Monday, April 26, 2021

Seseorang Untuk Aku (SE) 2

Cp. 2

 SUASANA rumah yang sebelum ini ceria, kini bagai dilanggar geruda.  Puan Najihah hanya memandang kosong.  Sejak malam tadi, dia tak lena tidur.  Tak tidur walau sepicing.  Apa yang telah berlaku dalam rumah tangga bahagia anak dan menantunya?  Dengan tiba-tiba saja.  Sedangkan sebelum ini, Lailatul dan Qadr bagai tak dapat dipisahkan.  Bagai isi dengan kuku, bagai aur dan tebing, umpama cincin dan permata. 

Namun…

Tanpa sedar, dia mengeluh.

“Kenapa mengeluh tu?”  soal Kolonel (B) Al-Qadri melihat isterinya sejak tadi muram memandang pinggan yang kosong. 

“Apa dah jadi dengan budak berdua tu sampai Lailatul keluar tidur bilik lain dengan Qayyum?  Cuba abang tanya Qadr?  Dia ada buat salah ke?” 

“Ala… biarlah dia.  Suami isteri biasalah tu kalau gaduh-gaduh sikit.  Tak gaduh langsung pelik juga.  Nanti pandailah Qadr tu pujuk bini dia…”  Dia sekadar labuhkan duduk. 

“Hah?  Mana nasinya?” 

“Kejap…”  Dia sendukkan nasi ke dalam pinggan. 

“Qadr pergi mana hari minggu ni?” 

“Keluar jogging katanya.”

“Laila?” 

“Belum keluar lagi.  Ada lagi dalam bilik Qayyum.  Risau pulak saya tak makan tak minum.  Tubuh dia tu baru nak pulih lepas bersalin…”  Puan Najihah labuhkan duduk.  Keluhan berat lepas lagi.

“Saya memang tak faham dengan Qadr.  Kotya pun, pujuklah.  Isteri tu, baru aje habis pantang.  Saya ni kesian dekat Lailatul tu ha.  Eh, saya nak naiklah…” 

“Jihah….”  Kolonel (B) Al-Qadri melarang perlahan.  Dihantar isyarat mata agar duduk saja.

“Lailatul perlukan masa tu.  Biarlah dia rehat.  Nanti pandailah dia turun makan.  Jangan desak sangat.  Ini sebab saya cakap, elok aje budak berdua tu duduk rumah sendiri, tapi awak berkeras nak diorang duduk sama-sama dengan kita.  Nak bantu Lailatul jaga cucu kita tu.  Inilah salah satu sebab saya tak nak dia tinggal dengan kita.  Bukan sebab saya tak sayang anak menantu dan cucu sendiri, tapi saya risau kalau diorang selisih faham, kita orang tua yang lebih sudu daripada kuah.  Awak faham maksud saya, kan?” 

Puan Najihah tunduk.  Dia akui perkara itu.  Tapi, selama ni manalah Lailatul dan Qadr tu pernah bergaduh lepas peristiwa dulu.  Qadr menatang Lailatul lebih daripada minyak yang penuh.  Ada masa, dia yang tolong rimas bagi pihak Lailatul melihatkan anaknya nak berkepit sepanjang masa. 

“Tak kanlah sebab ada anak, hubungan diorang jadi renggang?”  Dia masih tak dapat lari daripada segala persoalan.

“Diorang dah dewasa.  Dah jadi ibu dan ayah.  Qadr tu bukan jenis tak matang.  Lailatul pun jenis rasional.  Tak mungkinlah…”  bantah Kolonel (B) Al-Qadri perlahan. 

“Jihah risau.  Esok dah nak puasa.  Tapi, diorang tu…”

“Jihahhhhh….”  Kali ini, nama itu diseru panjang.  “Kita biar aje diorang urus sendiri dulu.  Nanti kalau diorang datang pada kita, masa tu baru kita jalankan tanggungjawab kita, ya?”  pujuk Kolonel (B) Al-Qadri. 

Tidak dapat berkata apa lagi, Puan Najihah tunduk.  Akur.  Dan waktu ini, Lailatul mendekati.  Duduk dikerusi, sebelahnya.

“Eh, Lai?  Kenapa ni?  Tak sihat ke?”  Soalan itu laju menderu.  Tangan Lailatul dicapai.  Dingin.  Wajahnya juga pucat. 

“Lai tak tidur ke semalam?”  Tangan Puan Najihah naik menyapa pipi menantunya.  Birai matanya mula basah melihat mata Lailatul yang bengkak. 

“Lai gaduh dengan Qadr, ya?” 

Lailatul diam lama menerima soalan mama mentuanya.  Dia sapa belakang tangan mama dan dipegang erat.  Dia cuba senyum tapi matanya bergenang.  Entah kenapa, sejak menjadi isteri dan ibu, mudah sungguh airmatanya jatuh. 

