ENGKU
Marlia tersenyum tenang. Panggilan
daripada kawan lamanya, Rozita benar-benar buat dia lega. Segala yang telah dirancang nampaknya sedang
berjalan lancar. Langsir pintu gelansar
itu diselak tapi tangannya ditahan. Dia
rasa pinggangnya dipeluk.
“Hey,
terkejut Mar…” Tak jadi dia nak selak
langsir.
“Mar
kena balik malam ni jugak. Minggu ni nak
pergi ziarah keluarga Rozita…”
“Tak
boleh ke balik esok aje…”
“Tak
boleh. You pun tahu, Mar kan gaduh
dengan Reza. Dia dah tahu tentang
kita…” Pasrah Engku Marlia bersuara.
Dia
mahu sorok sebenarnya. Andai mampu,
untuk selamanya. Tapi, bila terbongkar,
selain berdiri teguh dengan keputusan sendiri dan melukakan hati Reza, dia tak
tahu nak buat apa lagi.
“I
tak dapat bayang kalau dia datang cari I…”
Tubuh Engku Marlia dibalikkan menghadap dia.
Wanita
ini masih anggun. Malah, bila berjalan
dengan anak teruna sendiri… tak ubah seperti adik-kakak saja. Dia juga pertama kali melihat Engku Marlia
atas urusan kerja, memang dia ingat wanita ini anak dara terlajak. Tapi, sudah hampir ke siri lima. Kahwin muda, dapat anak cepat dan sekarang,
anak tunggal itu hampir sebaya dengan dia.
“Jangan
fikir sangat tentang Reza tu. Nanti bila
sampai masa, Mar bawak you jumpa dia…”
“Kalau
dia memburu dulu?”
Engku
Marlia sengih. “Let him be…” Dipaut leher lelaki di depannya. Dipeluk mesra. Biarpun dalam dadanya juga sarat dengan
keresahan yang tidak bertepi.
Entah
apa yang bakal Reza lakukan.
Anak
itu, tindakannya selalu diluar pemikiran.
Terlalu
sukar untuk duga.
TUBUH
Willa menggigil. Dia hampir tak dapat
berdiri jika bukan kerana tuntutan agama.
Disetiap solatnya, dia akan lakukan solat yang sama berkali-kali hingga
lututnya tak mampu lagi berdiri. Dia
perlu bayar segala hutangnya pada Sang Pencipta sebelum dijemput pulang. Dia tidak mahu menjadi penghutang sedangkan
kebaikan yang dia kerjakan, belum tentu lagi diterima. Belum tentu lagi menjadi jaminan untuk dia
hidu bau syurga.
Kerana
itu, dia begitu berusaha. Andai nak
dihitung, rasanya patah setiap temulang dia.
Kerana itu, dia akan lakukan yang termampu. Selama hayat dikandung badan.
Hingga
sudah tidak larat berdiri, barulah Willa rebahkan tubuh di atas katil
bujangnya. Memandang tepat pada
siling. Dah masuk tiga hari Reza tak
telefon dia. Dia rupanya masih berharap
pada wang ringgit lelaki itu. Tapi,
andai begini kesudahannya… dia akan kembali pada kerja lama.
Telefon
bimbit dicapai. Nombor Abang Fandy
didail. Tak lama bila suara parau Abang
Fandy menyapa telinganya.
“Nak
kerja balik?” soal Fandy bila dia
nyatakan hasratnya.
“Ya,
abang pun tahu saya perlukan duit…”
Fandy
mengeluh tipis. Hari tu, elok dah dia
bagi kerja dekat Willa malah dia bayar Willa lebih. Tak seperti part-timer lain. Kerana dia tahu, Willa sebatang kara. Malah, ada rumah anak yatim yang mahu Willa
bantu. Tempat di mana gadis itu
membesar. Dia tahu segalanya.
Wajah
isteri yang sudah bersiap dia pandang.
Wajahnya muram dan bila isterinya duduk di sisi bertanya dalam diam,
Fandy hanya paut tangan suam itu.
Menggeleng perlahan.
