BIRAI cawan
dibawa rapat ke bibir. Reza ukir senyum
lebar. Haila Willa. Dalam beku pun, pandai mengayat. Dia dekat nak percaya dah kata-kata Willa
siang tadi. Nasiblah akal waras dia
terus memberi alarm.
Willa tu
mengayat! Jangan layan.
Masalahnya,
itulah yang dia dok ingat sampai ke hari ni.
Haih… senyuman tu… hesy, tak boleh tahan ni. Rasa nak aje dia telefon Willa sekarang, tapi
petang tadi… Willa nampak masih tak sihat.
Dia, langsung tak tanya akan kesihatan Willa. Sedangkan gadis itu dah cakap yang dia
demam.
Makan pun
tidak. Boleh jadi kerana dah hilang
selera.
“Aku, hampir
percaya kata-kata tipu kau tu, Willa,” cebek dia petang tadi.
Masa itu, Willa
hanya meleret senyum seraya melarikan pandangan. Disisip perlahan jus avocado itu.
“Sebab benda tu
dah terang tipu, Encik Reza jangan dok percaya pulak.”
“Tak hadap aku
nak percaya. Tapi kau ni boleh tahan ya
mengayat. Dah berapa ramai lelaki kau
ayat?”
Willa kerling
Reza. Baru nak buka mulut, lelaki itu lebih
dulu bersuara.
“Okey. Aku nak jawapan tipu,” celah Reza. Bukan apa, Willa kan suka bagi dia
pilihan. Tak payah bagi, dia awal-awal
dah buat pilihan.
“Yang tipunya,
dah ramai… tak terhitung…”
Ohmak ai… ini
yang nak tahu jawapan betul pulak ni.
“Err… yang betul pulak?”
Willa
mencebek. “Tak pernah ayat
sesiapa.”
Ceh, Reza buat
muka. Hampa dengan jawapan Willa.
Tapi, raut Willa
yang tadi sedikit ceria kembali muram.
Dia tak pernah ayat sesiapa. Dia
hanya sendiri tapi ramai lelaki hidung belang datang menghimpit. Menabur ayat manis dan janji palsu belaka
satu ketika dulu.
“Hey, dah sampai
mana ni?” Reza ketik jari di depan
Willa.
“Erm… boleh saya
tanya satu benda?” Willa betulkan
duduk. Apa yang bermain dalam kepalanya
sejak tempoh hari, dia kena luahkan.
“Kau nak tanya
tentang Maira?”
Willa
geleng. Telahan Reza ada betulnya tapi
kurang tepat. “Kenapa Encik Reza pecah
mulut dan menangis masa kali pertama kita jumpa?”
“What? Aku?
Nangis?” Reza tak ingat dia
mengalirkan airmata melainkan bibirnya saja yang pecah.
“Kau ingat aku
nangis sebab aku kena tumbuk ke?” telah
Reza. Kotlah Willa fikir dia semanja
itu. Oh tidaklah dia.
“Tak. Saya tahu Encik Reza pandai berlawan. Tapi, kenapa mesti mata Encik Reza
berair? Ada sesuatu yang buat Encik Reza
bertumbuk? Saya tak fikir sebab
Maira…”
Sekali lagi,
selera Reza patah tapi dia suap juga ke mulut bila teringat cerita Willa
tentang kisah lalunya.
“Kau kata kau
sebatang kara. Tak ada mak ayah. Kau rasa kau malang. Ya, aku pun rasa benda sama, Willa. Tapi, kau tahu tak… ada orang lain yang rasa
dia lebih malang daripada kau bila hidup berkeluarga tapi tak seperti yang
diharapkan.”
“Kalau hidup
kita ni semua seperti yang kita harapkan, dunia ini akan terlalu hambar, Encik
Reza. Yang tidak seperti diharapkan
itulah dinamakan ujian…”
Dahi Reza
berlapis kerutan. “Kau tak tahu apa yang
aku dah lalu, Willa. Jadi, kau tak boleh
sedap mulut kau aje cakap…”
“Sedap mulut
cakap?” sindir Willa.
