Monday, April 26, 2021

Seseorang Untuk Aku (SE) 4 - end


Cp. 4

 

MAMA menggeleng tak sudah-sudah.  Airmatanya menitis sejak tadi.  Melihat Lailatul sepertinya nekad untuk kembali ke kampung dan tinggal di rumah pusaka yang sudah usang itu bersama cucu sulung mereka, hati seorang ibu luluh. 

“Qadr?  Apa dah jadi ni?”  soalnya dalam esakan.  

“Qadr tak tahu…”

“Macam mana boleh tak tahu?  Mama yang merayu dia minta maaf pada Qadr.  Mama tak nak kita mulakan Ramadan kita macam ni.  Mama minta dia rendahkan diri dia demi Qadr.  Bukan sebab Qadr anak mama tapi sebab Qadr suami dia.  Tapi, apa yang Qadr dah buat pada dia?” 

Dia tak pernah nampak Lailatul senekad itu sejak dulu.  Kali ini, hanya tinggal masa saja.  Lailatul telah bersedia untuk melangkah pergi saja. 

“Dia yang tak nak Qadr.  Dia cakap, kalau dia perlu pilih antara Qadr dan Qayyum, dia akan pilih Qayyum.  Dia sanggup buang Qadr…”

“Tuhan…”  Giliran abah pula mengucap panjang.

“Kamu sedar tak yang Qayyum tu, anak kamu sendiri?  Yang kamu azankan masa dia lahir, yang kamu tatang bagai minyak yang penuh?”  Sungguhlah.  Susah dia nak percaya dengan alasan tak munasabah budak Qadr ni.

“Kamu ni dah kenapa, Qadr?  Dengan anak sendiri nak cemburu?  Atau kamu ni dah tak waras?  Nak abah bawak kamu pergi check dengan psikiatri ke?”  Rasa nak aje dia ketuk kepala budak bertuah ni.

“Lailatul tu sebaik-baik isteri, Qadr.  Qadr tak akan dapat cari sesiapa untuk menjadi ganti.”

Qadr diam.  Dia tunduk.  Meramas rambut yang dah pendek.  Tak berani angkat wajah.  Tapi, akhirnya, dia angkat wajah bila dia dengar tapak kaki mendekati. 

“Lai dah telefon Nek Leha.  Dia pun tak berapa sihat.  Dia pun suka Lai nak balik puasa dengan dia kali ni.  Ada kawan, selera makan…”  ucap Lailatul dengan menyandang beg dan menggendong Qayyum.

“Tak… tak… Lai tak boleh pergi.  Mama suruh Qadr pergi jemput Nek Leha datang puasa dengan kita.  Tapi, Lai tak boleh pergi.  Mama tak benarkan Lai keluar daripada rumah ni.  Mama tak izinkan!”  Nada suara mama keras. 

“Muhamad Al-Qadr!”  Nama itu dijerit kuat. 

“Apa tak kena ni?”

Qadr angkat tubuh.  Dia pandang isterinya tajam.  Matanya merah.  Sampai hati Lai nak tinggalkan dia. 

“Lai nak tinggalkan abang sekali lagi?” 

“Abang yang tak nak Lai…” jawab Lailatul perlahan. 

“Bukan ke Lai yang cakap, antara abang dan Qayyum…”  Dia tak sanggup nak teruskan ayat itu.  Hatinya benar-benar tercalar. 

“Sampai hati Lai…”

“Abang yang sampai hati gunakan anak sendiri sedangkan abang…”

“Abang tak puas lagi bermanja dengan Lai…” 

Suara Qadr buatkan semua orang mendiamkan diri.  Lailatul pandang mata kuyu yang nampak berkaca itu.  Tak faham.  Qadr sepertinya tidak peduli akan adanya mama dan abah.  Dia dekati Lailatul dan mengambil Qayyum lantas dipeluk erat.  Pipi anak itu dicium berkali-kali bagai meluahkan rindu tak terluahkan.  Hinggakan Qayyum mula merengek. 

“Abang minta maaf…”  pintanya sebak.

