Tuesday, March 15, 2016

Aku Telah Mencintaimu 21

WILLA melemparkan jauh pandangan ke tengah tasik yang lapang.  Tasik buatan atau tasik semulajadi, dia pun tak tahu.  Umi, pengetua pondok pun tak tahu.  Pondok Raudhah ini terkedalam jauhnya di kawasan Ulu Langat ini.  Tapi, Reza langsung tak sesat. 

“Willa?”  seru Reza memandang sisi wajah gadis ini yang langsung tak mengerling pada dia. 
Sejak tadi, begitulah kedudukan Willa.  Entah apa yang dilihat, dia pun tak tahulah.  Kan elok pandang dia. 
“Kau pandang apa?” 
“Alam…”
“Kenapa?” 
“Alam ni cantik dan yang pastinya percuma…”  Willa senyum segaris.
Reza jatuh bahu.  Pencinta alam tegar rupanya. 
“Kau jual motor kau?” 
Willa angguk. 
“Kenapa?”
“Seperti awak tahu, saya perlukan duit…”
“Untuk bantu tempat ni?” 
Willa angguk.  “Dan juga untuk diri sendiri.” 
“Duit yang aku bagi tu?” 
“Dah habis…”
“Hah?”  Reza sedikit terkejut.  Willa ni bukan jenis pemboros tapi macam mana duit beribu tu boleh habis.  Rasanya baru aje dia bagi sebagai bayaran upah Willa.
“Kau buat apa?” 
“Untuk kegunaan diri sendiri.  Bayar barang yang saya perlukan…”
Okeylah.  Reza mengalah.  Duit dah jadi hak dia, ikut dialah.  Janji dia yakin, Willa tak guna untuk tujuan bukan-bukan. 
“Kau perlukan duit lagi?” 
Willa geleng.  “Untuk diri sendiri tak perlukan lagi.  Tapi, untuk pondok ni, kalau awak nak sedekah sikit, kami sudi terima…” 
Mata Reza mengerdip.  Ya dia akan bantu mana yang mampu.  “Jadinya, kau memang nak dok sini?”
“Sini rumah saya.  Mana lagi tempat saya nak pergi selain tempat ini.  Dan budak-budak ni keluarga saya…”
“Aku datang ni nak bawa kau pergi.” 
“Mana?”  soal Willa buat-buat tak mengerti. 
“Mana-mana aje tempat yang hanya ada kita…” 
“Kita?  Cukup ke berdua?  Awak dah biasa ramai-ramai.  Tak risau sunyi?”  duga Willa. 
Saat ini, dia tak nak lagi mencipta alasan dengan Reza.  Apa yang ada, dia anak nikmati dan hargai. 
“Nanti ada anak-anak, dah sibuk dengan anak nak sunyi apa?”  balas Reza gatal.
Willa ketawa.  Reza hampir terpenggal rahang. Alahai… comelnya kau ketawa Willa.  Habis tu kenapalah selama ni kau beku. 
“By the way, awak dah okey dengan mummy awak?”  tanya Willa bila tawanya reda. 
“Erm… entahlah…”  Mummy masih tak nak Willa.  Cuma dia datang sini atas izin mummy. 
“…kau tahu mummy aku tu…”
“Erm… Abang Fandy dah bagi tahu saya…”
Reza mengeluh pasrah.  Tak sangka dapat bapak tiri hampir sebaya dia. 
“Aku banyak salah dekat mummy aku.  Dekat diri sendiri, dekat kau dan pada Allah…”
“Masih tak terlambat, Reza.  Tengok di depan… peluang masih terbuka lebar.  Ustazah cakap, tiada yang lewat untuk manusia yang nak berubah dan bertaubat…”
“Tapi, aku tak solat dah lama…”
“Mulakan sekarang.”
“Macam mana aku nak ganti hutang aku pada TUhan?”
Willa senyum.  sejuk hatinya bila Reza bertanya tentang ini.  Dia sudi kongsikan. 
“Awak mesti dah tahu siapa saya, kan?  Macam mana saya membesar, macam mana boleh salah pilih laluan… konon nak seronok.  Padahal saya ni dahlah miskin, hina… tapi tak sedar diri.  Terkinja-kinja lagi…”  Suara Willa terhenti di situ. 
Tak sanggup dah nak ingat. 
Bila Reza diam, dia yakin Reza dah tahu segalanya. 
“Masa tu saya dapat segalanya padahal saya tak minta.  Masa tu saya tanya, tak perlu saya solat atau berdoa, Tuhan dah beri pada saya tanpa saya perlu berusaha merayu-rayu pada Dia.  Rupanya, itu istidraj.  Istilah yang sedikit asing tapi saya faham akhirnya.  Allah beri, beri dan beri tanpa kurang sedikit pun tapi rupanya, Dia jauhkan saya daripada rahmat-Nya.  Saya kufur nikmat.  Saya dapat segalanya, tapi saya lupa berterima kasih,” cerita Willa. 
Waktu ini, birai matanya basah.  Direnung lagi matahari yang sedang jatuh.  Indahnya… dan dia mahu melihat keindahan ini buat selamanya di sisi lelaki yang Tuhan bawa untuk cinta. 
“Kita ada segalanya tapi kita lupa, daripada siapa semua itu datang, Reza.  Dan, bila saya sedar, semuanya seperti dah terlambat.  Tapi, saya tak putus asa.  Saya perlu lunaskan semua hutang saya sebelum saya mati.  Setiap kali lepas solat, saya akan tunaikan solat qada satu ke dua waktu tiap kali.  Saya tak tahu Allah terima atau tidak, tapi saya tetap nak bayar.  Kerana memang tugas si penghutang untuk lunaskan segala hutang pada yang memberi pinjam.  Dia nak terima atau tidak, itu bukan lagi kerja kita.  Betul tak?”  Willa menoleh pada Reza yang tekun mendengar.
Reza angguk berkali-kali.  Terasa kabur pandangannya mendengarkan bait bicara Willa.  Andai sejak dulu dia berbual mesra dengan gadis ini… tapi dia yakin dia masih tak terlambat. 
“Saya berhutang pada Allah taala, Reza.  Dan, jika awak rasa awak juga sedang berhutang, jom kita bayar sama-sama.  Selama mana kita hidup.  Tak rugi apapun.  Kita usaha, selebihnya… biarkan Allah tentukan.  Itu rahsia Dia,” pujuk Willa.
Airmata Reza akhirnya jatuh.  Cepat-cepat dia menoleh ke kiri.  Melarikan wajah daripada Willa. 
“Wa… cantik betul pandangan alam ni.  Rupanya, menikmati pandangan percuma ni lagi buat diri rasa bahagia, kan?”  soalnya cuba mengawal perasaan sendiri sedangkan airmatanya sedang bercucuran. 
Allah… jadikan hati aku antara hati yang Engkau jentik dengan hidayah. 



