Tuesday, March 15, 2016

Aku Telah Mencintaimu 20

APA yang buat mummy begitu keras hati?  Dia sendiri dah buntu.  Nak dipujuk, sudah bergelen airmatanya jatuh di depan mummy.  Hendak berkeras, pesanan Willa masih berdengung tak henti. 

Straw diputar.  Jus avocado itu dipandang.  Langsung tak sedap.  Tapi, kenapalah gadis itu suka sangat minum air ni.  Loya tekak dia.  Dan lagi meloyakan dia pun order air yang sama sekarang.  Teruk betul sasaunya dia. 
Dia angkat wajah.  Nampak wajah Willa yang begitu tenang.  Malah, saat di rumah keluarga kawan mummy pun, raut itu sangat damai.  Seperti tiada apa yang membelenggu.  Atau benar, yang Willa langsung tak berdebar demi dia?  Jika mampu meminta, dia mahu Willa ada rasa benci pada dia kerana dia yakin, Willa langsung tak cinta dia. 
Setidak-tidaknya, dia masih menjadi ingatan gadis itu biarpun sebagai satu kebencian. 
Namun, hampa… hingga hari ini, Willa hilang tanpa berita.  Pada siapa dia harus merayu, meminta… Allah… sekarang, dia kenal nama itu.  Berkali disebut, hembusan tenang menyapa jiwanya.
Allah… disebut lagi. 
Aku ada segalanya namun aku jauh daripada-Mu hingga akhirnya, kau bawa pergi seseorang yang aku inginkan. 
“Reza?” 
Reza angkat kepala.  Bibirnya koyak dengan senyuman.  Dah lama tak senyum ikhlas macam ni pada seorang gadis.
“Sorry to keep you waiting…”  Aina labuhkan duduk.  Dia bukan sengaja nak berdalih atas ajakan Reza sebelum-sebelum ini tapi dia memang sibuk. 
Jarang-jarang masa yang ada, dia akan mencari Willa. 
“Tak apa.  You dah datang sekarang,” balas Reza lembut. 
“Have a sit..”  Dia nak bangkit untuk tarik kerusi Aina tapi tangan Aina menahan. 
“I yang patut minta maaf sebab keep bothering you.  I tahu you sibuk.  Tapi, I nak terima kasih sebab sudi datang…” 
Aina sembunyikan rasa canggung.  Sejak bila harimau bintang yang begitu liar dan pantas ini menjadi begitu lembut dan lemau?  Kuat penangan kau, Willa..
“No, I am just fine.  So, let’s straight to the point…”  Jam dikerling.  Dia hanya ada setengah jam.
“About us…”
Aina senyum.  Menggeleng perlahan.  “Hal antara kita memang tak pernah ada apa-apa.  Ini antara you dengan Willa…”
Wajah Reza sedikit terkesima. 
“Kenapa?”  soal AIna sinis. 
“You ingat, semua perempuan ni jadi gaduh sebab seorang lelaki?  Yeah, I akui tapi itu perempuan lain.  Bukan I dengan Willa.  Andai mampu, kami nak serahkan nyawa masing-masing untuk bahagia satu sama lain…”  Haih… melampau sangat hiperbola kau Aina.  Tapi, lantaklah.  Janji dia nak buat mamat ni mengerti. 
Kasih sayang ini bukan sekadar lelaki dan wanita.  Antara perempuan juga kuat dan kukuh.
“Okey…”  Reza disapa lega. 
“…so, you dah kenal Willa lama?” 
“Selamanya…”
Ceh. Reza mencebek.  Jawapan sepesen aje dengan Willa.
“Macam mana dia sebenarnya?”  Hari ini, dia harap segala teka teki tentang Willa terburai. 
“As you already know.  She’s beautiful, intelligent, kind hearted… Cuma, dia yatim piatu.  Tersilap pilih jalan masa kami lepas matrikulasi.  Ya, mungkin sebab beban study. You tahulah nak jadi doktor tak mudah.  Main dengan nyawa orang.  Buku dua kali ganda tebal kamus tu.  Tapi, keputusan ujian dia sentiasa paling gempak.  Cuma, dia makin seronok dengan dunia.  Masa tu, dia ada segalanya hingga buat dia lupa, segala yang dia ada itu tak kekal…”
Dang!  Reza rasa dibidik tepat pada tengah dahi.  Seperti dia sebelum ini dan sekarang.  Ada segalanya tapi sekali Tuhan bawa Willa jauh, dia bagai hilang semua. 
“…Dia membesar dekat rumah anak yatim.  Dia tak kenal ibu ayah dia.  Tapi dia kata, mungkin dah meninggal sejak dia bayi lagi.  Dan, dia bukan anak luar nikah.  Insyaallah.  Kalau anak luar nikah sekali pun, bukan salah Willa.  Salah mak bapak dia.”
“Apa nama betul dia?” 
“Erwilla Reane Merlis binti Erwan Shah…”  jawab Aina. 
Reza senyum sendiri.  Initial nama pun dah sama Willa.  Kita ni memang berjodoh.  Tapi, mana kau lari? 
“I tahu you tahu dia ada dekat mana sekarang…” 
Aina cuba bertenang namun, sampai bila Willa mahu sembunyi dan Reza terus memburu?  Dia yang melihat juga terlalu letih. 
“I akan tolong you.  Tapi, kali ini saja…”  Sekeping kertas putih diletak tepat di depan mata Reza.  Aina terus berlalu.
Willa, maaf… aku belot pada persahabatan kita. 