“Lai tak faham.  Abang marah Lai sebab tak bagi perhatian dekat abang.  Abang gunakan anak kita sebagai alasan.  Lai ingat abang ada orang lain dan abang sengaja jadikan alasan merepek tu untuk buang Lai…” 

Qadr tarik tubuh Lailatul dan memeluknya erat.  Membiarkan Qayyum terhimpit di tengah-tengahnya.  Anak itu merengek lagi. 

“Lepas ni, abang nampaknya perlu terus bersaing untuk dapatkan perhatian Lai.  Abang tak rancang semua ni dan secepat ni.  Abang dapat rasa salah abang.  Abang tak patut buat Lai macam tu.  Abang dah janji untuk ada masa lebih dengan Lai…”

“Kejap…”  Lailatul tolak bahu Qadr.  Mata suaminya basah.  Tangan kecil Qayyum terus menyapa pipi ayahnya dengan gelak tawa hinggakan Qadr senyum lebar. 

“Abang jangan cakap abang kena posting jauh lagi?”  duga Lailatul. 

Qadr senyum.  Dia menggeleng perlahan. 

“Abang sedar, masa untuk kita berdua makin suntuk.  Abang rindu masa kita berdua tapi tak semestinya abang tak suka anak sendiri.  Cuma, abang tak sedia untuk seorang lagi…”

“Hah?”  Mata Lailatul bulat.  Terkejut.

“Kalau ada Qayyum sorang pun, Lai abaikan abang… nanti lahir sorang lagi, abang ni macam mana?”  soalnya dengan wajah sedih.

“Kejap… kejap… abang cakap apa ni?  Lai tak faham…”  Lailatul memandang kedua orang tua mereka. 

“Abang dapat rasa sini…”  Telapak tangan Qadr jatuh pada perut isterinya. 

“Tak… tubuh Lai.  Kalau Lai mengandung, Lai mesti tahu…”

“Abang dapat rasa.  Bila abang cerita dekat kawan abang, dia kata mungkin tu pembawakan.  Abang yakin Lai mengandung.  Lai janji dengan abang, jangan lebihkan anak-anak sangat.  Abang pun nak perhatian juga…”

“Budak bertuah ni!”  Mama menjerit bercekak pinggang.

“Tak cukup perhatian apa sampaikan bini tu baru habis pantang, anak baru dua bulan lebih… dah mengandung lagi?  Kamu cakap dekat mama… perhatian apa yang kurang?!”  marah mama tiba-tiba. 

“Qadr tak sengaja…”

“Banyaklah kamu punya tak sengaja.  Lepas tu, kamu buat drama yang kamu tu tak cukup perhatian?  Habis tu, kerja siapa yang buat diri sendiri tak cukup perhatian?  Sakit sungguh hati mama dengan kamu, Qadr!”  Mama terus memukul belakang Qadr hinggakan anak itu mengaduh.

Abah ketawa lepas.  Hadoi… ribut apalah dua tiga hari ini pun tak tahulah.  Ingatkan perkara besar, tapi Qadr ni benar-benar dihurung pembawakan.

“Tapi, mana abang tahu?”  soal Lailatul dengan wajah merah.  Mengingatkan ayat mama malah pesanan mama. 

“Abang dapat rasa.  Masa Qayyum pun emosi abang tak okey.  Sekarang pun sama.  Tiba-tiba abang rasa abang terbuang.  Abang cemburu tengok anak sendiri.  Abang yakin…”

“Bukan ke mama dah pesan ke masa dekat hospital?  Aduh… sakit betul hati mama dengan kamu ni, Qadr!”  Mama masih tak lepas daripada marah.

Itu yang dia pelik.  Qadr tak pernah mengasari Lailatul walau hanya dengan perkataan.  Tiba-tiba saja.  Rupanya, ada petanda. 

“Kejap…”  Lailatul hilang di dalam bilik seketika dan kembali semula dengan sesuatu di tangan. 

“Betullah abang kena pembawakan…”  Dia berikan pada Qadr dan melihat dua garis itu jelas, Qadr ketawa lepas.  Tapi, wajahnya suram tiba-tiba. 

“Lai jangan abaikan abang…”  Dia suakan Qayyum pada abah dan memeluk isterinya. 

“Abaikan dia, Laila.  Mama tak sanggup dah nak tengok drama budak ni.  Kalau taka bai, mahu sebulan lepas kamu bersalin, dia buat drama lagi sebab dah lekat nombor tiga.  Mana mama nak letak muka kalau orang tahu dan cakap anak mama gelojoh?” 

