Monday, March 14, 2016

Aku Telah Mencintaimu 13

WILLA diam disatu sudut.  Kaku di situ.  Menanti sesi kuliah bermula.  Dia benar-benar rasa tak selesa.  Dia demam.  Tubuhnya sedikit hangat.  Dalam seminggu, hampir tiga kali dia demam malam.  Sejuk dan menggigil hingga merenik peluh sejuk terbit di seluruh romanya. 

Apatah lagi mengingatkan tingkah seorang lelaki yang dia kenal sebagai Najmi malam minggu sudah.  Bahang dalam dadanya semakin mencanak naik. 
“Hey my angel…”  Bahunya dipeluk orang.
Willa laju menoleh.  Ditolak kasar namun wajah lelaki itu tetap tenang dalam senyuman yang kononnya menggoda.  Dia tak tergoda langsung.  Menyampah lagi ada.
“Leave me,” jerit Willa melawan muzik techno yang semakin rancak. 
Begitu juga dengan tarian pengunjung tak kira jantina.  Bagai hilang kewarasan.  Terkinja-kinja di tengah kawasan.  Hanya dia yang kaku… tariannya sudah tak lincah.  Sudah terlalu pincang tanpa dia tahu sebabnya.  
“Hey, sayang.  Kenapa ni? I baru nak happy dengan you…” pujuk Najmi.  Bukan sekali dia cuba dekati Willa tapi Willa terlalu liar dan angkuh.
“Hey, mister.  Please.  I tak kenal you…”
“Tak apa.  I kenal you.  Siapa tak kenal The Angel of The Paradise…”  Kening jejaka itu terjongket. 
Dia kenal sangat dengan gadis ini.  Seminggu sekali pasti nampak gadis ini sendiri dekat sini.  Walapun tak terkinja-kinja di tengah laman Paradise, sikap bersendiri itulah yang membuatkan Willa digelar bidadari Paradise. 
Semua orang kenal rasanya kalau jenis suka datang sini.  Namun sayang, tiada siapa mampu dekati.  Willa terlalu bengis. 
“I tengok you selalu sorang. I temankan…” Sekali lagi Najmi cuba raih bahu Willa tapi kali ini, tangan Willa laju menepis. 
Kening tipis Willa terjongket tinggi.  Kasut setinggi empat inci itu rasa ringan nak terbang tepat atas kepala Najmi.  Tapi dia tahan.  Nama jolokan itu dah biasa sangat dia dengar.  Bukan dia minta tapi semua orang pandai-pandai bagi dia nama timangan. 
Pathetic!  Gross! 
“Leave me.  Again… leave me.”  Dia benar-benar dah tak ada mood.  Tolonglah jangan buat mood dia berubah lagi.  Nanti ada yang makan penumbuk. 
“Kalau I tak pergi?”  cabar Najmi. 
Kening Willa naik.  Ditolak rambut yang jatuh ke pipi.  “I’m a blackbelt holder.  2nd Dan.” 
“I pun…”  Najmi tunjuk tali pinggangnya.
“Damn!”  Willa dah mula menyumpah. 
Dahlah tengah stress dengan ujian segala.  Mamat daripada mana muncul kacau dia.  Budak baru rasanya.  Kalau lama, semua orang tahu dia tak suka diganggu.
“Please, sir.  Go way.  Kalau you tak pergi, I tak tahu apa yang I akan buat dekat you…” Dia masih cuba bersikap professional saat ini.  Kerana dia tahu, dalam kelab ini kebanyakannya adalah anak jutawan.  Dia tak nak ada sebarang masalah.  Namun, sabarnya sudah hampir reput. 
“You nak buat sesuatu dekat I?  Kiss  me?  Hug me?  Or…”  Kening Najmi terjongket sebelah.  Nakal dan menjengkelkan.
“I’m going to punch you,” jawab Willa.
Malas nak melayan, Willa capai gelas minumannya hendak berlalu namun pinggangnya diraih kemas.  Tanpa menanti, perut Najmi disiku kasar.  Gelas kaca itu dicampak tepat di hadapan Najmi yang cuba mengimbangi tubuhnya. 
“How dare you lay your finger on me?!”  jerit Willa dengan perasaan yang menyirap. 
Ikut hati, dia nak aje campak gelas kaca itu tepat di muka Najmi.  Tapi, dia tak nak berakhir di balai polis.  Macam mana dengan pengajian dia?  Dah tentu kena ambik tindakan nanti.  Cita-cita dia akan musnah.  Masa depan akan ranap!
Najmi kaku.  Gamam.  Tak sangka Willa kotakan kata.  Apatah lagi bila muzik yang sedang rancak terhenti tiba-tiba bila Willa berlalu di tengah orang ramai yang sedang membuka laluan.  Dia menuju ke pintu.  Seperti ada yang sedang menolak dia agar keluar daripada tempat ini.
Selamanya…
“Willa,” seru Aina.  Dilabuhkan duduk di sisi Willa dalam dewan kuliah.
Mata Willa terkebil-kebil memandang Aina yang baru saja duduk.  Dibetulkan kot putih di tubuh.  Terbang segala anganan dia. 
“Kau okey ke?” 
“Aku okey aje.  Kenapa?” 
Aina mengeluh berat.  “Minggu lepas kau lepak The Paradise lagi ke?” 
“Aku stress.  Lagipun, aku tak buat benda tak senonoh pun…”
“Bukan tu caranya kau lepaskan stress.  Lagipun Willa, kalau kau teguk susu sekalipun dalam club tu, orang akan cakap kau teguk air tu, tahu tak?”  bidas Aina. 
Bilalah Willa ni nak sedar diri. 
Willa lain sangat.  Sejak keluar matrikulasi, segalanya dah berubah.  Willa bukan lagi kawan baik dia yang pandai jaga diri.  Willa lebih pada nak rosakkan diri sendiri. 
“Ya, aku tahu.  Aku salah.”
“Mengaku aje tak jadi, Willa.  Aku nak kau janji dengan aku.  Dengan diri sendiri.  Dengan Tuhan,” pinta Aina keras. 
Tuhan?  Hati Willa membisikkan nama yang satu itu.  Dia bagai sudah lupa sedangkan sepanjang dia membesar, nama itu tak pernah lupa dia sebut.  Dia, hanyut dengan sendirinya dalam lautan dunia yang banyak menipu. 
Allah… kenapa dengan aku selama ni?  Hati Willa berbisik.  Dan, hangat tubuhnya semakin membara. 



