Monday, April 26, 2021

Seseorang Untuk Aku (SE) 3

Cp. 3

 

TANGAN halusnya mengetuk perlahan pintu itu.  Dengan berat hati, dengan rasa pilu yang masih memalu… dia tabahkan diri demi mendengar nasihat seseorang yang dia panggil ibu.  Biarpun hanya ibu mentua, tapi dia telah anggap mama bagai ibu kandungnya yang telah lama tiada. 

Ketukan pertama, tidak berjawapan.

Kedua juga sama. 

Kali ketiga dia mencuba masih sepi. 

Lailatul menyerah.  Dia mahu melangkah bila akhirnya daun pintu itu dikuak perlahan.  Qadr hanya bertuala dengan rambut yang masih basah.  Dia renung tajam wajah isterinya hingga Lailatul melarikan pandangan. 

Senyuman sinis tersungging pada hujung bibir.  Dia kuak lebar daun pintu.  Melangkah ke dalam dan duduk dibirai katil. Menanti Lailatul mendekati. 

“Kenapa datang?”  soalnya dingin. 

“Esok Ramadan.  Lai nak minta maaf daripada abang…”

“Kenapa?  Bukan Lai cakap abang ke yang salah?  Nak minta maaf buat apa kalau tak salah?”  selar Qadr bersahaja. 

Lailatul telan liur.  Masih tunduk.  Entah kenapa, antara dia dan Qadr bagai pertama kali bersua satu ketika dulu.  Dia tidak kenal lelaki ini.  Lelaki ini bukan suaminya.  Bukan yang telah menyelamatkannya.  Tidak juga lelaki yang berjanji untuk menjaga dan menyayanginya.  Tidak sama sekali.

“Selamat menyambut Ramadan, abang.  Ampunkan Lai atas apa saja kekurangan yang Lai ada.  Yang tak cukup pada abang.  Tapi, untuk abang tahu… Lai dah berusaha berikan yang terbaik…”

“Terbaik?”  Qadr ketawa halus.  Tajam dan cukup sinis. 

“Lai rasa Lai beri yang terbaik untuk abang.  Tapi, ada abang cakap abang terima yang terbaik daripada Lai?” 

Saat ini, Lailatul angkat wajah.  Dia renung mata kuyu yang penuh sinis itu.  Matanya mula terasa basah.  Liur ditelan berkali-kali.  Pesan mama, tak salah mengalah.  Bukan kerana Qadr itu adalah anak mama tapi kerana yang mengalah itu bukan tanda kalah. 

“Ya… Lai telah berikan yang terbaik untuk abang selama ni.  Lai berusaha dengan apa daya yang Lai ada.  Tak sangka, kan…”  Dia ketawa kecil.

Qadr kerut dahi. 

“Rupanya, apa yang Lai rasakan terbaik, belum tentu terbaik buat abang.  Maafkan Lai dan anggap ajelah itu kurangnya Lai dalam mencintai abang.  Dalam menjadi isteri pada abang dan kalau abang dah tak nak Lai, Lai faham…”  Dia menoleh demi menyembunyikan tangis. 

“Itu aje ke yang Lai boleh cakap?”  bidas Qadr tanpa rasa bersalah.  Dia angkat tubuh, menghampiri isterinya. 

“Itu aje yang Lai tahu, kan?  Lai kurang.  Lai tak terbaik untuk abang.  Lai mengadu dekat mama dan abah.  Kenapa tak mengadu dekat abang aje?”  desak Qadr.

“Lai nak mengadu apa pada abang?  Cuba abang cakap!” 

“Mengadulah apa saja!  Abang ni suami Lai!”  Qadr cengkam bahu Lailatul. 

“Abang yang rasa Lai dah tak bagi apa-apa pada abang.  Buat apa lagi Lai nak mengadu dekat abang?  Untuk apa terus cari kekurangan Lai?  Atau abang sebenarnya sengaja cari alasan dan salahkan Lai lebihkan Qayyum tapi sebenarnya abang dah bosan dengan Lai?  Abang dah puas?  Sebab tubuh Lai dah rosak sana-sini.  Dah tak cantik.  Dah berparut?  Menyakitkan mata abang, kan?”  Lailatul tolak keras tangan Qadr yang ada pada bahunya.

Qadr nampak terpempan dengan kata-kata Lailatul.  Dia gamam buat beberapa ketika.

“Lai rendahkan diri Lai untuk abang.  Lai datang minta maaf pada abang.  Moga nanti, bila Lai mati malam nanti, Lai tak mati dalam keadaan berdosa pada abang.  Kalau kata abang dah tak nak Lai, Lai tak akan tanya sebabnya, abang.  Lai dah biasa hidup susah dan Lai tak kisah untuk kembali susah seperti dulu.  Lai masih ada Nek Leha.  Lai ada Qayyum.  Dengan atau tanpa abang, Lai tak ada pilihan…”  putusnya lantas berlalu. 

Dia harap Qadr melelar tangannya.

Dia harap Qadr menarik dan memeluknya.

Tapi, Qadr hanya membiarkan dia berlalu begitu saja. 