“Kali
lepas, puan tu marah benar…”
“Ya,
saya tahu, bang. Tapi, kali ini
aje. Saya janji tak buat benda macam tu
lagi…”
“Okey…”
Fandy beralah.
“…tapi
sekarang tak ada. Kalau ada, abang call
kau…” janji Fandy.
“Terima
kasih, bang…” Willa matikan talian.
Dalam
hati dipanjatkan syukur. Dia tak minta
lebih. Andai Abang Fandy suruh dia jaga
ofis pun, dia sanggup. Atau cuci semua
kereta sewa yang Abang Fandy ada… dia akan buat. Tapi, dia janji dengan diri… bukan lagi untuk
bertemu dengan Reza atau ke rumah mewah itu.
Herdikan
Engku Marlia masih terasa.
Baru
saja dia nak letak telefon, nama Reza muncul.
Telefon yang ada dalam mode silent itu berkelip-kelip meminta dia
jawab. Willa kaku. Dah kenapa bila dia dah minta bantuan Abang
Fandy, Reza mesti muncul?
Antara
hendak jawab atau tidak, Willa akhirnya letak telefon di bawah bantal. Dia angkat tubuh yang begitu lemah menuju ke
bilik air. Dibasuh wajah. Dikumpul segala kekuatan dan bila dia duduk di
katil, mengangkat bantal… telefon itu masih berkelip. Teringat akan peristiwa dia demam dulu…
berpuluh missed call.
Benarkah
Reza risau?
Atau
sekadar mahu terus membuat tawaran untuk membeli dirinya?
Willa
kumpul lagi kekuatan. Dilekapkan telefon
ke telinga. Sepi. Tiada suara malah suara unggas juga
tiada. Yang menyapa hanyalah desah nafas
Reza.
Reza
marah! Dia dapat rasa.
“Saya
nak berhenti kerja…” ujar Willa bila
Reza terus diamkan diri.
Talian
masih sepi.
Reza
langsung tak terkejut gamaknya.
“Saya
dah nak mula kerja lain…”
Senyap
sunyi.
“Saya
terpaksa langgar kontrak…”
Hening.
Willa
resah. Apa tak kena dengan Reza ni. Diam aje.
Biasanya rancak lidah itu mengherdik dia.
“Encik
Reza okey?” soalnya ambik berat.
“Lepas
kau cakap semua yang kau nak cakap, kau baru tanya aku okey ke tidak?” tempelak Reza.
Ingatkan
dia dapat lepaskan rindu yang makin menggila.
Memang rindu ini rindu yang gila!
Atau dia yang gila sebenarnya!
Tapi, Willa hanya katakan apa yang dia tak mahu dengar. Dia mencari jawapan tapi apa yang Willa beri
begitu menyakitkan.
“Kalau
Encik Reza telefon sebab masih bertegas nak beli saya, saya memang tak boleh
tunaikan…”
“Ya,
aku tahu. Harga kau terlalu mahal. Kau tak layan sembarangan orang melainkan
yang betul-betul jutawan. Asal kau tahu,
ya Willa… aku jutawan. Aku satu-satunya
pewaris Engku Marlia. Segala kekayaan
dia akan jadi milik aku malah separuhnya sekarang dah jadi hak aku. Atas nama aku. Aku ada segalanya. Setakat Najmi tu… hehh…”
Mata
Willa terkatup rapat. Airmatanya
menitis. Reza masih mahu ungkit nama
itu. Atau sebenarnya Reza dah tahu
segalanya tentang kisah lalu dia.
“Najmi
tak ada apa, Willa. Jangan kata nak bagi
cek kosong macam aku bagi, duit pun dia tumpang aku. Jadi, apa kata kau pertimbangkan lagi sekali
tawaran aku,” usul Reza dengan sabar yang tertahan-tahan.
Dia
nak aje menjerit dekat Willa. Dasar
perempuan mata duitan. Dasar perempuan
plastik! Tapi, ini bukan masanya. Willa tak akan terkesan dengan kata-kata itu
semua. Dia tahu.
