"Semua penulis akan MENINGGAL. Hanya KARYANYA sajalah yang akan ABADI sepanjang masa. Maka TULISLAH sesuatu yang akan MEMBAHAGIAKAN dirimu di AKHIRAT kelak..." .: Saidina Ali bin Abi Talib :.
Sunday, May 12, 2019
Saturday, May 11, 2019
Sugar? 25
NEL labuhkan
duduk di depan Dian. Air dah
kering. Apa lagilah yang Dian fikir
sampaikan tak sedar dia dah ada depan mata.
Dah habis kerja dah.
“Berangan
apa?” tanya dia bila Dian angkat
wajah.
“Berangan
tentang masa depan…”
“Cukup ke
berangan aje?”
Sugar? 24
SOALAN Nel itu
dia bawa pada mama. Bukan tak boleh buat
jawab sendiri, tapi dah biasa berbincang dengan mama biarpun keputusan akhirnya
dibuat oleh ayah. Cuma kali ini, dia harap
dia kuat untuk buat keputusan sendiri.
“Kalau dia cakap
gitu, maksudnya dia dah sedialah tu. Dia
serius…”
Sugar? 23
SAMPAI di rumah,
Dian terus henyak duduk di atas sofa.
Letihnya. Terkejar ke sana-sini
tapi sudahnya, Haji Nik tak nak sign. Rasa nak marah juga tapi apa nak kata, bukan
salah Haji Nik. Lagipun, Haji Nik adalah
bos yang terbaik selama ni. Boleh jadi
kerana kesihatan yang tak memuaskan, kerana itu Haji Nik nak lepaskan semua
kerja. Menjadikan kerja dia turut
tergendala.
Sugar? 22
MELIHATKAN abah
bercakap di telefon dengan gelak besar tu, dia rasa dia memang kena tipu yang abah
tak sihat. Saja suruh dia balik. Dia pun, polos percaya lakonan abah. Padahal bukan sekali dia kena main.
Sugar? 21
DIA lupa
langsung Nel cakap cuti hari ni. Bukan
cuti biasa tapi cuti sakit. Semuanya
kerana Haikal? Padanlah Nel tanya dia
sama ada dia okey atau tidak malam tadi.
Bila dia singgah ke kafe tengah hari tadi, terkejut bila Adi ceritakan tentang
Nel diserang oleh Haikal. Patutlah jugak
ayah mengamuk sakan.
Sugar? 20
TUHAN… apalah
yang aku jawab masa tu? Haih… tak
pasal-pasal dia dapat MC sehari.
Eloklah. Dia pun nak balik jenguk
orang tuanya. Orang tua yang masih sibuk
dengan dunia kerana ada anak keras kepala seperti dia.
Sugar? 19
NEL letak cawan
eskpresso itu di depan pelanggan. Sopan. Kenapalah lelaki ni buat permintaan istimewa
nak dia hantarkan air ni. Lagipun, buat
apalah datang sini? Tak sesuai kot
tempat ni dengan orang sepertinya.
“Nel?” Suara lelaki itu menyebut nama dia dengan
mata menala tepat pada tag yang lekat di dada sebelah kiri.
“Saya, encik…”
Sugar? 18
MATANYA terbuka
bila terasa vibrate handphone. Dian raba telefon dan bila skrin terang, nama
Nel naik pada Whatsappnya.
+
Ok ke hari ni? - Nel
Soalan lelaki
ni, bagai Nel dapat rasa dia dalam keadaan tertekan sekarang.
-
Ok
aje - Dian
+ Dpt rs sesuatu yg tak
ok. J
- Nel
Sugar? 17
WAJAHNYA terasa
panas bila mendengarkan cerita daripada Haikal tentang Dian dan lelaki
itu. Haih… semalam tak sempat jumpa Dian. Pagi tadi juga anak gadisnya keluar
awal. Dan, sampai sekarang masih tak
nampak batang hidung lagi. Manalah budak
ni singgah. Dia telefon pejabat pun dah
tak berangkat. Bermakna Dian dah
tinggalkan pejabat. Ini, telefon bimbit
juga tak bersahut.
Sugar? 16
SEJAK tadi, mata
Zahlia tak lepas memandang Nel. Wajahnya
masam. Andai dapat disukat, rasanya
lebih masam daripada cuka. Air yang Nel
hidang langsung tak disentuh. Lelaki ini
tak pernah berubah. Setiap tingkahnya
penuh karisma. Penuh gaya biarpun hanya
sedang mencuci cawan kotor.
Sugar? 15
IKUT hati nak
aje dia ketuk kepala Si Adi ni.
Pandai-pandai jadi tali barut untuk Zahlia dah kenapa? Bukan Adi tak tahu dia dan Zahlia tak ada
apa-apa. Dia dah tekankan
berkali-kali. Sejak dulu. Perasaan dia pada Zahlia hanya sebagai kawan
satu tempat kerja masa tu biarpun tak lama.
Kerana Zahlia hanya part-timer dekat sini. Dia lainlah.
Nak kerja sampai tua ni.
Seronok. Sambil kerja sambil
memerhati. Melihat tingkah manusia
membuat dia sedar, betapa hebat Tuhan ciptakan setiap hamba.
Subscribe to:
Posts (Atom)