LEMAH semangat Willa saat mendengarkan suara lalok Reza di hujung talian.  Padahal Reza dah janji tak akan panggil dia di malam hari melainkan benar-benar kecemasan.  Kenapa sekarang? 
Dia tekad tak akan datang pada Reza tapi suara Reza merayu-rayu.  Bila dia tiba, Reza sudah ada dalam sebuah Audi R8 merah garang itu.  Perlahan-lahan dia menapak. 
Kala ini, seluruh jasadnya bergetar.  Kenapa lagi lagi dan lagi takdir heret dia ke tempat macam ni.  Dia pernah menjadi ratu di club mewah ini.  Dia pernah dihimpit ramai anak orang kaya.  Jika dulu dia begitu, sekarang juga sama.  Tak ada beza. 
Dua orang lelaki yang sama menghampiri.  “Hey budak!  Engku tak sedar diri sangat ni.  Kau bawak dia balik sekarang,” arahnya.
“Dah lama dia macam ni?”  soal Willa tanpa memandang dua orang lelaki tersebut.  Matanya hanya milik Reza saat ini.
“Dalam sejam dah dia masuk kereta.  Tapi, tak gerak.  Boleh jadi mabuk sangat…”
Dengar perkataan itu, harinya bagai digiris berkali-kali.  Apa dah jadi ni, Reza?  Jangan sampai satu masa, awak kesal macam saya.  Dia hampiri kereta yang terbuka bumbungnya itu.  Bahu Reza disentuh.
“Encik Reza?”  panggilnya perlahan.
“Erm…”  Reza mengeruh.  Langsung tak membuka mata. 
Tuhan… apa dah jadi.  Setelah diri sendiri, kenapa perlu aku hadapi yang lainnya pula.  Ujian Willa.  Ini bentuk ujian. 
“Reza?”  panggilnya sekali lagi.  Ditepuk bahu Reza sedikit kuat. 
Mata Reza terbuka separuh.  Samar-samar nampak wajah yang dia makin rindu.  Wajah yang dia ikat dengan duit dan sekeping kontrak. 
“Kau datang?  Kau memang ikut arahan…”  Reza tertawa tapi tawanya mati tiba-tiba. 
“Atau kau ni nak duit sebab tu kau datang.  Betul tak, Willa?”  soalnya separa sedar.  Beg duit dibuka.  Sekeping keping kad kredit platinum diletak atas tangan Willa.
“Nah.”   Berbelas keping not berwarna ungu juga dihulurkan. 
“Aku kan bank kau.  Kau datang jumpa aku sebab nak duit, kan?  Itu aku dah bagi.  Sekarang, sini…”  Kepala Willa cuba ditarik tapi gadis itu laju menolak. 
Jauhnya Reza yang dia kenal siang tadi dengan yang sekarang.  Apakah yang buat manusia bisa berubah sebegini rupa dalam waktu singkat.  Adakah ujian itu datang seperti mana ujian itu menegur silap dia?
“Saya bawak awak balik rumah…”  Willa tolak Reza agar beralih tempat duduk di sebelah kiri. 
Dia terus masuk di tempat pemandu.  Bersedia hendak berlalu setelah dipakaikan tali pinggang pada Reza. 
“Saya hantar awak balik, ya?” ulangnya sekali lagi.
Saat ini, apa  saja yang dia tanya… tak mungkin membuahkan hasil.  Kereta berlalu perlahan meninggalkan perkarangan The Paradise tapi belum sempat melepasi pagar, Willa tekan brek. 
Wajah Maira muncul.  Entah daripada pelusuk mana.  Tersengih jengkel.  
“Macam mana perempuan bertudung macam kau boleh ada tempat macam ni?  Oh, jemput tunang, ya?”  ejek Maira. 
Bukanlah dia tak tahu yang Reza upah aje perempuan ni.  Engku Marlia sendiri dah buat pengesahan. 
“Cik, saya tak ada masa nak bertekak.  Tolong bagi laluan…” 
“Well, sayang betul you dekat Reza sampaikan sanggup cemarkan maruah you datang tempat macam ni.  Atau you jual diri you untuk kedudukan dan duit yang Reza ada?’  herdik Maira yang masih tegak berdiri. 
Tak berganjak biarpun dua orang lelaki tadi sedang menyuruhnya.  Dia menoleh.  Menggamit pada Najmi yang baru saja keluar daripada perut kereta.  Menghampiri mereka. 
“Hey, kenapa?”  Najmi paut pinggang ramping Maira. 
“Tu ha… Reza and his fiancée,” cebek Maira pada Willa yang sedang tunduk. 
Malasnya nak hadapi perkara begini setelah sekian lama dia tinggalkan segalanya di belakang.  Pintu kereta ditolak.  Willa turun.  Berdiri tegak di depan Maira.  Namun, baru hendak membuka mulut, lidahnya melumpuh. 
“Errr… if I’m not mistaken… ini…”  Jari telunjuk Najmi lurus pada wajah Willa.  Ya, dia cam wajah ni.  Wajah yang dah banyak menyakitkan hati. 
“…Erwilla?” 
Dada Willa rasa nak pecah.  Liur ditelah berkali-kali cuba redakan rasa gemuruh. 
“Are you?  It’s really you?  Willa?”  tegur Najmi dengan wajah teruja. 
Teruja lihat Willa di sini malah teruja bila melihat penampilan Willa sekarang tapi yang lebih mengejutkan, Willa bersama dengan Reza. 
“You kenal dia, sayang?”  soal Maira pelik. 
Willa kian gugup bila Najmi mengangguk dengan senyuman keji. 
“Siapa tak kenal?  Erwilla Reane Merlis.  Atau boleh I panggil you, The Angel of The Paradise,” bisik Najmi lagi.
Nafas Willa kian sesak.   Apatah lagi bila dia menoleh, mata Reza redup merenungnya tak lepas. 