“Ya. Sedap kot mulut saya sebab Encik Reza dah
rasa, kan?” Semakin tajam dia membidas.
Terkelu Reza
dibuatnya.
“Sebab tak
tahulah saya tak cakap lebih, Encik Reza.
Saya cakap secara umum. Pernah
saya rasa, sayalah yang paling malang.
Tapi, bila saya jumpa dengan Encik Reza, Encik Rezalah manusia yang
lebih kesian…”
“Maksud
kau?” Dada Reza berdebar. Sepertinya Willa dah dapat agak apa yang
sedang dia lalui.
“Mak, masih
seorang emak walaupun bumi terbelah,” bisik Willa tenang sebelum dia angkat
tubuh.
“Saya tunggu
Encik Reza dekat kereta…” Terus dia
berlalu.
Reza juga
bingkas bangun. Masih ada suku tak habis
tapi dia dah tak boleh nak telan. Laju
dia keluar mendapatkan Willa yang sedang menanti di sisi Lamborghini
kesayangannya.
“Aku hantar kau
balik. Rumah kau mana?”
“Eh, motor saya
dekat ofis Encik Reza…”
Reza tepuk
dahi. Lupalah pulak. Masa ni nak menghala ke Jalan Tun Razak,
memang bunuh diri tapi tiada pilihan lagi.
“Okey. Gerak
sekarang,” ajaknya lantas masuk ke tempat duduk penumpang. Perjalan dihiasi sepi. Dia kerling Willa berkali-kali namun gadis itu
langsung tak membalas melainkan hanya senyum sendiri.
“Kenapa kau
senyum daripada tadi? Seronok ke dapat
pegang stereng kereta aku? Dok dalam
kereta mewah yang kau sendiri tak pernah mimpi dapat naik, kan?” soal Reza menyindir.
Tapi, Willa
terus memandang ke depan. Jalan yang
sesak, dia tak nak andai kereta Reza tercalar.
Tak mampu nak bayar ganti rugi.
“Saya tak pernah
rasa seronok dapat bawak kereta macam ni.
Dok dalam kereta mewah ni. Sikit
pun saya tak rasa seronok,” jawab Willa
akhirnya. Langsung tak mengerling Reza
walau seinci.
Mata kuyu Reza
meredup. “Habis tu, benci?”
“Taklah. Saya cuma sedar diri…”
“Sedar diri?”
“Hrm…” Saat ini barulah Willa menoleh bila kereta
langsung tak dapat bergerak.
“…dok dalam ni
tak ubah seperti dok dalam labu yang disihir menjadi sebuah pedati kuda warna
keemasan. Bila jam berdenting, pedati tu akan bertukar balik jadi labu.”
Mendengarkan
jawapan Willa, hati lelaki Reza semakin bergelojak. Siapa kau Willa? Setiap kata-kata Willa, misteri. Penuh makna yang tersirat.
“Siapa kau
sebenarnya, Willa?”
“Erwilla,” jawab
Willa saja loyar buruk seperti kebiasaanya dia.
“Kenapa kau
datang dalam hidup aku?”
“Encik Reza yang
nak…”
“Macam mana
kalau aku tak bagi kau pergi nanti?”
Ayat itu terluah tanpa sedar.
Liur ditelan
terasa payau. Willa larikan
pandangan. Apa maksud ayat Reza ni?
“Sampai masa
saya akan pergi sama ada Encik Reza bagi atau pun tidak,” balas Willa mencari
jawapan selamat.
Bibir Reza
terkatup rapat. Dia menyumpah diri. Soalan apalah yang dia tanya Willa ni. Tak ada kaitan langsung.
“Willa?”
“Erm…”
“Kau dah
sihat?”
Terkejut dengan
soalan itu, Willa terus menoleh. Hai,
sepetang mereka bersama, baru sekarang Reza nak tanya kesihatan dia?
“Kalau demam
lagi, saya dok rumah. Tak datang kerja
dah…” Jawapan yang diberi cukup
sarkastik.
