GERAMNYA
bukan lagi geram biasa. Tapi dah geram
sangat. Dia dah pesan, berehat. Kan sekarang dah demam lagi. Jangan kata demam biasa, tapi demam
panas. Aina letak kain di atas kepala
Willa. Ajak pergi hospital tak nak.
“Itulah,
tak dengar cakap aku. Kan dah
sakit. Kau kata tak kerja malam
dah. Tapi, malam tadi kau balik lepas
jam dua belas jugak, kan?”
Dinihari
tadi bila dia jaga, Willa sedang berteleku di atas sejadah. Entah jam berapa sampai rumah. Dah tentu lebih tengah malam sebab dia pun
dekat jam dua belas baru lena.
Jarang-jarang dapat malam yang lapang tanpa panggilan. Minggu depan dia dah kena on-call.
Willa
pejam mata. Buat-buat tidur. Salah dia.
Dia tak cakap dekat Aina yang kerja dia kali ini, biarpun satu kerja
tapi tak tentu masa. On-call. Sama macam Aina tapi yang membezakan adalah
skop tugas itu. Aina berkhidmat demi
masyarakat. Besar pahalanya. Dia pula, demi duit.
“Kau
jangan buat tidurlah, Willa…” bebel
Aina.
“Aku
tahu kau tak tidur!” Ditepuk peha Willa
sedikit kuat. Orang cakap dia boleh
pulak buat tidur.
“Aduh. Janganlah tepuk kuat…” Willa terpaksa buka mata. Memandang Aina lama.
Sahabat
ini, telah banyak bersusah-payah demi dia.
Sekarang juga sama. Aina masih
begitu mengambil berat tentang dia.
Menyebabkan rasa bersalahnya semakin huru-hara.
“Aku
minta maaf sebab demam. Susahkan kau,
Aina. Aku tak sengaja…” Dia memang dah jaga diri sebaik mungkin
daripada demam tapi gamaknya terkejut dengan tingkah Reza malam tadi yang…
argh… malas dia nak ingat.
Nafas
berat lepas. Melihatkan mata Willa yang
mula bergenang, simpatinya tumpah. Willa
jarang sakit. Cuma sejak akhir-akhir ini
saja Willa selalu selsema dan sekarang demam pula.
“Sakit
ni bukan nak kira kita sengaja atau tak.
Dah nak sakit, nak kata apa, kan?”
pujuk Aina perlahan. Dicapai
tuala dan direndam seketika sebelum dia lap lengan teman baiknya itu.
“Kita
pergi hospital, ya? Kat rumah tak cukup
alat aku nak periksa kau. Tekanan darah semua.
Kita pergi kejap, ya?” pujuk Aina.
“Tak
payahlah, Aina. Kan aku dah telan
ubat…” Dia tak nak pergi hospital walau
apapun terjadi.
“Telan
ubat lain. Kena ambik darah. Sekarang zaman penyakit macam-macam. Aku risau kau kena denggi ke. Jangan risau.
Kita tak payah beratur. Aku minta
masuk dulu dengan kawan aku. Dia
bertugas dekat kecemasan malam ni…” pancing Aina.
“Aina,
tolong. Jangan paksa aku. Kau tahu kan aku tak suka hospital sejak
dulu…” pinta Willa separuh merayu.
“Willa…” Aina akhirnya menyerah. Direnung mata Willa seketika sebelum dia
kembali mengelap tubuh Willa yang panas rentung.
“…apalah
yang aku nak buat dengan kau ni? Kita
kawan dah lama. Cita-cita sama. Belajar sama-sama. Duduk sebilik sejak zaman sekolah sampailah
masuk matrikulasi dan universiti. Tapi,
kau berhenti belajar separuh jalan bila kita dah nak grad. Kalau kau ingat lagi tentang kisah lalu tu,
aku rasa tak perlu. Kau dah
berubah…”
Mengenangkan
masa lalu, dialah yang paling kesal akan apa yang telah Willa lakukan. Berkali-kali dia larang, tapi Willa terlalu
seronok dengan kehidupan sendiri. Seperti kera dapat bunga. Willa begitu teruja. Tapi, pelajaran tetap menjadi yang
utama. Cumanya entah apa yang menyekat
langkah Willa. Gadis ini berubah tiga
ratus enam puluh darjah.
“Kau
tahu aku macam sejak daripada zaman sekolah, Aina. Aku banyak buat silap dan banyak zalimi diri
sendiri. Macam mana kau suruh aku lupa
pun, ianya adalah mustahil,” ujar Willa mengingatkan Aina tentang siapa dirinya
sebelum ini.
“Ya,
aku tahu. Tapi, kau tetap pandai. Keputusan periksa kau jauh lebih baik
daripada aku. Kita apply buat medic
sama-sama. Tapi, kenapa kau berhenti
separuh jalan?”
