Bismillahirrahmanirrahim.
Pada yang merindui dan sentiasa menanti, saya mempersembahkan #SUMPAH*****
DITINGGALKAN oleh seseorang yang sangat disayangi telah memahatkan parut pada jiwa rapuh Deen. Mujurlah ayah masih bersama. Pada Deen, ayah adalah segalanya.
Sepuluh tahun… kata orang sudah terlalu lama. Rupanya, sedekad itu hanya sekelip mata. Ayah pergi kerana kecuaian manusia. Jiwa yang sedia retak, hancur berkecai. Tinggal sebatang kara, Deen tutup segala pintu. Tidak keluar jauh sekali untuk membenarkan sesiapa sahaja masuk. Perginya ayah, membawa sekali jiwanya.
Deen hidup hanya kerana masih bernyawa. Moga tiada lagi taufan hadir membawa duka. Tapi, taufan tetap datang. Cuma kali ini, membawa bahagia walaupun Thaqeef muncul entah dari mana. Jiwa yang selama ni dirasakan mati, terasa bernafas kembali.
“Sampai bila awak nak temankan saya macam ni?” -Deen
“Selamanya.”- Thaqeef
Thaqeef lega bila Deen mula membuka hati dan itu adalah salah satu doa yang sering dimohon. Doa keduanya, dia mahu membahagiakan isteri yang amat dicintai. Sayang… doa kali ini tidak termakbul bila lipatan kisah pedih itu terselak dengan sendiri. Thaqeef tunduk ke lantai takdir, menyesali apa yang telah terjadi.
“Apa yang perlu abang buat untuk Deen maafkan abang?” – Thaqeef
“Mati… dan hidup kembali!” - Deen
Mencintai Thaqeef, tidak hanya membuatkan perasaan Deen melarat, tapi hatinya akan mati. Pada Thaqeef, telah dia katakan… cintanya kukuh, janjinya utuh. Dibenci atau dicintai, dia serahkan jiwa, hati dan jasadnya untuk Deen adili kerana tiada siapa tahu, permukaan air yang tenang dan nampak cetek itu, sebenarnya sangat dalam lagi bergelora.
Thaqeef berharap doanya terus termakbul. Namun, doa itu sepertinya telah menjadi doa yang tertangguh.
*****
Terbitan : Mac 2022
Mukasurat : 600ms
Harga SM/SS : RM32 (belum termasuk pos)
*****
Pra-tempahan #SUMPAH dibuka. Boleh ikut cara yang sangat mudah seperti dalam gambar.
Pada yang bertanya buku-buku lain.
LURUH
NOKTAH
MAGHFIRAH
Masih ada dalam stok. Boleh inbox di FB page Rehan.Makhtar atau emel ke rehan.makhtar@gmail.com untuk pertanyaan lanjut.
Buat masa ni, saya tak jual di Shopee dan memberi laluan pada kawan2 seller lain. Buku ini juga tidak masuk ke mana-mana kedai buku.
Jika kalian semua tertanya tentang SUMPAH. Jawapan saya... wajib miliki dan sumpah... SUMPAH sangat menarik.
No comments:
Post a Comment