“Kau nak tahu
kenapa dengan aku masa mula-mula kita jumpa tu…”
“Kalau Encik
Reza sudi bagi jawapan…”
Reza mengeluh
tipis. Diramas rambutnya. Memalingkan wajah ke lain. Malas nak pandang wajah Willa. Gadis itu sepicing pun tak kerling dia.
“Sebab aku baru
tahu kawan yang aku anggap kawan selama ni, rupanya lawan.” Mengingatkan wajah Najmi dan Maira, rasa nak
aje dia toreh. Patut malam tu, dia
kerjakan Najmi biar tak dapat bangkit.
Tapi, bukan dia
membuat onar di tempat begitu. Dia ada
nama yang perlu dijaga.
“Tak apalah,
Encik Reza. Biasalah tu. Sekarang ni, saya kan ada…” ujar Willa perlahan. Namun, sempat menerjah ke dalam pendengaran
Reza.
Dia langsung
berpaling. Willa juga. Gadis ini, senyum lagi.
Willa, kenapa
manis sangat ni?
“LEKAT dekat
rumah malam ni?”
Bayangan Willa
terbang. Reza melangut pandang. Terkebil-kebil dia dibuatnya dengan teguran
yang tiba-tiba itu. Wajah Engku Marlia
terbias. Langsung duduk di
depannya.
“Tak
keluar?”
“Mummy pun apa
kurangnya. Lekat dekat rumah malam
ni? Tak keluar ke?” Sengaja dia pulangkan paku buah keras.
Kacau mood
ajelah. Dia baru nak feeling-feeling
dengan Willa. Dah datang yang menggugah
memori dia.
“Mummy kan baru
balik. Malas nak pergi lagi…”
“By the way,
boleh Reza tahu mummy pergi mana dua hari ni?”
“Out station…”
“What?” Gila punya sadis alasan!
“Out-station
mana lagi, my? Company tu Reza yang
jaga. Setiap perjalanan syarikat, Reza
tahu. Mummy hanya chairman atas kertas
aje, tau,” sindir Reza.
“Well, still
chairman. Jadi, chairman tak perlu nak
report dekat ceo akan semua benda yang dia buat. Tak gitu?”
tempelak Engku Marlia kembali.
Dia cuba nak
beramah mesra dengan anak tunggalnya.
Dia kuatkan hati tapi ini cara Reza menyambut dia?
“Ya, betul cakap
mummy tu. Then sebagai anak, boleh Reza
tahu mummy ke mana? Dengan siapa?” Semua berita telah sahih sebenarnya. Dia hanya beri peluang pada mummy untuk
berterus-terang. Itu aje.
Dia dah letih
dengar cakap-cakap orang.
“Mummy ada
kerja…”
“Kerja dengan
jantan mana?” jerkah Reza hilang
sabar.
“Engku Reza
Mukhriz!!!” Suara Engku Marlia
berdentum.
Ibu Ati dan
paman masing-masing menjenguk keluar.
Kenapalah dikacau mood Reza tu.
“Kenapa? Terasa?
Reza dah lama sangat pendam. Reza
nafi apa orang cakap tentang mummy tapi, sekarang ianya terbukti…”
“Reza upah orang
siasat mummy?”
Reza hamburkan
tawa. Digenggam penumbuk sekuat
hati. Dia tak perlu upah orang bila mata
dia sendiri mampu melihat dengan jelas.
Setelah sekian lama daddy meninggal, kenapa mummy mesti buat hubungan
sulit. Dengan lelaki yang sebaya dia
pulak tu.
“I knew him,
mummy. Reza kenal siapa lelaki tu tapi
entahlah… bila Reza nak bertindak, Reza ingat yang mummy ni ibu. Serba salah.
Tapi, tergamak mummy, kan?” Mata
Reza merah menahan tangis.
Terkaku Engku
Marlia. Setelah disorok, akhirnya dengan
begitu mudah Reza dapat hidu. Tapi,
marahnya pada Reza bukan kerana hal ini tapi kerana hal lain.
