CEK
kosong. Jika dia isi angka satu diikuti
dengan enam biji kosong di belakangnya, melampau sangat tu. Willa angkat wajah memandang pada cermin di
depan. Wajah dia pucat dan semakin
pucat. Dia pun, bukan macam perempuan
lain yang suka bersolek. Cek tersebut
dilipat dan diletak dalam laci.
“Aku
beli masa kau…”
Suara
Reza bergema biarpun kala itu dia rasa Reza sedang cuba beli dirinya. Terpaku juga seketika tapi sudahnya, cek itu
bertukar tangan. Dah tentu Reza ingat
dia mata duitan. Dan, dia tak kisah
semua itu.
Telefon
bimbit dipandang. Satu perkara, dia tak
tahu pun nombor Reza dan begitu sebaliknya.
Kelakar. Mana Reza nak cari
dia? Kan elok begitu. Biar terus begitu. Dan, dia akan tunaikan cek ini bila diisi
saat dia benar-benar memerlukan biarpun bukan sekarang.
Reza
itu lubuk emas! Itulah yang dia bisikkan
pada hati.
“Willa?”
Willa
laju menoleh bila Aina muncul. Dah sedia
nak pergi kerja. Cantik berseri
wajahnya.
“Malam
tadi kau demam.”
“Demam?” Dahi Willa berkerut. Dia jamah dahi sendiri.
“Ya…
aku dengar kau macam mengigau. Aku masuk
bilik kau tengok kau macam tak sihat.
Kau berembun sangat ni. Hari ni,
jangan keluar ya. Tunggu sampai aku
balik. Nanti, aku beli makan dekat
luar. Pagi ni, kau makan ajelah apa-apa
dulu. Aku tak sempat nak masak. Ada urgent pulak dekat hospital. Aku gerak sekarang,” cerita Aina dengan riak
yang risau.
Dia
sendiri terkejut bila terdengar suara Willa menjerit. Rupanya gadis itu tak sedarkan diri pun. Dah lama sangat tak dengar Willa
mengigau. Atau sebenarnya…
“Kau
ingat lagi hal lepas tu, Willa?”
Teragak-agak juga dia nak tanya tapi daripada dibiarkan Willa terus
begitu, baik dia soal.
“Mana
ada orang boleh lupakan kisah lepas, Aina.
Sesekali, akan datang. Aku pun
tak terkecuali…”
Aina
bersandar bahu pada bingkai pintu. Willa
nampak makin susut. Bahana kerja kuat
sangat gamaknya. Willa yang dulu dengan
Willa yang sekarang, bezanya sangat besar.
Jurang yang begitu dalam. Kawan
yang dia rasa akan tempa kejayaan bersama, tapi Willa tarik diri di saat
akhir. Entah kenapa. Sampai sekarang, ianya masih menjadi
rahsia.
“Kau
okey kan, tinggal sorang?”
“Aku
okey. Pergilah kerja…”
“Janji,
kau tak keluar…”
“Aku
keluar kejap. Nak jumpa Uncle Ben dengan
Abang Fandy. Lepas tu, aku balik rumah.”
“Okeylah
kalau gitu. Aku gerak dulu..” Aina menapak mendekati Willa yang masih
duduk. Dijamah dahi Willa. Dah kurang panasnya.
Sendiri
demam pun tak sedar.
“Makan
tau. Kau tu ada gastrik. Bahaya.”
Sempat lagi Aina berpesan sebelum dia melangkah keluar.
Willa
hantar kepergian Aina dengan senyuman.
Dia tahu, Aina mahu tahu apa yang pernah terjadi tapi dia… selamanya tak
akan pernah bersedia untuk itu. Kisah
itu, akan dia bawa sampai mati.
Melainkan Tuhan berkehendakkan yang lain.
Bahunya
jatuh. Bukan mengalah tapi dia sedang
keletihan. Sekeping cek itu ditarik
lagi. Saat memandang kertas kuning itu,
wajah Reza muncul.
“Aku
tak nak rugi lagi…” Suara itu mengaum
dalam kepala.
Apa
perlu dia buat?
BENDA
paling bodoh adalah bagi cek kosong dekat Willa beberapa hari lepas. Lepas tu, tak pulak minta nombor
telefon. Sekarang ni, mujurlah dia dapat
nombor ni daripada Fandy. Kalau tidak…
masuk angin keluar asap. Hidup-hidup
kena tipu dengan wajah lembut tu nanti.
Buat malu keturunan aje.
