TIADA
siapa yang menyuruh tapi rasanya, dah sampai masa dia pergi. Aina terlalu baik dan dia telah buat airmata
Aina menitis berkali-kali sejak dulu. Pakaian
terakhir disumbat dalam beg galasnya.
Dipejam mata seketika. Wajah
basah Aina muncul lagi. Diganti dengan
wajah mengharap Reza.
“Kenapa
tak cakap dekat aku Reza suka kau?” soal
Aina malam setelah mereka balik daripada rumah keluarga Aina.
“Dia
bukan suka aku, Aina. Dia cuma nak beli
aku. Lepas dia tahu siapa aku dulu. Dia letak harga dalam diri aku. Jadi, macam mana aku nak bagitahu kau?” Nada Willa sebak.
Airmata
Aina terus jatuh. Dipegang tangan Willa
dan jatuh melutut di depan gadis ini.
Pinggang Willa dipeluk erat. Dia
tak salahkan Willa sedikit pun. Kasih
sayang dia pada Willa adalah kerana Allah.
Tapi, ujian demi ujian yang hadir dalam hidup Willa dan dia tak mampu
berbuat apa, ianya adalah sesuatu yang menyakitkan.
“Aku
tak akan terima dia dalam hidup aku, Aina.
Dia jodoh kau…”
Laju
Aina panggung kepala. Matanya tajam
menikam. “Siapa kau nak cakap tentang
jodoh? Kau bukan Tuhan?!” Sakit hati dengan keteguhan pendirian Willa.
“Kita
bukan sesiapa nak tentukan jodoh, Willa.
Dan, diorang jugak bukan Tuhan untuk tentukan silap lama kau tu akan
buat kau masuk neraka! Tak! Mereka pendosa. Sama seperti kita! Jadi, apa yang buat kau takut nak hadap
hidup? Apa yang buat kau rasa nak tolak
perasaan Reza pada kau?!” jerit Aina
hilang sabar.
Bahu
Willa terhinggut. Dia kelu namun
airmatanya semakin deras mengalir.
Kenapa semua orang menyoal dia soalan yang sama? Soalan yang sukar dia jawab. Hidup dia tak banyak pilihan malah hanya ada
satu pilihan saja. Dan pilihan itu
bukanlah Reza.
“Mak
dia tak suka aku. Aku budak jalanan.
Yatim piatu yang tiada hala tuju. Jauh
sekali harta, pendidikan, rupa… aku tak ada semua tu, Aina. Aku tak layak untuk dia setelah apa yang aku
lalui sebelum ni. Kau bukan tak
tahu!” ngongoi Willa.
Tubuhnya
melurut ke bawah. Dia dah tiada daya
untuk berdiri. Dia terlalu lemah saat ini.
Menerima hukuman demi hukuman.
“Aku
tahu, Willa.” Suara Aina perlahan. Tak
patut dia tinggikan suara pada Willa.
Gamaknya,
sabar dia semakin rapuh. Apatah lagi
bila teringat herdikan Engku Marlia pada Willa.
Mereka tak tahu siapa Willa. Tapi,
kena dihukum Willa.
Tangan
Willa diraih kembali. Digenggam
kemas.
“…sebab
aku tahu kau siapa dulu dan macam mana kau sekarang, baru aku cakap macam ni,
Willa. Segala tentang kau aku tahu
melainkan sebab kenapa kau berhenti belajar itu aje yang masih menjadi rahsia
dan aku juga tak akan desak kau cerita pada aku. Cuma satu yang kau kena ingat, Reza itu juga
tak baik. Dia pernah buat kesilapan dan
sedang buat kesilapan. Jadi, dia hanya
mendabik dada kerana harta dan rupa yang dia ada. Sedangkan dia lupa, itu tak menjanjikan
bahagia dia di akhirat. Pada mata aku,
dia tak layak untuk kau, Willa. Ibu dia
langsung tak layak jadi ibu kau. Dan,
kau jugak tak boleh paksa aku terima lelaki yang tak layak untuk kita angkat
jadi imam dan pemimpin kita,” ujar Aina rendah dalam nada separa memujuk.
Dia
tahu, Willa terluka teruk malah melihat mama yang kaku, dia juga kelu. Mama tak tahu apa-apa tentang kisah lalu
Willa melainkan Willa beralah dalam masa mereka sama-sama berjuang. Willa undur diri tanpa dia tahu
sebabnya.
Namun,
mama tak pernah prejudis. Kerana mama
percayakan dia. Mama percaya kasih
sayang antara mereka.
“Aina…
aku…” Tangisan Willa semakin
menjadi-jadi. Disembamkan wajah ke riba
Aina.