“ERWILLA REANE MERLIS.”  Reza menyebut perlahan nama indah itu.  Wow… dia tak pernah terfikir itu nama betul Willa dan macam mana Najmi boleh tahu. 
Tadi, rasa tewas sungguh dia dengan senyuman sinis Najmi.  Dah lama tak jumpa sejak kejadian bertumbuk dulu.
Willa gugup.  Seluruh sendinya dirasakan longgar. Hendak memaut streng Audi R8 ini pun dia dah rasa lemah sangat. 
“Erwilla Re…”
“Jangan sebut nama tu, Encik Reza,” larang Willa perlahan. 
“Kenapa?  Itu kan nama kau.  Aku tak pernah tahu pun.  Kau tak pernah cakap.  Tapi, aneh bila Najmi tahu.  Ke kau ni awek lama…”
“Encik Reza, tolonglah…”  Reza ni sedar diri. Bukan mabuk pun.  Tak ada langsung bau air haram tu. 
“…kalau Encik Reza tak mabuk, kenapa telefon saya macam orang mabuk air sejuk?!”  Sengaja dia menukar laluan di selekoh yang tajam.  Tak nak hal dia dan Najmi diungkit. 
Kali ini, Reza terima soalan Willa dengan gelak tawa.  Dia dongak ke langit mencari bintang.  Udara malam ini hangatnya lain macam.  Boleh jadi kejap lagi akan hujan. 
“Aku nak tahu kau datang ke tidak…”
“Ini saya datang.  Encik Reza nak buktikan apa sebenarnya?”  Geram dia!  Hidup-hidup ditipu.  Dengar nama penuh dia, Reza kembali seperti sedia kala. 
“Kau datang sebab simpati atau ambik berat…”  Soalan itu kedengaran lebih pada pernyataan.  Dia tak menyoal.  Dia cuma berteka-teki dengan diri sendiri. 
“Saya kan kerja.  Saya dibayar gaji…”
“Sebab duit lagi?”  tanya Reza kecewa. 
Willa angguk.  “Kan sejak awal saya cakap saya perlukan duit…” 
“Aku rasa tak cukup aku beli masa kau Willa.  Tak tahu kenapa, aku jadi tamak betul sekarang…”  Reza tekan punat.  Bumbung kereta itu tertutup rapat.  Suasana di dalam perut kereta terasa hening tiba-tiba. 
“Aku nak beli kau, Willa.  Berapa kau nak jual diri kau dekat aku?”
“Hah?”  Tangannya kuat menggenggam stereng.  Bimbang penumpuk yang dah lama tak dilayang itu hinggap ke wajah tampan Reza. 
Terkejutnya tak terkata.  Reza benar-benar dah gila.  Hari tu minta beli masa.  Dia jual.  Sekarang ni nak beli dia? 
“Awak dah gila…” 
“Ya, anggap ajelah aku gila.  Gila yang aku sendiri tak tahu apa sebabnya…”  Nak aje Reza jerit tepat atas batang hidung mancung Willa. 
Ketahuilah olehmu, Willa… aku semakin tak mengerti akan diri sendiri.  Tapi, pandangan Willa… kosong.