BERKALI-KALI dia tolak, tapi pandai pulak Reza minta izin umi.  Bukan apa, nanti tak sempat nak balik.  Lepas tu pandai pulak jawab, tidur rumah Aina.  Haih… malu dia pada Aina berkodi-kodi dah.  Tapi, andai bukan sekarang, bila lagi.
“Muka awak pucat betul…” 
Willa usap pipi sendiri.  “Gayat.  Siap tak gayat makan dekat sini…”
“Dinner in the sky, sayang…”  Reza kenyit mata. 
 “Pernah datang sini?” 
Reza geleng.  “Sebelum ni aku pernah makan macam ni dekat Brussel.  Dekat Malaysia ni baru ada tahun lepas,” jelas Reza. 
Dia dah lama nak datang masa dibuka tahun lepas tapi tak sempat.   Maira pernah mengajak dia tapi tak ada guna dia datang ke tempat cantik begini dengan wanita yang dia tak cinta.  Dan sekarang, dengan Willa… hai… memang bulan madu di awan biru. 
“Cantik sangat pemandangan dia…”  puji Willa.  Nampak KL Tower dan KLCC.  Ya Allah, tak pernah dia bermimpi semua ni. 
Tapi sekarang… dia memang ada dalam pedati dengan putera berkuda putih di depannya. 
“Saya ni bukan Cinderella, kan?”  Risau juga andai seketika nanti, bila jam berdenting, dia perlu bangkit. 
“Tak…”  Reza menggeleng dalam senyuman. 
“Kau adalah Erwilla…” 
"Tapi, kenapa tiba-tiba ajak saya makan dekat sini?"  Berapalah Reza bayar untuk isi perut di dekat sini. 
"Aku ada benda nak cakap dekat kau..." Reza telan liur. Willa dah siap makan tapi dia... hanya menelan liur sejak tadi. 
"Cakaplah," suruh Willa kembali merenung mata kuyu Reza. 
Pertama kali dia nampak harimau bintang ini gelisah. Makanan pun tak dijamah. Dahlah dengan kot hitam dan tali leher segala. 
"Penting ke?" 
"Sangat..." Reza seka peluh di dahi.  Rasanya dah sejuk juga tapi kenapa dia berpeluh. 
"Okey..." Willa tongkat siku atas meja. Tak sabar dah dia. "...kalau gitu cakaplah sekarang." 
"Willa...err aku ni sebenarnya... err..."  Haih. Apa dah jadi ni, Reza oiii... diusap peha sendiri. Mengelap telapak tangan yang mula basah. 
"Sebenarnya aku..."
Willa kerut dahi. Seperti dah dapat agak bila melihatkan Reza begini. 
"Jangan-jangan..."
"Apa?"  Reza cuak.  Willa dah tahu ke yang dia nak pinang gadis ini sekali lagi? 
"Awak tak bawak beg duit ke nak bayar semua ni?" Usah kata Reza. Dia pun takut. Mana nak cekau duit nak bayar semua ni.
"Hah?" Rahang Reza jatuh. "Apa kau cakap?" 
Dia gelak besar. Turut sama tongkat dagu memandang wajah comel yang sedang gelabah itu. Buat pertama kalinya dia mampu ragut tenangnya seorang Erwilla. 
Willa... jangan terlalu dalam masuk dalam hati aku. Nanti aku tak izinkan kau keluar. 
Bibirnya terus mengorak senyum.
“Bukan itulah, Willa…”
“Habis tu?”  Wajah tegang Willa berubah tenang.  Dia urut dada.  Lega. 
“Aku nak ajak kau kahwin.” 
Willa tenang.  Dia dah boleh agak sebenarnya.  Akhirnya dia angguk.  “Tapi, bukan sekarang…”
“Kenapa?  Kau tak sedia lagi?  Kau perlu masa?”  Reza rasa bahagia dia seketika tadi direnggut kasar. 
Sedih dengan Willa yang seperti sengaja mainkan perasaan dia. 
“Bukan saya perlukan masa tapi awak, Reza…” 
“Maksudnya?” 
Willa senyum menala mata ke lain.  Tak sanggup dia melihat wajah berharap Reza.  Tak sanggup juga ranapkan bahagia lelaki ini. 
“Kau tak cinta aku?”  tanya Reza lagi bila Willa hanya menyepi.
“Cinta,”  jawab Willa dan nada suara itu kedengaran begitu tulis.
“Cinta saya pada awak sampai mati, Reza…” 

