Tuesday, March 15, 2016

Aku Telah Mencintaimu 18

KAIN KURUNG dibetulkan sebaik saja dia turun daripada motorsikalnya.  Sebaik saja dia lepasi pagar, tubuhnya tiba-tiba dipeluk daripada belakang.  Erat.  Hampir dia terjerit andai tak dengar gelak tawa adik-adik yang sentiasa ceria. 

“Lama kakak tak datang…”  Wahyu bersuara lunak.
Willa usap pipi anak berusia sebelas tahun ini.  “Kakak sibuk.  Cari duit untuk korang…” 
“Kami rindu…”  Dhukhan pula memaut lengan Willa.
Antara ramai-ramai, Khan adalah yang paling tua sekarang.  Tujuh belas tahun.  Melihat Khan, dia nampak dirinya yang dulu.  Harap sangat, Khan tak salah pilih sepertinya.  Sudahlah tidak berkeluarga, jauh sekali harta… malah fakir dengan rahmat Allah. 
“Umi ada?”  soal Willa. 
“Ada.  Dekat surau…”  jawab Wahyu seraya berlalu meninggalkan Willa dan Dukhan. 
Willa menoleh.  “Khan sihat?” 
“Sihat tapi kakak tu nampak tak sihat…”
“Kakak baru baik demam ni…”  PIpi sendiri disentuh.  Masih rasa bahangnya.  Sejak kenal dengan Reza, makin cepat suhu dia naik. 
“Kakak jangan kerja kuat sangat.  Nanti kakak sakit.  Lagipun, dah lama sangat kakak tak datang sini.  Malam ni, tidur sini, ya?” pujuk Khan.
Tapi, Willa menggeleng. 
“Kan cuti?”  Khan tarik muncung.
“Sorry, sayang.  Kakak ada janji nak teman kawan ke rumah dia minggu ni.  Ada hal penting kot.  Lagipun, kakak kerja cari duit untuk kita semua.  Kakak masih tak balas jasa umi dan cikgu-cikgu dekat pondoh Raudhatul ni.  Khan bukan tak tahu kakak pernah sesat… dan kakak harap, Khan tak ikut jejak kakak…”
“Kakkkk…” Khan ketatkan pautan.  Dia nampak airmata Willa bergenang. 
Dia tahu pun bila Willa sendiri bercerita. 
“Khan akan ikut jejak kakak yang sekarang.  Bukan yang pernah berbuat kesilapan.  Kakak juga cakap, kita tersilap itu biasa sebab kita manusia tapi sejauh mana kita berusaha untuk berubah dan baiki kesilapan itu yang penting.  Betul tak?” 
Willa angguk.  Senyum.  Namun, airmatanya jatuh juga.  Mata ditala pada seluruh Raudhah yang masih belum pulih daripada kesan kebakaran kali lepas.  Memang ianya tak sempurna langsung malah serba kurang.  Tapi, apa kan daya..  anak-anak ini seperti dia.  Tiada tempat lain melainkan ini saja.
“Kakak nak jumpa umi kejap,” ujar Willa dan terus menarik tangan Khan melangkah bersamanya.  Banyak yang dia mahu ceritakan.  Banyak yang dia mahu usulkan.



