NAFAS
lega dihela. Nasib baiklah Uncle Ben
faham. Abang Fandy juga mengerti
walaupun mata itu tajam menjeling dia. Iyalah,
masa nak kerja merayu-rayu. Nak berhenti,
semudah itu dia cakap. Siapa tak hantar
pandangan tajam?
Dan,
dia berterima kasih kerana selama ini dua orang lelaki itu banyak
membantu. Nampaknya, dia memang dah
nekad nak terima kerja yang Reza tawarkan.
Entah apa kerja tapi dia akan terima.
Baru
nak panjat motorsikal, telefon bimbitnya menjerit. Dahi berkerut menatap skrin. Nombor tak dikenali. Tak kan Abang Fandy nak bagi kerja lagi. Eh, tak kanlah.
“Erwilla?”
“Ya,
saya?” sahutnya bila namanya disebut
pada hujung talian setelah salamnya tak bersambut.
“Kau nak lari mana?”
“Lari? Lari mana?”
soalnya polos.
Suara
tawa berdekah-dekah pecah dalam talian.
Willa ketap bibir. Ya, dia dah
cam suara ni. Reza. Mana Reza dapat nombor dia.
“Mana
dapat nombor saya?”
“Hey,
itu ke yang jadi keutamaan sekarang?
Lepas kau bawak lari cek kosong tu, langsung tak toleh belakang… kau
ingat aku senang-senang nak biar kau macam tu aje…”
“Mana
ada saya lari. Saya baru lepas letak
jawatan ni haa…” Bunyi macam bagus aje
letak jawatan. Padahal kerani kilang
surat khabar aje dan part-timer dengan Abang Fandy aje pun.
“Oh,
makna kata tu dah setujulah nak kerja dengan aku?” Reza senyum tajam. Akhirnya… tak adalah susah sangat nak dapat
Willa ni. Petik jari aje.
“Kalau
saya tak setuju, saya tak ambik cek tu semalam.
Lagipun, awak hutang saya satu benda lagi, encik…”
“Hutang?” Sudah… apa lagi dia berhutang ni?
“Eh,
aku tak ingat. Kau cakap sekarang, apa
aku hutang. Aku tak suka berhutang
dengan orang. Orang hutang dengan aku taka
pa…”
Ceh…
berlagak! Willa nak aje luahkan kata itu
tapi Reza dah jadi majikan dia sekarang.
“Ear-phone
saya…” Ya, Reza yang rentap talinya
sampai putus.
“Laa…” Reza mengeluh. Baru dia ingat. Itulah siapa suruh buat-buat pekak.
“Kau
datang sekarang. Alamat aku whatsapp…”
“Saya
tak internet.”
Rasa
nak ketawa mengekek dengan lawak basi Willa.
“Kau ni acah-acah nak tunjuk suci ke apa tak pakai internet?”
“Bukan
masalah acah ke tidak, tapi memang tak ada.
SMS aje. Senang. Saya gerak sekarang…” Talian dimatikan.
Bosan
betul!
Wajah
Reza renyuk. Dia pandang telefon di
tangan. Gila punya perempuan. Orang tak habis cakap lagi. Siap kau nanti. Jarinya laju menari di atas skrin. Alamat pejabat dihantar pada Willa.
“Setengah
jam aje Willa. Kau lambat, jaga kau!”
Dia
dahlah panas ni baru lepas berperang jiwa dengan mummy.
Walaupun
suara mereka rendah dan perlahan, tapi setiap kata-kata masing-masing
menyakitkan. Engku Marlia berlalu dengan
soalan yang tergantung tak berjawapan.
DIAM. Hanya mata yang liar memerhatikan
sekeliling. Suruh datang tapi Reza
sedang diam. Tak berkata apa melainkan
menilik dia atas bawah.
“Saya
ni sama dengan cinta pertama awak ke, encik?”
tanya Willa sinis.
Reza
ketap bibir simpan senyum. Cinta pertama
dia? Siapa? Willa? Homen… otak gadis ni kena gegaran berapa skala
ritcher ni?
