Monday, April 26, 2021

Seseorang Untuk Aku (SE) 1

Cp. 1

         DILUKAI oleh seseorang yang paling kita sayang, bukan sesuatu yang mudah untuk dilupakan.  Tapi, demi sesuatu rasa yang dipanggil reda, dia telah lama lupakan rasa kecewa itu.  Malah, kerana adanya lelaki itu… dia masih teguh berdiri. 

Gagah. 

Tak akan pernah goyah.

Utuh.

Akan terus kukuh.

Tapi, benarkah ujian itu tidak akan melintas sekali lagi? 

Tidakkah sifat ujian itu hadir di saat diri tidak pernah bersedia?

Hadir di waktu hati sarat dibalut bahagia? 

Lailatul buka mata bila mendengar suara tangisan halus.  Merengek tak henti sejak tadi.  Dengan tubuh yang berat, dia angkat juga tubuh.  Menjatuhkan kaki di atas permaidani dan melangkah lemah ke baby-cot yang ada sedikit jauh daripada katilnya. 

Tubuh yang penat, hilang lelahnya bila pandangannya jatuh pada wajah bulat dan gebu itu.  Kulit mulus serta bibirnya yang kecil.  Jujur dia akui, tidak pernah sekalipun dia tidak jatuh cinta pada lelaki ini.  Berkali-kali dipandang, cintanya tetap bergelimpangan.  Tak terkutip. 

Tubuh bulat itu diangkat dan didakap mesra.  Dia selak bajunya dan membiarkan anak itu rakus menikmati susu ibu.  Lailatul senyum seraya membelai pipi yang sedikit kemerahan. 

Ini tanda cinta mereka.  Ya, tanda cinta antara Lailatul dan Qadrnya.  Cinta yang entah daripada mana hadir lantas hinggap di hati mereka.  Dia duduk di birai katil.  Menepuk perlahan tubuh itu hingga mata bulatnya kembali terpejam tapi mulutnya masih terus bekerja. 

“Sayang?” 

Tak sedar, ada tangan lain yang menjalar, memeluk erat bahunya. 

“Kenapa?  Lapar lagi?”  Qadr intai wajah comel yang sedikit tersorok. 

“Hurm… kuat betul dia menyusu.” 

“Biasalah.  Budak-budak baru nak up,” komen Qadr bersahaja.

Dahi Lailatul berkerut.  Budak-budak apa? 

“Abang ni la hai… anak kita ni baby lagi.  Baru berapa bulan…”  balas Lailatul lembut. 

“Ya, abang tahu.  Tapi, abang perasan sesuatu sejak Qayyum ada ni.”  Qadr belai pipi anak bujangnya.

“Lai dah kurang beri perhatian pada abang.  Mesti lebihkan Qayyum.”  Suaranya rendah perlahan.  Mengadu. 

Aik.  Lailatul kerut dahi.  Dia toleh pada suaminya.  Merenung wajah itu lama mencari makna di sebalik kata-kata itu.  Apakah Qadr sekadar bergurau atau sebaliknya.  Namun, melihatkan wajah murung dan mata yang berkaca, Lailatul sedikti resah.

Qadr tak pernah begini.  Sekalipun tak pernah merungut sejak awal kelahiran malah lelaki ini adalah seorang suami yang baik.  Yang cukup bertanggungjawab.  Yang seringkali membantu.  Malah, Qadr pernah mohon cuti tanpa gaji untuk dua bulan demi menjaganya. 

“Abang bergurau, kan?”  soalnya meminta kepastian.

“Mana ada gurau?  Abang betul-betul jauh hati.”  Qadr lepaskan pelukan pada bahu Lailatul dan bersandar lemah pada kepala katil. 

Bibir Qayyum akhirnya berhenti bekerja.  Lailatul usap belakang anaknya dan Qayyum akhirnya sendawa biarpun dalam lena.  Dia bangkit dan diletakkan semula anak itu di tempatnya.  Diselimutkan sebelum dia kembali duduk di birai katil. 

“Abang ada masalah dekat tempat kerja?”  Dia tahu, Qadr baru saja mula bertugas dalam beberapa minggu ini.  Bimbang juga jika dimarahi. 

