KETUKAN
kali ketiga pun, Willa buat tak tahu.
Hai… apalah yang sedang kawan baik dia ni fikir. Aina menapak masuk. Mendekati Willa lantas tangannya berlabuh
tepat di atas bahu Willa.
Wajah
Willa nampak sedikit terkejut. Terus
naik memandang Aina daripada dalam cermin.
“Kenapa?”
Willa
ukir senyum. “Tengah make-up…” Ditunjuk sponge yang masih ada di
tangan.
Aina
duduk. Dia tahu Willa cipta alasan baru
pulak. Melihat wajah Willa, dia tahu
Willa tak sihat. Dia pun baru balik pagi
ni. Dapatlah lena seketika. Siang hari, manalah boleh nak lena seperti
malam biarpun tubuh benar-benar keletihan.
“Kau
tak sihat ni…” Tangannya menyentuh dahi
Willa.
Panas!
“Kita
pergi check darah. Aku takut kau kena
denggi,” pujuk Aina.
Tapi,
seperti biasa… Willa geleng. “Aku kan
tak suka hospital…” Sejak dia berhenti
daripada pengajian, dia betul-betul fobia dengan hospital. Aina tahu tu.
“Tak
ada orang suka hospital, Willa. Doktor
sendiri pun kalau boleh tak suka. Tapi,
kau sendiri pernah jadi student medic.
Kau patut lebih peka dengan diri sendiri. Dua tahun lebih kau belajar. Tapi, kenapa kau berdalih kalau aku ajak ke
hospital? Aku ni, risaukan kau…” Aina rasa nak menangis sekarang.
Willa
lebih hebat daripada dia satu waktu dulu.
Biarpun
kerap terkinja-kinja dekat club tapi bila ujian, Willa mengungguli. Willa tak pernah lagi solat setelah masuk
matrikulasi. Tapi, keputusan ujian…
Willa yang paling gempak. Willa tak
pernah meminta tapi segala apa yang orang lain nak, Willa yang dapat.
“Aku
pernah belajar, Aina. Ya, betul cakap
kau. Aku lebih tahu tentang kesihatan
diri. Sebab tu aku tak perlu ke
hospital…” Dia memang takut. Katalah apa saja, andai nak pergi pun… dia
akan pergi bersendiri. Tak perlu
berteman.
“Kau
ni, ada masalah lain ke?” Aina menukar
haluan bicara.
Willa
geleng. Biarpun permintaan gila Reza
semakin buat kepala dia berdenyut. Dia
masih berharap pada karung emas itu sebenarnya.
Dia masih berharap agar dapat ditunaikan cek ini pada akhirnya. Tapi, dengan apa yang Reza minta, dia tahu
dia tak akan dapat bertahan.
“Eh,
kau nak balik rumah weekend ni,
kan?” Tiba-tiba dia teringat akan
janjinya dengan Aina.
Lagipun,
tak naklah Aina asyik tertumpu pada dia aje.
Aina sendiri dah cukup letih dengan tugasan seharian. Yang tak pernah putus malah ada masa, tak
tidur juga sehari dua.
“Ha’ah. Aku masuk ni nak ingatkan kau tentang
tu. Mama aku dah rindu sangat dekat
kau. Tapi, katanya ada kejutan. Aku pun tak tahulah…” Dahi Aina berkerut lebat memikirkan kejutan
yang bakal dia terima.
Jangan
kata mama nak bagi sekilo? Dia memang
sudi terima.
“Entah-entah
dia nak kau kahwin tak?” duga Willa.
“Gila!” Aina buat muka ngeri.
“Aku
tak nak kahwin selagi kau tak kahwin…”
“Haa,
ini memang gila!” Giliran Willa pula
tayang wajah menakutkan. Tapi tak lama
bila tawa mereka bersabung. Aina terus
ketawa menekan perut dan Willa, hingga mengalir air matanya. Tapi, ini bukan airmata gembira. Ini airmata sesal.
Dia
pernah ada segalanya tanpa dia meminta malah tak pernah dia berterima
kasih. Dan kesannya sedang menghimpit
sekarang hinggakan nafasnya kian pendek.
Sesak!
LAMA
dia menanti Najmi. Hampir lima belas
minit. Dia memang yakin, Najmi sengaja
permainkan dia. Saja uji sabarnya. Andai bukan kerana maklumat yang dia mahukan
daripada Najmi, dah lama dia seret Najmi di atas jalan tar yang panas!
Biar
padan muka!
Air
di sisip kasar. Duduknya serba tak
kena. Penghawa dingin langsung tak
keringkan peluh jantannya. Hingga kering
air itu disedut, barulah Najmi muncul.
Tersengih tanpa rasa bersalah.