“Kot
ya pun nak mengagak, biar yang logik sikit, ya?” ujar Reza memberi amaran. Dia bangkit dan bertenggek di birai meja
memandang pada Willa yang masih tegak berdiri sejak tadi.
“Jadinya,
saya datang report duty ni. Ada apa
kerja untuk saya?”
Mak
aih… terus tanya kerja. “Kerja nombor
dua. Yang penting sekarang, tentang skop
kerja dan bayaran kau.” Reza mempelawa
Willa duduk di atas sofa putih tersebut.
“Kau
nak minum?”
Willa
geleng.
“Makan?”
“Saya
tak biasa makan tengah hari…”
“Okey,
kalau gitu aku cerita apa tugas kau selama kerja dengan aku…”
“Selama
kerja dengan encik?” Ayat Willa
tergantung.
Akan
ada satu masa bila encik tak perlukan saya lagi, saya perlu cari kerja lain. Itu maksudnya, kan? Tapi, tak sanggup nak tanya.
“Selama
kerja dengan aku. Bukan selamanya kerja
dengan aku. Tu dua maksud berbeza,”
sindir Reza.
Heh…
ingat dia hadap sangat ke dengan perempuan macam ni kalau bukan kerana agenda
yang tersendiri.
“Kau
kena temankan aku. Bila-bila masa aku
perlukan kau. Dua puluh empat jam
tujuh. Tak kira masa. Kalau aku call, kau kena jawab. Kalau aku suruh datang, kau kena datang. Dekat mana aje aku ada masa tu…”
“Hah? Itu kerja ke?” Dia dah dapat agak dia akan dapat kerja
mengarut ni. Kata-kata Aina terngiang
dalam kepala.
“Setakat
itu aje, kan?”
Reza
gelak. Sekilas ikan dia air, dia dah
tahu apa yang bermain dalam kepala Reza.
“Jangan
risau… aku tak suka nak lebih-lebih dengan spesis macam kau.”
Pedih
menerima kata-kata Reza tapi Willa tetap senyum. Dah dua kali dia dengar cakap tentang
tu. Perempuan seperti dia. Spesis seperti dia. Ringan lidah nak tanya jenis yang macam mana
tapi malas nak panjangkan perkara yang tak ada kaitan dengan urusan kerja. Setidak-tidaknya, tidaklah seteruk yang Aina
duga.
“Lagi
satu, Willa… kau kena sign agreement…” Kertas A4 itu dikeluarkan.
Baru
siap taip tadi. Dah ada typo pulak. Argh… lantaklah. Terus saja dia letak di depan Willa. Direnung dalam wajah yang sedang membaca
barisan aksara itu.
“Love
will find the way, Reza...” Argh
sudah. Suara Engku Marlia kalut dalam
kepala.
“Ini…” Jari telunjuk Willa lurus pada sepatah
perkataan terakhir. Dia langut
pandang. Reza terkebil-kebil.
“…saya
terima yang lain tapi ini…” Lambat-lambat
dia baca suku kata itu. Perlahan, Willa
geleng.
“Kenapa? Tak boleh yang tu?” soal Reza tajam.
Dia
yang akan bayar gaji Willa. Yang banyak
cerita sangat, dah kenapa? Lagipun,
bukan suruh Willa bunuh orang pun. Dah
selesai semua kerja nanti, dia tolaklah Willa pergi.
“Itu
pun sebahagian daripada kerja kau jugak kalau kau dah terima kerja ni,” tekan
Reza separa mengugut.
Dahi
Willa berkerut. Peluh kecil mula merenik
pada wajah. Direnung Reza tak lepas
meminta sebuah penjelasan. Perlu ke
semua ni? Sampai hati ke Reza nak buat
perkara begini?
“Saya
tak sampai hati.”
“Hah? Tak sampai hati?” Eh, dia salah dengar ke ni dengan apa yang
baru masuk ke telinga.
Macam
mana Willa boleh keluarkan ayat tu.
“Hey,
Cik Erwilla… itu mak aku…”
“Sebab
dia mak. Tak kisahlah dia mak sesiapa
pun. Dia tetap mak,” balas Willa. Sayu hati dia dengan permintaan Reza.
