Wednesday, August 09, 2017

Objection 5

TANGAN Zariq ligat membawa berus itu menari di atas kanvas.  Suasana matahari terbenam dan seseorang yang sedang berenang di bawah sinar keemasan suria petang, dilakarnya dengan penuh cermat.  Nak diabadikan di atas sekeping kertas. 
Sebaik saja lelaki itu berlari ke arahnya setelah berhempas pulas melawan arus ombak, Zariq tersengih.  ZRQ.  Lukisan itu siap sebaik saja dia noktahkan dengan tandatangannya. 
“Cantik?”  soalnya.
Modelnya angguk.  Sejak dulu, inilah model tetap.  Dalam keadaan paksa atau rela. Lelaki itu senyum lebar.  Nampak menarik tapi dia tak reti pasal lukisan.  Tak tahu nak nikmati.  Selalu Zariq kutuk.  Tapi, dia… katalah apa saja.  Dah memang tak reti. 
“Riq betul nak sambung belajar ke Itali?”  tanya lelaki itu sambil mengelap kepala. 

Zariq angguk.  “Tunggu scholarship..” 
“Hey… apa guna abang usahakan semuanya kalau Riq nak tunggu scholarship.  Abang tanya ni sebab abang boleh hantar Riq bila-bila masa aje.  Riq cakap aje bila, abang dah sediakan semuanya.  Janji, Riq nak belajar dan seronok.  Pada abang, tiada apa lagi yang penting, melainkan Riq…” 
Senyuman Zariq lebar.  Dia nak pergi segera kalau boleh.  Tapi, dia dah janji dengan Aira untuk sama-sama tamatkan pengajian asasi.  Aira pun bukan calang-calang asasi.  Undang-undang lagi.  Tough jugak tu. 
“Riq nak temankan seseorang dululah.  Tunggu dia habis asasi..  Lepas tu, Riq pergi…”
“Hai.  Sampai tahap tu Riq suka dia?  Sampai sanggup buang masa?”   Zariq sebenarnya dah dapat tempat di salah satu universiti di Itali.  Tak perlu penaja pun.  Dia mampu tanggung segalanya untuk Zariq. 
Segala kekayaan yang dia ada, hanya untuk Zariq.  Untuk dia, cukuplah kebahagian Zariq. 
“Seseorang tu, girlfriend ke?” 
Zariq ketawa dengan telahan itu.  “Girlfriend tu maksud dia, kawan perempuan, kan?  Dah itu maksudnya…”  Zariq jeda dan angguk.  Aira memang kawan perempuan dia. 
Seketika mereka menyepi bila suara camar memecah hening petang hari.  Zariq kemas kanvasnya.  Dikelek.  Kemudian memandang pada lelaki itu. 
“Riq bahagia?” 
Zariq angguk.  Dia memang sangat bahagia. 
“Dia buat Riq bahagia?”  Soalan itu menusuk lagi. 
Kali ini, Zariq ketawa.  Ketawa dan terus ketawa. 
Hati lelaki itu lapang.  Inilah bahagia yang dia inginkan buat Zariq.  Rasa tak sabar pulak nak tengok wajah perempuan yang dah berjaya takluk hati Zariq.  Makna kata lepas ni, dia perlu berkongsi Zariq dengan perempuan lain? 
Argh… ada rasa cemburu.  Tapi, senyuman Zariq… tak ternilai. 