Liur
ditelan terasa kesat. Airmata Willa
sedang terjun. Langsung tak dipandang
pada Aina. Dia, pernah jadi manusia yang
begitu lupa diri. Dan, bila Tuhan
menegur… barulah dia tahu yang kegembiraan yang dia agungkan itu rupanya
sementara.
“Willa,
dah sampai masa kau cerita dekat aku apa yang dah jadi bila kali terakhir kau
keluar daripada club tu dulu. Dah
terlalu lama kau rahsiakan…” pinta Aina
sedikit mendesak.
DUDUK
tak kena. Semua serba salah. Sejak petang dia telefon Willa tapi gadis itu
langsung tak jawab. Berpuluh SMS dia
kirim tapi satu pun tak berbalas. Mana
Willa ni? Jangan kata sebab peristiwa
dua hari lepas tu, Willa terus mungkir janji.
Dia
tak sengaja. Macam manalah dia boleh
hilang pertimbangan. Pergi jamah bibir
merah Willa. Di depan Maira pulak tu.
Macam mana dengan airmuka Willa?
Tentu terus tercalar.
Apa
kau dah buat ni Engku Reza Mukhriz?!
Nak
aje dia tampar diri sendiri. Haih… tapi,
siapa suruh dia cantik sangat? Tiba-tiba
berubah. Memang transformer sungguh. Bila berubah, ternganga dia dibuatnya.
Rasa
kesal tadi berlalu. Diganti dengan
sengih nakal. Reza kemudiannya tergelak
sendiri. Lain kali, jangan pakai
lipstick merah sangat. Karang tak
pasal-pasal dia jadi lembu. Pantang
tengok warna merah. Semua nak disondol.
“Gelak
kenapa tu?” soal Ibu Ati sambil letakkan
se muk teh o lemon panas di depan Reza.
“Eh,
Ibu Ati rupanya…” Tawa Reza tetap
bersisa.
Dekat
tangan Willa nak menyentuh pipinya waktu itu tapi tingkah gadis itu
terhenti. Willa menggeleng kecil sebelum
berlalu pergi. Tak jadi makan malam
mereka malam tu. Hancur segala rancangan
tapi satu yang tak dirancang, berjaya.
Padan
muka Maira.
“Reza
ingat budak perempuan tu ke apa?” Ibu
Ati senyum. Saja mengusik. Sejak gadis bernama Willa itu singgah di
rumah banglo yang sepi ini, Reza dah nampak lain sikit.
“Ha,
mana Ibu Ati tahu?”
“Eh,
Ibu Ati makan garam dululah. Tentulah
tahu. Sekilas ikan di atas dah tahu
jantan betina…”
“Kalau
sekilas ikan dilaut?”
“Hesy
budak ni. Mengusik aje tahu…” Ibu Ati nak tepuk bahu Reza tapi laju anak
muda itu mengelak bersama tawa.
“Dah
suka budak tu ke?”
“Suka? Entahlah…”
Bahu Reza terjongket.
Nak
kata suka, dia memang suka tengok wajah Willa.
Pucat tak berdarah. Sekali
dicalit pewarna, dia yang rasa darah mengalir menongkah arah. Tapi, Willa dingin. Sangat!
“…dia
bukan citarasa Reza, Ibu Ati. Tak sesuai
untuk Reza. Setakat nak pakai buang,
bolehlah. Itu pun mummy tentu bising dia
kata Reza pilih tak setara…”
“Nak
pakai buang anak dara orang ni Reza… tak baik.”
Dah lama sangat dia nak tegur Reza tentang ni tapi tak
berkesempatan.
Reza
tak pernah bawa perempuan balik rumah.
Malah, tak pernah juga bermalam di luar.
Jika tidak pun, di apartment. Dan
dia yakin, Reza sendiri. Kerana saat bergaduh
dengan Engku Marlia, Reza akan ke sana demi tenangkan hati. Namun kali ini, Reza nampak serius.
“Ibu
Ati jangan risau. Reza tak akan rosakkan
dia. Reza pun ada citarasa sendiri kalau
nak ulit perempuan ni, Ibu Ati…” Dia
senyum. Langsung tak rasa bersalah
menzahirkan kata-kata itu.
Apa
nak buat. Ibu Ati kenal dia lebih
daripada mummy kenal dia. Kerana itu,
hanya dengan Ibu Ati dan paman dia akan jadi diri sendiri. Di luar, dia banyak berlakon. Demi projek, demi airmuka dan demi
segalanya.
“Reza
jumpa dia lagi?”
Kepala
Reza jatuh sekali. Dihirup air yang
masih berasap itu sedikit. Rasa yang
sama sejak dulu.