Eh… Qadr terkebil-kebil dengan kata-kata mama.  Lailatul senyum tipis.  Malu, taip apa nak kata, ini rezeki.  Ini tanda dia tak pernah abaikan Qadr tapi sungguhlah, dasyat pembawakan kali ni. 

“Eleh, mamanya tu… awak tu sebenarnya suka.  Tak payah buat drama jugaklah awak tu.  Tak laratlah abang nak layan drama mak dengan anak.  Eh, mari kita ambik angin dekat luar, Qayyum.  Atuk memang tak kuasa nak layan drama murahan ni…” bebel abah lantas berlalu keluar. 

“Hesyh…”  Puan Najihah mencebek tapi akhirnya dia senyum.  Memeluk anak menantunya sebelum mengikut suaminya duduk di luar.

Qadr paut bahu Lailatul. 

“Terasa dengan abang sampaikan galas beg?” 

Lailatul angguk. 

“Abang pun terasa.  Sampai hati Lai cakap akan pilih anak dan buang abang…”  Wajahnya suram. 

“Abang tu haa… cakap ajelah kalau abang rasa pelik-pelik.  Ini tak… sengaja.  Mengundang sungguh.”

“Abang rasa bersalah.  Sebab tubuh Lai tak sihat elok lagi tapi dah nak dapat baby lagi…” 

“Ala… untuk abang, dua kali setahun pun okey…”  Dia gelak mengekek. 

“Sekarang ni, dah tak marah dah?” 

Lailatul geleng dalam senyuman lebar.  Ini, kalau Nek Leha tahu mesti terus datang sini. 

“Betul ke Lai nak buang abang dan ambik anak aje?” 

“Kalau abang betul-betul tak nak Lai… apa lagi Lai boleh buat?” 

“Masalah, abang nak.  Abang sentiasa nak.  Nak sangat…”  Pandangan redup Qadr mula tajam. 

“Haa… abang tahu kita tengah puasa ni.” 

Qadr ketawa kuat.  Lega.  Sungguh tak sangka, kesan pembawakan ni macam-macam.  Gerun bila memikirkan. 

“Anak ketiga nanti abang harap bukan macam nilah.  Gerun sungguh abang…”

“Amboii…. Yang kedua baru berapa hari, dah nak yang ketiga?”  tegur mama lantang.

“Merancang itu kan hak manusia,” balas Qadr bersahaja dan menyambung tawa. 

“Terima kasih…”  ucap Lailatul tiba-tiba.

“Sama-sama tapi kenapa?”  Dia tarik tangan Lailatul dan duduk di sofa.  Tangannya tak lepas melilit pinggang isteri yang dirasakan sudah berubah daripada bentuk asal sejak bersalin anak pertama. 

“Sebab tiap-tiap malam datang dukung Lai tidur atas katil.”

“Eh, Lai sedar?”

“Sedar aje.  Bau abang tu, mustahillah Lai tak sedar.  Tapi, saja Lai buat tak sedar…” 

“Rindu abang, kan?”

“Sangat…”  balas Lailatul tanpa silu. 

“So, Lai dah boleh pindah masuk bilik abang semula, kan?” 

“Mestilah.  Tapi, tinggal Qayyum…”

Lailatul bulatkan mata.  Qadr ketawa. 

“Bawa dia sekali…”  Qadr tarik kepala Lailatul dan membiarkan dahi mereka bertemu.

“Sebab Lai dan anak-anak kita adalah amanah dan abang akan sentiasa menjaganya…”  Dia senyum. 

Lailatul juga.

Lelaki ini, masih sama. 

Seseorang yang telah tercipta untuknya. 

Tidak pernah berubah biarpun masa terus bergulir.  Tanpa menanti sesiapa.   


TAMAT


RM : Dah lama tak berblog.  Lupa diri ini adalah blogger satu ketika dulu.  SUA SE bukan apa-apa tapi, cukup untuk ada sesuatu bagi mengubat rindu.  Tak mungkinlah RM rosakkan imej Qadr yang digilai ramai, kennnnn... 

Qadr masih salah seorang hero yang menenangkan hati.  