MATA dibuka.  Nazri muncul depan mata.  “Kenapa?”  soalnya sambil memicit pelipis.  Penat.  Penat badan, penat emosi. 
Bila Nazri menunjuk isyarat makan, dia angguk.  Bangkit dan menggeliat.  Kemudian, bahu Nazri disapa. 
“Kau dah makan?” 
Nazri geleng.
“Jom makan sama…”  Mereka sama-sama menuju ke meja makan tapi kosong.  Dia pandang Nazri. 
Tapi, Nazri senyum.  Mengisyaratkan.  Bukan di sini, tapi di pondok sana. 
“Kau nak aku makan dengan perempuan tu?”  Wajahnya mula menampakkan riak marah.
Bila Nazri diam dan tunduk, dia lepaskan nafas berat.  Tiada niat nak tinggikan suara pada Nazri tapi mana mungkin dia duduk makan semeja dengan perempuan  yang paling dia benci di dunia? 
“Kenapa tiba-tiba ajak aku makan dekat sana?  Sedap sangat ke perempuan tu masak?”  Emosinya berjaya dikawal semula. 
Nazri angguk laju.  Ibu jarinya tegak. 
Dia ketawa kecil.  Sedap apalah sangat bila dalam karung itu hanya ada beras, sedikit bawang, beberapa tin sardin dan telur. 
“Kalau gitu, kau pergilah makan.  Aku makan sorang.  Jangan risau dekat aku…”  ujarnya menyuruh Nazri pergi.
Lama Nazri berdiri di situ.  Pandangan penuh memujuk biarpun dia tahu, tiada siapa lagi mampu pujuk hati keras lelaki ini.  Akhirnya, Nazri beralah.  Pergi ke pondok yang jaraknya seratus meter di belakang rumah ini. 
Dia labuhkan duduk sebaik saja Nazri hilang daripada pandangan.  Memicit kepala kemudian meraup wajah.  Mimpi dia semakin menjadi-jadi sejak akhir-akhir ini.  Semakin kerap, semakin jelas.  Semakin sakit menyucuk hati. 
Matanya terbuka tiba-tiba.  Dia pandang ke pintu yang dah terkatup rapat.  Nazri! Laju dia bangkit dan berlari mengejar Nazri.  Ada sesuatu yang jadi kerisauan dalam kepala dia. 
Lariannya sedikit laju.  Hati-hati tak mahu tersungkur kerana jalan lecak lepas hujan malam tadi.  Tambah pulak suasana dah makin suram bila malam dah mula menjelma.  Sebaik saja dia tiba, dia nampak Nazri dah hampir menyuap nasik ke mulut.  Larian dia makin deras.  Serentak itu dia tepis tangan Nazri.  Pinggan yang berisi nasi dan lauk sardin itu juga ditepis sama.
Nazri bangkit.  Terkejut.  Terpinga-pinga dia pandang bosnya. 
Aira apatah lagi.  Hanya pandangan benci dilemparkan pada lelaki gila ini.  Penumbuk digenggam kemas.  Ikut hati, dia nak cakar aje wajah tampan tu.  Biar tinggal parut sampai bila-bila. 
Biar kau ingat perbuatan aku dekat kau sampai kau mati, jembalang!  Huh. 
“Kau ni dah kenapa, hah?  Kau tahu tak, Nazri baru nak makan?”  jerit Aira. 
“Eloklah baru nak makan.  Tak makan lagi.  Aku tak nak kau perdayakan Nazri.  Kenapa?  Kau ingat dia tak boleh bercakap, dia tak ada akal nak fikir?” 
“Hah?”  Aira ketawa kecil.  Kelakarnya la hai.  Apalah yang lelaki ni fikir tentang dia, ya?  Bila masa dia perdayakan Nazri? 
“Aku tak tahu kau nak cakap apa?  Perdayakan apa?”  Lawak betul manusia sorang ni.  Sampai ke tahap tu dia fikir.    
“Nazri nak makan aje.  Kenapa?  Kau ni hati jenis apa, hah?  Sampaikan pekerja kau sendiri pun kau tak bagi makan?  Lepas dia buat semuanya untuk kau?”  herdik Aira.  Berani.  Lantaklah kalau pinggan plastik ni nak melayang atas muka dia pun.  Dia tak kisah. 
Dahlah perut lapar.  Penat pulak tu.  Nak makan, jadi macam ini pulak.  Dia pandang wajah Nazri.  Hampa. 
“Eh, kau jangan tuduh aku macam kau kenal aku…” Jari telunjuk lelaki itu lurus ke wajah Aira. 
“Kenapa?”  Aira dongak.  Menadah wajahnya bawah pandangan lelaki yang dia tak pernah tahu namanya.  Jari kasar itu ditepis. 