“…aku
tahu kau terluka, Willa dan aku juga rasa nak lempang mulut Engku Marlia. Tapi macam mana aku nak kurang ajar begitu,
bila aku tahu anak lelaki dia begitu sayangkan kau. Aku nampak, Willa… sayang dia pada kau, bukan
sikit.”
Kata-kata
Aina boleh jadi ada benarnya. Reza itu
terlalu terbuka. Bagai sebuah gelas
kaca. Nampak segala isi dalamnya. Langsung tak terhijab. Tapi dia… bukan lelaki itu tujuan hidupnya
sejak dulu. Langsung tidak.
“Aku
tetap tak boleh, Aina…”
“Ya,
aku tahu. Pendirian kau tiada siapa
mampu gugah. Malah sejak dulu. Tapi, boleh ke aku tahu sebabnya, Willa. Kenapa kau tolak dia mentah-mentah sedangkan
aku nampak kau pun sayang dia…”
Dan,
pertanyaan Aina dibiarkan berlalu bersama bayu malam yang berhembus
dingin. Membawa kebekuan dalam diri dan
perasaannya.
BEG
galas itu diangkat dan disangkut ke bahu.
Dia dah sedia untuk berlalu biarpun Aina tidak pernah izinkan dia
pergi. Boleh jadi kerana dia barulah
Aina tolak Reza dan tak mustahil, jika dia pergi… Aina dan Reza akan hidup
bahagia berdua. Sama cantik sama
padan. Sekufu. Biarpun keluarga Aina itu rakyat biasa namun
kedudukan Auntie Rozita sebagai pengarah sebuah hospital, dah cukup buat
keluarga mereka disegani. Dan, dia
bersyukur demi layanan dua beranak itu yang dia terima selama ini.
Sedangkan
dia tak pernah layak setelah dia lupa diri sebelum ini. Lupa diri kerana keasyikkan dunia. Aina punya segalanya namun tetap teguh pada
tali Tuhan namun dia, tergelincir dan terus hanyut. Tiada salah siapa. Hanya kerana diri sendiri yang begitu mudah
tergoda.
Mata
memandang ke siling. Menahan airmata
daripada terus mengalir. Tiada apa yang
dia bawa. Segalanya milik Aina. Melainkan pakaian dan juga sebuah kitab
tafsir yang juga hadiah daripada Aina pada hari lahirnya kali lepas.
Dia
menapak perlahan menuju ke pintu. Dah sampai
masa dia kembali ke Raudhah. Membantu agar
adik-adik itu tidak rasa kesepian. Tidak
rasa kekurangan.
Lututnya
masih terasa sengal. Dia masih goyah
untuk berdiri. Apapun jadi, Reza bukan
pilihan. Andai dia menerima, hanya akan
memberi kesan yang terburuk dalam dada Reza dan dia tak mahu itu. Tangis lelaki itu, sangat memberi kesan dalam
hidupnya. Seperti saat pertama kali mata itu basah… hingga kini hatinya masih
tersiat.
DAHI
Aina berkerut bila menerima panggilan daripada lelaki yang langsung tak dia
sangka akan hubungi dia. Dahlah tengah
sibuk. Ini pun dapat rehat sekejap
aje. Baru nak isi perut, telefon pulak
berbunyi.
“Nak
apa?” Sengaja Aina bersuara kasar. Biar reti sikit suka sangat sakitkan hati
kawan baik dia.
“Kawan
awak,” jawab Reza dihujung talian.
Dia
tebalkan wajah meminta nombor telefon Aina daripada mummy hinggakan wanita itu
tersenyum manis. Tak… dia bukan nak
mulakan hubungan yang tak akan pernah terjalin dengan doktor cantik tu tapi
demi Willa.
“Dia
dekat rumah…”
“Ya
saya tahu tapi saya nak tahu rumah awak dekat mana…”
Heh. Sampai ke rumah Reza ni nak cari Willa. Macamlah dia nak bagi tahu alamat dia.
“Saya
sibuk. Lagipun, saya tak bagi alamat
saya dekat sembarangan lelaki.
Assalamualaikum!” Talian
dimatikan.
Nombor
Willa didail. Berkali-kali, namun terus
ke peti pesanan suara. Eh, tak
pernah. Selama bertahun, ini pertama
kali dia tak dapat hubungi Willa. Malam tadi,
Willa demam lagi. Mereka sama-sama
terlena atas katil bujang dalam bilik Willa ditemani airmata yang pasti.
Nombor
didail lagi entah untuk kali ke berapa tapi jawapannya masih sama. Mesin suara.
Aina rasa tak senang duduk. Dipandang
dua orang nurse di depan mata.
“I
rasa I kena balik kejaplah…”
“Kenapa,
doktor?”
“I
risau kawan I collapse dekat rumah. Dia demam
malam tadi…” Air yang baru disisip
beberapa teguk itu ditolak ke tepi.