Sampai jumpa dalam kisah SE yang lain pula.  Kisah tentang siapa... tak tahu lagi.  Ada idea baru saya tulis.  Kikiki.  

Selamat bersahur.  

79 comments:

  1. Thank you kak update LailatulQard. Terubat rindu. Wink.

    ReplyDelete
  2. Kwangkwangkwang...adehhh🤣🤣🤣

    ReplyDelete
  3. الْحَمْدُ للَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْ
    tq rehan utk update special edution ni

    ReplyDelete
  4. Hahaha, senget Qadr!

    ReplyDelete
  5. Adoii suspen betuii apapun terima kasihlaa ..terubat rindu ..

    ReplyDelete
  6. Btol2, dh lame x layan blog, bile ade kisah lai n qadr baru teringat betapa tegarnye diri satu mase sbg reader

    ReplyDelete
  7. Suspen betoi.. pembawakan rupanya... qadr oh qadr...

    ReplyDelete
  8. Nak SE Haq boleh?.. haqhaqhqs ��

    ReplyDelete
  9. Rindu kat qadr ngan lai...
    😍 😍

    ReplyDelete
  10. Alahai.. Best nye walau skit je.. Tq RM

    ReplyDelete
  11. Alahai.. Best nye walau skit je.. Tq RM

    ReplyDelete
  12. Adoi..ingatkan ado lg..x puas baca😭😭

    ReplyDelete
  13. Hahahahaha..nyaman sgguh..update lagi tauuuuu🤩🤩🤩

    ReplyDelete
  14. thanks cikRM. dah lama tak jenguk blog ni tau2 ada buah tangan. muah3...

    ReplyDelete
  15. Sebelum baca 4 episod SUA SE ini, saya baca dulu sinopsis SUA. Agak² lupa dah novel ini. Sekarang malam ke 16. Moga kita bertemu dengan malam Lailtulqadar ��

    ReplyDelete
  16. Harap next Rehan buat SE utk hero Zafiq or Abang Ki😉😉

    ReplyDelete
  17. Alahai.,,,rupanya pembawakan...Qadr

    ReplyDelete
  18. Tq RM. muah muah muah terubat rindu...

    ReplyDelete
  19. aduhhh kena cari balik novel SUA nie....mujur la pembawakan jer....ingatkan Qadr berubah...novel SUA ni byk buat saya keluar air mata bila baca....ehhh smua novel Rehan laaa msti kluar air mata bila baca....tq Rehan....

    ReplyDelete
  20. Alahai Qadr, kesian Lai.. Berdebar dan sebak tau baca SE dari episod 1 sampai 3.. tp masuk episod 4 dah sengih cam kerang busuk ni ha.. SUA ni adalah novel yang saya baca berkali-kali. Kisah Lailatul dan Muhammad Al-Qadr memang tersangat istimewa.

    ReplyDelete
  21. Hahaha, hampeh qadr!penat je sebak tau! Ingtkn betul dh gila.. 😅😂 Thx RM for the SE yg mengubat rindu pd Lailatulqadr 👍🏻💐🌹

    ReplyDelete
  22. Haha .rindu sungguh dengan LailatulQadr. Buku RM yang pertama saya baca Dan terus lekat..

    ReplyDelete
  23. Raih Kemenangan Besar Anda Disitus MARIO QQ, Hanya Dengan Modal Rp.10.000 Anda Bisa Menangkan Jackpot Jutaan Rupiah Setiap Harinya !!!

    ✅ BONUS TURN OVER 0.3%
    ✅ BONUS REFFERAL 15%
    ✅ WIN RATE GAME 96,9%
    ✅ 100% PLAYER Vs PLAYER ( NO ROBOT & ADMIN )
    ✅ Minimal Deposit Bank : Rp.10.000 (BCA MANDIRI BNI BRI DANAMON)
    ✅ Minimal Deposit Pulsa : Rp.10.000
    ✅ Support E-Cash : GOPAY , DANA , OVO , LINK

    Berapapun Kemenangan Bosku Pasti Akan Kami Bayar dan Kita Proses Dengan Cepat !!!
    Hanya Disitus MARIO QQ Yang Memberikan JACKPOT dan BONUS TURN OVER Yang FANTASTIS Loh !!! Ayo Tunggu Apalagi Buruan Daftarkan dan Mainkan
    Langsung Disitus Resmi MARIO QQ Dibawah Ini melalui :
    WHATSAPP +62 821-4331-1663