HINGGA saat ini, telefonnya masih sepi.  Hanya pesanan gila daripada Maira aje yang naik berkali-kali.  Dia ingat wayang kulit ke apa nak main wayang sangat.  Macamlah dia tak tahu yang Maira tu ada hubungan dengan Najmi.
Heh… dia tak hairan langsung!  Konon baik dengan Engku Marlia… oh pleaselah.  Citarasa mummy bukan biasa-biasa.  Kalau boleh nak dapatkan alien untuk jadi calon isteri dia.  Baru betul-betul luar biasa. 
“Termenung apa lagi?”  soal Engku Marlia separuh berbisik. 
Reza jongket bahu.  Malas nak jawab.  Dia pun tak tahu kenapa dia boleh ikut mummy hari ni.  Sedangkan dia dah tetapkan hati yang jasad dan jiwa dia hanya akan jadi milik Willa.  Andai dia tak sudi, tiada siapa mampu paksa.  Tapi, dia berat hati terima hanya kerana rasa protes tentang Willa yang langsung tak kisah pasal dia. 
“Ingat budak jalanan tu lagi?”  Sekilas pandang aje dah boleh agak yang Reza sedang ingatkan Willa. 
“Please, mummy.”  Reza kerling Engku Marlia. 
“…kan dah janji.  Reza ikut mummy hari ni tanpa apa-apa syarat dan mummy tak boleh panggil dia macam tu lagi.”
“Kenapa?  Dia memang budak jalanan yang tak tahu asal-usul mana,” tempelak Engku Marlia geram. 
Geram sungguh dia bila Reza datang ke biliknya malam tadi dengan syarat.  Tidak dapat tidak, dia terpaksa setuju memandangkan Rozita sudah buat persiapan.  Tak sangka sungguh.  Berjuta wanita dalam dunia ni, kenapa mesti budak jalanan itu yang Reza gilakan.
“Budak jalanan tu ada nama, mummy.  Lagipun, dia tu bakal menantu mummy, tahu kan?”  Sengaja dia ingatkan mummy. 
Bibir Engku Marlia bergetar.  Nak meluah namun terpaksa dia telah suara sendiri. 
“…she will become a mother to your grandchildren, mummy,” tambah Reza tak ubah seperti menabur garam pada luka Engku Marlia.
Malas hendak melayan kata-kata Reza, Engku Marlia diam menala pandangan ke kanan.  Sesekali, bila berlaga pandang dengan Ibu Ati dan paman yang ada di depan, biru jugak muka dia. 
Apapun jadi, Reza kena kahwin dengan anak Rozita.  Dan dia yakin Reza akan terlopong melihat anak dara Rozita. 

PAGAR automatic itu terbuka lebar.  Rumah banglo dua tingkat di Ukay Perdana itu tersergam indah.  Reza keluar daripada Jaguar silver itu dengan langkah longlai.  Sengaja dia tinggal telefon dalam kereta.  Biar kalau Willa call dia, haaa… tahulah resah tu macam mana bila panggilan tak dijawab.
Tapi, itu hanya harapan dia.  Kerana dia tahu, itu semua tak berbekas langsung pada Willa.  Dalam keadaan yang begitu genting pun, riak Willa tetap tenang.  Hanya sesekali dahi itu berkerut tapi setelah itu, air wajah Willa kembali damai. 
“Ingat syarat kita, mummy.”  Sekali lagi dia ingatkan Engku Marlia sebaik saja kaki mereka mendekati pintu dan tuan rumah muncul dengan senyuman manis.
“Jangan lepas tengok dia, Reza merayu nak nikah esok dah,” cebek Engku Marlia. 
Reza senyum sinis.  Keyakinan mummy lain macam sejak ada kekasih gelap ni.  Well, kita tengok siapa yang merayu siapa. 
“Eh, sorrylah Ita, kami lewat sikit.  Tunggu anak bujang bersiap..”
Heh… ayat tipikal.  Reza buat tak tahu.  Nak salahkan dia kenapa?  Dia dah siap awal-awal lagi.
“Oh, biasalah tu.  Tak lewat.  Sedang elok.  Anak aku ada dekat dapur…” 
“Hai… orang nak risik dia, dia dok dapur?  Rajin betul…”
Rozita ketawa.  “Dia tu memang gitu kalau balik.  Lagipun, aku tak cakap ada orang nak merisik dia.  Cakap kawan lama nak ziarah.”  Tangan Engku Marlia ditarik dan di bawa untuk duduk. 
“So, macam mana?”  soal Engku Marlia tak sabar.  Bukan apa.  Lambat mata Reza melihat bakal tunang karang, laju pulak budak ni angkat punggung.
“Eh, aku insyaallah okey.  Reza okey?” 
Hah?  Reza terpinga-pinga.  Apa yang okey?  “Err… saya okey.”  Taram ajelah jawapan apapun.  Dia dah mula bosan ni.
Macam mana kalau Willa betul-betul telefon dia dan dia tinggal telefon dalam kereta. 
“Kalau gitu, boleh panggil anak kau.  Reza ni tak sabar nak tengok calon tunang dia sebenarnya…” 
“Iyalah…”  Rozita bangkit menuju ke dapur. 
Dilihat pada dua susuk tubuh yang sama saiz itu sedang sibu sejak tadi.  Yang seorang patutnya jadi tetamu, dah sinsing lengan baju buat kerja jugak.  Yang seorang ini patut dirai, pun sama. 
“Tetamu dah sampai, Zu…”  Tangan Rozita menyapa bahu anak daranya.
“Oh, tak dengar pun…”
“Berangan.  Memanglah tak dengar.  Boleh bawak air, ya?  Engku Marlia tak sabar nak tengok Zu…”
“Iyalah, mama…”  Berat hati nak melangkah bila tahu tujuan kedatangan tetamu ini.  Hai…
Mereka berdua menapak keluar setelah Rozita berlalu.  Tersenyum tipis sedangkan dalam kepala masing-masing semak dengan masalah dunia.
“Ha, itu pun dia…”  Suara Rozita memecahkan hening bila ternampak anak gadisnya sedang menghampiri.  Menatang dulang ke meja makan. 
Reza angkat wajah.  Melempar jauh pandangan dan demi terpandang raut wajah yang muncul di belakang bakal tunangnya, rahangnya jatuh. 
Willa…
Ya.  Memang tepat kata mummy tadi.  Dia memang nak merayu pada mummy untuk menikah esok juga. 