“Kau terasa ke?  Sebab betul, kan?  Oh… kau kutuk aku, boleh pulak.  Aku kata kau sikit, kau kata jangan…”  Sengaja Aira peluk tubuh.
“Hey, perempuan!”  Rahang Aira dicengkam. 
Wajah penat itu berkerut.  Tangan Aira cuba menolak tapi cengkaman itu seperti sengaja ditekan, lantas dia membiarkan saja.  Rahang dia dah rasa nak remuk. 
“…kan aku dah cakap.  Kau tak ada hak apa-apa pun sekarang.  Jauh sekali nak tuduh aku macam-macam.  Kalau kau nak tahu, aku sentiasa layan Nazri baik sebab dia baik dengan aku.  Tapi, aku layan kau jahat… sebab kau jahat.  Aku cuma risau kau letak racun dalam makanan ni.  Kau suruh Nazri pujuk aku makan, mesti sebab kau dah bubuh racun, kan?  Tapi, aku tak nak.  Kau bagi Nazri makan.  Betul tak?” 
“Hey, lepaslah!”  Aira kumpul semua tenaga dan menolak tangan kasar itu.  Dia menapak ke belakang beberapa langkah.  Menggosok rahangnya. 
“Kalau kau nak gila, kau gila sorang-sorang.  Kalau kau nak kebulur, kau kebulur sorang-sorang.  Kau ingat aku ni macam kau, nak racun orang?  Kalau kata aku nak bunuh kau… aku tak akan bagi kau racun.  Aku akan tikam tepat dekat jantung kau.  Masa tu, aku akan pandang mata kau!  Aku akan senyum depan kau.  Aku akan tekan pisau tu sampai tembus ke belakang badan kau.  Aku akan cakap dekat kau, aku puas hati!  Kau dengar tak?”  marah Aira dengan suara yang nyaring.
Lelaki ini memang benar-benar sakit jiwa.  Tergamak tuduh dia nak racun Nazri.  Apa yang dia ada dalam pondok serba daif ni?  Dia masak apa yang ada.  Jangan kata nak dapat racun, setitis air minum pun susah. 
Mendengarkan kata-kata Aira, lelaki itu hilang kata buat seketika.  Hanya merenung mata merah Aira.  Pandangan itu bukan lagi pandangan takut seperti kali pertama tapi pandangan marah yang meluap-luap. 
“Kalau kau takut sangat aku bunuh Nazri, biar aku makan semua ni.  Senang.  Aku bunuh diri sendiri.  Tak payah nak sakit hati jadi tahanan kau dekat sini!”  Aira dekati meja kayu usang itu.  Dia duduk dan baru saja nak suap nasik ke mulut, tangannya dipegang.  Kejap.
“Jangan, Aira!”   Lelaki itu ketap rahang.  Menggeleng berkali-kali. 
“Kenapa kau halang aku nak makan?  Kau bukan nak aku mati ke?”  tanya Aira tak dengan nafas turun naik menahan amarah yang sedang membakar.  Langsung dia tak fikir kesannya selepas ini. 
“Aku tak nak kau mati sebab racun ni, Aira…” Waktu ini dia memang benar-benar yakin Aira dah letak sesuatu dalam makanan ini.  Perempuan ni memang tak boleh percaya!
Aira ternganga beberapa saat.  Menggeleng sendiri. 
“Aku lapar, kau tahu tak?  Aku lapar!”  Mata Aira dah mula basah.  Kebengisan dia tadi hanya seketika.  Dia kini dah hampir merayu.  Dia tolak tangan lelaki ini.  Terus disuap ke mulut hingga licin sepinggan.  Biarpun susah untuk dia telan, dia paksa dirinya.  Dia perlukan tenaga.  Dia perlu hidup.  Hanya itu yang dia tahu.    
“Aku tak mati, kan?”  Matanya mencerlang tajam pada lelaki ini.  Aira bawa pinggannya ke tempayan.  Nak dicuci.  Tapi, sempat dia menoleh. 
“Lagipun, aku tak hadap nak ajak kau makan kat sini.  Nazri yang nak kau makan sebab takut kau mati kebulur.  Pada aku, senang kalau kau betul-betul mati kebulur!  Daripada kau buat aku macam ni!  Satu hari nanti, kau akan sujud dekat kaki aku mintak maaf dan masa tu, kau jangan harap aku akan maafkan kau!”  marah Aira sebelum dia masuk ke dalam bilik dan menghempas pintu kayu itu kasar. 
Dia duduk di atas katil.  Airmata dia jatuh. 

