Saturday, May 11, 2019

Sugar? 18

MATANYA terbuka bila terasa vibrate handphone.  Dian raba telefon dan bila skrin terang, nama Nel naik pada Whatsappnya. 

+ Ok ke hari ni?  - Nel

Soalan lelaki ni, bagai Nel dapat rasa dia dalam keadaan tertekan sekarang. 

-          Ok aje - Dian

+ Dpt rs sesuatu yg tak ok. J  - Nel


Dian senyum membacanya. 
Baru nak balas, whatsapp Nel masuk lagi.  Memang itulah yang dia nak tulis tadi.  Tapi, Nel dah awal-awal mengaku. 

+ Well, sy mmg ada 6th sense. LoL - Nel

-          Dh abih kerja? – Dian

Dia tak jawab soalan Nel. 

+ Baru smpai rmh.  Dh tido?  - Nel

Dian pandang jam telefon.  Dah sebelas lebih.  Dia pun tak tahu bila dia terlena.  Rasanya tadi dia sedang mengadap notebook.  Menyemak semula design yang perlu dia hantar esok.  Semuanya masih ada di atas katil.  Lena bersamanya. 

-          Td dah lena. - Dian

+ Penatlah tu.  Ok.  Nite.  J  - Nel

Lama Dian menanti tapi tiada pesanan lagi.  Tangannya ligat menekan handphone.  Ada sesuatu yang perlu dia luahkan.  Cadangan mama… kemarahan ayah.  Haikal, Nel dan dia. 

-          Gamaknya sy tak ikhlas pd Haikal sejak dulu.  Sy paksa diri sy.  Kan? L   - Dian

Nel sengih bila pesanan Dian naik.  Dia buka butang kemeja satu persatu hingga ke tengah dada.  Selesa bila dadanya dicium angin.  Hari ni, letih sangat.  Apatah lagi ada tetamu tak diundang. 

+ Boleh jadi.  – Nel

Bukan nak sakitkan hati Dian, tapi Dian lebih kenal hati sendiri.  Dah andai itu yang Dian rasa, boleh jadi juga. 

-          Sy jahat, kan? - Dian

Nel menggeleng kecil membaca soalan Dian.  Apalah jenis soalan tu. 

+ Awk bkn jht.  Kan dh ckp… soal hati, tak boleh paksa.  Tp, awk ikhlas dkt sy, kan? - Nel

Giliran Dian pula senyum.  Berkira-kira nak jawab apa. 

-          Apa awk rasa?  Awk kan ada 6th sense… - Dian

+ Ada.  Tp kalo dgr jwpn drpd awk, sy rs 6th sense sy tu tepat. :P  - Nel

Tergelak kecil Dian dibuatnya.  

-          Xbole rs keikhlasan sy? - Dian

Nel senyum.  Dia labuhkan duduk di birai katil.  Kemejanya di letak di dalam bakul.  Kejap aje, kain dah penuh bakul.  Dia mengurut pangkal leher.  Esok dia cuti.  Ada urusan. Kena mendobi malam ni jugaklah nampaknya. 

+ Bole rs.  Sbb tu sy tnya awk ok ke x?  - Nel

Dia yakin sesuatu telah terjadi pada Dian hari ni.  Dia ada bukti. 

-          Ayah mrh.  Dan sy tambah lg rs mrh dia. - Dian

Membaca kata-kata Dian, Nel terus dail nombor gadis itu.  Dua kali deringan, suara lembut Dian menjawab salamnya.  Lemah. 
“Kita boleh cakap sekejap, kan?”  Dia meminta izin.  Kotlah Dian tak sedia nak berbicara waktu ini. 
“Boleh.   Jujurnya, saya tunggu awal call.  Tapi, awak whatsapp saya pun saya dah rasa okey…” 
“Kalau tunggu saya call, awak boleh whatsapp saya minta call awak.  Habis kerja, saya akan call.  Lagipun, saya saya tak telefon, awak boleh aje telefon saya.  Tiada halangan,” beritahu Nel. 
Untuk Dian tahu, dia dah peruntukan sebahagian masa khas untuk Dian.  Dia dah bahagikan masa itu dengan baik.    
“Saya memang yakin ada yang tak kena dekat awak.  Sebab tu saya tanya.  Tapi, kenapa nak tambah lagi garam pada luka ayah awak tu?”  soal Nel terus pada niat.   Direbahkan tubuh di atas tilam.  Selesanya.  Malas pulak nak membasuh. 
“Entahlah…”  Nafasnya terasa berat.  Dia bangkit dan bersandar pada kepala katil. 
“Ada masanya, diam itu lebih baik daripada berkata-kata sesuatu yang boleh membangkit rasa marah pihak sebelah lagi, Cik El…”  ujar Nel perlahan.
Dia pernah memberontak seperti Dian.  Yang membezakan mereka, Dian tak salah.  Dia dulu, suka berbuat salah dan berlagak tak silap apa. 
“Saya tak boleh nak biar ayah terus tuduh saya macam-macam, Encik Nel…” 
“Saya tahu.  Faham sangat.  Tapi, apa kata awak fikir yang marah dia tu sebab sayang…” 
“Sayang sampai sanggup paksa saya merayu pada Haikal?” 
Nel kerut dahi seketika.  Nama lelaki itu berdengung.  Malah wajah dan suaranya juga. 
“Dia baru nak biasakan diri, Cik El.  Dua tahun dengan dua minggu… yang dua tahun tu dah jadi darah daging.  Biasalah kalau ambik masa sikit nak terima hakikat yang baru jadi dua minggu ni,” pujuk Nel berlapik.
Dian ketap bibir.  Faham apa yang Nel cuba sampaikan. 
“Habis tu, mesti ayah awak kaitkan kita lagi, tak?”  Saja dia menduga walaupun jawapan dia sudah terang lagi bersuluh. 
“Erm…”  Setakat itu saja Dian mampu jawab. 
“Apa ya yang patut saya buat pada awak ni, Cik El?”  Nel picit pelipis. Berat mata tiba-tiba.  Kesian dekat Dian… kesian dekat diri sendiri pun ada. 
“Tidurlah, Cik El.  Esok awak kena kerja.  Saya mintak cuti esok.  Jangan fikir sangat.  Masa rehat, kena rehat.  Masa kerja, kena kerja.  Masa memikir, kena fikir.  Jaga diri…”  Nel mahu putuskan talian tapi tak jadi.
Dian masih di talian tanpa berkata apa.  Dia kembali dekatkan telefon ke telinganya.
“Nak tak datang duduk rumah saya?   Tolong basuh baju saya?  Masak untuk saya?”  tanya Nel tiba-tiba.   Tangan kanan yang masih merah dipandang.  Sesekali, wajah dia menyeringai juga bila pedih itu datang. 
“Jadi orang gaji?”  tanya Dian polos.  Rasanya apa saja dia rela asalkan dapat keluar daripada rumah ni.  Biarpun untuk seketika. 
Nel senyum.  Kelakar pulak bila Dian teka jawatan yang dia mahu tawarkan dengan nada serius. 
“Jadi teman tidur saya?” 
“Hah?”  Tubuh Dian tegak.  Terkejut yang pastinya.    
“Fikir dalam-dalam.  Ingat balik apa yang Zahlia kata tentang kemampuan saya.  Lepas tu, bagi tahu saya, ya?”  pesan Nel. 
Tetttt… Talian mati.  Dian pandang telefonnya yang sudah gelap. 
Nel ni serius ke? 


No comments:

Post a Comment