zariq memancing renungan mata bundar Aira.  Senyuman yang tadi masih menyala, padam langsung.  Aira pandang lukisan tersebut.  Indah hasil tangan Zariq dan Zariq memang satu bakat semulajadi yang telah Tuhan ciptakan.  Malah, Zariq begitu lembut dan peramah.  Ringan tulang.  Biarpun berlainan kelas, tapi perkenalan sejak sekolah menengah berlangsung hingga sekarang.  Cuma sekarang, Zariq sedikit berubah.  Atau, dah banyak berubah.
Ada masa, Aira nampak Zariq hanya buat-buat suka.  Kata Zariq, wajah itu yang akan jadi hiasan projeknya, tapi kini… raut dia  yang terlakar indah atas kanvas tersebut. 
“Awak okey?”  Aira tahu itu soalan bodoh tapi apa lagi yang mampu dia tanya melainkan itu.  Berharap Zariq okey.
Zariq anak yatim piatu.  Dia tak pernah kenal keluarga Zariq.  Tak tahu anak orang kaya atau sebaliknya.  Pada dia, nilai hubungan dia dengan Zariq tak dapat diukur dengan keturunan dan harta.  Zariq adalah lelaki istimewa dalam dirinya. 
Senyuman Zariq masih tawar.  Seperti yang Aira kata tadi, senyuman paksa.  Lukisan itu digulung.  Sempat Aira nampak signature ZRQ.  Dia senyum.  Pernah dia tanya kenapa setiap helaian buku Zariq ada huruf itu.  Kata Zariq, “Saya akan gunakan initial ni biarpun saya dikenali seluruh dunia…”
Dan hari ini, seluruh kampus kenal Zariq.  Biarpun baru tahun pertama.  Aira tongkat dagu.  Dia renung mata Zariq yang nampak berkaca-kaca.  Hati dia turut terasa pedih.  Keikhlasan lelaki ini dibalas tuba. 
“Kita nak ponteng kuliah tak?”  bisik Aira tiba-tiba. 
“Hah?  Awak ni biar betul?”  Aira yang selama ni skema ajak ponteng kuliah.  Macam tak percaya aje.
“Betul ni.  Lagipun, satu kelas aje.  Tak jejas apa.  Melainkan awak tak berani…”  Sengaja Aira nak hidupkan keceriaan dalam hati Zariq. 
Terus lelaki itu gelak.
Aira ucap syukur dalam hati.  Lega seketika sebab dia tahu, kegembiraan yang terpancar itu akan malap kejap lagi. 
“Saya lagi berani.  Tapi, siapa nak keluar modal ni?” 
Aira senyum.  Dia tahu apa yang Zariq maksudkan.  Lelaki ini dengan dia sama aje.  Naik bas datang kuliah.  Sesekali aje dia nampak Zariq bawak motor kuasa besar.  Katanya, motor pinjam.  Dia pun tak tanya lebih.  Janji, jangan curi sudahlah. 
“Saya belanja…”  ujar Aira.
“No…”  Zariq menegah.  Dia juga tahu keadaan Aira.  Anak orang kaya yang tak macam anak orang kaya. 
“Let go, babeh.  Everythings on me…”  Sempat dia kenyit mata sambil mengemas semua lukisan.  Yang pastinya, terselit sekeping potret wajah ‘orang lain’ itu.  Selebihnya, semua wajah-wajah Aira.  Kerana sejak dulu, hanya Aira yang tak pernah menyakitkan hati. 