Baru
nak didail nombor yang baru dia dapat, pintu pejabatnya terkuak lebar. Wajah Engku Marlia muncul. Tenang namun dia tahu ada rasa tak puas hati
yang tersimpan.
“Kenapa
muncul tiba-tiba? Bukan mummy ada
meeting dekat luar ke?” Itulah yang
mummy cakapkan pagi tadi.
“Batal
ke?” Reza betulkan duduk. Dipandang Engku Marlia yang bakal
meletup. Dia sengih.
“Jangan
ingat Reza boleh sorok apa aje daripada mummy.
Mummy tahu Reza bawak balik perempuan malam tu, kan?”
Kan
dah cakap Engku Marlia nak meletup.
Terus aje menyerang. Tak
bertangguh lagi. Reza tenang. Dia dah tahu yang mummy tahu. Cuma, bersyukur jugak bila dia berjaya seludup
Willa keluar, mummy sedang mandi. Kalau
tak, berdentum rumah agam itu.
“Senyum
kenapa?”
“No
objection, mummy. Semuanya betul.”
“Berapa
kali mummy ingatkan. Reza boleh buat apa
tapi dekat luar…”
“Tak
sengaja, mummy. Dia sakit tiba-tiba…”
“Atau
buat-buat sakit?” Senyuman Engku Marlia
tajam.
Kening
lebat Reza terjongket. Buat sakit? Hati dia menafi. Mana mungkin.
Dengan wajah yang begitu pucat yang peluh yang merenik tambah lagi
dengan tubuh yang membahang.
Willa
memang sakit. Dia cuba yakinkan
hatinya. Willa tak berlakon. Willa memang tak sihat masa tu dan penilaian
dia masih tepat. Tak silap!
“Dia
temankan Reza sepanjang malam, mummy.”
“Anak
siapa?”
“Perempuan
jalanan…” Saja dia cabar mummy.
“What? Macam mana Reza boleh selera dengan perempuan
jalanan…”
“Kenapa? Tak boleh?
Dia serve… Reza bayar… janji Reza senang. Bukan Reza nak buat bini pun. Tak boleh ke?”
Engku
Marlia tertunduk. Memicit kepala yang
terasa menyengat tiba-tiba.
Reza
sengih tajam. Bangkit daripada duduk dan
bertenggek di bucu meja. Sebab hal hari
tu, mummy datang serang dia dekat tempat kerja.
Haih… kacau betul.
“So,
apa yang Reza rasa bila bersama dengan dia?”
Tawa
Reza terhambur. Soalan mummy, soalan
orang marah. Soalan orang tak puas hati.
“Mummy
nak jawapan betul ke tipu?”
“Hah?” Sejak bila Engku Reza Mukhriz ni reti buat
lawak macam ni. Lawak tak matang
ni! Lawak bodoh!
“Okey…
jawapan betul dulu eh…” Reza tersengih-sengih dapat permainkan mummy. “She’s nothing.” Ditayang wajah jengkel seketika.
Dahi
Engku Marlia berkerut. “Jawapan
tipunya?”
“Dia
bagi Reza tahu, dunia ini bukan hanya ada Reza aje…”
Dan,
Engku Marlia tahu… yang kedua itulah yang tepatnya. Reza sedang jatuh cinta.
“Apa
aje jawapan Reza, mummy tak akan restu kalau Reza dengan dia…” Walaupun dia tak tahu macam mana rupa gadis
itu, tapi… dia tetap tak nak. Dia dah
ada calon untuk Reza.
“Nak
restu apanya, mummy?” Mengeluh dia
dibuatnya dengan kata-kata mummy. Dia
dah cakap. Bukan nak buat bini.
“Reza
nak dia teman aje. Dah bosan esok-esok,
Reza tolaklah dia ke tepi…”
“Reza
cakap senang. Kalau Reza jatuh cinta
dekat dia?”
“No
way, mummy…”
“Yes,
Engku Reza Mukhriz. Love will find the
way. Reza memang suka budak perempuan
tu, kan? Kalau tak, mana mungkin Reza
izinkan orang suka-suka hati pegang benda yang Reza sayang. Kereta… bilik Reza sendiri. Mummy nak masuk pun, macam nak berperang
dengan Reza. Tapi Reza boleh bawa dia
masuk dalam bilik Reza. Cuba cakap dekat
mummy, apa yang korang buat dalam bilik tu?
Reza jangan cakap nak ugut mummy kalau kata budak tu pregnant ke
apa. Mummy tak layan ugutan macam
tu!” Keras Engku Marlia membahasakan
anak lelakinya.