    Link Alternatif :
    - www.vipmario55. net
    - www.vipmario55. org

    ReplyDelete
  24. Mashaallah rindunya akak..sejk2 asyik layan korea, saya lama tinggal novel..tapi bila datang balik blog akak..im so happy kak..tq kk
    btq Qadr is so comel..rindu semua hero2 akak

    ReplyDelete
  25. Hi, check my pages about arcade cell games Free Mobile Games famous ceolebrities Indian Movie Songs and interesting Watch Music Videos See You
    my God, i thought you were going to chip in with some decisive insght at the end there, not leave it with ‘we leave it to you to decide'.
    zqbxunvfdvw phentermine 37.5 mg mfixxfb
    softtrending

    ReplyDelete
  26. a signal. Will likely be back to obtain more. Appreciate it
    I'm having a small issue I cannot make my reader pick up your rss feed, I'm using google reader by the way.
    shopbymark

    ReplyDelete
  27. Terima kasih kak RM 3 tahun lps baca SUA hrini dpt bc SE...semoga terus sukses akak

    ReplyDelete
  28. Ya Allah terhibur saya dengan Qadr ���� terima kasihhh untuk bab SE ni ♥️ terubat rindu dekat mereka ni hehe

    ReplyDelete
  29. Haissshhh Muhmammad Al-Qadr kalini memang ajak readers senaman jantung ekkk... Ehhhh sabar lahhh kita, rasa nakkk gegeeet je si Qadr nii 😂😂 terima kasih kak RM terubat rindu dkt pasangan dua orang niii ❤️❤️❤️

    ReplyDelete
  30. ALAHAI😂😂 comel sungguh dua orang ni eeee geram kita😭😭 thanks kak RM sebab mengubati hati yang sedang merindui ini. Kirim salam dekat Qadr tau!!

    ReplyDelete
  31. Kenapa la baru tahu kewujudan Novel ni😭😭

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah 2023 baru tahu ada SUA Se..ketinggalan kita ni😅

      Delete
    2. Sama..baru tau ada SUA SE..itu pn trjumpa dlm tiktok punya pasal

      Delete
  32. Hai ni je? Tk puas lagi la

    ReplyDelete
  33. Dekat shopee dah sold out 😭 eeeee tak puass dapat baca dekat sini dapat berapa chapter je hmm.. btw kak RM loveeee sangat dengan penulisan hihi ❤️❤️

    ReplyDelete
  34. Eyy terkejut tau si Qadr ni pon..kiterr dh nangis dh tdi kesiankan Lai..nasib ada plot twist..😭😭🤣 tq RM utk SE ni❤️

    ReplyDelete
  35. Hari kedua lepas habis baca SUA. Skrg tgh suku novel baca round sbb tak boleh move on dri qadr. Mula2 baca baca laju sbb curious sgt tambah2 part lai dgn qadr tak bnyk sbb bnyk lai sorang. Heeee ni dpt se wahhhh berbunga hati even mula2 igtkan qadr kena buatan org(tipical malay story kalau tiba2 berubah). Terbaik rehan mokhtar unpredictable and funny. Qadr pa qadr

    ReplyDelete
  36. Hari kedua lepas habis baca SUA. Skrg tgh suku novel baca round 2 sbb tak boleh move on dri qadr. Mula2 baca baca laju sbb curious sgt tambah2 part lai dgn qadr tak bnyk sbb bnyk lai sorang. Heeee ni dpt se wahhhh berbunga hati even mula2 igtkan qadr kena buatan org(tipical malay story kalau tiba2 berubah). Terbaik rehan mokhtar unpredictable and funny. Qadr la qadr

    ReplyDelete
  37. aduhhh la qadr buat hal la 😂 hilang rindu kat lailatulqadr jap 😭 lepas habis tua nanti nak repeat sua 🤣

    ReplyDelete
  38. Buat hal betul eh qadr. Hahahhahahahah

    ReplyDelete
  39. Hahahaha ingat kenapa la Qadr jadi mcm tu skali, nk kena cepuk si Qadr ni adoii la hahaha. Thanks RM for this SE, baru je habis baca semalam khatam dlm satu hari sbb jenis yg x sabar mcm Qadr LOL

    ReplyDelete
  40. YEAYY DAPAT BABY BARU

    ReplyDelete
  41. Gelojoh nawww abe qadr kita ni

    ReplyDelete
  42. Allah Muhamad Al Qadr ni betul la, kuat berdrama. Berdebar dah baca, kot la ada masalah sungguh. Eyyy geram la aku dengan Muhamad Al Qadr sorang ni. Terima kasih Rehan Makhtar.