“Tak
elok sakitkan hati…”
“Pleaselah,
Willa. Kau nak kerja ke tak nak?” Dia dah mencekak pinggang. Geram satu
hal. Nak aje dia diamkan mulut comel itu
agar Willa hanya angguk. Jangan
bantah. Dia tak suka dibantah.
“Saya
nak kerja…”
“Dah
tu? Dengar cakap aku aje tak boleh
ke? Jangan bantah. Lagipun, aku tak suka orang bahasakan
aku. Hari pertama kita jumpa tu kemain
kau sindir aku nak pergi masjid segala.
Hari ni, kau nak cerita dekat aku tentang elok ke tak elok. Well… sini…”
Reza merentap tangan Willa.
Didorong Willa menghadap cermin yang lebar itu hingga nampak seluruh
bilik pejabatnya.
“…cermin
diri kau dulu,” bisik Reza dekat dengan telinga Willa. Tegas nadanya. Hingga nafas hangat itu menyapa pipi pucat
Willa.
“Kalau
kau rasa kau baik sangat, kenapa kau boleh muncul dekat Paradise? Ya aku tahu sebab duit tapi itu The
Paradise. Syurga dunia orang macam aku
ni. Kau muncul dekat situ dengan harapan
nak sangkut dengan mana-mana orang macam aku ke? End-up dengan aku… dan jangan berlagak baik depan
aku kalau kau pun jenis yang sama…”
Willa
tenung Reza dari dalam cermin. Ditelan
hidup-hidup kata-kata dan tuduhan Reza.
Kan dia dah cakap, ini salah dia.
Silap dia ikut arahan Abang Fandy.
Sekarang, boleh ke duit tu ganti semula air muka yang sedang dicalarkan.
“Saya
ni jenis macam mana?” Serentak itu dia
menoleh. Melangut pandang pada
Reza. Menadah wajahnya tepat wajah dagu
Reza.
Halkum
Reza bergerak. Menelan liur yang
dirasakan kelat dengan soalan Willa.
Jenis macam mana? Entahlah. Dia pun tak tahu. Jenis yang selalu mummy klasifikasikan sejak
dulu.
“Jenis
parasite?” jawab Reza serba salah.
Willa
simpan senyum. “Kalau dah tahu saya parasite,
kenapa nak juga saya menempel dekat Encik Reza?
Nak saya hisap darah Encik Reza?
Demi kepentingan diri saya?
Kenapa mesti nak saya kerja dengan Encik Reza?”
Menghadapi
lelaki bongkak sebegini, dia perlu tenang.
Malah, dia tak boleh melatah sikit pun. Dia perlu duit. Bukan Reza.
Kaki
Reza mendekati Willa setapak. Menjadikan
jarak mereka begitu dekat dan seperti biasa, gadis ini tetap tak
berganjak. Hujung tudung Willa dipegang. Dimainkan.
Ringan rasanya tangan dia mahu merentap tapi dia masih ada rasa hormat
pada kaum yang bergelar wanita.
“Sebab
aku percaya, hanya kau calon terbaik…”
“Untuk?” Willa kian berani. Berani yang dibuat-buat.
“Untuk
buat mummy aku sakit hati…”
Willa
telan liur. Dendam apalah Reza ni ibu
sendiri. Anehnya. Bila ada, dipersiakan. Bila tiada, mencari. Manusia, man pernah puas dengan apa yang
diberi melainkan terus meminta.
“Encik
Reza puas hati ke kalau saya tolong Encik Reza sakitkan hati orang tua Encik
Reza?”
Reza
gelak. Tunduk mencerun tajam pada
Willa. “Nak kata puas hati tu tidak…
tapi lebih pada lega. Hey… pleaselah,
Willa…” Jari diketik depan wajah pucat
Willa. Tak payah nak concern sangat
tentang mummy dia.