PINTU besar itu dirapati.  Ibu Ati memandang dengan tangisan.  Paman tunduk membisu.  Dia hanya senyum.  Keputusannya bulat.  Jika dia dah berjanji untuk sama-sama berubah dengan Willa, dia juga bersumpah untuk sama-sama susah dengan gadis itu.
Sesekali, kepalanya menoleh pada tangga.  Berharap mummy datang dan merestui kepergian dia. 
“Reza perlu ke pergi?” 
Reza senyum menerima soalan Ibu Ati.  “Untuk seketika aje, Ibu Ati.  Ibu Ati tolong tengokkan mummy.  Lagipun, tak jauh.  Apa-apa telefon Reza…”  Bahu Ibu Ati disapa mesra. 
Sekali lagi dia menoleh.  Mummy masih tiada di situ.  Biarlah.  Dia tak nak harta ni segala.  Biarlah dia hidup seperti orang biasa.  Naik bas, LRT atau apa saja.  Makan digerai.  Pakai jeans dan baju lusuh.  Mengikut kemampuan.  Tapi, rasanya itu masih tak setara dengan Willa.  Masih jauh dia hendak dibandingkan dengan ketabahan Willa. 
“Reza pergi dulu…” 
Baru setapak kaki melepasi pintu, suara Engku Marlia bergema.  Reza menoleh.  Mummy sedang turun dengan wajah yang sembab. 
Mummy menangis!  Kakinya jadi berat nak menapak.  Tak sanggup rasanya nak tinggalkan mummy.  Dia menoleh dan mengundur selangkah.
“Reza nak tinggalkan mummy?”  Suara esakan memecah hening.
Reza tunduk.  “Mummy tak bagi Reza pilihan…”
“Tapi, kalau Willa tahu Reza tinggalkan mummy demi dia, Reza rasa dia akan terima Reza?” 
Dup!  tangkai jantung Reza seperti mahu putus.  Beg galasnya jatuh di kaki.  Ya, kenapalah dia tak fikir semua tu.  Andai Willa tahu semua tu, langsung gadis itu lari ke kutub gamaknya.
“Mummy tahu Reza dah sayang sangat dekat dia.  Mummy tahu mummy salah pada Reza.  Tapi, sebelum Reza pergi… mummy nak cerita kebenaran dekat Reza…” 
Dahi Reza berkerut.  Kebenaran tentang apa lagi?  Segala kebenaran tentang Willa dia dah tahu.  Dia dah tak nak dengar tokok tambah lain.  Nak gugah perasaan dia pada Willa… dia geleng sendiri. 
Memang tak akan goyah!
“Lelaki tu, suami mummy.”
“What?”  Reza terkejut besar.  Dia tak tahu perlu ke dia melompat gembira sebab mummy bagi ayah baru atau sebab mummy dapat pengganti.  Yang pasti dia memang terkejut.
“Mummy dah kahwin dengan Fandy.  Sebab tu selama ni, andai Reza tak boleh balik sendiri… mummy minta Fandy uruskan untuk dia bawa balik Reza dengan selamat,” tambah ENgku Marlia.
“Ya Allah…”  Reza raup wajah. 
Dipaut bingkai pintu.  Andai tidak, dia akan terduduk. 
“…kenapa mummy rahsiakan semua ni?”  Tuhan… apa yang telah aku syak selama ni? 
“Mummy takut Reza tak bagi kami kahwin sebab Fandy tu hampir sebaya Reza.  Dan, daripada dialah mummy tahu tentang Willa…”
“Mummy… apa semua ni?!”  Mata Reza merah menahan tangis. 
Adakah ini kebenaran atau sekadar rekaan mahu menyekat langkahnya? 
“Reza tak percaya…”
“Ibu Ati tahu dan paman jadi saksi, Reza…”
Zup!  Laju Reza menoleh pada dua orang yang dia sangat percaya selama ini.  Rupanya kedua-duanya juga adalah pembelot.
“Kenapa tak bagi Reza?”  tanya dia lemah. 
“Jangan salahkan Ibu Ati dan paman, Reza.  Mummy yang minta dia rahsiakan hingga waktu yang sesuai.  Ini…”  Engku Marlia mendekati.  Sekeping kertas disua. 
Mata Reza tunak merenung.  Ya, memang surat nikah yang sah.  Dia yang salah tuduh mummy ada hubungan sulit selama ni.  Terkaku dia tanpa mampu bersuara lagi.  Lidah dia diserang strok tiba-tiba.  Hanya mata terus memandang Engku Marlia.  Perlahan-lahan, dia jatuh melutut lantas memeluk jasad Engku Marlia.
“Reza berdosa, mummy…”  adu Reza seperti anak kecil. 
Airmata Engku Marlia jatuh.  Dibelai rambut anak yang sudah panjang.  Dia balas pelukan itu. 
“Mummy yang lebih berdosa sebab biarkan Reza terus hanyut…”   Wajah Reza dipaut mesra.  Senyuman terukir. 
“…sekarang, buatlah keputusan terbaik untuk diri sendiri,” ujarnya penuh makna. 
“…tapi pada mummy… the answer is still no.” 
“Tapi, kenapa?”  Persoalan dalam benak Reza semakin berselirat. 