“Bos abang marah abang cuti lama sangat jaga Lai?”  Lailatul mencari wajah Qadr tapi suaminya mengelak. 

Bila dia paut rahang Qadr, tangannya ditepis.  Hati Lailatul terbersit. 

“Tak kanlah abang serius pasal Lai bagi tumpuan dekat Qayyum macam tu sekali?”  Pada mulanya, dia rasa ini gurauan, tapi dengan airwajah Qadr, sepertinya Qadr tidak main-main.

“Abang seriuslah ni.  Tentang kita, abang tak pernah main-main.”  Qadr rebahkan tubuh.  Mengiring membelakangi Lailatul.  Dia tarik gebar, menutup hampir seluruh tubuh sasanya.

Eh… dahi Lailatul berkerut lebat. 

“Qayyum tu anak kita.  Abang ingat, kan?  Selama ni, abang yang manjakan dia lebih…”

“Memang.  Patutnya abang bagi dia berdikari…”

“Kejap…”  Lailatul sungguh nak ketawa tapi bila Qadr menoleh dengan wajah kelat, dia telan sendiri tawanya. 

“Nak berdikari apa.  Dia baru nak masuk tiga bulan.  Lai baru habis pantang dua tiga minggu lepas.  Anak kita tu, kecik sangat lagi.  Bayi.  Abang jangan nak buat benda tak masuk akal…” 

“Okey…”  Qadr ubah kedudukan.  Kembali duduk mengadap isterinya. 

“Dulu kita asing bilik dia.  Kita pasang CCTV.  Apa-apa kita pergi bilik dia.  Lepas tu, abang kesian tengok Lai bangun tengah-tengah malam pergi menyusu dia.  Abang buat keputusan untuk letak aje katil dia dalam bilik kita.  Lai tahu tak kenapa abang buat keputusan nak letak dia dalam bilik kita?” 

Lailatul tak bersuara.  Hanya keningnya saja yang terangkat. 

“Sebab Lai hampir setiap malam lena dekat sana.  Abang jaga masa Subuh aje, Lai tak ada.  Tengok-tengok ada dekat sana.”

“Dah tu, abang menyesallah Qayyum tu tidur dalam bilik kita?” 

“Ya!” 

Sepatah jawapan Qadr, buat jiwa Lailatul memberontak.  Dia tolak tangan Qadr yang ada di bahunya.  Bangkit dengan pandangan tak percaya.

“Abang ingat lagi tak, masa dia lahir?  Siapa yang paling teruja?  Siapa yang gembira sangat?  Abang, kan?  Tak sudah-sudah abang ucap terima kasih pada Lai sebab lahirkan zuriat abang.  Yang sihat, yang comel, yang sempurna.  Dah kenapa tiba-tiba abang nak jadi tak waras pulak?  Itu bayi.  Anak kita.  Zuriat abang.  Apa masalah abang ni?”  Lailatul hampir meninggikan suaranya. 

Tak ingat dengan abah dan mama yang mungkin sedang berjaga, dia terpaksa rendahkan suara. 

“Abang cemburu…”

“Abang bukan cemburu.  Tapi, abang gila!”  bidas Lailatul menahan geram.

“Kalau nak cemburu, tunggu Lai keluar dengan lelaki lain.  Masa tu, abang boleh cemburu gila macam ni.”

“Lai jangan cabar abang!”  Qadr melengking.  Mata kuyunya membulat. 

“Apa kaitan lelaki lain dengan hubungan kita?” 

“Abang yang mulakan.  Sejak akhir-akhir ni, Lai perasan abang tu pelik.  Abang dah berubah.  Dengan anak sendiri yang masih bayi pun abang nak buat kerja gila.” 

“Sebab, sebelum ibu… Lai tu isteri abang!” 

“Dan abang kena ingat… kalau letak abang dan Qayyum… Lai tetap akan pilih Qayyum.  Suami boleh diganti, tapi anak tak akan.  Sampai Lai mati!”  marah Lailatul dan dia terus menghampiri katil Qayyum.  Memaut tubuh yang lena itu dalam pelukan lantas berlalu keluar.