“Kau
saja kan buat aku tunggu…”
“Hey,
relakslah, Reza. Aku tak duduk pun
lagi. Lagipun, aku pun ada kerja lain
jugak…”
“Kerja
dengan betina mana pulak kali ni?”
tempelak Reza pantas.
Najmi
menceberkan bibir. Andai Reza tahu. Tapi, Reza tak boleh tahu. Malam itu pun, mujurlah Reza lalok. Jika tidak, tentu jadi hal lain pulak.
“Aku
nak tahu pasal dia…” desak Reza tak
sabar.
“Dia? Who?”
Bahu Najmi terangkat. Buat-buat
tak faham.
“Someone
I know? Or someone who must not be
named?” Nadanya kian sinis.
Dada
Reza hampir meletup. Kembang kempis
menahan sabar.
“Oh,
come on, Najmi. Kau tahu siapa aku. Jangan main-main…” ugut Reza dengan penumbuk yang digenggam
kemas.
Dihantar
amaran pada Najmi. Dia serius ni! Dia betul-betul nak tahu!
“Okey…” Tangan diangkat ke udara. Najmi mengalah. Dia memang kenal siapa Reza. Silap haribulan, tersungkur lagi dekat sini. Rosaklah muka cari makan ni.
“…apa
yang kau nak tahu pasal Willa?”
Sebaik
saja nama itu disebut oleh mulut puaka Najmi, denyutan jantung Reza mula tak
tentu hala. Rasa nak aje dia pecahkan
mulut Najmi. Rasa tak layaknya Najmi
menyebut nama itu tapi dia perlu tahan. Dia perlukan Najmi saat ini.
“Betul
nama dia…”
“Erwilla
Reane Merlis…” sampuk Najmi. Entahlah… datanglah berjuta gadis pun, sejak
dulu dia memang paling terusik dengan nama itu.
Malah
pertemuan beberapa hari lepas juga seperti merungkai kembali memori yang dia
simpul mati. Malah, gadis itu makin
indah bertutup demikian biarpun wajah itu sudah tidak dicalit warna seperti dulu. Malah, tiada lagi kasut setinggi
berinci-inci. Hanya sneakers yang
menjadi alas. Tiada juga dress ketat
atau jeans ketat membalut tubuh langsing itu.
Segalanya dah lain! Hingga dia
sendiri hampir tak kenal jika tak diperhatikan wajah jelita itu.
“Hey…” Reza ketik jari di depan Najmi. Dah dia berangan pulak!
“Orang
apa tu?” Nama sedikit pelik pada
pendengarannya.
“Aku
tak fikir dia pure Malay. Paling tidak
pun, anak kacukan. Tengoklah warna anak
mata dia. Coklat cerah. Hey… pleaselah, Reza.” Najmi dah ketawa kecil.
“…jangan
cakap kau tak tengok dekat lagi anak mata dia sampaikan kau tak perasan semua
tu?!” sindir Najmi penuh makna.
Memang
nampak sangat, Reza masih belum mula apa-apa langkah.
Wajah
Reza kelat. Dia faham sangat apa yang
Najmi nak sampaikan tu. “Aku ni bukan
pelahap macam kau. Semua betina kau
bedal..”
“Habis
tu, kau cari perempuanlah kononnya ni dan kau nampak Willa tu perempuan? Gitu?”
Semakin mengekek Najmi dibuatnya.
Well…
benarlah pepatah. Cinta itu buta. Sampaikan Engku Reza Mukhriz pun tak dapat
melihatnya.
“Kau
kenal dia dekat mana? Dan, kenapa kau
panggil dia Angel of The Paradise…”
Pada
dia, memanglah bidadari itu ada di syurga.
Tapi, itu Erwilla. Masih bernafas
dan dalam dunia ni, satu aje The Paradise yang dia kenal. Iaitu kelab malam tempat dia lepak tu.
“Kau
ni Reza… innocent boy rupanya…” Tajam
Najmi hadiahkan Reza senyuman.
“Kalau
kau nak tahu, Erwilla tu memang terkenal dekat club paradise tu….”
Dada
Reza marak dengan marah. Kata-kata Najmi
ni, boleh pakai ke?
“Tapi,
kenapa aku tak kenal?”
“Kau
tak main dekat club tu dulu. Aku pun
baru empat lima kali pergi bila kawan aku ajak.
Dia yang paling glamour dekat club tu.
Jadi sebutan dan dapat nama tu daripada pengunjung club. Setiap yang perempuan, memang jealous
habis. Yelah, apa yang Willa tak ada
masa tu. She got everythings. Beauty,
intelligent, martial-art skill, arrogant, sexy…” Mata Najmi terkatup seketika.
Cuba
mengimbau kembali keadaan Willa satu waktu dulu.