Qadr langsung tidak dapat melelapkan mata.  Apatah lagi bila mama dan abah terus menuding jari padanya.  Tapi, salah dia mahukan yang terbaik dalam hubungan mereka.

Tak… dia tak salahkan kewujudan Qayyum dalam hidup mereka.  Anak itu sinar bahagia.  Anak itu menyempurnakan kisah mereka yang selama ini tercela.  Tapi, kenapa… dadanya mula berasa tidak lapang.  Kenapa, waktu antara mereka bagai terlalu singkat. 

Dia merindui saat mereka bersama.  Jujurnya, perhatian yang Lailatul berikan pada anak mereka, telah membuatkan dia berasa jauh hati.  Tapi, tidakkah dia boleh dipanggil gila bila cemburu pada zuriat sendiri yang hanya baru mahu menjengah ke usia tiga bulan? 

Apa tak kena ni, Qadr? 

Dia bangkit dan meraup wajah.  Melangkah keluar dan menuju ke bilik Qayyum.  Dia dapat lihat Lailatul sedang lena bersandar pada kerusi dan Qayyum ada di atas dadanya. 

Hati Qadr mengeluh berat.  Dia capai tubuh gebu itu dan diletak di atas katil.  Kemudian, mendekati Lailatul dan mencempung tubuh itu lalu diletakkan di sisi Qayyum.  Lama dia merenung dua wajah itu.  Hanya dalam sehari, Lailatul nampak begitu cengkung. 

Dia ramas rambut dan melepaskan keluhan berat.  Dadanya tak lapang.  Perasaan untuk memiliki Lailatul bagai tak dapat dikawal.  Sungguh.  Hanya untuk dirinya.  Dia tak mahu berkongsi dan paling gila, tidak dengan zuriat sendiri.

Dan, kata-kata Lailatul tentang memilih anak dan melepaskannya sebagai suami, benar-benar buatkan hatinya luka sedangkan dia sendiri tidak mengerti apa yang telah terjadi. 

40 comments:

  1. Parah hg qard...jgn sampai bernanah

    ReplyDelete
  2. Ikutla hati yg cemburu membuta tuli pd anak sendiri tu qadr.. jgn fikirkan isteri yg br abis pantang, konon2 sayang bini nk jg bini smpai sanggup cuti tanpa gaji.. isyhhhh, ni sakit ati ni 😤😠 Thx RM for the update 💐🌹

    ReplyDelete
  3. Awesome post.
    This cut to the quick.
    Dominos menu is without question great. I would suggest anyone to purchase a Dominos Pizza menu instantaneously!! Dominos is delivering the best pizza of the world!!
    Soft Trending

    ReplyDelete
  4. Kau kenapa ni qadr😭 bawak mengucap la bro…😭

    ReplyDelete
  5. allahu qadr dengan anak pon jealous😭😭😭

    ReplyDelete
  6. ni kalau aku cepuk qadr ni kan , ha 🫠

    ReplyDelete
  7. Geram lak ak dgn qadr nie! Meroyan ke?

    ReplyDelete
  8. Apa ni qadr !? Kita baru puji qadr melambung dalam sua, ttiba wat hal lak mamat ni😩

    ReplyDelete
  9. Apa qadr ni huaaa sedihlah qadr jadi macam ni hm

    ReplyDelete
  10. Macam2lah abe qadr ni🤧

    ReplyDelete
  11. qard ni kenapaaa HAHAHA GERAM LA AKU

    ReplyDelete
  12. jangan sampai saya claim ziyad lagi okay dari awam ya muhammad al-qadr

    ReplyDelete
  13. Allah Muhamad Al Qadr! Urut dada tau aku baca ni. Okay la aku cuba faham keadaan dan posisi kau, tapi anak sendiri kan kena lah mengalah, cuba cakap elok elok dengan Lailatul tu yang kau sebenarnya rindu masa berdua bermanja dengan dia, ni tak. Mana Muhamad Al Qadr yang sentiasa tenang yang para wanita dambakan saat membaca novel Seseorang Untuk Aku?

    ReplyDelete
  14. okey faham qadr ni terasa ngan jealous aje🫣🫣

    ReplyDelete
  15. qadr qadr.. kritikal sngt dh mu ni 😭

    ReplyDelete
  16. parah dh ni abe qadr oii

    ReplyDelete
  17. haih nak kata comel, tapi serius lah pulak situsinya

    ReplyDelete
  18. Qadr qadr. parah kau niii

    ReplyDelete
  19. ni mesti ada orang hantar ni, kita kena buat sesuatu ni guys

    ReplyDelete
  20. Kau Ni kenapa qadr period ke ya Allah

    ReplyDelete
  21. Baby je pun tkkn nk jealous kot , dah tua pun xleh nak pikir

    ReplyDelete
  22. Bak Kata piramlee Tua Tua Pun Bodoh 😊

    ReplyDelete
  23. kau ni bagang jenis ape?

    ReplyDelete
  24. Kenapa kau begini qadr penat bini kau tu😭 .

    ReplyDelete
  25. tetiba baran dgn qadr ni

    ReplyDelete
  26. ASTAGA QADRR APEBENDE LAH NGAN ANAK SENDIRI PUN TAKNAK KALAH

    ReplyDelete