Saturday, May 11, 2019

Sugar? 25

NEL labuhkan duduk di depan Dian.  Air dah kering.  Apa lagilah yang Dian fikir sampaikan tak sedar dia dah ada depan mata.  Dah habis kerja dah. 
“Berangan apa?”  tanya dia bila Dian angkat wajah. 
“Berangan tentang masa depan…”
“Cukup ke berangan aje?” 

“Teringin nak jadikannya kenyataan,” jawab Dian.
“Mampu ke sendiri jadikan angan tu nyata?”  Kening Nel terjongket sebelah. 
Dian geleng kecil.  “Kena ada sokongan…” 
“Okey.  Sokongan yang jenis sepenuh masa atau macam mana?” 
“Harapnya sepenuh masa…”  Malu-malu dia curi pandang pada Nel. 
Pesanan mama terngiang-ngiang.  Boleh ke kalau dia cakap sekarang ni?  Hai… malulah.  Kenal baru nak masuk sebulan, tapi kemain dah.  Tersorong-sorong betul dia.
“Kerut dahi tu, kenapa?”
“Eh, ya ke?  Mana ada…”  Dian terus sapu dahi sendiri. 
Nel gelak.  “Nak cakap apa, cakaplah.  Saya ada masa seumur hidup untuk mendengarnya…” 
“Amboi, seumur hidup.  Kalau seumur hidup tu saya suruh awak dengar saya aje, saya tak izinkan awak dengar pada orang lain dah, macam mana?” 
“Eloklah.  Saya memang nak tadah telinga untuk dengar cerita awak aje,”  sela Nel.
“Jangan kata tadah telinga.  Saya bagi bahu untuk awak bersandar kalau awak penat, saya bagi peha kalau kepala awak berat dan rasa nak lelap, saya bagi tangan untuk awak genggam kalau awak tiada kekuatan, saya bagi pelukan kalau awak rasa sedih…” 
Dian ketap bibir.  Nel ni memang pandai buat dia mahu jual seluruh jiwa raganya pada lelaki ini.    
“Kalau awak bosan?”
“Kenapa nak minta jadi bosan?” Nel jongket kening. 
“Saya tak minta tapi was-was…”  Giliran Dian pula mencebek. 
“Kenapa perlu was-was?”  balas Nel laju.
“Tak boleh ke kalau was-was sikit?”  tanya Dian semula. 
Nel tongkat siku atas meja.  Merenung mata Dian dengan dahi yang berkerut dan bibir yang mekar dengan senyuman.
“Sekarang ni, awak tanya, saya tanya… siapa yang nak jawab, ya?”  Nel memulangkan semula ayat itu pada Dian. 
Lama-lama Dian turut sama tersenyum. 
“Jawapan untuk awak… ya.” 
Come again?”  Tubuh Nel tegak.  Dia risau dia salah dengar.  Sebab itu dia tanya sekali lagi.    
“Jawapan untuk soalan awak hari tu… ya,”  ulang Dian dengan wajah yang merah. 
“Apa yang ya apa yang tidak?”  duga Nel.  Seperti biasa, dia memang suka mengusik walaupun dah faham maksud jawapan Dian.
“Eh, tak apalah kalau tak faham…”  Beg dicapai.  Terus dia atur kaki keluar daripada kafe.  Merah dah muka dia tapi Nel masih buat tak faham. 
“Cik Elllll…”  seru Nel bila berjaya saingi langkah Dian. 
“Jawapan awak tu tak boleh ubah lagi, tau,” bisik Nel. 
“Saya takut awak aje yang berubah…”
“Selagi awak tabah dengan saya…”  pintas Nel laju. 
Langkah kaki mati.  Dian angkat wajah melangut pada Nel yang jauh lebih tinggi daripada dia. 
“Awak nak saya berhenti kerja?”  Dia tanya sebab dia pernah dengar Nel cakap perkara ini pada budak perempuan hari tu. 