TUHAN.  Tak sangka sungguh dia akan dipertemukan dengan Reza di dalam rumah Aina dan lelaki itu akan menjadi bakal tunangan Aina.  Kenapa, hati yang menolak selama ini terasa sedikit pilu?  Adakah kerana dia tak bersyukur?  Atau adakah kerana dia menolak ketentuan? 
Tangan yang tadinya lincah, terhenti.  Kakinya terasa sedikit lenguh.  Dia membongkok sedikit mengurut bahagian atas lutut.  Sengal di situ semakin menjadi-jadi. 
“Kenapa dengan kaki?”  soal Reza sudah berdiri di sisi Willa yang sibuk disinki.
Dia kemain mencipta alasan untuk ke dapur.  Sangkanya Zulaina ada tapi tidak.  Syukurlah.  Seperti Tuhan sedang membantu dia. 
“Oh.. tak ada apa.” 
“Betul tak ada apa nak cakap?”  tanya Reza perlahan. 
Dia rapat ke sinki.  Dibuka paip dan dibasuh tangan yang dah sedia bersih. 
“Ya,” jawab Willa ringkas. 
Sesekali dia menoleh ke belakang.  Bimbang andai Aina muncul.  Atau Auntie Rozita dan paling parah Engku Marlia.  Andai dia tahu… dia akan tinggal di Raudhatul menemani adik-adik seramai dua puluh orang itu. 
“Kenapa tak call aku?”
“Saya dah cakap nak berhenti kerja…”
“Aku tak izinkan.  Kalau nak berhenti kerja, buat surat proper seperti mana kau mula-mula datang kerja,” balas Reza menahan geram.
Tak ingat dekat rumah orang, dia dah heret Willa lari jauh.
“Kenapa mesti kau ada dekat rumah ni?” 
“Bakal tunang Encik Reza tu kawan baik saya…” 
Kening Reza terjongket sebelah.  Well… dia dapat hidup cemburu di sini.  Baguslah kalau hati kayu ni reti cemburu tapi betul ke? 
“Aku tak nak dia…”
“Terserah,” jawab Willa perlahan.
“Aku nak kau…”
“Saya tak nak Encik Reza...”
“Aku ada segalanya,” pancing Reza. 
Hai....  Dia tahu Willa bukan pandang semua tu, tapi kenapalah lidah dia masih lantang menawar benda itu.  Dah tentu Willa akan bertambah benci. 
“Eloklah ada segalanya.  Biar kurang sikit bila Encik Reza tak dapat saya,” sinis Willa perlahan.
Reza terdiam.  Segala kata-kata dicantas kejam oleh Willa.  Nafas pasrah dilepaskan.  Dia memusingkan badan.  Menyandar punggung pada table top.  Langsung tak memandang Willa.
“Hal kau dengan Najmi, aku tak kisah Willa.  Yang pasti siapa kau sekarang…”  Dia nak Willa tahu yang dia benar-benar sudah tak kisah siapa Willa.  Dia akan jaga Willa. 
“Jom kahwin, Willa…”
“Hah?”  Wajah Willa terlopong.  Bukan ke lelaki ini yang cakap tak akan ambik perempuan jenis dia buat isteri.  Atau dia sedang bermimpi.
“Asal Encik Reza tahu, ya?  Saya ni perempuan yang jenis macam mana.”  Dipulangkan paku buah keras. 
Reza terkulat-kulat.  Dia pusing leher memandang kembali pada Willa.  Senyuman terukir lebar.  Cantik betul kau dalam baju kurung putih ni Willa.  Aku mati-mati ingat bidadari turun dengan mata aku untuk jemput aku ke syurga. 
“Encik Reza tolong keluar.  Nanti kalau keluarga Aina nampak…”
“So what?  Aku datang sini dengan syarat bukan untuk terikat.  Cuma entahlah.  Tak tahu kenapa rasa ringan kaki aku ke sini.  Rupanya, ada bidarari yang menanti…”  Senyuman Reza semakin meleret.
Dia benar-benar maksudkan.  Willa bagai bidadari yang turun daripada kayangan dengan persalinan ini.  Suci dan dia mahu miliki kesucian itu. 
Oh Tuhan… aku jatuh cinta! 
Senyuman Reza meleret. 
Tapi, birai mata Willa basah.  Dia tunduk pada pinggan dalam sinki.  Menyembunyikan rasa sebak.  Perkataan bidadari itu benar-benar menampar dirinya.  Dia tahu, Reza menyindir padu padanya. 
“Saya keluar dulu…”  Tak berkata apa, Willa cuci tangan.  Terus dia menapak keluar.  Saat melepasi ambang pintu, bahunya terlanggar Aina. 
Mata Aina basah. 
Airmata Willa mengalir. 