Perangai gila Qadr yang tiba-tiba benar-benar membuatkan dia lelah.  Entah kenapa, firasatnya merasakan sesuatu.  Sepertinya Qadr sedang menyembunyikan rahsia yang besar.  Yang boleh jadi akan membuatkan mereka jauh tapi sekadar mencari punca. 

Saat ini, mama dan abah sedang melihatnya dengan dahi berkerut.  Lailatul telan liur tak mampu berikan jawapan pada pandangan penuh persoalan yang mama hulurkan. 

Dia terus hilang dalam bilik Qayyum.  Menutup rapat daun pintu.  Hatinya benar-benar tak lapang.  Hinggakan mula menerbitkan air jernih pada birai mata apatah lagi bila Qayyum mula menangis. 

Tuhan… apa lagi yang mahu Kau hadirkan dalam rumahtangga hamba? 


...bersambung

43 comments:

  1. Aduhhh..apa ni Qadr.. adakah anak sebagai alasan.. huhu

    ReplyDelete
  2. Alaaa napa ni... Jngn gaduh2 tau Qard.. Sian Lai..

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. woww..xsbar nk tggu next chapter...hilg rindu lailatul qadr

    ReplyDelete
  5. adoii apa rahsia qadr ni. lain macam ni.

    ReplyDelete
  6. Alamak Qadr jangan... Jangannnn...

    ReplyDelete
  7. Alaa...janganlah macam ni, Qadr, Laila....

    ReplyDelete
  8. Alaaaaa nape pulak qadr tu? Thx RM for the update 💐🌹 Wp dh tertinggal keretapi, nk juga komen 😂

    ReplyDelete
  9. aduhhhh qadr apa niii

    ReplyDelete
  10. Ko dah kenapa Qadr😭

    ReplyDelete
  11. apeni qadr aduhhhhhh

    ReplyDelete
  12. Hey Muhamad Al Qadr, kenapa ni dengan anak pun nak cemburu? Pelik betul. Ternyata novel Seseorang Untuk Aku mampu memberi banyak pelajaran dan pengajaran yang sangat bermakna untuk aku. Terima kasih Rehan Makhtar telah menulis novel yang sangat banyak memberi manfaat dan menyedarkan aku tentang banyak hal terutama reda akan takdirNya.

    ReplyDelete
  13. Apa pasaiii qadrrr niiii

    ReplyDelete
  14. apani qadr berubah ni

    ReplyDelete
  15. dah kenapa dengan qadr ni 😭

    ReplyDelete
  16. Cp 2 nk bca kt mna

    ReplyDelete
  17. Kenapa blank tak boleh baca

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah sama laaa. Ingatkan saya sorg jak yg blank.

      Delete
    2. chapter 2 nk bca kat mana ye?

      Delete
  18. Tq RM terubat rindu kte kat Muhamad Al-Qadr dan Lailatulnya😭😭😭 Seseorang untuk Aku definitely my ultimate top novel ever!!

    ReplyDelete
  19. Hi , chapter 2 until 4 nak baca kat mana ya ?

    ReplyDelete
  20. pelik ii qadr ni hahshahss

    ReplyDelete
  21. Lain macam perangai si qadr ni

    ReplyDelete
  22. ha sudah apa pulak ni

    ReplyDelete
  23. Weh Ya Allah geram aku dengan si Qadr ni😭

    ReplyDelete
  24. Macam mana nak next page?

    ReplyDelete
  25. Dngn ank pun nk cemburu ek 😌😂

    ReplyDelete
  26. Ya Allah, Qadr ni pun 😭Halah halah

    ReplyDelete
  27. Penatlah gini😔

    ReplyDelete
  28. Part 2. http://wrehan.blogspot.com/2021/04/seseorang-untuk-aku-se-2.html

    ReplyDelete
  29. Hmmm best cite ni tapi Sian lai apa la qard Tu .qayyum kan Anak dia lepastu nak tambah anak nanti anak ke dua macam mana la ekk

    ReplyDelete
  30. Aduh cemburu pula si qadrnye.

    ReplyDelete
  31. Dengan anak sendiri pun nak jealous... Adoiii kesian Lai...

    ReplyDelete
  32. Aduhhh.
    Dah knape qadr oiii..xkn ank sendri nk jeles plk..adoi ..x romantic la cmni

    ReplyDelete