    ReplyDelete
  43. Ya allah qadrr🤦‍♀️ Knp gelojoh nii

    ReplyDelete
  44. amboi kuat betul berdrama si qadr ni 😌

    ReplyDelete
  45. maceh sistur🫶🏻

    ReplyDelete
  46. HAHAHAHAHAHAHA penat gelak ngan karenah qadr ni 😭😭

    ReplyDelete
  47. Suka laaa, tq author

    ReplyDelete
  48. kenapa dia blank eh? tak boleh baca

    ReplyDelete
  49. Kenapa blank ye takleh baca?

    ReplyDelete
  50. rindunya dengan LailatulQadr. Bulan 8 tahun ni sy dah standby nak rasa vibe Al-Qadr masa hari merdeka. hehe

    ReplyDelete
  51. TOLONG LA BUAT SATU LAGI CERITA SESEORANG UNTUK AKU 2 !! PLEASEEE RM !! 😭 BELUM BOLEH MOVE ON LAGI DGN QADR DAN LAI NI !!!! 😭

    ReplyDelete
  52. ini dia lelaki rajin ulang kaji dengan isteri. Memang tipikal material hubby 😔

    ReplyDelete
  53. Jujur masih tak leh move on dgn SUA😍😍tq hadirkan Qadr dlm hidup saya,pengubat and penguat saya utk move on dari lelaki dunia nyata even tho Qadr hanya lah lelaki dakwat.tpi dakwat tu lekat di hati and kepala ni haa..love sgttt Untuk aku punya trilogi!! Tq RM moga terus diberi idea yg mantap utk berkarya dan buat kami terus tersakitii dgn cerita2 bestttt🤗🤗🤗 nak mintak SUA 2 boleh takk 👉👈

    ReplyDelete
  54. Bersungguh sungguh saya cari kat google semata ii qard ni ja arghhhh tq so much Lurve sangat❤️❤️❤️

    ReplyDelete
  55. HAHAHAHAHAHAH terkekekkk woiiiii !!! Ya Allah rindunya novel ni.. tak sabar tunggu bulan 8 nak jumpa Qadr and Thariq Ridzuwan❤️❤️❤️❤️

    ReplyDelete
  56. pulak dah hahaahaahahahahahahahaha

    ReplyDelete
  57. Aduhhh penah ah ceni😭

    ReplyDelete
  58. dia punya x sengaja tu😭🙏🏿

    ReplyDelete
  59. thnkyouu sis dah buat chap ni 🥹🤍 terubat juga rindu kat lailatulqadr 🤧🫶🏻

    ReplyDelete
  60. sumpah Qadr punya perangai mcm budak²🤦🏻‍♀️

    ReplyDelete
  61. Pembawakan yang agak brutal

    ReplyDelete
  62. Qard x sgja😭😭

    ReplyDelete
  63. "Qadr tak sengaja...." eiii geram aku ngan dia niiii 😭

    ReplyDelete
  64. Hero dua ii ank lahir dkt kereta
    Qadr ni pulak nak tambah ank stu lgi dia punya drama tk ckup perhatian sayang tpi dri pemadngn aku itu dh lebih perhatian 😌 qadr...qadr..

    ReplyDelete
  65. Saya dah cakap dah we baru habis pantang dah ada anak memang gelojoh la qard ni alah dah habis tak puas lagi ni

    ReplyDelete
  66. ok ad geram tu tp comel HAHAHA tq RM sbb menghiburkan hari sy

    ReplyDelete
  67. Need more tho harap” kisah anak dy plk HAHA jgn abeskan kisah keluarga ni🤣

    ReplyDelete
  68. Adoiii..tulis la lagi .rindu watak Qadr nih..
    Sambung lggggggg

    ReplyDelete