Apa dosa aku, Tuhan?  


...

Adaptasi daripada lakorn.  (tiba2).  Sama tapi tak serupa.  Apapun, enjoy reading.  

23 comments:

  1. siannnnn aira. saya x tgk citer Thai tu..hihi

    ReplyDelete
  2. Ooo laki tu abg zariq..mesti dia ingt zariq mati sbb aira..
    Sian aira...nnt jenuh la laki tu mntk maaf dgn aira bila tau
    perkara sebenar..tq sis rehan...sentiasa tgu objection overruled ni

    ReplyDelete
  3. Tajuk apa lakorn tu kak? Rasa mcm nak tgk pulak.lelaki ni pjaga kwn aira ke?

    ReplyDelete
  4. Akhirnya...smlm buka xda smbgn lg..

    ReplyDelete
  5. Adakah lelaki itu abang Zariq. Sesuatu terjadi pada Zariq dan abangnya menyalahkan Aira. #Ramalanku. Hehehe

    ReplyDelete
  6. Ala.. X sabar nak tgu habis.. Penantian satu penyeksaan. Next pls... :(

    ReplyDelete
  7. a aah tak tgk citer lakorn tu... adakah salah paham

    ReplyDelete
  8. Adaptasi dr defendant of love...disyorkan utk tgk ye kwn2..hero hensem

    ReplyDelete
  9. Ohh adaptasi ke..patut la mula2 baca mcm familiar jer..dah lama dah lakorn tu n worth watching..tapi tgk dgn baca lain feelingnya...keep it up RM..next entry pls hahaaa

    ReplyDelete
  10. haah la mcm cite defendant of love tu.. papepun still jgk baca karya kak rehan ni

    ReplyDelete
  11. Xkisah la adaptasi tp org xsbr nk baca
    Nk tau apa lg yg akn jd

    ReplyDelete
  12. Best...em..nampak dh kaitannya kenapa aira diculik

    ReplyDelete
  13. Rehan.. akak tertanya2.. apa objection nya..
    tidur malam termimpi2..
    adui.. penyakit setiap kali rehan bukak buku baru. Huhu..

    ReplyDelete
  14. same for me.ramalan ku juga ingat lelaki tu some sort of zariq's family.abang mungkin.something happened to him.maybe disebabkan oleh mak aira,mana tahu kalau mak aira ni guna nama aira utk jauhkan zariq tu.tu sebab lelaki tu geram sangat dengan aira padahal she knows nothing.

    ReplyDelete
  15. Cerita thai...tak tengok...tapi nak baca cerita RM....seronok...

    ReplyDelete
  16. Oo betulla tu abg zariq. Sayangnya dia Xtau sape aira pd zariq sbb zariq Xbgtau betul2. I wonder how would he know the truth nti.. thx RM for the update 🌹🌷

    ReplyDelete
  17. Hehee.. Saya taw citer ni... Best sgt.. Patut mcm biasa dgr citer ni

    ReplyDelete
  18. haha.. patut la terbayang2 harit dgn soraya. kipidap ..i like harit. hee

    ReplyDelete