“Reza
suruh dia kerja dengan Reza.”
“Sebagai
apa?”
“Pembantu…”
“Pembantu?” Dahi Ibu Ati berkerut. Pembantu yang macam mana. Dia dah patut mula berasa bimbang sekarang ni.
Reza
anak muda. Darah tengah
menggelegak. Apa-apa saja boleh terjadi
antara Reza dan Willa. Willa itu bukan
tak cantik. Cuma, tak bersiap aje.
“Tolong
Reza apa yang patut.”
“Dekat
pejabat?”
Kepala
Reza menggeleng. “Dia tak boleh masuk
ofis. Nanti Engku Marlia tahu. Reza tak nak mummy kutuk dia macam-macam. Lagipun, sampai masa Reza sendiri akan bawa
dia berdepan dengan mummy…”
“Jadi,
tugas Willa apa?”
Cawan
diletak atas meja besi berwarna putih tersebut.
Disilang kaki. Merenung dada
langit yang kelam. Bila dia pejam mata,
bibir merah Willa menerobos dalam ingatan.
Argh sudah… manisnya masih terasa biarpun hanya sepintas lalu.
“Dia
akan jadi senjata Reza…”
“Untuk?”
“Sakitkan
hati Engku Marlia,” jawab Reza terus-terang.
Ibu
Ati beristighfar panjang. Apa nak jadi
dengan Reza ni. Sejak akhir-akhir ni
makin bercabang kebencian pada ibu sendiri.
“Nanti,
Willa yang jadi mangsa, Reza…” Rasanya
Engku Reza bukan tak tahu apa yang Engku Marlia boleh buat. Setakat Willa, sekali arahan dikeluarkan…
anak gadis itu akan disakiti secukupnya.
Dia kenal Engku Marlia dah lama.
“Tak…
Reza tak akan biarkan dia jadi mangsa,” bantah Reza.
“Habis
tu, nak jaga dia? Jaga yang macam mana
kalau Reza dah tarik dia dalam benda yang dia tak boleh nak terima hadap
ni?” Nada Ibu Ati benar-benar kedengaran
kesal. Dia tak nak semua ini
terjadi.
“Reza
nak kahwin dengan dia?” duga Ibu Ati
bila Reza hanya diam memikir.
“Tak. Reza tak nak kahwin dengan dia…” bentak Reza sedikit tegas. Tajam matanya merenung Ibu Ati.
Apa
hal semua orang cakap pasal kahwin ni.
Dua tiga hari lepas, Engku Marlia.
Sekarang ni, Ibu Ati pulak.
Macamlah dia terdesak sangat nak kahwin.
“Kahwin
bukan kepentingan pada Reza…”
“Ya,
tapi Ibu Ati rasa dah sampai masa Reza kahwin…”
“Kenapa
Ibu Ati cakap macam tu?” Dahi Reza
berlapis kerutan.
Ibu
Ati diam. Diseluk poket apron yang masih
tersarung pada tubuh. Dia pun tak
tahu. Tapi sampul ini tiba siang tadi. Mujurlah Engku Marlia tiada di rumah dan
sampai sekarang, masih tak balik lagi.
“Reza
tengoklah sendiri…” Ibu Ati terus
bangkit. Berlalu ke dalam rumah.
Tangan
Reza capai sampul putih tersebut.
Ditarik isi dalam dan demi melihat gambar itu, nama dan wajah Maira
melintas dalam kepala. Sempat lagi
perempuan ni tangkap gambar.
Namun,
rasa marahnya padam bila melihat mata Willa yang membulat saat bibir mereka
bertemu. Hanya sesaat dua. Tubuh dia terdorong ke belakang dan Willa
berlalu tanpa menoleh lagi.
Reza
ramas rambut.
Willa…
kenapa manis sangat ni?!
...bersambung
Daring sikit.. Keke..
huwaaaa....apa sejarah willa ni..x sabar
ReplyDeleteHaila... Lelaki ni!!!
ReplyDeleteTp.. Husnuzon.. Husnuzon..
Perempuan yg baik akan bersama lelaki yg baik.
-noriatul-
OMG.... knp best sgt
ReplyDeleteReza jangan ikut hati... kasihan Willa mesti ada kisah lalu yg sukar dihadapi...
ReplyDeleteReza dah angau.
ReplyDeleteKisah willa masih lg diselubungi misteri
Best best!
hahaha .. jgn bongkak sgt kata x nk kwin dgn willa kang willa hilang tercari-cari pulak
ReplyDeleteSian willa, demam terkejut! ;)
ReplyDeleteSukazz
ReplyDeleteDah jatuh cintan hehe
ReplyDeleteReza da terpaut.. Willa masih gadis misteri.. tak sabar nak tau seterusnya
ReplyDelete