...bersambung

16 comments:

  1. aishhh..semak tul la najmi nih...

    ReplyDelete
  2. thank you RM ! tapi saya ni tamakk ! ahahahaha. nak lagi boleh ? ;)

    ReplyDelete
  3. Adoi la...
    Ayat propose yg sgt buat bulu roma merinding..
    Noriatul

    ReplyDelete
  4. Harap sgt d phujung citer ni nnti x hurt ya rehan. Risau lak bla willa asyik demam. Huhuhu...

    ReplyDelete
  5. Ayat mengorat kemas dan very subtle...sweeettttttt.

    ReplyDelete
  6. Nak lg RM..smbg lg ..bab 14 pls

    ReplyDelete
  7. Best sgt!
    Tq RM.
    Sibuk je lah najmi tu.
    Huh!

    ReplyDelete
  8. Nak lg RM..smbg lg ..bab 14 pls

    ReplyDelete
  9. Menyampah dgn najmi. Tp najmi xkan dpt angel of paradise.
    Makin debar nak tau next.

    ReplyDelete
  10. Wiila banyak simpan rahsia diri... kasihan... Najmi rasa tercabar bila Willa boleh bersama Reza tu....

    ReplyDelete
  11. knpe msti ade najmi ni .. arhhh geram nya

    ReplyDelete
  12. Everyone has their pasts.. thks to Allah for His nvr ending Guidance.. hence, look fwd to being btr person today.. may Allah ends us in husnul khotimah.. sentaplah pulak.. LOL

    ReplyDelete
  13. Oo org yg bg gelaran, bkn willa yg suruh org panggil! Patut willa belasah cukup2 najmi tu dulu!!

    ReplyDelete
  14. tak sudahnya terserempak gak ngan Najmi tu..haish...bawak onar aje ni..nti semua rahsia Willa terbongkar pulak..

    ReplyDelete