Dia
bingkas bangkit. Nasiblah rumah tak
jauh.
Sampai
aje di rumah, bilik Willa yang dia tuju.
Sebaik saja pintu itu dikuak lebar, kosong! Tiada lagi hamparan cadar comel itu. Almarinya juga kosong. Meja tulis kosong. Airmata Aina jatuh.
Willa…
kau tinggal aku!
REZA
macam kucing jatuh anak. Resahnya menjadi-jadi
setelah menerima panggilan daripada Aina.
Willa
hilang!
Willa
larikan diri!
Kerana
dia dan Aina!
“Damn,
Willa. Berapa kali aku nak cakap yang
aku suka kau! Aku nak kahwin dengan
kau. Aku tak kisah masa lalu kau!” Seluruh bilik bergema.
Reza
terduduk di birai katil. Meramas rambut
bila panggilan kepada Willa memang langsung tak bersambung.
Tuhan…
kenapa mesti rasa begitu kehilangan?
Anehnya
rasa ini. Seperti kata-kata Willa itu
menjadi nyata. Biarlah dia rasa sikit
kehilangan bila tidak dapat miliki gadis itu.
Tak,
Willa… bukan sikit kehilangan tapi aku rasa kehilangan seluruhnya!
“Reza
masih nak kahwin dengan budak perempuan tu?”
Entah bila Engku Marlia muncul, Reza sendiri tak pasti tapi wanita ini
sudah berdiri tepat di depannya.
“Erwilla,
mummy. Nama dia Erwilla dan dia bakal
menantu mummy!” Keras dia ingatkan
mummy. Jangan panggil Willa macam
tu! Dia tak suka!
“Well,
Erwila atau sesiapa… mummy tak kisah tapi bukan menantu dalam rumah ni.” Engku Marlia labuhkan duduk di sisi anak
lelakinya. Dikerling Engku Reza
lama.
Anak
ini begitu serabut sejak akhir-akhir ini.
Akhirnya, Reza juga kalah dengan cinta.
Lebih menakutkan, cinta pada perempuan yang entah apa-apa.
“Apa
kurang Zulaina andai nak dibandingkan dengan budak tu…”
“Erwilla! Nama dia Erwilla!” Suaranya mengaum daripada dalam dada.
Sekali
lagi mummy panggil budak tu, dia memang akan mengamuk.
“Susah
sangat ke mummy nak sebut nama dia?
Mummy asyik cakap perempuan tu, perempuan tu… dia perempuan macam mana,
mummy? Boleh Reza tahu?”
“Dia
tak layak untuk Reza. Dia tak setanding
dengan kita…”
“What?” Lagi-lagi isu itu yang mummy bangkitkan. Sejak dulu.
“Tak,
pada Reza, Reza yang tak layak untuk dia.
Reza yang tak setanding dengan dia.
Ya, Reza tahu yang mummy dah tahu Willa tu pernah jadi budak huru-hara,
kaki clubbing, terkinja-kinja tak tentu pasal, tapi itu dulu, mummy. Reza suka dia. Apa yang buat mummy asyik cakap tak boleh
aje?” Ikut hati, nak aje dia muntahkan
rasa tak puas hati mummy dengan hubungan sulit mummy tu.
“Dia
bukan jenis yang boleh bawa ke majlis, Reza…”
“Oh
pleaselah, Engku Marlia.” Reza bangkit
menjauh daripada Engku Marlia.
“…siapa
nak bawa Willa ke mana-mana majlis? Mummy
ingat bila dia jadi bini Reza, Reza nak ke bawa dia tayang dekat mata
umum? Tak, mummy…” Reza menggeleng berkali-kali.
“…Reza
nak simpan dia untuk tatapan mata Reza sorang aje. Jadi, tak timbul isu bawa ke majlis atau
tak. Cuma Reza nak tahu, apa yang mummy
tak suka sangat kalau perempuan macam tu jadi bini Reza?” Sengaja dia tekan perkataan perempuan
itu.
Biar
mummy sedar. Mummy dan Willa, jauh lebih
baik Willa.
“Dia
gilakan harta Reza…”
“Ya?” Keningnya terjongket sebelah.
“…Reza
pun rasa jantan keparat tu pun suka harta mummy. Bukan mummy,” ujarnya separauh berbisik.
“Reza?” Tubuh ENgku Marlia terangkat. Terkejut bila Reza kaitkan hal dia.
“…mind
you word. I am still your mother…”
“So
what? Ya, Reza akui mummy adalah
mak. Mula-mula memang Reza upah Willa tu
untuk buat mummy sakit hati tapi mummy tahu tak apa yang dia cakap dekat Reza
sampaikan semua rancangan Reza tu terbantut?”