MATA Aira terbuka.  Mimpinya lebur bila terasa wajah disimbah dengan air.  Dia terbatuk.  Kasar.  Nafasnya tercungap-cungap.  Dadanya turun naik cuba membendung alunan nafas yang tak menentu.  Pedih hidung, naik ke kepala.  Dia buka mata.  Duduk bersandar pada dinding.  Bersimpuh dengan kaki tangan terikat.  Bila dia cuba leraikan, cable-tie tersebut menggigit kulit.  Tak bagi dia melawan.
Air pejam mata.  Ini mimpi.  Ini mimpi.  Bangun, Aira. 
Tapi sayang, bila dia buka mata lagi… ini kenyataan.  Airmata Aira jatuh ke pipi.  Kemudian, dia angkat mata bila nampak ada sepasang kaki yang makin dekat dengannya.  Aira cam wajah itu.  Lelaki yang melanggar kereta itu tadi.  Tadi?  Entah?  Dah berapa lama dia pengsan? 
Semalaman?
Atau boleh jadi dah berhari-hari? 
Dia tak pasti.
“Kau siapa?” 
Lelaki itu ketawa kecil.  Menggeleng berkali-kali.  Aira bingung.  Dia salah soalan ke? 
“Itu soalan pertama yang kau nak tanya lepas lebih dua puluh empat jam kau pengsan?”  sindir lelaki itu. 
Aira tunduk.  Liur ditelan.  Tekak dia terasa kering sangat.  Bibir dia pun rasa dah nak pecah.  Pedih.  Kesan klorofom masih lagi terasa. 
“Aku dahaga…”
“Bingo!”  Lelaki itu ketik jari.  “Itu ayat paling tepat buat masa sekarang…”  Sebotol air mineral di buka dan disua depan Aira. 
Tapi, pergerakan gadis itu terbantut. Tangan dia yang diikat di belakang, menahan segala pergerakan.  Aira suakan wajah ke depan.  Memuncungkan mulutnya tapi botol air tersebut semakin jauh.
“Kau suruh aku minum, tapi kau tak bagi!  Kau gila ke apa?”  jerit Aira. 
“Aku tak cakap pun suruh kau minum, kan?”  Lelaki itu berhelah.  “Aku cuma tanya itu ke soalan pertama kau lepas kau sedar diri.  Atau kau salah dengar?”  Senyuman lelaki itu cukup sinis. 
Aira pejam mata.  Tuhan… ini mimpi.  Katakan ini hanya mimpi.  Sekali lagi.  Dia pejam mata.  Harap sangat ini mimpi tapi sayang seribu kali sayang.  Bila dia buka mata sekali lagi, lelaki ini masih di depannya.  Airmata Aira kembali meleleh.  Dia telan liur berkali-kali. 
“Aku dahaga…”
“Orang macam kau, tahu dahaga?” 
“Aku pun manusialah!”  tempik Aira. 
Wow… lelaki itu jongket kening.  Masih ada tenaga nak marah orang biarpun tak makan tak minum seharian. 
“Okey.  Kalau kau dahaga sangat…”  Botol air mineral itu diterbalikkan.  Sedikit demi sedikit air jatuh di atas lantai sedangkan Aira begitu berusaha untuk dapatkan air tersebut, biarpun setitis demi membasahkan rengkung yang sedang gersang. 
“Nah, minum cepat sebelum habis air ni…”  Lelaki itu ketawa dapat permainkan Aira.  Dia beransur ke belakang sedikit demi sedikit.  Membiarkan Aira mengesot mengejar titisan tersebut dan bila Aira rapat padanya, air itu kering. 
Tapi, airmata Aira kian laju.  Dia renung lelaki itu dengan pelbagai persoalan. 
Siapa?
Apa?
Kenapa? 
Dia benar-benar nak tahu.  Apa yang buat lelaki ini menculik dia?  Dan, macam mana dengan pemandu kereta tu?  Okey ke? 
“Kau nak tahu pemandu tu?” 
Aira angguk bila lelaki itu tepat meneka. 
“Dia okey.  Aku dah bayar dia…”
“Tapi…”  Aira terdiam.  Setakat itu saja ke?  Semudah itu.  Dia okey?  Aku bayar dia?  Habis tu, macam mana dia boleh ada dekat sini? 
“Masa aku angkat kau, dia dah sedar.  Aku cakap, kau bini aku yang tak kenang untung.  Nak lari daripada rumah.  Itu yang dia buat tak tahu aje…” 
“Hah?”  Mulut Aira melopong.  Memang sah, lelaki ni gila!   “Kau tahu tak jenayah culik kat Malaysia ni, hukuman dia teruk dan kau tahu tak kau culik salah orang?”  marah Aira hilang sabar. 
Seperti tadi juga, lelaki itu ketawa.  Dia labuhkan duduk di atas bangku tepat depan Aira.  Membiarkan Aira bersimpuh di kakinya.  Tak ubah seperti mengemis sesuatu.  Sesuatu yang dia tagih.  Iaitu kemaafan daripada perempuan jahat ini! 
“Aku dah tak kisah langsung lepas aku buat keputusan ni.  Tapi, yang pastinya… aku akan jahanamkan kau sebelum aku kena tangkap.  Lainlah kau.  Anak kesayangan, anak manja, nak apa semua dapat… mesti keluarga kau akan rasa kehilangan, kan?  Ini dah lebih dua puluh empat jam.  Kau rasa keluarga kau risau tak?  Mesti diorang dah kalut buat report polis, kan?  Tapi, mana diorang nak carik kau?  Tak ada bukti.”  Lelaki itu senyum.  Tipis tapi cukup untuk nampak kejam.
“Bukti…”   Aira bersuara sendiri.  Dia melingas ke kiri dan kanan.  Dalam telefon dia ada rekod driver itu.  Lelaki itu boleh jadi saksi.  Tapi, mana beg silang dia. 
“Kau carik beg kau?”
Aira telan liur.  Tak suka bila setiap perbuatan dia lelaki ini boleh baca. 
“Aku dah mintak budak aku bakar.  Tak lama lagi, kau pulak aku bakar.  Abu mayat kau, aku tabur dekat tengah laut.  Masa tu, aku nak tengok… bukti apa yang diorang boleh dapatkan untuk carik kau…”  Serentak itu, wajah lelaki itu berubah.  Dia bangkit, menendang bangku kayu tersebut dan terus saja menuju ke pintu.
Aira menggigil.  Airmata terus jatuh tak henti-henti.  Entah.  Dia tak nak menangis, Cuma keadaan sekarang buatkan airmata dia mengalir sendiri. 
“Tunggu, encik…”  Aira berlembut.  Mana tahu.  Orang selalu kata, kelembutan boleh memadamkan api di hati biarpun kelembutan dia selama ni tak pernah padamkan benci mak pada dia. 
Lelaki itu menoleh.  Alahai… mendengarkan suara itu memanggil dia, rasa nak lebur hati tapi dia bukan jenis lelaki yang mudah diperbodohkan dengan raut begitu jelita dan suara  begitu merdu. 
“Saya dahaga,” rayu Aira dengan tangisan.  Dia benar-benar tak larat  untuk berjuang sekarang.  Dia perlukan tenaga. 
Lelaki itu kembali pada Aira.  Mencangkung dan memaut wajah Aira kasar agar menentang pandangan tajam mata kuyunya. 
“Baru dua puluh empat jam, Aira.  Kau dah tak tahan tanpa segelas air.  Tapi, aku dah bertahun hidup macam tak makna.  Kau tak pernah fikir…”  Wajah Aira ditolak kuat, hingga gadis itu jatuh mengiring.  Menangis dan terus menangis. 
Namun satu yang terdetik dalam hati.  Lelaki ini, tak salah orang.  Nama itu memang nama dia.  Bukan nama orang lain.  Tangisan Aira yang tadinya perlahan, bertukar kasar.  Dia meraung sekuat hati. 
Adakah kerana mulutnya begitu cabul kata mahu tinggalkan rumah itu dan kini, segalanya menjadi nyata?  Tapi, dia tak rela diperlakukan begini.  Dia tak mahu menerima hukuman tanpa tahu apakah pertuduhan ke atasnya.  Dia tak mahu menerima apa saja hukuman tanpa lalui sebarang perbicaraan. 
Dia mahu diadili seadil-adilnya. 