DARIPADA jauh dia nampak seorang gadis yang begitu cantik.  Berbaju kurung putih dengan selendang corak yang labuh hingga ke perut.  Sedang ketawa saat mengajar  anak-anak pondok di sini.
Rasanya, pondok ini pernah masuk berita dijilat api.  Nampaknya masih belum pulih sepenuhnya.  Jadi, di sinilah tempat Willa membesar dan menerima ilmu pertama.  
“Assalamualaikum?” 
“Err waa… waalaikummusalam…” 
Reza terpinga-pinga.  Terkejut pun ya bila disapa tiba-tiba.
“Nak jumpa siapa ya, encik?” 
Reza lempar pandangan kata Willa.  “Nak jumpa cikgu adik sekejap, boleh?” 
“Kakak?” 
Dahi Reza berkerut.  “Ya, kakak.  Dia satu-satunya kakak yang pernah duduk sini dan masih lagi duduk sini.  Dia kata nak duduk selamanya…” 
Reza senyum mendengar mulut ini petah berbicara.  Gamaknya, senasib dengan Willa.  Sebatang kara. 
“Nama siapa?” 
“Wahyu.”
Erm… unik betul nama diorang ni.  Esok-esok nama anak dia dengan Willa, sepatah aje dah cukup.  Nama mak bapak dan cukup panjang.  Nanti letih nak isi borang.  Ceh… erangan.  Reza gelak kecil.  Well, berangan itu percuma.  Ikut suka dialah. 
“Cantik nama…”
“Nama kakak lagi cantik…”  Reza kerdipkan mata.  Tak boleh tak setuju kerana itu hakikatnya. 
“Kakak pun cantik,” puji Reza.
Wahyu sengih lain macam.  “Encik ni suka kakak ya?” 
Tanpa rasa segan, Reza angguk.  “Boleh encik ni jadi suami kakak awak?” 
Wahyu sengih.  Dia terus berlari ke pondok terbuka tempat di mana Willa sedang mengajar. 
“Kakak?” 
Willa menoleh pantas.  Memberi amaran tapi baru nak bersuara, tubuh itu mendekati.  Marker pen di tangan jatuh.  Mulutnya ternganga.  Macam mana Reza tahu dia dekat sini? 
Aina… Willa berdesip menahan rasa geram. 
Dan, bila dia buka mata… bibirnya senyum.  Dia mula reti merindu.  Dan yang dirindu itu adalah yang sedang ada di depan mata.
“Assalamualaikum, Willa?” sapa Reza sopan. 
Willa koyak senyum paling lebar. 
“Waalaikummusalam, Reza…”
“Reza?”  soal Reza tersengih. 
Rasa lelahnya selama ini hilang.  Seperti bertahun dia sesat dipadang pasir tanpa setitis air dan sekarang, melihat senyuman manis Willa, seperti dia dicampak dalam sebatang sungai yang tenang lagi dingin.
“Saya tunggu awak,” ujar Willa.
Reza angguk.  Hai… tak ingat tanah yang sedikit lecak ni, dia dah golek-golek. 