Dia sudah tidak tabah seperti dulu. 

“Tentang semalam tu, Lai minta maaf dekat mama dan abah.  Lai tak patut kuatkan suara sampaikan mama dan abah jaga…”

“Eh… tak,” bantah abah.

“Lai pun tahu abang dengan mama memang jaga masa tu.  Bila dengar suara, abah dan mama nak pergi jenguk.  Cuma tak sangka…”  Bicara abah mati di situ.

“Qadr marah Lai ke?  Apa yang tak kena?”  soal abah tenang.  Dia letak semula sudu.  Tak jadi nak makan melihatkan wajah mendung menantu tersayang.

Pucat lesi. 

“Qadr tak salah.  Mungkin yang kurang tu adalah Lai sendiri.  Lai yang tak cukup dalam menjadi isteri dia selama ni…”

“Mama tak faham…”  Mama kerutkan dahi. 

“Lai sendiri pun tak faham, ma.  Yang Lai tahu, Lai mungkin dah buat silap sebab tu Abang Qadr…”  Dia tak mampu bersuara lagi bila ada susuk tubuh lain yang mendekati. 

Auranya… buatkan Lailatul pejamkan mata rapat. 

“Dah pandai mengadu?  Sejak bila?”  sindir Qadr, tajam. 

“Muhamad Al-Qadr!  Apa kena kamu ni?”  Suara Puan Najihah melengking. 

Qadr bercekak pinggang. 

“Mama tanyalah menantu kesayangan mama ni.  Eloklah kalau dia tidur bilik Qayyum tu, mama suruh aje dia angkut semua pakaian dia duduk dalam bilik tu.  Jangan masuk bilik Qadr lagi!”  marah Qadr dengan suara yang parau lantas berlalu memanjat anak tangga menuju ke bilik sendiri.

Saat ini, airmata Lailatul jatuh tak terseka. 

Apa salahnya?  Tak mungkin hanya kerana dia memberikan lebih perhatian pada Qayyum.  Mustahil. 

“Mungkin dia dah tak nak Lai, mama…”  adunya perlahan dengan airmata yang jatuh berlinangan. 


...bersambung 

27 comments:

  1. Alaaaaaa apa yg qadr nk merajuk sgt tu.. lai baru 2-3 minggu abis pantang.. 🤔 Thx RM for the update 💐🌹

    ReplyDelete
  2. zombie before going to yet another post to just ignore), so cheers man for not wasting my time on the god forsaken internet.
    Good article, thank you. I just signed up to your rss feed!
    wolverine hillie abo toilet kortman frankly Gerta ribart gobi
    keep up the nice work on the site. I love it. Could use some more frequent updates, but im quite sure that you got better things to do , hehe. =)

    Korean Air Purifier Brands

    Negative Ion Generator Reviews Consumer Reports

    Air Purifier Made In Germany

    ReplyDelete
  3. Halal untuk dihempok

    ReplyDelete
  4. Allah Muhamad Al Qadr, apa lah yang tak kena dengan kau ni? Sakit pula hati aku yang baca.

    ReplyDelete
  5. aku hempok jugk karang qaed ni haa

    ReplyDelete
  6. kang ade aku ganyang ganyang sampai lunyai kang qadr ni

    ReplyDelete
  7. tak insaf ke ape yang da jadi haritu tampor kang

    ReplyDelete
  8. kang ade yang kene lempang laju laju qadr ni ha

    ReplyDelete
  9. alaaa dengan ank pun nak majok

    ReplyDelete
  10. Ko dah kenapa Muhammad al qadr??

    ReplyDelete
  11. ko period ke qadr ?

    ReplyDelete
  12. Asal qadr ni manja semacam

    ReplyDelete
  13. baru tadi aku senyum macam kerang busuk baca ending dalam novel, ni apa cite ? eh geram bethul si qadr ni

    ReplyDelete
  14. ap ni n ank pn nk jls adu

    ReplyDelete
  15. Qadr dh kece santau ke apa ni AHHAHA

    ReplyDelete
  16. ape benda qadr ni tampo karang

    ReplyDelete
  17. ALAMAK APA NI QADR

    ReplyDelete
  18. asal qadrrrrr niiiiiiiiiiii

    ReplyDelete
  19. alaaaa knp plk niiii qadr ???

    ReplyDelete
  20. Mamat tu kena rasuk jin ke?

    ReplyDelete
  21. Eh Qadr ni karang 😭😭😭

    ReplyDelete
  22. Allah la dgn anak pun nak cemburu ni baru anak sorang kene rasuk dengan syaitoon ke ni 🙊

    ReplyDelete