Dia dah lukakan hati orang lagi.  

...bersambung

15 comments:

  1. Wow makin menarik...dan apa yang akan terjadi pada persahabatan Willa & Aina yer....

    ReplyDelete
  2. Bersyukur Aina dengar semua dari mulut Reza bukan dari org lain... lebih sakit hati Aina rasa bila Reza cakap dia dtg dgn syrat bukan untuk terikat... ayat makan dalam... baik betul hati Willa x mahu sakitkan hati Aina...

    ReplyDelete
  3. Ya Allah ..Aina pun suka kat Reza Ke...

    ReplyDelete
  4. ouchhhh,pedihnye...nk nanges ni.....smbg lg pls..

    ReplyDelete
  5. dah kenapa Aina nak feeling...adoiiii

    ReplyDelete
  6. oh noo..ala jgn la buat aina n willa gaduh plak..

    ReplyDelete
  7. Wallaweeeiii...aina @willa yg akan berkorban..yg pasti reza mesti nkkan willa..

    ReplyDelete
  8. kesian pd Willa yg menanggung..

    ReplyDelete
  9. kesian pd Willa yg menanggung..

    ReplyDelete
  10. omai.. thanks alot.. hariku indah sungguh.. :)

    ReplyDelete
  11. dh rase dh zu tu sape .. msti aina , knpe msti kwn baik willa huhuuu

    ReplyDelete
  12. alahaiii..acaner ni?takkan jadi kot reza n aina bertunang???reza nak willa...

    ReplyDelete