“Encik
Reza dah salah faham…”
“Habis
tu, aku salah faham jugak ke pada perempuan yang dapat nama jolokan Angel of
The Paradise tu? Kau dah biasa dengan
tempat tu, kan? Sebab tu kau boleh datang
jemput aku?” tuduh Reza.
Willa
ketap bibir menahan tangis agar tak bergema dalam talian. Reza dah tahu. Apa yang dia sorok selama ini, Reza dah
tahu.
“Memang
situ pernah jadi tempat saya, Encik Reza.”
Keras dia tekan perkataan pernah tu.
Ya, pernah itu segala yang dah berlaku dah telah berlalu.
“…sebab
tu, setiap kali Encik Reza call saya minta saya jemput Encik Reza dekat sana,
saya berat hati nak pergi…”
“Kenapa? Sebab tak nak orang kenal kau?”
Willa
diam. Tapi, hati meningkah. Tak… bukan kerana tak nak orang kenal tapi
kerana dia dah lama berhijrah.
Marah
Reza semakin membakar.
“Oh
ya aku lupa. Kau datang jugak sebab
duit. Bukan sebab aku. Langsung bukan sebab aku…”
Tak. Hati Willa menafi lagi. Saya ke situ sebab risau dekat Encik
Reza. Saya tak nak Encik Reza kesal
seperti mana saya. Saya tak nak Encik
Reza terus hanyut. Saya sendiri tak suka
bila saya begitu ambik berat tentang awak, Reza…
Andai
dia mampu meluahkan… tapi, semua kata-katanya akan jadi racun pada Reza.
“Ya. Encik Reza lubuk emas pada saya,” ujar Willa.
“Damn,
Willa!” tempik Reza kuat.
Dia
harap sangat Willa menipu kali ini kerana segala jawapan tipu Willa akan buat
dia lapang dada. Tapi, kenapa mesti
Willa berkata benar kali ini. Buat dia
tak dapat nak terima.
“Kalau
betul nak duit, kau jual diri kau dekat aku!
Aku bayar kau sejuta on the spot. Sekaligus! Duit yang kau sendiri tak akan percaya kau
akan dapat. Fikir, Willa. Bagi aku jawapan esok. Aku tunggu jawapan kau!”
Tit…
talian terus mati. Senyap sunyi.
Airmata
Willa terus mengalir laju. Saat ini,
rindunya dia pada waktu umur yang tidak mengerti apa-apa. Di pondok Raudhatul itu, biarpun dia tiada
apa tapi dia ada bahagia. Dia ada
ketenangan. Setelah dia ada segalanya,
dia lupa pada Tuhan. Dan setelah diambil
kembali, dia hampir putus harapan.
Allah…
moga dengan sakit ini… tangan kanan menumbuk dada kirinya. Nyilunya.
Moga dengan sakit ini, membawa aku lebih dekat pada-Mu dalam apa jua
cara. Dan, lenanya hadir bersama airmata.
...bersambung
nak lagi ...
ReplyDeleteWilla sakit? Breast cancer ke?
ReplyDeleteuwaaaaa jgn r wat mati willa....nk hepi ending ngn reza...
ReplyDeletegila lah reza ni....huh!
ReplyDeletetq cik penulis.. thumbs up.
Berat sggh dugaan willa
ReplyDeletesedihnyeee.. cian willa ..huhu
ReplyDeleteReza ni suka buat tuduhan melulu...kesian kat Willa...apa2pun kisah ni mmg best!!!
ReplyDeleteAdoiii.. meruntun jiwa.. pelbagai persoalan timbul.. semoga terus tabah mengharungi hidup Willa.. Tahniah RM.. karya anda tidak pernah menghampakn.. thumbs up.. :-) ;-)
ReplyDeleteSmbg lg laju2 RM.. bab 17 pls
ReplyDeleteKenapa citer rm mesti buat akk menangis huhu
ReplyDeletewiila sbnr knpe ???
ReplyDeleteAbg fandy n mummy reza ka. Ahhh byaknya persoalan timbul. ❤❤❤
ReplyDeleteSian willa dan reza 😢
ReplyDeleteberatnya ujian willa..haihhh..
ReplyDelete