Tapi… Aira pandang wajah itu melalui helaian rambut yang menutup wajahnya.  Nampaknya, semua itu tak akan terjadi.    

17 comments:

  1. Best as usual...next entry plss...hehe

    ReplyDelete
  2. Yeyyyy dh update entry baru. Tenkiu ��

    ReplyDelete
  3. Wahhh suspen ni...sapa plak laki tu...x sabaq nk tngu next ep...gud job RM

    ReplyDelete
  4. Saspen...siapa yg culik n kerana apa..xsnr nk tau nxt part..
    Tq sis rehan

    ReplyDelete
  5. Jahat ke aira?
    Apa aira dh buat dgn lelaki tu

    ReplyDelete
  6. Airin menyamar jadi aira kot...yg jadi mangsa aira

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya betul lah, si airin tu guna profile aira.

      Delete
  7. Alamak.. apala yg dh jd smpai aira dikata jahat? 🤔 thx RM for the update 🌹🌷

    ReplyDelete
  8. Betul ke diorg nk tgkp Aira???ke sbgai ganti si Airin..hurm..

    ReplyDelete
  9. Karya RM xpnah mengecewakan. Sya Rasa tertukar ni base on kenytaan atas Tu. Ank manja semua dpat that airin. Tpi aira yg jdi mangsa. APA kaitan laki tuh dgan depa smpai culik bagai.

    ReplyDelete
  10. Lets go babeh. Everything's on me

    ReplyDelete