Dada
Engku Marlia berombak. Ditenung mata
Reza. Menanti bicara seterusnya.
“Ibu,
masih seorang ibu… itu yang dia cakap dekat Reza mummy. Ringkas tapi Reza faham maksudnya. Sejauh mana silap mummy, Reza tak boleh nak
derhaka dekat mummy. Sebab tu, Reza tak pernah tinggikan suara. Mummy heret Reza pergi rumah calon menantu
yang mummy nak, Reza ikut. Tapi, bila
mummy nak Reza kahwin dengan gadis sebaik Aina demi jaga airmuka, Reza tak
boleh, mummy,” ujar Reza dengan suara yang bergetar.
Entahlah. Pertama kali dia rasa mahu menangis di depan
mummy.
“Aina
terlalu baik untuk Reza…”
“Habis
tu, kenapa Reza tak nak?” soal Engku
Marlia dalam suara yang sebak.
Otak
dia masih lagi sedang menganalisa kata-kata Reza tentang Willa.
“Sebab
Aina tu baik dan biarlah dia ditemukan dengan lelaki yang baik dan kalau pada
mata mummy Willa tu jahat, biarlah dia dengan Reza. Reza pun jahat. Mummy tahu tu. Jadi, biarlah kami sama-sama berubah,
mummy. Saling mengingatkan kerana kami
pernah tenggelam dalam perigi buta yang sama.
Tolong, mummy… Reza merayu…”
Kakinya mendekati Engku Marlia.
Tangan
mummy diraih. Tidak seperti selalu dia
dia memeluk tubuh itu. Kali ini dia
kucup tangan mummy dan jatuh melurut di kaki Engku Marlia.
“I love her, mummy.
I want her,” ujar Reza merayu.
Kata-kata
Engku Marlia membeku.
Terdiam
terus dipanah dengan kata-kata Reza. Anak
panah itu terlalu laju meninggalkan busur.
Menembus tepat jantungnya hingga airmatanya menitis tanpa dia sedar.
“The answer is still no, Reza…”
Kelopak
mata bertemu. Airmata Reza jatuh
berderaian.
...bersambung
sedihnye... kenapa cm tu sekali..
ReplyDeleteomai..omai.. ape kena mummy reza ni.. Sedihnya.. - Aoki
ReplyDeleteSedihnye...😢
ReplyDeletekejamnya Engku Marlia...Willa dan Reza sama2 terseksa..
ReplyDeletekejamnya Engku Marlia...Willa dan Reza sama2 terseksa..
ReplyDeleteOoo....hurt...
ReplyDeletesedihh sangat.
ReplyDeleteXpnah mengecewakan. Menitis ayaq mata bca. Sedihnya. Kesian reza. Kerasnya hati mummy reza. APA pnyebabnya. Siapa Willa sebenaqnya. Ter-tanya2. Anak ikan mummy reza. Mkin menarik. Please happy ending kak RM. ❤❤❤
ReplyDeletehuahuahua
ReplyDeletereza go find her
uwaaaaa cedeynya reza....pls smbg lg..
ReplyDeletesedihnya...
ReplyDeleteI LoVe HER MUMMY, I WANT HER.... Rasa nak mraung rasa nye... Karya RM selalu buat aku rasa aku sebahagian dr cerita tu... Best sangat
ReplyDeleteI LoVe HER MUMMY, I WANT HER.... Rasa nak mraung rasa nye... Karya RM selalu buat aku rasa aku sebahagian dr cerita tu... Best sangat
ReplyDeleteSya tamak...sya nak lagi Kak Rehan.....huwaaaa...
ReplyDeletesedihnyaaaa.....
ReplyDelete#hurt lagi :(
ReplyDeletecry....cry...cry
ReplyDeletecry .. sad..sedih..more pls..
ReplyDeleteknpe la engku marlia ni .. kata nk berbaik dgn reza , bila jdi cmni masih berkeras jgk
ReplyDeleteni citer hero n heroin ada sejarah silam yg hitam la ni lps tu brtobat & jd baik.....emmmmm
ReplyDeleteAina terlalu baik mesti calonnya baik juga mummy.... engku marlia ni terlalu angkuh dgn harta...
ReplyDeleteHUK..HUK..HUK..SEDIHNYA..
ReplyDeleteSedihnya citer ni..
ReplyDeleteSedihnya citer ni..
ReplyDeleteKejamnya mummy huhuhuu
ReplyDeleteApa lg alasan engku marlia tu???
ReplyDeleteaduhhh engku marlia..kenapalah nak menghalang cinta si anak?macamlah engkau tu baik sgt...si anak nak berubah..biarlah dia berubah..ngeee...dah reza tu jatuh cinta kat willa..kenapa perlu aina di antara mereka?
ReplyDelete