Siapa nama entah.  Patut dia tanya Adi tentang perempuan hari tu.  Hari yang mana dia tahu yang hatinya juga pandai untuk rasa cemburu. 
“Awak ikhlas kalau saya minta?” 
Dian senyum.  “Saya akan berhenti kalau betul itu kehendak awak.  Lagipun, saya pernah janji dengan ayah saya untuk berhenti kerja bila saya kahwin.” 
“Itu dengan ayah awak.  Dengan lelaki lain.  Dengan saya, saya biarkan awak buat keputusan sendiri.  Andai kata awak nak terus bekerja, saya izinkan biarpun saya memang nak isteri saya duduk rumah.  Kan saya dah cakap, saya akan ikut apa saja yang membahagiakan awak…”
Nel sengih.  Jawapan yang berbeza dengan jawapan Zahlia tempoh hari. 
“Eleh… hari tu saya dengar lain.  Bukan awak memang  nak isteri awak berhenti kerja ke?”  sindir Dian.  Dia kerling Nel.  Tajam. 
Nel ketawa.  “Dengan orang yang saya tak ada perasaan, itu boleh jadi alasan.  Tapi, dengan awak, saya tak boleh nak pentingkan diri.  Kita kena bincang dan capai kesepakatan.”  Dia kenyit mata. 
“Saya dah agak…”  Bibir Dian koyak dengan senyuman.  Lebat.
Tapi, Nel masih ada satu soalan. 
“Tak risau dengan keadaan kita nanti?  Iyalah… pendapatan saya berapalah sangat.  Tak boleh nak adakan yang awak dah sedia dapat sekarang…”  Nel pandang mata Dian.  Langsung tak pudar sinarannya malah kian bercahaya. 
“Kita usaha dan setakat mana yang kita dapat, bersyukurlah.  Saya tak tamak.  Cukuplah seadanya,” jawab Dian tenang. 
“Dan keputusan saya, saya akan berhenti kerja…”
“Wow… untuk saya?”  Nel tak dapat nak sembunyi wajah terujanya. 
“Bukanlah…”  bantah Dian. 
Nel muncung. 
Dian ketawa halus.  Comel betul wajah merajuk. 
“Untuk kita.  Awak, saya dan keluarga kita…”  jawab Dian.  Biarpun dia tahu, semuanya masih seperti fatamorgana.  Nampak tapi tidak nyata. 
Jawapan itu membuahkan senyuman lebar pada wajah Nel.  Dia angguk kecil beberapa kali. 
“Kalau gitu, kerjalah.  Saya tak halang benda yang tak memudaratkan, Cik El,” balas Nel. 
Dia terus menapak mendahului Dian.  Langkah senang hati. Ini yang dia nak dengar.  Seseorang yang boleh dibawa berbincang.  Bukan saja terus menolak dan membuat rumusan seperti yang Zahlia lakukan tempoh hari.  Dia bukan jenis memaksa.  Dia hanya katakan pendapatnya.  Segala perkara boleh dibawa berbincang. 
Dan, orang itu adalah wanita ini.  Yang sedang menapak seiringan dengannya kala ini.  Dia harap langkah ini akan temani dia sehingga akhirnya. 

Umi… Nel dah sedia dah!  Sengihnya lebar lain macam.  

3 comments:

  1. "JUDI POKER | TOGEL ONLINE | TEMBAK IKAN | CASINO | JUDI BOLA | SEMUA LENGKAP HANYA DI : WWW.DEWALOTTO.ME
    DAFTAR DAN BERMAIN BERSAMA 1 ID BISA MAIN SEMUA GAMES YUKK>> di add WA : +855 69312579 "

    ReplyDelete
  2. Game overrrr. .Hahaha, btw kenapa saya baru perasan kak letak crita ni.. Saya baca next entry tp xprasan lgsung akk up ni. Tq akkakkk.. Hehe thorbaik

    ReplyDelete