“Aku dah datang…”  balasnya seraya mengesat rasa basah di juring mata.  

...bersambung

31 comments:

  1. saya sedang tersengih...

    ReplyDelete
  2. Kak REHAN!!!!! Huwaaaa.. Pasai pa saya ketagih nak tau ending depa (T________T) Huaaaaaawaaaa

    ReplyDelete
  3. Yeahhh dah agak mummy reza ngan abg fandy. Tpi knpa mak engku xsuka Willa. Whyy.ada rahsia yg xterungkap lgi ka. ❤❤❤ Willa tgu reza. ❤❤.

    ReplyDelete
  4. cobaan ke betul2 ni..

    ReplyDelete
  5. Gelisah xtntu arah dduk nak taw strusnya. Nak taw ending kisah reza ngan erwilla. Ketagih ngan karya kak rehan. Stiap msa bkak nk tgok update trbaru. Tersengih,sedih,menangis smua ckup. Happy ending please kak rehan. Lot of love.

    ReplyDelete
  6. ohmai...sy pon tersengih jgak..

    ReplyDelete
  7. Tak sangka fandy bapa tiri reza...ternanti nanti kenapa mem besar tak approve willa jadi menantu

    ReplyDelete
  8. Sis mesti tak sabar jugak nak share dgn pembaca kan....

    hehehe cerita yg bagus

    ReplyDelete
  9. Oh gosh terbaik rehan..atm jugak gan citer atm ni tq lanja byk chapter..moga suma penyakit M awak dh hilang yg tinggal hanya rajin n gigih berusaha utk abiskan citer ni

    ReplyDelete
  10. Knp engku marlia masih tak merestui.. Ada lg ke rahsia yg paling besor... RM awak buatkan mata saya bengka teruk ari ni....

    ReplyDelete
  11. Knp engku marlia masih tak merestui.. Ada lg ke rahsia yg paling besor... RM awak buatkan mata saya bengka teruk ari ni....

    ReplyDelete
  12. berbunga-bunga hati bila baca..tersengih sorang2..best sangat

    ReplyDelete
  13. taktau nak ckp apa..memang BEST

    ReplyDelete
  14. hujan berhenti timbulah pelangi... senyum baca yg nak last tu...

    ReplyDelete
  15. reza mengigau ke apa ni...hahhaha
    kuat betul penanngan willa, sampai terbawak ke alam mimpi

    ReplyDelete
  16. tolong jgan cakap erwilla tu anak luar nikah engku marlia huwaaaaaaa

    ReplyDelete
  17. Skali lagi br lepas marathonnnn dari bab 12

    Rehan.... tolonglah sambung demi willa...

    macam dah nampak apa akan jadi, ttp tetap nak tggu n baca

    ReplyDelete
  18. janganlah buat diaorng adik beradik plak. x nak lah sad ending. plssssss. sayang rm

    ReplyDelete
  19. Pasai ape si mummy to tetap xrestu willa & reza...rahsia apa lg belum terbuka nih.....?????

    ReplyDelete
  20. I lap U RM... sambung lg laju2 pls.... sukaaaaa 😍😍😍

    ReplyDelete
  21. sonok nya bila willa x tolak reza dh bila reza dh dtg ..

    ReplyDelete
  22. Part last tu betoi ka mimpi je? Huhuhu

    ReplyDelete
  23. willa pun rindu reza..yeahhhh..tapi..betul ke willa tunggu reza..?macam ayat tipu jer..hihihi

    ReplyDelete