“She’s actually, a doctor to be…”
“What?” Tak dapat dibendung rasa terkejut, mata kuyu
Reza terbuka bulat.
Bakal
doktor? Habis tu macam mana boleh end-up buat kerja huru-hara macam
tu? Siap perlukan duit. Macam terdesak sangat dengan hidup.
“Aku
wonder dia bertugas dekat hospital mana sekarang. And
yes, she’s still the perfect one after all this while…”
Reza
diam. Memikir. Misterinya seorang Willa. Semuanya masih menjadi tanda tanya. Jika bakal doktor, apa yang buat Willa kerja
macam ni sekarang? Dan, bagaimana gadis
yang begitu dingin dan sopan, rupanya seorang yang hangat dan liar satu waktu
dulu?
“Dia
approach kau dulu?” soal Reza ingin
tahu.
Kening
Najmi naik senget. “Well, aku malaslah
nak cerita dalam selimut antara aku dan dia, Reza. Aku harap kau faham…”
Rahang
Reza hampir terpenggal dengan kata-kata Najmi.
Sukarnya untuk dia percaya. Tak…
hati dia menafi. Willa tak macam tu. Andai sebab duit sekalipun, Willa tak akan
terdesak untuk menjual diri. Dia yang
hendak bayar beratus ribu pun, Willa tolak mentah. Inikan pula Najmi yang tiada apa.
Najmi
mendekatkan wajahnya pada Reza.
“Reza,
just trust me.” Sengihan tajam mengakhiri kata-kata Najmi dan baru saja dia nak
bangkit, tangannya ditarik Reza.
“Tak tahu kenapa, Mi…” Reza sengih tajam.
“…aku
rasa kau pernah jadi mangsa buku lima Willa.
Intuition aku ni kuat kata yang bukan Willa yang terhegeh-hegeh tapi kau
yang…”
“…kalau
kau nak try, better sekarang. Rugi
nanti. Aku yakin, dia masih hangat macam
dulu. Tubuh dia masih masih lembut meliuk-lintuk,”
caras Najmi bila airmukanya hampir diinjak lagi oleh Reza.
“Celaka
kau, Najmi!” jerit Reza dan serentak
itu, tangan yang sejak tadi digenggam singgah tepat di tengah wajah Najmi.
Darah
merah mengalir daripada hidung Najmi yang sedang mengaduh kesakitan. Sekeping not 100 dilayang tepat pada wajah
Najmi.
“Buat
lap darah dekat hidung kau. Dan, jangan
muncul depan aku lagi!” Amarannya keras
dan sebelum beberapa staff Hilton mendekati, Reza terus atur langkah. Teguran semua langsung tak diendah.
Dalam
kepala, hanya ada tiga patah nama itu.
Siapa
kau sebenarnya, Willa?
Siapa?!
Hatinya
mengaum garang.
...bersambung
saspen...saspen....
ReplyDeleteWilla ada penyakit ke???... padan muka Najmi berani sangat dgn Reza... hahaha
ReplyDeleteEnlighten what is dark in me
ReplyDeleteStrengthen what is weak in me
Mend what is broken in me
Bind what is bruised in me
Heal what is sick in me
Straighten what is crooked in me
Revive whatever peace and love died in me...oh my Willa
Nakkk lg pls RM.. bab 16 plssss.. 😙😙😙
ReplyDeleteNakkk lg pls RM.. bab 16 plssss.. 😙😙😙
ReplyDeleteWilla ada penyakit ke?
ReplyDeleteWilla ada penyakit ke?
ReplyDeletemungkin kah 4.25 jap lagi ada entry baru lagi ?? wiwiwiwiwiwi.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteYa..nyah kau dari sini najmi
ReplyDeleteTak sabar nak tau apa yg jd dengan hidup Willa sehingga jd mcm tu yer....
ReplyDeleteKAK REHANNN..MOHON DIPUBLISHHHH JADI NOVEL!!HEHE
ReplyDeletebetul2 saspen la willa ni ..
ReplyDeleteI lebiu la kak rm!!!
ReplyDeleteTak mau sad ending mcm cerpen Reana Merlis tu ye...
ReplyDeleteSaspen. Saspen. Adakah najmi ank ikan mummy reza. Nak happy ending kak RM.
ReplyDeleteCik RM memang pandai buat hati bedebar2
ReplyDeleteRasamcm najmi ank ikn engku marlia..dan yes willa penuh misteri...and pity engku reza..
perghhhh,smakin menarik ni...pls smbung kak RM...kipidap..
ReplyDeleteXcukup tu debik najmi sekali je!
ReplyDeletemisteri sungguh si willa ni..anak org kaya kah dia?satu persatu akan terbongkar nanti..
ReplyDelete