Dan Reza, rasa nak terjun ke bawah dengan jawapan itu.  

...bersambung

Nak abih dah.  Dah bersedia untuk amukan terakhir?

26 comments:

  1. Ber-bunga2 nya hati. Tersengih xhenti2. Tpi Willa rahsiakan APA ya. Willa sakit kronik ka. Nak happy kak rehan.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. nak terjun jugakkkk lah, sbb rehan nieee

    ReplyDelete
  4. Happy ending please!!!

    ReplyDelete
  5. wah......akak pun rasa mcm nak terjun jugak denganr pengakuan willa....

    ReplyDelete
  6. aduiiii... apa maksud Willa?? tp ape pon hati sedang berbunga2 cinta.. dlm gembira tersirat duka.. harap x cm tu la RM..

    ReplyDelete
  7. Willa nak Reza berubah dulu... pulihkan diri untuk jadi imam Willa.... sbb Willa nak bersama Reza hingga ke Jannah... x sempat terjun ada yg terjahtuh juga ni...hihihi

    ReplyDelete
  8. Xnk sad ending..... SBB sad ending dr rehan biasanya sgt menghibakan...terbawa2 ke alam realiti

    ReplyDelete
  9. Jgn la di tarik kebahagian yg baru nak muncul.. Rasa nye mcm takut nak baca bab seterusnye... Takut #hurt lg.. Sbb karya RM kita tak blh harap kan akan happy ending semua nye...

    ReplyDelete
  10. Happy ending plssss

    ReplyDelete
  11. Jgn la di tarik kebahagian yg baru nak muncul.. Rasa nye mcm takut nak baca bab seterusnye... Takut #hurt lg.. Sbb karya RM kita tak blh harap kan akan happy ending semua nye...

    ReplyDelete
  12. Jgnlah sad ending... jgnlah si Willa ada AIDS atau penyakit yg sewaktu dgnnye... dumia ni dah terlalu bnyk benda yg sedih sedih... biarlah alam fantasi ini pengakhirannye mengembirakan... 😀😊

    ReplyDelete
  13. Jgnlah sad ending... jgnlah si Willa ada AIDS atau penyakit yg sewaktu dgnnye... dumia ni dah terlalu bnyk benda yg sedih sedih... biarlah alam fantasi ini pengakhirannye mengembirakan... 😀😊

    ReplyDelete
  14. I don't want to be hurt...
    Nak amukan yg bahagia....

    ReplyDelete
  15. Yesss..nak terjun juga....tq RM

    ReplyDelete
  16. I don't want to be hurt...
    Nak amukan yg bahagia....

    ReplyDelete
  17. amboiiii kome ni .. ok la tu willa dh bole terima reza

    ReplyDelete
  18. Sangat bersedia ngan amukan ablasa.....hahahajna

    ReplyDelete
  19. Willa ada penyakit ya..atau derang adek beradek...akhirnya jofoh reza dgn aina..huhu

    ReplyDelete
  20. Ada ke sinar bahagia utk reza dan willa?

    ReplyDelete
  21. alolo..sudah berbunga2 hati den ni..willa kata cinta..cinta sampai mati..reza, takkan nak bunuh diri kottt...

    ReplyDelete