Termangu
Reza seketika. Padahal dia tak buat apa
pun. Tapi, bila mummy cakap macam ni,
mulalah otak dia ligat memikir untuk buat perkara yang lebih mencabar sabar
mummy.
“Reza
tak perlu wali…”
“Tapi,
Reza perlu restu mummy,” cantas Engku Marlia keras. Nafasnya mula mencungap. Nak marah tapi dia mana pernah tinggikan suara
dengan anaknya ini. Reza adalah
segalanya.
“Sebab
tu, Reza cakap… Reza bukan nak buat bini.
Lagipun, Reza tak nak mummy maki hamun dia. Sebab tu Reza heret dia masuk bilik. Reza tak sentuh dia sikit pun. Jangan kata nak sentuh, nak dekat pun Reza
tak nak, mummy. Dia bukan taste
Reza. Pleaselah, mummy. Jangan concern sangat hal-hal remeh macam
ni. Dan lagi sekali, tolonglahhhh… Reza
tahu jaga diri…”
“Okey…” Engku Marlia angkat tangan. Mengalah.
“Mummy
percayakan Reza. But the answer is still
no. Bukan budak perempuan tu walaupun
Ibu Ati cakap dia macam budak baik. Baik
apa kalau ikut lelaki sampai ke bilik?
Berlakon baik mummy percaya…”
Kepala
Reza jatuh. Dia bangkit dan menapak pada
Engku Marlia. Ditarik tubuh itu lantas
dipeluk erat. Dia tahu, mummy sentiasa
kalah dengan pelukan dia.
“Ya…
pada Reza pun dia bukan perempuan baik.
Sebab tu dia datang jemput Reza dekat club semalam. Ikut aje permintaan Reza sebab duit. Tapi, anak mummy ni baik sangat ke sampaikan
mummy rasa perempuan macam tu, tak layak untuk Reza? Reza ni baik sangat ke, mummy?” Serentak itu dia tolak bahu Engku
Marlia. Merenung tenang dalam senyuman.
Bibir
Engku Marlia bergetar. Soalan Reza
mencekik rengkung.
...bersambung
Perhatian : Ini bukan cerita kahwin suami isteri. Ini cerita yang mungkin meLUKAkan hati. Hiks.
Jangan pandang rendah pada orang lain... dimata ALLAH kita semua sama....
ReplyDeleteBerhari2 ku menunggu..akhirnyaaaa
ReplyDeleteAsal kaye je berlagak..
ReplyDeleteAlamak. Ni cte Hurt kuasa dua ke???
ReplyDeletefinally ...asyik buka tutup blog rehan....ada juga bab 7..tqvm rehan
ReplyDeletekenapa mummy reza ni suka rendah2 kan org .. mana bole nilai org dri luaran je , knl pon belum dh judge mcm2 .. sian la willa
ReplyDeleteTerima kasih. Hari2 masuk blog ni.. akhirnyaaaaa.. ada jgk bab7.
ReplyDeleteAkhirnya.. hari hari tau kita buka RMnye blog.. tq for d update RM!! *muah*
ReplyDeleteNak lagi.. heee
Mmg pedih kenyataan dua beranak ni ttg diri willa....yg mrk langsung x kenal hanya krn mrk berdarjat tinggi
ReplyDeleteSweet ayat tu....x sabar LG rasanya Nk tunggu...huhuuu
ReplyDeleteSweet ayat tu....x sabar LG rasanya Nk tunggu...huhuuu
ReplyDeleteHmmm..cik RM memang pandai buat jiwa kacau bilau...hehe
ReplyDeleteThx for the update rehan =) tapi terus cuak bila baca nota kaki.. bkn cerita kawen (hero &heroin Xkawen?), pastu mungkin meLUKAkan hati pulak.. sob..sob..��
ReplyDeleteThx rehan....ni macam hurt?
ReplyDeleteThx rehan....ni macam hurt?
ReplyDeletewahhhhhh,finally terubat rindu.....uwaA,jgn r buat cite sedih2..ni pn dh kuor air mata ni..huhuhuhu...
ReplyDeleteape2 pn,kipidap kak RM...
takut terluka lagi....huhuhu
ReplyDeleteWah best.Teruskan kak rehan
ReplyDeleteterbaik
ReplyDeleteala......jgnlah buat cerita sedihhhhhhh.....
ReplyDelete..pls #HURT me!! ... hA~Ha...superb touch RM..Brilliant!
ReplyDeleteala kak RM bgi la kahwin... sedih plak
ReplyDeleteala kak RM bgi la kahwin... sedih plak
ReplyDeleteterluka dah ni
ReplyDelete