“Engku Reza
Mukhriz,” panggil Engku Marlia menahan langkah longlai anak lelakinya.
Kaki Reza
terpaku. Tunduk ke bumi. Bila mummy berdiri dekat di sisi, dia
memandang mata itu dalam. Langsung tak
nampak kasih sayang pada dia. Entah mana
mummy campakkan rasa itu antara mereka.
“Dan, Reza
jangan ingat Reza aje tahu hal mummy.
Mummy pun tahu apa yang Reza buat dengan budak jalanan tu!” Sekeping gambar yang dapat daripada Maira
diletak kasar tepat di tengah dada bidang Reza.
Dahi Reza
berkerut. Gambar dia mengucup
Willa? Maira… berdenyut kepalanya. Tak sangka Willa heret perkara ini sampai ke
pengetahuan mummy.
“Macam mana Reza
nak jelaskan?”
Matanya terus
tunak. Bibirnya dioles senyum. Willa yang manis. Entah kenapa, memandang gambar ini setiap
kali pun, buat darah dia menongkah arus.
Dia menoleh pada mummy. Terus
senyumnya padam.
“Seperti mana
mummy sorok hubungan sulit mummy dengan lelaki tu, Reza pun rasa nak buat
sama. Tapi, alang-alang mummy dah dapat
gambar ni daripada Maira, tak ada apa lagi yang Reza nak sorok. Dan, kalau mummy nak tahu…” Reza lepaskan nafas panjang.
Dia tarik tubuh
Engku Marlia. Dipeluk erat. Dia, terlalu sayangkan wanita ini tapi kenapa
mummy begitu menjauh.
“Dia satu-satunya
perempuan yang Reza nak jaga.”
“Reza…”
“Syhh…” cantas Reza.
Dia tak habis cakap lagi ni.
“Dia
satu-satunya perempuan yang Reza nak cinta.”
Barulah dia tolak bahu Engku Marlia sebaik saja dia noktahkan kata.
“Ada
bantahan?” Keningnya naik tinggi. Lebih pada mencabar.
...bersambung
Best sangat! Thank you Rehan kerana menghiburkan
ReplyDeleteEuwww...
ReplyDeletePedihnya menghadapi kenyataan...
-noriatul-
Wahhhh makin hot RM...
ReplyDeleteSama-sama nak tunjuk kuasa siapa yg lebih besar... permainan baru bermula bila kisah mummy dan anak terbongkar... bestttt sangatttt
ReplyDeleteCOOL
ReplyDeletekipidap rm...membaca nukilan rm ibarat minum air ketika kemarau...nak air lg plzz....
ReplyDeleteMakin teruja ni nak tau kisah next next next :)
ReplyDeletewah setiap butir bicara willa seperti hikmah,siapa willa ye???.teruskan kak rehan, best...
ReplyDeletewahhhh ... ayat ni reza yg last tu paling suka , dia satu-satu nya reza nk cinta ..oh myyy
ReplyDeleteAduhai.. mummy reza ada anak ikan baya anak sendiri! Patutla smpai reza bertumbuk aritu.. tqvm RM utk kopi2 pekat arini 😀
ReplyDeleteSangat kasihan reza dsn erwilla
ReplyDeleteWilla yang manis 😊😊😊😊😊
ReplyDeleteTq RM utk entry yg awesome!!
ReplyDeleteManis..
ReplyDelete-MiEza-
Hailaa.. Engku da gila bayang tuuu
ReplyDeletewahhhh bestt..teruja ni nk tau kisah next,,,kipidap kak RM n tq..
ReplyDeleteBàru ada nak masa nak baca... Best best best...sesangat..tqvm
ReplyDeleteBàru ada nak masa nak baca... Best best best...sesangat..tqvm
ReplyDeleteapalah masalah dua beranak nie...geram pulak dibuatnya..reza tu kurang kasih sayang..mummynya sibuk ngan jantan lain..hehhh
ReplyDeletePergh...mantap jwpn
ReplyDelete