“…dia
mummy aku. Bukan mummy kau…”
“Erm…
betul tu. Sebab saya dah tak ada
mak. Tak ada ayah. Tak ada adik-beradik. Tak ada saudara-mara… jadi saya rasa ralat
sikit kalau ada orang sengaja nak sakitkan hati keluarga dia,” jawab Willa
tersenyum.
Dia
menapak ke belakang dan duduk di sofa. Dikeluarkan
pen daripada beg galasnya. Terus ditandatangan
perjanjian antara dia dan Reza. Perjanjian
sama ada cek kosong itu patut di isi atau tidak bila segalanya ini
berakhir.
Mendengarkan
pengakuan Willa, tubuh Reza perlahan-lahan melurut dan terduduk di atas
sofa.
“Kau
sebatang kara?” Nadanya prihatin.
Willa
senyum sambil mata hanya memandang kertas putih tersebut. Nak angkat tubuh, tapi Reza itu duit. Kerana itu, dia pakukan jasadnya di depan
lelaki ini.
“Sejak
bila?”
Kali
ini, Willa angkat mata. “Selamanya…” Juring matanya basah. Perlahan-lahan, air jernih itu menitis juga
setitis.
...bersambung
Klisenya citer ni Rehan. Ala... biasalah. Hidup ini memang klise. Tapi, perjalanannya akan jadi luar biasa. Hiks.
love it......
ReplyDeleteMacam sedih jer perjalanan hidup willa...
ReplyDeletesis tak pernah mengecewakan hihi
ReplyDeleteKak ann yg klise tu biarkan. Lebih baik drpd segala manis bayangan, realiti pahit ditelan. Realiti hidup kita (saya kata pada diri saya) bila tak ada terkenang-kenang. Yg ada disakitkan. Keep on writing kak ann. Saya sentiasa ada jadi pompom girl kak ann ����
ReplyDeleteSedihnya..
ReplyDeletesebak kali ni.. saya pun dah takde mak.
ReplyDeletex saba nak baca seterusnya...
ReplyDeleteSedihnya. Xsabar nak tgu seterusnya yg "akan jdi luar biasa". Xpnah mengecewakan. Love it. ❤❤❤
ReplyDeleteNak nangis dgn willa jugak. Mana ada klise. Misteri kot cte ni
ReplyDeleteNak nangis dgn willa jugak. Mana ada klise. Misteri kot cte ni
ReplyDeleteWaàaaaaaaaaaaa
ReplyDeletePart last tu juring mata saya pon basah tiba2 😢 huhu. Thx rehan. X klise pon.. ternanti2 smbgn seterusnya.
ReplyDeleteSedih...
ReplyDeleteBest...tk rehan...
ReplyDeleteBest...tk rehan...
ReplyDeleteharap la reza x sakit kan hati willa lg .. huhu
ReplyDeletekesian willa
ReplyDeleteBest sgt
ReplyDeleteMesti cerita yg penuh drama2 kehidupan
ReplyDeleteMesti cerita yg penuh drama2 kehidupan
ReplyDeletebr lps marathon dari bab 2-8...
ReplyDeleteok, macam nampak apa cerita, tapi penceritaan x jelas..
pasti kesedihan akan penuh bermaharajalela.. pasti kekecewaan akan melumpuhkan segala sakit.
besttt kak RM....sedih plok ngn willa...kipidap..
ReplyDeleteAssalamualaikum saya peminat Dik Rehan dari Brunei,ole ole idea terbaru dari Dik Rehan tidak menghampakan, keep it up.
ReplyDeleteAssalamualaikum saya peminat Dik Rehan dari Brunei,ole ole idea terbaru dari Dik Rehan tidak menghampakan, keep it up.
ReplyDeleteAssalamualaikum saya peminat Dik Rehan dari Brunei,ole ole idea terbaru dari Dik Rehan tidak menghampakan, keep it up.
ReplyDeleteApalah rahsia Willa ya.. sambung lah RM.. pls
ReplyDeleteChope.. harap RM sehat2 belaka lah ya.. baca tulisannya.. tak tanya pulak kabar orgnya.. *peace*
Deleteharap dapat jadikan novel...x sabar nak tunggu..
ReplyDelete